Wednesday, March 31, 2010

A Sad Day

Sejajar dengan tajuk post aku pada ari ni, aku nak citer kan kisah sedih dan malang aku pada hari ni. Seperti jatuh ditimpa traktor. Mula2 sebelum gi keje, ntah macam mana kunci aku bole menghilangkan diri beliau. Mula2 tu aku rasa aku dah amek. Time tu aku baru je nak amek kasut, aku teringat aku tertinggal buku kat dalam bilik. So aku letak dlu beg aku kat depan. Pastu ntah macam mana, bila aku nak bukak pintu, aku tak jumpa lak kunci aku tu. Pastu paham2 la, dalam gabra2 ni, otak terus blank. Dah la jam dah kul 8 pagi. Takut lambat lak. Jenuh aku cari beliau merata tempat. Last2 aku gi je keje tanpa kunci umah. Housemate aku yang kena kuncikan umah tu.

Pagi tu apa lagi, buat keje tapi kepala otak ingat kat kunci je. Aku terus memikirkan kat mana aku misplaced kunci aku tuh. Tak khusyuk keje aku dibuat nyer. Tu satu hal. Hal yang malang. Ada satu lagi hal. Kali ini hal yang menyedihkan pulak. Tgh ari tu aku kuar la nak balik umah. Nak cari balik kunci aku yang hilang tu. Tak puas hati nyer pasal. Pinjam kunci housemate jap. Time nak kuar tu, aku heran dengan bunyi ekzos aku ni. Bunyi cam bergetar2 dengan bunyi yang agak kuat. Aku pun usha la. Laaa... Rupa2 nyer kepala ekzos aku tu dah nak tercabut. Dia berbunyi kuat sebab ekzos tu kan bergegar sket, ditambah lagi dengan kepala ekzos yang longgar tu, memang "kong kang kong kang" la bunyi nyer. Aku pun apa lagi, terus la gi bengkel kereta. Nak betulkan balik ekzos tu. (untuk pengetahuan anda, kepala ekzos yang aku maksudkan tu mungkin adalah resonator kalo refer pada gambar, sebab aku pun tak sure term yang sebenar)


 Ni gambar sistem ekzos kereta.


Sampai2 je bengkel tu, orang tu pun drive la kereta aku tu ke atas benda hydraulic machine yang diorang guna untuk naek kan kereta tu (korang paham tak apa yang aku maksudkan?). Bila dah terangkat kereta aku tu, orang tu cakap la, ni ada leaking ni kat salah satu tabung (tabung yang dimaksudkan mungkin catalytic converter). Jadi nak tak nak, kena la aku tukar ekzos yang baru... Abes melayang RM160. Sedih je rasa. Dah la belanjawan aku untuk bulan Mac dah tinggal sket. Bertambah sedikit la duit aku yang sket tu. Ni nak menyimpan pun tak lepas ni.

p/s: naseb baek aku jumpa balik kunci aku yang hilang pagi tu. beliau menyorok bawah bantal aku rupa nyer. ntah macam mana bole ada kat situ, aku pun heran.



Tuesday, March 30, 2010

Serabut

Apa itu serabut? Serabut adalah... Aaahh... Nak tahu definition, cari la sendiri dalam kamus. Hehehe... Yang penting, otak aku tengah serabut skang ni. Macam dalam gambar kat bawah ni. Cuma takde la sampai tarik2 rambut gitu. Punah la rambut aku nanti.


Tadi aku join la wat test TRS (transverse rupture strength) sebab nak tau gak la camne nak operate mesin ni (tapi still tak tau gak). Sambil2 tu sembang2 la. Kebetulan time tu kami ada 5 orang (sample tu student praktikal nyer, sorang tolong run mesin, aku dan 2 orang lagi saja je nak menyibuk). Pastu sembang2, bukak lak citer pasal conference. Yang sorang ni citer la pengalaman dia kena present projek depan orang2 yang berpangkat doktor2 ni, dalam dewan yang besar, siap guna mikrofon lagi. Tak pasal2 aku jadi cuak walaupun takde kena present atau join conference dalam masa terdekat. Tapi kecuakan tu terasa gak la sebab aku tau, lambat laun akan kena gak present. Just a matter of time.

Pastu beralih topik lak pasal perihal bos aku (aku ada 2 bos, jadi pandai2 la korang teka, wakaka). Dengar kata bos aku yang sorang ni dia memang slalu turun lab (memang aku tau dah). Senior aku yang sorang ni pun cakap la dia dlu kalo bos aku tu bagi keje, dia akan tanya bila bos nak result. Means bos aku ni kira nak result tu dapat kat dia dengan punctual-nya la. Tapi tu la, aku tak pernah lak wat macam tu. Tiba2 aku rasa serabut just pasal benda ni. Klakar tak? Hahaha... Dah la progress keje aku ni macam lambat je. Bila aku nak cepatkan progress, ada je masalah nyer. Gas abes la (padahal baru amek, tapi dah tinggal sket maybe sebab tong gas tu dah lama sangat biar kat dalam stor), dah kena amek baru. Nak amek gas yang baru tu yang malas tu. Haduhh... Masalah2... Macam2 masalah ada bila dah keje ni...


Sunday, March 28, 2010

Soul Eater

Kembali lagi skali dengan the next anime review. Lepas ni, mungkin akan takes a while gak for another anime review sebab anime kali ni banyak episod. So confirm tak abes dalam masa seminggu kan. Paling cepat pun 2-3 minggu baru abes. Tu pun kalo aku rajin tengok. Anime kali ni yang aku nak share ngan korang adalah anime "Soul Eater". Anime ni dah lama ada. Just macam biasa, aku yang lambat tengok. Dah download 2-3 bulan lepas, tapi la ni baru nak tengok. Sebab banyak sangat anime aku download, tak termampu untuk menonton sumer skali. Apa yang aku sker tentang anime adalah time fight yang guna senjata scythe. Cara karekter anime tu handle senjata ni somewhat menarik hati aku. Hahaha... Well, anyway, bawah ni anime review tentang anime Soul Eater ni.




Alternative Title:
Пожиратель Душ (Russian)
ソウルイーター (Japanese)
Genres: action, adventures, comedy, supernatural
Themes: human weapon, shinigami


"
Set in the Shinigami technical school for weapon meisters, the series revolves around 3 groups of each a weapon meister and a human weapon. Trying to make the latter a "Death Scythe" and thus fit for use by the Shinigami, they must collect the souls of 99 evil humans and 1 witch.
Soul Eater is an anime that centers around meisters and their weapons and their mission to collect 99 evil souls and 1 witch soul. Upon doing that the meister's weapons will become a Deathscythe, which is the highest title for a weapon. Maka, Soul Eater, Black Star, Tsubaki, Death the Kid, and Patty and Liz Thompson are the characters Soul Eater revolves around. Besides taking the time to gather souls these students of Shibusen defend Death City from some of the most powerful of creatures while still attending school and trying to become stronger."



References: Anime News Network, YouTube

Sajak Bos2 AMREC

Puisi Untuk Mu


  1. Aku Seorang Penyelidik 
  2. Menyelidik bahan termaju tetapi tidak maju-maju 
  3. Bahan termaju tidak mampu komersial, orang tidak tahu serta tidak memerlukan 
  4. Aku buat selidikan, report dan akhir sekali membakul-sampahkan. Ibarat bahan pakai-buang. 
  5. kalau selidik bahan tidak termaju, orang tanya kenapa buat penyelidikan orang yang telah buat 
  6. Pastinya aku memanjang 25 tahun pening kepala


Sekian puisi untuk mu.Memang aku seorang penyelidik
~~Dr. Soib Selamat~~
 



JD mengikut gred jawatan
Tapi lain centre lain penilaian
Ada centre senang naik jawatan
Bukan penyelidik pun bukan senang
Ada yang dah lama tak dinaikan 
Atau kenaikan ada di lain tempat
[dalam (En Basid) atau luar SIRIM (Dr Patthi)]

Penyelidikan kena advance
Salah bidang dicadang
Siang2 kena tendang
Masa pembentangan telinga  rasa terbakar
Kerana JD, mencari rezeki yang halal kena juga proposekan
9 tahun di AMREC
2 sciencefund 1 PR 1 TechnoFund dijalankan
2 proposal kena tendang

Data diperolehi difailkan
Kalau tidak dianalisa dan ditulis
Tidak boleh dimanafaatkan
Ilmu juga dimanafaatkan oleh pelajar praktikal
Ganjaran sebagai ilmu yang dimanafaatkan

Hasil penyelidikan boleh di paten
Harta intelek konon dinamakan
Katanya syarat untuk masuk  pertandingan
Bila memang mereka yang gunakan
Penyelidik dapat kerja untuk dijalankan
Siapa berminat bolehlah teruskan 

Ada penyelidikan boleh dikomersialkan
Susahlah pula nak cari taker
Kalau pun ada bukan senang nak dijayakan
Banyak rintangan dan halangan

30 Jun tahun ni genap 25 tahun, lebih 16 tahun di pengujian
Bermacam pengalaman
Tahun depan sayonara SiRiM
Selamat tinggal sahabat dan kawan
Tempat jatuh lagi dikenang
Inilah pula tempat mencari makan
 

~~Dr. Talib RJ~~




Ni la cara ketua2 projek menghiburkan hati mereka menerusi email, dan juga menghiburkan hati kami skali bila membaca sajak mereka. Sungguh puitis skali. Hehehe...




Saturday, March 27, 2010

Template Baru Bertemakan Alam Semulajadi


Ni design yang aku wat siang tadi, tapi baru skang baru nak post. Tapi aku tak sure sangat whether coding dia btol ke tak. Maklum la, budak baru nak belajar. Pastu belajar pun bukan la belajar btol2 pun. Blajar sker2 je sebab bosan. Jadi kalo anda btol2 nak donload template ni, bole la klik kat sini atau bole terus klik kat blog "The Creativity Beyond Your Limit" kat sidebar aku tuh.

Anak Buahku

Sepanjang 2-3 ari aku balik ke umah aku kat Kuala Kangsar ni, aku banyak abes kan masa dengan menonton tv dan melayan karenah anak buah aku yang sorang ni. Aqilah nama dia. Bukan sebab aku rajin jaga ke apa. Tapi terpaksa. Hehehe... Mahu nyer tak jaga. Kang aku duduk tingkat atas mengadap laptop aku, dia pun naek la tangga. Pastu dia amek tangan aku, tarik sruh turun tangga, gi tingkat bawah. Kalo aku tak nak, nanti mula la dia menangis2, jerit2 kat aku. Nak tak nak, kena la turun. Kalo tak, bingit telinga dibuat nyer. Kalo bole, sepanjang masa nak aku ada kat sebelah dia ni. Cian cik ida. Time aku balik tu, tak dapat skyping ngan dia pun. Tpon pun kejap je, time anak buah aku ni tdo. Tapi jadi la dapat tpon kejap dari takde langsung kan. Malam2 lak dia ni sker memerap. Nak aku dukung je memanjang. Last2 tdo kat bahu aku je.


Ni anak buah aku tengah minum susu pagi tadi. Sempat aku amek gambar.



Tapi tu la, kesian aku. Dia ni confius antara aku ngan adik aku. Kalo tanya dia "mana che at (nama gelaran aku untuk dia)", pastu dia tunjuk kat aku. Pastu tanya lagi, "mana acu eight (hahaha... belasah je ejaan, janji sebutan betol)", pastu dia tunjuk aku lagi. Hehehe... Tu la, jumpa pak cik dia time sorang2, jarang time kami berdua ada sekali gus. Kan dah dia keliru. Skang ni dah pandai bercakap dah. Siap bole nyanyi lagi, tapi pelat sket.

"Buai taju2 (laju2 ye), campai balik cane (sana)". Tu je la ayat yang dia tau. Tapi skang senang la sket nak cakap2 ngan dia sebab dia dah bole paham apa yang kita cakap dan kadang2 bole jawab bila kita tanya. Yang aku tak tahan tu, time dengar dia cakap kat tpon (time ni bagi tpon lama je, dah takde bateri). Ntah apa2 je yang dia bebel tu. Lagi syok time dia bercakap ngan cik ida. Lagi rancak dia berbual. Tapi perbualan yang one-sided sebab cik ida kata dia tak paham pun apa yang qila cakap tu.


Aqilah sembang2 di tpon.


Pastu talking about earth hour lak. Aku pun tau lepas aku baca kat blog cik ida siang tadi. Kalo tak, memang lambat la aku tau (sebab petang tadi pun kat radio era ada sebut2, siap buat unplugged je kat konti). Tapi aku tak sambut pun, sebab nampak weird lak aku sorang2 sambut, sedangkan satu kejiranan masing2 elok je terang-benderang umah diorang. Aku tutup lampu porch (memang slalu tutup pun. hahaha...) ngan ruang tamu je. Lampu bilik on je sedangkan memang aku duk dalam bilik je. Hehehe... Tu pun untuk half and hour je sebab aku balik dari makan malam pun dah kul 9.

Haaaa... Bercakap pasal makan malam. Tadi time aku on da way nak gi makan, ada la satu kereta ni, kancil gak, berhenti sebelah kereta aku kat traffic light. Time tu lampu merah. Dalam keta ni aku rasa sumer awek2 kot. Aku pun tak sure sangat. Tapi driver dia memang pompuan la. Cermin tingkap dia time tu turun, so memang nampak jelas la muka driver tu (cun la gak. eh, jangan marah ek cik ida. hehehe...). Dia pandang2 aku, tapi time tu cermin tingkap aku tak turun, jadi tak sure la dia nampak muka aku ke tak. Dia toleh beberapa kali. Aku tanya dalam hati, budak ni nak ajak berlumba ke? Walaupun pada hakikat nyer tak (aku rasa tak la), tapi memang sah2 aku pecut dlu. Anda makan la asap kereta saya ek. You are 100 years too early nak challenge saya (cheewaahhh, macam la aku ni pelumba profesional). Sebab yang pertama, aku tekan minyak dan tukar gear memang cepat je. Kadang2 aku rasa macam tak lama lagi bole jahanam enjin kancil aku (eh, enjin kancil kakak aku nyer) ni kalo aku slalu wat macam tu. Yang kedua lak, dia ni duduk salah lane. Dia lane kiri, sah2 lane tu banyak kenderaan yang slow. Jadi kalo aku tak pecut pun, memang dia ketinggalan gak. Tapi tu la citer dia. Walaupun pada hakikat nyer dia tak ajak lumba pun, tapi sebab aku ni slalu berfikiran macam tu, jadi lah peristiwa yang macam gitu2...

Friday, March 26, 2010

Keletihan

Ari ni aku nak citer kisah semalam. Macam2 yang berlaku hingga aku keletihan. Hehehe... Tapi slalu kalo aku balik kuala, mesti letih. Tak pernah tak letih. Cuma beza letih sket ngan letih banyak je. Kalo letih banyak, memang confirm aku tdo awal la, macam semalam.

Semalam macam biasa, abes je aku keje kul 5, aku terus bertolak ke Kuala Kangsar. Dan macam biasa gak, aku akan layan lagu dari fm modulator aku yang memaenkan lagu kegermaran aku (dah lagu tu yang ko bubuh). Kebetulan time tu cuaca mendung2 and sometimes ujan turun renyai2, so agak best gak la memandu time tu. Sejuk je suasana. Lori pun tak banyak, ada la dalam 2-3 lori je. Jadi cepat la sket perjalanan aku nak sampai ke highway. Aku sampai kat tol bandar baharu kira2 kul 6 petang. Jadi aku bajet sampai nanti lebih kurang kul 6.45 atau 7, lebih kurang macam tu la.

Tapi tu la. On da way tu, something happen. Eh, tapi yang something tu bukan accident la. Nih yang aku nak citer dengan nada kemarahan sket ni. Bole lak dekat Bukit Gantang tu jalan jem. Pihak Plus tengah turap jalan. Dah la jalan tu tengah naek bukit. Jenuh gak la aku bermain tekan minyak ngan clutch. Ada la dalam 15-30 minit. Lenguh2 kaki aku dibuat nyer. Yang plus ni pun satu. Korang ni tak leh wat keje laju sket ke? Aku rasa 2 minggu lepas pun korang turap jalan yang sama kan. Nape tak siap2 lagi nih? Jalan yang mendatar bole lak korang wat laju2. Time naek bukit ko wat lama2. Korang ingat sumer keta tu keta auto ke? Kalo aku tau, baek aku turun kat taiping ikut jalan lama. Lagi cepat sampai dan takde lenguh kaki aku ni.


Ini bukan traffic jam kat Bukit Gantang tu. Gambar ini hanyalah hiasan.


Abes je lepas jem tu, tiba2 je ujan lebat turun. Memang good timing btol. Ujan lebat yang lebat giler2. Tak leh dah bawak laju2. Nanti terbabas lak. Dah la ada skali tu terlanggar lopak air (langgar sebab memang tak leh elak pun) yang agak dalam. Rasa macam nak terbabas lak. Naseb baek aku berjaya control stereng kereta dengan jaya nyer. Hehehe... So aku sampai kat umah dalam kul 7.15 malam. Time tu kawasan umah aku kat kuala ni tak ujan. Belah2 sana je yang ujan kot.

Sampai2 je aku kat umah, anak buah aku sambut aku. Mula2 muka dia cam blur je tengok aku. Tapi last2 dia sengih2. Ntah apa yang dia sengihkan, aku pun tak tau. Mungkin dia dah ingat aku sape kot. Apa2 pun, malam tu kira aku melayan dia je. Aku dapat on laptop je. Tapi nak wat apa2 tak sempat pun. Sebab bila aku naek tingkat atas, dia ikut aku. Pastu bila aku duduk je depan laptop, sat lagi dia tarik tangan aku turun bawah. Macam tu la keadaan nyer. Sebelum dia tdo, siap nak memerap ngan aku lagi. Last2 aku yang tdo kan dia. Pastu paham2 ler. Dalam keadaan letih apa sumer, sah2 aku pun jadi ngantok. Tak lama kemudian, aku pun naek la bilik aku. Tpon cik zuraida kejap (kejap je, pasal cik zuraida dah ngantok, siap dah terlena kejap). Sori ek tak dapat nak teman ida lama2 semalam.

Ari ni pun aku rasa kena melayan aqilah ni. Ni dapat berblogging pun sebab aku rasa dia tak tau aku dah bangun. Jadi senyap2 dlu aku surf internet sumer. Japgi kalo aku turun, mesti tak naek2 dah.


Thursday, March 25, 2010

Hmmm... Naek kat Duta ek...

Macam tu la jawapan aku bila kakak aku sruh naek kat bas kat duta bulan april ni. Al-kisah nyer bermula macam ni. Aku ngan cik zuraida merancang nak berdating2 lagi bulan april ni. Kebetulan dia ada conference kat usm tak lama lagi. Jadi alang2 dah dekat tu, terus jumpa je la kan. Hehehe... Pastu aku akan ikut dia balik ke lipis (macam biasa la), then baru balik kulim.

Jadi, aku pun suruh la kakak aku yang sulung tu belikan tiket, memandangkan dia duduk kl kan, dan tak lama lagi dia nak balik umah kat kuala untuk amek anak dia aka anak buah aku, aqilah tu. Jadi bole la dia tinggalkan tiket tu kat umah untuk aku. Tapi memandangkan puduraya tu nak ditutup untuk kerja2 peng-uprade-an (haaaa, amek ko. english pun aku bole wat kata imbuhan ok), jadi tak leh dah la nak naek kat sana. Tapi aku actually tak tahu la whether pudu tu dah tutup atau belum lagi. Cuma tau akan ditutup je.

So kakak aku pun beli la tiket kat duta tu. Ari tu aku naek bas plusliner. Sebab ada banyak trip jugak la berbanding konsortium. Konsortium ada pagi ngan malam je. Pagi sah2 aku tak sempat. Malam aku tak nak naek sebab keesokan ari nyer aku nak kena keje. Tapi dan2 je plusliner tu takde kat duta. Last2 kakak aku belikan tiket bas Bandar Ekspress, kul 1.30 petang. Whatt?? Bandar Ekspress?? Bas apa tu? Yela, first time aku dengar nama bas tu. Selamat ke ek bas bandar ekspress ni? Harap2 selamat la...

Yang menjadi tanda tanya skang ni, macam mana aku dari pekeliling nak ke duta. Kena naek teksi la macam ni. Abes la duit aku kena sapu dek si pemandu teksi. Hahaha...


Wednesday, March 24, 2010

Antara Bayi & Kanak2, Buang dan Dera - Apakah Konklusi?

Cam pelik lak tajuk post aku ni. Tapi nevermind. Itu tak penting. Apa yang aku nak berkongsi pendapat kali ini adalah masalah serius yang dah menjadi semacam tabiat rakyat malaysia lak sejak kebelakangan. Ni la aku nak citer. Sejak kebelakangan ni, bila bukak je mana2 paper, dera sana, dera sini. Buang bayi sana, buang bayi sini. Apa la nak jadi ngan manusia zaman skang ni. Anak2 tu kan khazanah dari Allah, dah tu hasil titik peluh korang gak, dah gatal sangat hasilkan beliau. Dah tu bila dah lahir, buang2 lak. Kan zuriat korang gak tu.

Sedih btol bila fikirkan ada mak bapak yang sanggup buang bayi. Kat dalam semak ada, kat tempat pembuangan sampah ada, even kat longkang pun ada. Apa kejadah nyer sumer ni!! Yang ni pun satu hal. Kes pembuangan bayi ni harap belah pompuan je yang tanggung. Yang lelaki nyer hilang mana? Gatal nak wat, tapi bila dah lahir, menghilangkan diri lak. Nate jeff... (tp jeff tidak ada kena mengena dalam ini citer)

Beralih ke kes dera lak. Yang ni pun satu hal. Apa la salah budak tu sampai kena dera. Besar sangat ke salah diorang tu? Kena dera sampai ada yang mati didera. Pada jiran2, tolong la menjadi insan yang lebih prihatin. Kalo syak bahawa ada penderaan sedang dilaksanakan (hebat giler ayat aku), segera lah laporkan pada pihak yang berwajib supaya mereka boleh mengambil tindakan yang selanjut nyer.

Skang ni dah ada undang2, walaupun ibu bapa tak mendera kanak2 tersebut, tetapi sekira nyer mereka didapati bersalah kerana leka menjaga hal kebajikan anak2 mereka sampai anak2 mereka bole didera, ngan ibu2 dan bapak2 skali kena, termasuk ngan pendera skali. Jadi, jaga anak2 anda dengan baek.



Maen gasing maen pangkah,
      Maen bersama baba dan nyonya,
Jika anda tersalah langkah,
     Maka buruklah padahnya.



Lapar

Apa itu lapar (aku guna perkataan lapo after this)? Lapo itu adalah keinginan untuk menjamah makanan setelah perut kita memberi signal yang significant kepada kita. Iaitu dengan membuat konsert amal yang bole didengari oleh diri kita saje. Tapi jika dibiarkan kelaparan itu berlarutan, maka pitching and soundness of the konsert akan menjadi semakin kuat dan ketara sehingga membolehkan orang2 sekitar kita untuk turut mendengar konsert amal tersebut.


Bila kita lapo, kita pasti akan terfikir, "nak makan apa ek?", seperti gambar brader kita kat atas ni. Nyum2... Tujuan nyer aku wat post pasal lapo ni adalah sebab aku sedang kelaparan skang ni. Memandangkan jam belum pun kul 11, jadi terpaksa la aku tahan sampai kul 12 nanti. Pastu, confirm makan tak ingat dunia (tapi aku makan tak banyak pun, ayat je kasik gempak).




Monday, March 22, 2010

Fitnah

Fitnah. Bila kita sebut pasal fitnah, mesti kita akan kata bahawa fitnah itu merupakan kata2 yang tidak benar yang dikeluarkan oleh si pemfitnah. Tapi apa sebenar nyer yang dimaksudkan dengan fitnah. Menurut kamus melayu dbp (yang diambil melalui melayuonline.com), fitnah bermaksud tuduhan (khabar, kisah, dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan (membencanakan? what hell ngan kamus ni guna ayat pelik2) seseorang. Memfitnah pula bermaksud membuat fitnah terhadap atau mengada2-kan sesuatu untuk memburuk2-kan atau membencanakan sesuatu pihak.

Jadi, kenapa fitnah ni wujud? Confirm la wujud bila ada orang yang tidak puas hati dengan kebahagiaan orang laen atau mempunyai niat untuk menjatuhkan maruah seseorang. Kenapa aku buat entry macam ni pagi2 yang indah nyaman ini? Ni sumer gara2 semalam di mana adik kepada cik zuraida telah difitnah oleh rakan (lelaki) dalam facebook. So ni aku nak tanya ni. Ko ni takde keje ke nak fitnah2 orang ni. Ko tau ke story yang sebetul nyer? Ni tak, maen komen je ikut sedap ko. Insaf2 la sket.

Naseb baek hal anda ni dah settle semalam. Memandangkan dah settle, aku berlapik2 la sket. Kalo aku post semalam, confirm laen la isi kandungan post ni. So lepas ni, takyah dah nak wat hal2 camni dah. Renung2 kan lah.


 Ni la muka orang yang fitnah tu. Tapi sebab dia dah mintak maap sumer, aku belas kasihan la sket. Aku siap sensored muka anda dan conteng2 sket bagi takde orang yang kenal. Tapi nahas la kalo anda wat perangai lagi.

p/s: one more time and you are out.






Sunday, March 21, 2010

How to Make Your Blog-Background

Semalam time aku blogwalking, aku gi la bukak blog bakal adik ipar aku (ain nama nyer), aku tengok template yang dia gunakan tu macam menarik. Jadi aku pun bukak la blog yang provide template untuk blog dia, iaitu pyzam.com. Pastu aku belek2 la template yang ada dalam blog tu. Ntah macam mana tergerak lak hati aku gi tengok coding html untuk template tu. Dan aku notice ada url untuk body html (body html, bukan body sape2 tau), so aku jadi macam curious la kan. Kenapa ada url jpg lak dalam coding dia. Jadi aku pun gi copy link tu dan paste kat address. Pastu kuar la satu gambar, yang kebetulan nyer adalah gambar untuk background image template yang aku tengah dok tengok tu.

Jadi, apa lagi. Takkan tengok je kan. Jadi aku pun mengaplikasikan apa yang aku jumpa tu ke dalam blog aku. Satu2 aku teliti dan akhir nyer, aku berjaya menukar background blog aku. Genius tak aku sebagai seorang blogger yang baru? Hehehe...

Anyway, meh aku bagitau cara2 nak wat. Tak perlu bayaran. Free of charge. Selanjut nyer, aku cakap dalam english je la ek. Nanti kalo terang dalam malay, jadi panjang lak ayat penerang tu.

How to make you blog-background…
1.    Search for the word which I highlight in RED.
2.    So, basically after the highlighted RED will be used to change your blog background (well, not all of it).
3.    Copy the highlighted BLUE (if it is not available in the current html coding).
4.    Delete the link as I highlighted in BLUE-BOLD.
5.    Then, copy the link of the picture from the web that you want to use as your background and paste it at the exact location as the BLUE-BOLD that you just delete.


/* Use this with templates/template-twocol.html */

body {
  background:$bgcolor;
  margin:0;
  color:$textcolor;
  font:x-small Georgia Serif;
  font-size/* */:/**/small;
  font-size: /**/small;
  text-align: center;
  background-color:#000000;
    background-image: url(http://stuff.pyzam.com/layouts/img/f/u/nvfuturebirds.jpg);
    background-attachment: fixed;
    background-position: left top  ;
    background-repeat: repeat;
    border-color:#a80014;
    border-width:0px;
    border-style: solid;


Jadi, macam tu la cara nyer. Tapi mana2 image yang korang nak guna tu, kena la dari internet, bukan dari pc korang. Jadi, kalo nak guna, gambar2 dari blog korang ke, facebook ke, bole la guna. Jadi kalo nak guna, upload kan la dlu gambar tu kat mana2 dan amek address dia. Sekian...

Saturday, March 20, 2010

Kurokami The Animation (TV)

Sekali lagi, saya kembali untuk anime review kali ini (ecece... macam hos rancangan tv lak). Anime Umineko no Naku Koro Ni aku dah abes tengok dah. Best tu best, tapi episod last yang tak tahan tu. Bole lak ending dia tergantung. Saje je nak sruh aku donload 2nd series dia. Ish3x... Kalo sempat dan kalo ingat, aku donload la. Hehehe...

Enough talking about the past. Skang ni aku tengah layan anime yang dah lama sangat aku donload, tapi tak tengok2 lagi (sama gak ngan "soul eater" ngan "the garden sinner"). Anime ni pun bole tahan gak, sebab anime genre action and fantasy. Baru tengok 2 hari, aku dah sampai episod 11 dah. Khusyuk je aku tengok.


Alternative title:
Black God
黒神 The Animation (Japanese)
흑신 (Korean)
Genres: action, drama, fantasy
In this world, there are three identical looking people in existence who split between them an energy-like force called “Terra.” This energy can be attributed to the amount of “Luck” or “Life Energy” that an individual possesses. There also exists beings who observe the human world, maintaining the balance of Terra, known as the “Coexistence Equilibrium.” These beings possess ability that surpass that of a normal human being and reside in hiding in places known as the “Pure Place” in tribes. They are called the Terra Guardians. This is a tale of battle that begins with a chance meeting between a human boy named Keita and a young Tera Guardian girl named Kuro.


Reference: Anime News Network, YouTube

Broadband Celcom

Setelah sekian lama aku menggunakan wireless internet kat tempat kerja aku (actually, kontraktor sebelah amrec yang punya), akhir nyer kena gak bila broadband (beruk-band kata cik ida) sendiri. Naseb baek ada promotion modem free. Kalo tak, lambat lagi la aku nak beli nyer. Ni sumer gara2 aku dah tak dapat wireless free tu sebab bangunan baru yang kontraktor tengah working on dah naek 2 tingkat dah. Jadi signal strength untuk wireless tu pun dah makin kurang sampai dah tak dapat langsung 2-3 ari lepas.

Nak guna wireless amrec, blogging tak leh (nampak nyer aku dah addict ngan blogging2 nih), apatah lagi nak maen facebook. Jadi aku pun langgan la broadband celcom. Tu pun naseb baek diorang set up booth kat pasar malam. Jadi aku pun singgah la, chit-chat ngan orang yang jaga booth tu. Juz bayar rm100 for the whole thing, and start bayar rm68 sebulan on the next month.



Gambar sebagai hiasan post.


Gambar sebagai hiasan post.



Friday, March 19, 2010

Trip to Terengganu - Pictures Updated

Woowww... Sungguh lama masa aku amek untuk upload sumer gambar ni. Sejam setengah baru abes siap upload sumer. Anyway, ni aku uploadkan gambar2 trip ke Terengganu ari tuh. Nak update awal, tapi malang nyer, aku dah tak dapat internet free dah kat tempat kerja aku. Internet dalaman lak dah block sumer2 benda macam ni (blogging, facebook, gaming dll). Anyway, gambar ni takde gambar yang aku sorang2, sebab tak bawak kamera sendiri. Takkan sker ati je sruh orang amek gambar kita sorang2 lak. Hehehe...

p/s: gambar tak berapa sharp lepas re-size (re-size sebab besar sangat dan cik ida komplen kalo kecik sangat-->jadi resize manually), jadi kalo mana2 gambar yang tak jelas sangat, klik je kat gambar tuh untuk full size)


Ni time bas baru nak je gerak. Muka sumer masih dalam keadaan ceria.


Berhenti makan malam kejap. Sebab dah lama sangat perjalanan tanpa henti. Nape la mata aku tengah pejam. Tak leh retake ke ni?


Bergambar depan kolam air pancut awana resort. Muka aku nampak macho la. Ahaks...


Bergambar beramai2 depan hotel awana. Tapi bagi aku, pemandangan malam dia lagi menarik la. Rugi sampai lambat time tu.


Dalam conference room petronas.


Aaaiii... Usha sape tu? Laen macam je...


Ni la dia pelan petronas ammonia tuh. Aku reti tengok je, tapi tak paham pun. Hehehe...


Bergambar ngan bos saya (tiba2 lak guna perkataan "saya"). Yang kanan skali tu wife dia. Kami yang tengah2 ni bole dianggap anak dia kot.


Skali lagi, gambar beramai2...


Ni executive hall perwaja. Series macam pawagam...


Ni conference hall (perhimpunan meja bulat. ecece...). Kalo ada apa2 nak tanya, jangan segan2 ek. Malu bertanya sesat jalan.


Salah satu plant perwaja.


Ni time BBQ. Sumer dah hotel sediakan. Ingatkan bakar sendiri time tu.


Taksub sungguh adik ni dengan kamera. Sampai terbeliak2 mata dia tengok kamera.


Erk, nak terkeluar lak makanan aku ni... Tu la, time makan jangan banyak cakap.


Brainstorming (bukan brain-scan muvi melayu tu) after BBQ.


Pemandangan hotel batu buruk resort dari tepi pantai (batu pun takde, apatah lagi batu yang buruk, pasir banyak la).


Dalam lecture hall UMT.


Bergambar dlu, baru wat lawatan ke lab.


"Bila nak abes melawat nih... Aku dah bosan ni...", kata Ahmad Aswad.


Makanan tengah ari kami sebelum berjalan2 kat pasar payang. (aku dah try makan telur penyu tu, tapi tak berapa nak sedap la bagi aku)


2 jejaka tampan amrec. Tapi kenapa kami pose senget macam ni pun aku tak tau. Ni member aku la ni yang menyengetkan badan dia, sampai aku pun terikut2 skali. (sampai skang aku tercari2 punca dia sengetkan badan dia. mungkin tidak mampu menampung beban graviti bumi agak nyer)


Bergambar depan masjid kristal.

Sunday, March 14, 2010

Full

Apakah itu full? Full kalo didefinisikan bermaksud "Filled up, having within its limits all that it can contain; supplied; not empty or vacant; said primarily of hollow vessels, and hence of anything else; as, a cup full of water; a house full of people." Kira dalam bm dia, memenuhi ruang la, senang citer.

Antara citer2 yang menggunakan perkataan "full" sebagai tajuk movie adalah full house, full throttle (charlie's angel), full metal jacket (movie lama) dan full metal alchemist (anime yang aku sker tengok).

So, aku nak tanya korang. Apa yang korang dah atau bakal buat untuk "full" kan your day untuk ari ni? Apa? Masih takde perancangan? Kalo yang masih takde perancangan tu, mula2 la merancang. Nanti terbazir lak masa anda untuk ari ni.

Apa2 pun, saja je aku nak bercakap pasal full ni. Sebab semalam orang kata aku ni "so full of myself". Tapi tak kesah la dia nak cakap apa pun. Janji aku me"full"kan perut aku tiap2 ari. Kang kebulur lak tak makan.


Friday, March 12, 2010

Umineko no Naku Koro Ni

Skang ni aku tengah layan anime "Umineko no Naku Koro Ni". Anime ni anime lama, tapi takde la lama sangat. Aku dah lama abes download anime ni. Tapi tak berkesempatan nak tengok. So baru skang baru dapat tengok. So far aku dah tengok sampai episod 11. So far so good. Especially earlier episod. Macam citer detektif lak. Mula2 aku ingat citer penyiasatan dah. Tapi rupa2 nyer bukan. So, apa pun, bawah ni aku letak dia nyer review ngan trailer dia skali.



"Umineko no Naku Koro ni takes place in the year 1986, during the time frame of October 4 and October 5 on a secluded island named Rokkenjima (六軒島, Rokkenjima). The head of a wealthy family named Kinzo Ushiromiya, who lives on and owns Rokkenjima, is near death, and eight of his family members arrive on the island to discuss how Kinzo's assets will be divided once he is dead. Also on the island are three family members who live there, five of Kinzo's servants, and his personal physician. After the eight family members arrive, a typhoon traps them on the island and shortly after people start to get mysteriously murdered."



Alternative Titles:

When the Seagulls Cry
When They Cry 3
うみねこのなく頃に (Japanese)

Genres: drama, horror, mystery, psychological, supernatural, thriller
Themes: gore, who's the culprit





References: Anime News Network, YouTube

Gudluck Cik Ida

Just in case cik ida tak bukak blog kita, jadi abg post ni kat blog abg je la ek. Sok cik ida aku ni ada exam kpli. Dia nak bertukar profession dari jadi metallurgist ke cikgu lak. Jadi, abg nak wish you gudluck.








A Trip to Terengganu

Ok la, aku rasa aku kena update gak yang ni. Sebab camerawoman kitorang pada hari tu kata, gambar lambat sket kot. Lagi pun, tak kan aku yang junior ni nak paksa2 yang senior ni transfer gambar tu cepat2 lak kan. Jadi, aku update dlu la tanpa gambar2. Kang lambat2, lupa lak mcm mana trip tu. Aku ni kan pelupa. Tapi takpe. Gambar pemandangan kat hotel awana resort tu ada (walaupun tak secantik mana, sebab amek gambar dari handphone murah aku ni je). Tapi, still better than nothing kan. Hehehe... Baeklah, here it goes...


Isnin - 8 Mac 2010

5.30 pagi

Haaaaaa waktu ni aku aku baru nak bangun, bersiap2 sumer. Pastu kemas2 final things masuk dalam beg. Pastu aku kuar umah dalam kul 6.30 kot. Kuar awal sebab nak gi cucuk duit dlu kat cimb. Ingat nak cucuk duit kat shell je, sebab ada atm cimb kat situ. Tapi sampai2, gelap je shell tu. Jadi aku malas nak stop, terus aku gi cimb bank. Naseb baek la ada sorang dua je yang cucuk duit (maklum la, pagi2 buta mana ada orang lagi). Pastu aku pun gerak la ke amrec. Aku ingat aku dah lambat sebab janji nak gerak kul 7 dan diorang sruh berkumpul sebelum kul 7. Waktu time tu dah kul 6.45 dah. Tapi sampai2 je aku kat pondok guard, takde sape pun ahli rombongan yang ada kat situ. Aku dah mula pelik dah. Aku salah tempat menunggu ke? Pastu aku pun tunggu je la, borak2 ngan pak guard. Aku pun citer la ari ni ada lawatan bla3. Bole lak pak guard tu perli aku. "Awat mai awai sangat. Depa pukui 7 lebih baru sampai tuh. Bas pun mesti sampai kul 8 nanti." Tapi memang btol pun. Kul 7 lebih baru sorang demi sorang sampai. Bos sampai lagi lambat dari kitorang.


8.00 pagi

Bas tak sampai lagi walaupun dah kul 8. Padahal ikut tentatif tu kul 8 patut dah gerak dah. Cuma kitorang je yang rancang nak gerak kul 7. Aku yang dah menunggu lama ni, mula rasa macam nak marah orang. Tapi aku tak marah pun sape2. Gila kau nak marah2 orang tak tentu pasal. Orang yang handle bas pun tak marah. Takkan aku nak marah lak kan. Hehehe...


9.00 pagi

Jam kat handphone dah menunjukkan kul 9, tapi kelibat bas tetap tak muncul2 gak. Last2 aku ajak budak2 breakfast kat cafe dlu. Perut pun lapar dah sebab menunggu sket punyer lama. Dah selesai makan2 sumer, gi la balik kat tempat jaga. Aku tanya la ketua rombongan, nape bas lambat sampai. Dia kata company bas tu ingat, kitorang nak gerak kul 7 malam. Eh, buleh lak macam tu. Kan dah bagi tentatif. Tauke bas tu tak reti membaca ek. Buta huruf la anda ni, wahai tauke bas. Macam mana la nak berniaga ni.... Terpaksa la menunggu bas driver sampai. Tapi bus driver ni pun satu. Lama giler masa dia amek nak sampai ke amrec. Sesat jalan ke? Bila orang tanya tau ke amrec kat mana, jawab tau sesaja. Dah tu, nape tak sampai2 lagi ni. Sekeh kepala kang baru tau. Anda nak tau kul bape dia sampai? Tu haaa, kul 10.30 baru sampai. Aku pun tak tau la diorang wat apa yang lambat sangat tu. Bawak bas 10 km/sejam ke. Sementara tu, aku pun gi la lepak kat lab aku. Nak lepak kat ofis, bukan ada apa pun nak wat. At least kat lab ada pc.


11.00 pagi

Lepas bas dah sampai kul 10.30 tu, kitorang pun gerak la dalam kul 11 pagi. Mula2 aku duduk sorang2. Sebelah seat aku takde orang. Tapi lepas dah gerak tu, bos aku sruh la aku pindah, sebab dia nak sruh wife dia duduk situ (bos aku duduk kat seat yang belakang skali, yang tinggi2 tuh). Saje btol bos aku ni, tak nak duduk ngan wife dia lak. Hehehe... Jadi, aku pun beralih la seat. Tapi tak jauh pun. Dekat2 situ gak. Duduk sebelah ketua rombongan, cupin nama glamer dia (later known to be my roomate).

Nak gi Ganu ni, ikut highway je. Balik nanti baru ikut gerik. Kitorang berhenti makan tengah ari kat tapah. Lepas makan2, solak jamak dan buang air sumer, kitorang pun gerak semula. Pastu bas ni kuar tanjung malim, ikut batang kali ke highway karak lak. Kat sini kitorang berhenti kat salah satu rnr (bukan genting sempah), aku tak ingat nama apa ntah. Perjalanan ni rasa jauh sangat. Bosan giler duduk dalam bas lama2. Handphone aku siap dah mati dah. Cian cik ida aku, aku tak dapat ber sms ngan dia. Kalo stop mana2, confirm aku turun nyer la. Naseb baek si cupin tu pasang muvi best2. Ada gak sumber entertainment dalam bas tu. Bos aku yang tadi duduk sorang2 kat belakang pun skang dah duduk sebelah wife dia lepas makan kat tapah tadi. Kitorang memang borak2 sakan la sepanjang perjalanan tu. Bos aku ni jenis yang sker melawak. Jadi memang kitorang banyak gelak2 la (area2 seat aku je yang gelak2 tuh. yang laen tengah tdo kot).


8.00 malam

Malam tu, kitorang makan malam kat area2 padang serai kalo tak silap aku la. Aku pun dah tak bape nak ingat. Kenyang gak la time tu. Hehehe... Tambah2 lagi lepas duduk agak lama dalam bas, sejak dari highway karak lagi. Time tu dalam kepala otak aku hanya fikir, lambat lagi ke nak sampai. Kitorang gerak dalam kul 9 malam. And on da way tu, sempat lak diorang ni singgah kedai makan lagi. Nak beli sejenis makanan nama "satar". Aku masih ingat lagi nama kedai tu apa. "Aziz Satar". Agak nyer nama dia Aziz kot. Aziz yang jual makanan nama satar kot. Jadi la aziz satar. Bukan aziz sattar tau. Aku tak beli pun. Tapi aku dapat rasa la gak sebab diorang offer. Lagi pun guna duit bendahari. Otak2 pun aku makan gak. Rasa satar tu sedap la gak. Tapi otak2 aku tak berminat sangat nak makan. Lepas makan, bau tangan aku ni, tak leh nak digambarkan macam mana. Mungkin vocab bm aku ni lemah kot. Hahaha...


Selasa - 9 Mac 2010

12.00 malam

Last2, kul 12 kitorang baru sampai kat hotel awana kijal tu. Jauh giler perjalanan. 12-13 jam baru sampai. Tak dapat nak menikmati keindahan hotel tu 5 star tu. Sampai2 terus nak tdo je. Rugi je sewa hotel mahal2, tapi tak dapat nak menikmati suasana hotel tu. Tapi bilik hotel tu memang best la. Best sangat2 compare ngan hotel2 yang biasa aku duduk (yela, ni kan 1st ko duduk hotel 5 star). Menarik2. Kalo nak tengok macam mana, korang surf la internet sendiri ek. Gambar tak dok.



Ni pemandangan dari dalam bilik aku. Bole nampak kolam mandi, pantai dan playground untuk kanak2 (yang bentuk dam tu).


Ni lak pemandangan dari balkoni depan pintu bilik hotel aku. Ada golf course and tasek apa ntah. Tasek buatan sendiri kot.


Ni pun kat balkoni gak. But different angle.


Ni kat hall dia. Menarik kan. Ada kolam air pancut lagi.


8.30 pagi

Aku ngan rumate aku turun untuk breakfast, ngan beberapa lagi ahli rombongan. Bos2 awal2 lagi dah turun makan. Time kitorang sampai, diorang dah abes makan pun. Makanan buffet dia banyak. Tapi aku tak amek sumer la. Banyak sangat. Kang tak pasal2 saket perut lak. Aku amek nasi lemak (tapi sambal dia kurang sedap) ngan potato wedges, air teh o panas. Tu baru 1st round. 2nd round aku amek lagi potato wedges dia sebab sedap, tapi kali ni ada menu tambahan lak. hotdog 2 ketul. Pastu rumate aku gi mandi kolam ngan 2-3 orang lagi. Aku malas nak join, sebab kul 10 dah nak gerak dah. Kang kelam kabut lak nak kemas2. Pastu, sempat lak aku curik macam2 benda dalam bilik hotel tu. Hak3...


Menu 1st round aku.


10.00 pagi

Lepas check-out bilik, kitorang pun kumpul kat depan tangga hall hotel awana. Nak amek gambar beramai2. Pastu baru kitorang bergerak ke Petronas kat Kerteh (bukan ketereh ek). Takde la jauh sangat. 30 minit je. On da way tu dah nampak dah tangki2 petronas dan bangunan2 petronas dan company yang bekerjasama ngan petronas. Besar gak kawasan petronas tu.


11.00 pagi

Kul 11 baru la kami masuk ke perkarangan petronas yang kami nak lawat ni. Yang ni bukan petronas yang minyak2 tu. Petronas ammonia nama nyer. Handle bab2 gas ammonia, karbon monoksida dan oxogas (gabungan H2 + CO) untuk pasaran dalam negara dan antarabangsa. Aktiviti ketika lawatan ni, mula2 masuk conference room dlu. Petronas nyer representative pun citer la pasal petronas ammonia company ni, seperti apa dia wat, dia nyer proses dan bla3. Pastu kitorang naek menara (menara ke? 4 tingkat je pun. hahaha...). Dari situ, kitorang leh observe seluruh kawasan plant petronas ammonia tu. Kat situ gak ada pelan mini proses plant diorang. Lepas sumer tu, kitorang pun dibawa ke cafeteria untuk jamuan makan tengah ari.


1.30 petang

Kitorang bertolak dari petronas. Singgah masjid untuk semayang jamak. Pastu gerak balik ke perwaja. Yang ni jauh sket sebab dekat Cukai. Aku tak ingat kitorang sampai kul bape. Nak dekat kul 3 kot. Tak pun 2.30. Mula2 skali, masuk corporate hall dia. Kalo korang masuk, mesti korang terkejut. Besar giler. Susunan dia sebijik macam pawagam. Kat dalam tu, kitorang tengok video korporat perwaja. Pastu, minum petang. Then, kitorang tour satu perwaja naek bas. Nak jalan kaki tak bole, kitorang takde peralatan safety (ex safety boot, helmet). Pastu baru kitorang bergerak ke Batu Buruk.


6.30 petang

Kitorang sampai kat Batu Buruk Resort. Check-in sumer dan terus ke bilik. Bilik dia ni takde la hebat mana pun. Siap ada semut atas cadar katil. Tak basuh ke apa. Bilik air pun agak sempit. Tapi nak wat macam mana.


8.00 malam

Waktu untuk BBQ. Mula2 aku bajet nak pakai seluar pendek (yang aku pakai time gi bukit merah). Sebab aku ingat BBQ tepi pantai. Tapi naseb baek pakai jeans. Sebab rupa2 nyer BBQ kat kawasan hotel tu gak. Cehh... Takde feel BBQ langsung. BBQ pun memang dah siap terhidang. Tapi lantak la. Janji makan puas.


9.00 malam

Lepas makan2, kitorang naek hall hotel, untuk sesi technology mapping. Bincang pasal apa nak buat untuk future research project. Tapi sah2 cuma veteran je yang bincang. Kami yang junior2 ni cuma pandang2 dengar2 je. 2 orang dari sekretariat (akauntan projek) lagi la tak tau apa2 berbanding kami ni. Lama gak kami berbincang. Patut nyer kul 10 tu kami bercadang nak ke masjid kristal sebab ada yang cakap waktu malam lagi cantik. Tapi driver bas ni wat hal lagi. Jadi brainstorming pun diteruskan sampai kul 11 malam. Tak abes2 wat hal. Dia kata takde dalam tentatif. Jadi diorang tak nak bawak. Amboii.... Kitorang bayar untuk jadi driver, bukan bayar sruh ikut tentatif. Tak pernah jumpa orang garang ke apa driver ni. Nak je aku bagi penumbuk sebijik. Tapi jadi kes besar lak kang. Driver kitorang upah 2 orang. Jadi takde istilah penat2. Dah la makan minum kitorang provide. Dapat gak korang tdo hotel 5 star. Kalo tak, tdo dalam bas je la korang. Tapi apa yang aku tau, lepas tu memang diorang terkena la. Kitorang tak bagi makan dah. Makan sendiri2 ek. Sori, takde dalam tentatif mahupun kontrak untuk bagi korang makan.


Rabu - 10 Mac 2010

7.00 pagi

Time ni, kitorang dah turun breakfast dah. Sebab kul 8 dah kena naek bas dah. Kalo tak, lambat sampai ke UMT (Universiti Malaysia Terengganu). The food was good, tapi cuma takde pilihan sangat la.


8.00 pagi

Kul 8 kitorang gerak. Kul 9.30 kot kitorang sampai. Sampai je kat UMT, diorang jemput masuk ke lecture hall. Diorang memperkenalkan diri dan wat introduction pasal UMT dan fakulti diorang, iaitu Jabatan Sains Fizik. Then, ada makan2 pagi lagi. Pastu kitorang pun melawat ke lab2 kat fakulti tu. Menarik nyer UMT ni, kampus diorang dekat sebelah pantai. So petang2 tu, mesti student dia ramai yang beriadah tepi pantai. Lepas tour ke lab2 tersebut, kitorang pun melawat kincir angin UMT dekat tepi pantai. Sebab ironi nyer, kitorang ada bincang nak fabricate kincir angin time technology mapping semalam. Jadi bila nampak je kincir angin tu, bos2 sumer berminat nak gi tengok.


11.00 pagi

Kitorang bertolak ke SIRIM Terengganu, tapi kena cancel lak. Sebab kitorang lewat, and takut diorang tak dapat nak entertain sebab tengah busy shutting down something. Jadi kitorang terus on da way ke pasar payang. Tapi sebelum tu, singgah lak makan tengah hari. Aku yang mula2 ingat still kenyang, last2 abes gak aku makan makanan aku. Muahaha... Ko ni kuat makan btol la ahmad aswad.


12.30 tengah hari

Sampai kat pasar payang. Mula2 ikut budak2 ni, tapi sebab aku ada benda nak beli, aku pun separate kan diri mencari sendiri. Mula2 skali, cari t-shirt terengganu untuk aku dan cik ida. Siap aku call lagi tanya saiz pe. Sebab yang jual tu tak guna saiz s,m,l,xl. Guna nombor. Aku nyer saiz 40. Yang kecik lak ada saiz 34 je untuk yang kaler biru-pink. Aku nyer hitam-merah. Ingat nak pilih hitam-pink untuk cik ida, tapi takde. Pastu, aku round lagi cari t-shirt untuk abah dan kaen batek untuk mak aku. Lepas settle2 sumer, aku ingat nak beli keychain untuk member2 ofis ngan budak trainee, tapi takde yang menarik dan macam dah lama (siap berhabuk2 lagi). Jadi aku pun malas la nak beli. Last2 terus je naek bas.


2.00 petang

Naek bas, terus ke losong. Nak beli keropok lekor. Banyak gak aku beli. Dalam 4-5 bungkus. Nak bawak balik kuala dan bagi housemate aku (yang pesan pun ada gak). Memang untung la sape yang berniaga ari tu. Dua kedai kami stop, dua2 sold out keropok lekor dia. Waahhh... Tutup kedai awal mereka ari tuh.


3.00 petang

Singgah masjid kristal, semayang jamak kat sana. Diorang kata cantik, tapi aku tengok biasa je. Takde la cantik sangat pun sampai nak taksub2 dengan kecantikan masjid tu. Indah lagi bangunan kaca kat KL tuh. Takpe la, mungkin mata aku yang bermasalah. Sebelum balik tu, sempat gak la amek gambar beramai2 depan masjid. Pastu, kitorang gerak pulang ke Kulim dalam kul 4.

Perjalanan pulang pun lama gak la. Cuma takde la sampai 12 jam. Kitorang singgah makan malam dan semayang kat Bukit Bunga. Pastu meneruskan perjalanan yang masih jauh. Beberapa kali stop berhenti cari tandas sepanjang perjalanan dari Terengganu tadi. Asal berhenti je, confirm 15-20 minit. Maklum la, sorang request berhenti, tapi hampir sumer yang turun. Hehehe...


Khamis - 11 Mac 2010

3.00 pagi

Akhir nyer, penderitaan berada dalam bas untuk tempoh yang lama tamat. Sampai gak akhir nyer. Lepas aku hantar 2 orang member aku balik, aku pun sampai kat umah kul 4 pagi, tu pun after aku isi minyak kereta. Kalo tak isi, tak sampai aku kat umah. Mula2 ingat nak tengok bola, Man Utd vs AC Milan. Tapi last2 aku malas nak tengok sebab fikir pagi tu keje, petang lak nak balik Kuala Kangsar (sampai skang aku regret tak tengok sebab Man Utd menang 4-0, kemenangan besar yang unexpected).



*--------------------------------------------------------------------------------*

Begitu la citer nyer perjalanan lawatan ke Terengganu. Best tu best, tapi hal bas yang spoiler sket tu. Ish3x... Confirm company tu kena banned dengan AMREC lepas ni, at least ngan my department la. Pagi tu, aku tdo 2-3 jam je. Kul 8.30 pagi aku dah masuk keje dah. Naseb baek kul 11 tu ada ceramah dan petang lak ada fire prevention yang khas untuk staff baru macam aku. So aku join je, nak buang masa. Tapi tu la pelik. Walaupun tdo 2-3 jam je, takde lak aku ngantok ke hape. Siap bole drive balik kuala lagi petang tu. Balik2 pun, siap bole bual2 ngan cik ida lagi kul 12. Kul 1 lebih baru aku tdo. Hebat tak? Hehehe... Well, tu je la story yang aku bole share. Lepas ni kalo dah dapat gambar, aku post kan kasi korang tengok.

K, chow...


Nukilan,
Ahmad Aswad

Thursday, March 11, 2010

Nak update, tapi tak boleh

Akhir nyer aku pulang ke Kulim. Sampai punyer la lambat. Off schedule la katakan. Sampai kat AMREC kul 3 pagi. Aku anta member jap, pastu isi minyak, last2 sampai umah kul 4 pagi. Pastu bangun lak 7.30, nak gi keje. Ari ni memang tak cukup tido. Tapi yang pelik nyer, mata aku still bole tahan. Cuma badan rasa kurang bertenaga la. Agak2 petang ni macam mana jadi nyer ek. Adakah aku akan tewas dalam perjuanganku menentang kemengantukan ku? Kalo aku tewas, kena balik umah kat kuala belah malam la jawab nyer. Hehehe...

Anyway, aku nak update kat korang tentang trip aku ke Terengganu. Tapi nampak nyer benda tu kena wait dulu la. Sebab aku gambar2 yang ada ni tak mencukupi untuk conclude overall trip. Jadi, aku hold dulu la hal trip2 ni. Later aku update kan.


Friday, March 5, 2010

Jumaat yang Memenatkan

Haaaaa... Hari ni akan aku citerkan kenapa ari jumaat lepas aku takde mood nak update blog. Ni sumer gara2 keje aku agak busy ari tuh. Pagi2 tu aku masuk, terus letak beg ngan beg laptop aku, pastu terus grab lab coat aku dan bergegas ke makmal. Tak sempat bukak laptop pun. Terus aku wat compaction aku sampai kul 10. Pastu baru aku balik ke meja aku, bukak laptop and write something on my book (buku yang aku slalu guna untuk tulis apa yang aku kena wat untuk ari tu). Pastu, lebih kurang kul 10.30, dapat satu phone call. Aku disuruh turun ke lab. Ada satu operasi untuk operate mesin, nak testing guna untuk sample kitorang pada masa hadapan.


Ni la mesin tu. Spray dryer nama nyer.


Aku turun2 kat lab je, bos aku sruh aku gi pakai lab coat. So, aku pun naek la tangga ke lab tingkat satu (lab coat aku tinggalkan kat lab je tadi, lab yang ada mesin tu kat ground floor). Dah turun2, bos sruh aku amek kan gloves ngan dust mask. Kena patah balik tingkat 1. Lepas aku dah amek sumer, kitorang pun operate kan la mesin tu. Pastu, tengah2 operate mesin tu, bos sruh lak aku pinjam kan termometer dari lab program biomaterial (program aku nama nyer "structural material programme). Aku pun gi la cari lab biomaterial kat tingkat 2. Tapi takde orang lak. Last2 aku cari kat lab nanomaterial. Penat tu. Buat pengetahuan anda, aku guna tangga je. Tak guna lif pun. Bole exercise2. Kan menyelam minum air tuh. Tapi lepas dah operate2 sumer, rupa nyer sample kitorang tak sesuai guna mesin tu. Siap tersumbat2 lagi. Sebab nak dekat kul 12, kitorang pun stop la. Nak rehat kan...


Time rehat tu, aku kuar ke kedai makan, bungkus makanan aku dan pulang ke rumah. Nak dijadikan citer, depan rumah aku tu, tiba2 lak ada lori kontena masuk. Lori tu dah la besar, masuk kawasan perumahan yang banyak pokok ni. Abes tersangkut. Siap patah2 dahan pokok tu sambil penduduk2 yang melihat kejadian tersebut memaki2 driver lori tu. Bodoh giler driver tu. Menyusahkan orang je. Dah la besar gak dahan tu. Siap bole block satu lane jalan. Apa pun, sebab dah lapar, aku wat dunno je, terus masuk umah dan makan. Lebih kurang 1.30, aku terus balik ofis. Duduk je atas kerusi aku, terus terlelap kejap. Naseb baek terjaga kul 2. Hahaha...


Kul 3, aku kena tolong technician tu bersihkan mesin. Bos aku dah pesan awal2 dah. Hehehe... Jadi aku pun bantu la... Sampai kul 4, baru abes. Apa lagi, badan dah letih2. Aku pun melepak la dalam lab kejap. Pastu baru balik ofis. Tu pun sebab nak surf internet je, chatting2 ngan cik ida sket. Kul 5 terus balik.


Time nak balik ni pun satu masalah. Mula2 singgah pasar malam dlu, nak beli air. Yang ni takde masalah la. Time kat shell baru ada masalah. Lepas aku pam tayar dan isi minyak, aku masuk la shell tu, nak cucuk duit. Ada atm CIMB kat situ. Beratur2, sampai turn aku, atm tu pun tulis "Harap maaf, mesin ini tidak dapat mengeluarkan wang untuk sementara waktu" atau something like that. Takpe, aku still cool lagi. Aku pun gerak la ke bank cimb. Dah la parking yang dekat2 takde, so kena la parking jauh2. Bila aku sampai je kat atm tu, baru perasan, ramai giler beratur. Jam dah la nak kul 6 dah. Kalo aku beratur, confirm sampai kuala belah malam. Jadi, aku pun malas la beratur. Panas gak hati aku time tuh. Tapi takpe la, nak wat camne lagi. Terus aku balik kuala. Tapi sempat gak cucuk duit kat hentian semanggol. Hehehe...


FM Modulator

Haaaaa... Akhir nyer beli gak FM Modulator ni. Sebenar nyer tak nak beli pun. Sebab aku lagi sker dengar radio. Tapi sebab aku always balik ke kuala, jadi kena la beli gak. Kalo tak, bosan aku nanti. Bukan nyer slalu dapat siaran, especially kat highway. Jadi, kalo tak nak kebosanan, kena la beli satu. Tapi tak mahal pun compare ngan kat kuala. Aku survey harga kat kuala around rm30, tapi kat kulim rm25 je, untuk model yang sama. Jadi aku pun terus la beli.


FM Modulator aku.



Bagus gak aku beli. Sepanjang perjalanan aku melalak sorang2. Tapi melalak lagu yang aku tau la. Hahaha... Pastu, untuk tak bosan dengar lagu je, aku pun donload la sawancara kat era tu, masukkan skali dalam pendrive. Tergelak sorang2 aku dalam kereta. Bengong lawak din beramboi ni. Tapi perjalanan dari kulim ke kuala, just take 30 songs, so takyah la aku bubuh banyak2. Guna pun pendrive yang dah berkurun, pendrive 256MB aku tuh. Hahaha...






Lawatan ke Terengganu

Yeahhh... Lawatan ke Terengganu. Baru keje 2 bulan dah dapat gi melancong2 (padahal wat lawatan je). Hehehe... Lawatan ke Terengganu ni dah lama discuss dah. Kalo tak salah aku, awal bulan Februari ari tu bincang time meeting program. Cuma tak tau jadi ke tak. Last2 jadi gak. Lawatan ni pada 8 - 10 Februari. Bole la relax2, lari keje untuk 3 hari. Hehehe... Jadi, mari aku kongsi bersama2 anda jadual yang dirancang sepanjang berada di Terengganu.


Isnin - 8 Mac 2010

Kitorang diarahkan untuk tiba awal. Kata nak bertolak kul 7. Tapi aku percaya, janji Melayu, last2 mesti gerak kul 8 nyer la. Tapi sebab aku skema, sah2 aku datang kul 7. Pastu kalo mengikut perancangan, mungkin sampai kul 5 petang. Tapi yang ni pun aku doubt gak. Sebab kalo ikut zaman aku kecik2 dlu la kan, ada skali la yang aku ingat aku gi Ganu ngan family aku. Kalo seingat aku, kitorang gerak awal pagi, lebih kurang kul 6 pagi kot. Tapi sampai nak dekat senja gak la. Tapi who knows, mungkin sampai awal kan. Sebab diorang citer nak ikut highway ke KL, pastu ikut Karak. Pastu malam tu, aktiviti bebas. "Korang wat la apa yang korang nak wat" tu yang ketua AJK cakap la. Cupin orang panggil dia (macam watak dalam ujang lak, padahal nama sebenar jauh beza). Tapi yang best tu, kitorang akan duduk di Hotel Awana Kijal. Heeee... Jangan jeles k. Bukan slalu dapat tido hotel mahal2 ni.


Gambar sebagai hiasan sahaja.

Gambar sebagai hiasan sahaja.


Not bad gak kalo tengok gambar2 ni. Aku usha gambar bilik pun menarik gak. 2 orang kongsi 1 bilik lak tu. For sure satu katil tu tdo sorang2. Takde kongsi2.


Selasa - 9 Mac 2010

Pagi2, kami akan melawat ke Petronas dulu. Pastu Perwaja dan SIRIM Terengganu lak. Dan kalo sempat, mungkin akan visit Universiti Malaysia Terengganu. Ok gak dapat jalan2 ni. Masuk kilang. Nanti aku nak wat list2 soalan untuk aku ajukan pada orang yang menyambut kitorang nanti. Bos tengok pun akan berkata, "Hebat budak baru ni. Aku tak tanya lagi, dia dah tanya." Muahahaha... (Koya lak aku ni) Apa pun, malam tu kami akan adakan barbeque. Tapi tak tau la apa yang bakal dipanggang oleh kami sekalian. Sebab tak diberitahu pun.


Gambar sebagai hiasan sahaja.


Rabu - 3 Mac 2010

Hari ni, hari untuk kami berangkat pulang. Tapi macam biasa, kalo dah lawatan2 mcm ni, confirm tak lengkap kalo takde agenda jalan2 dan shopping2 kan. Tapi aku dah lupa dah kitorang akan ke mana. Yang pasti akan pegi Masjid Kristal. Kalo shopping, aku rasa aku nak beli kerpok lekor la aku mak aku. Pastu kalo jumpa souvenir2 yang menarik, mungkin aku akan beli satu untuk aku, satu untuk letak kat umah kat kuala, satu lagi untuk cik ida aku. Oh ye, dia siap pesan kat aku lagi suruh beli satu t-shirt yang ada tertera perkataan Terengganu untuk dia. Hehehe... Insyaallah, kalo ingat, abang beli kan ek sayang...



Jadi, sampai sini aje la aku story kan anda sumer. Tak sabar rasa nyer nak gi sana. Tapi tak tau la nape aku tak sabar. Mungkin tak sabar sebab dapat tinggal kan hotel dia kot.




Perancangan

Nampak nyer lama dah aku tak post kat blog ni. Bukan nyer apa, sebenar nyer aku nak je post benda2 baru. Tapi tu la, sometimes busy ngan keje aku, sometimes bila aku tak busy, takde mood lak nak blogging. Tapi takpe, aku memang ada benda nak update, tapi mungkin dah agak ketinggalan la, sebab dah tak up-to-date sebab perangai aku yang malas nak blogging wat masa sekarang ni. So, aku just inform dlu apa yang aku akan update kan.

1 - Lawatan ke Terengganu
2 - FM Modulator
3 - Jumaat yang memenatkan


Monday, March 1, 2010

Fortune Teller Genius

Aku actually tengah surfing internet, bukak facebook aku. Sebab time lunch hour kan, so aku lepak2 dalam ofis. Al-maklum la, takde orang time2 rehat ni. Aku pun baru lepas makan. Tengah2 maen facebook ni, terserempak ngan satu facebook nyer application ni, nama nyer "Fortune Teller Genius". Aku pun bukak la kan. Macam menarik je sebab soalan dia kita leh taip sendiri jek. So aku yang tengah2 bosan ni, plan la nak wat interview olok2. Konon nak interview la ngan fortune teller ni. Jawapan nyer, computer-generated, berdasarkan soalan yang kita taip. Tapi jawapan dia merepek2 gak la. Hehehe...


Interview:


Question:
okay, first let me introduce myself. My name is Ahmad Aswad. I'm from Malaysia and I intend to interview you. Is it ok with you?

Answer:
Don't talk about it!



Question:
and why is that? do you want to hide something from the public?

Answer:
Yes, but only on day 13th of each month



Question:
owhh... you got to be kidding... why 13th of each month? special ritual or something?

Answer:
No



Question:
so, why is 13th every month?

Answer:
Of course not!



Question:
look, i'm not really getting your point here.

Answer:
No, first you must study



Question:
study? study what? on how to become a fortune teller like you?

Answer:
It may be, but think a lot about it



Question:
but you see, i'm not really into this kind of stuff, such as fortune telling. i think it does not match my personality.

Answer:
Yes



Question:
then, tell me why i should study about this kind of thing?

Answer:
Of course yes!!



Question:
okay, you somewhat rather annoy me. i\'m asking, what is the objective for me to study fortune telling?

Answer:
Of course!



Question:
damn you. do you making fun of me?

Answer:
Honestly, I didn't understand the question



Question:
huh, now you say that you did not understand my question. but i already ask the same question a couple of time now.

Answer:
Of course not!



Question:
you want me to punch you?

Answer:
Of course



Hahahaa... Korang tengok la. Kita tanya dia bole tak kita nak tumbuk dia, ngan konfiden nyer dia jawab "of course". Klakar giler. Kalo korang rasa berminat nak melawat application ni, korang search je la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...