Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Monday, July 26, 2010

Budi bahasa budaya kita

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria 

c/o

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati 

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita




Berbudi bahasa budaya kita kan. Agak2 korang kan, apa significant nyer lagu tersebut ngan gambar kat atas ni. Tak tau? Takpe2, aku kasi hint sket. Ia ada kaitan ngan budi bahasa gak. Apa? Still tak leh nak teka? Meh aku citer terus la kalo gitu. For you all nyer information, rumah yang ada dalam gambar ni adalah rumah sewa aku. Kereta putih ni bukan kereta aku. Jadi agak2 bole teka apa yang aku nak sampai kan? Mudah je sebenar nyer. Maksud nyer, pemandu kereta ni takde berbudi bahasa langsung. Dah la budi takde, bahasa tu aku tak tau la bahasa apa yang dia bole cakap kan.

Memang hangin btol aku bila ada orang parking depan umah aku macam ni. Aku tak kisah kalo ko nak parking depan umah aku. Tapi tolong la... Tolong jangan blok pagar umah aku. Camne aku nak parking kereta kalo macam tu. Jiran yang ko lawat tu takde bagitau ke, "budak umah sebelah ni bawak kereta, jadi jangan la blok pagar umah dia". Tak berbudi bahasa btol.




Dah la bawak kereta Proton, tapi tukar lambang Mitsubishi. Bajet kereta ko tu nak tukar jadi Lancer ke? Ntah apa2 ntah. Aku siap bagi surat saman lagi. Aku tulis "Sila alihkan kenderaan anda, saya tak bole parking. Sekian, terima kasih." Aku siap ucap terima kasih lagi walaupun tengah marah. Punya la berbudi bahasa aku ni. Hehehe... Tapi aku tak kira, Proton ke, Lancer ke, dalam masa sejam kereta tu tak beralih tempat, or at least kasi ruang aku masuk, memang dah sah2 akan ada calar pada kereta anda. Naseb baek dia alihkan kemudian nyer. Hik3...

And you know what, malam tu, lepas aku kuar gi pasar malam yang eventually hujan turun lalu terpaksa gi kedai makan, dia bole datang balik. Dan parking depan umah aku lagi. Kali ni complete, tak bagi can langsung even for motor. Housemate aku siap call aku tanya. Apa la rakyat Malaysia, especially Melayu. Mana pegi budi bahasa anda. Kalo anda tak berbudi bahasa ngan aku, takde masa nyer la aku nak berbudi bahasa ngan anda.

Sunday, July 25, 2010

Ku tak mampu...

Jangan korang salah sangka lak ketidakmampuan apa yang aku maksudkan tu. Bukan tak mampu apa pun. Sebenar nyer, aku nak bubuh tajuk "Ku tak mampu menghayun parang lama2". Tapi cam panjang lak title aku cenggitu. Jadi, aku singkatkan je la jadi "Ku tak mampu..."

Baru2 ni aku ngan abang ipar aku ke kebun kitorang kat Sayong. Sejak arwah abah aku dah takde, takde sape nak jaga kan kebun tu. Nak harapkan aku, aku bukan reti sangat pun. Kalo ada geng tu, ok la gak. Oleh sebab itu, rumput2 kat pondok pun dah meninggi, umpama lalang. Jadi, abang ipar aku pun nak mesin la rumput2 tu. Dah tu, aku pun join la skali. Abang ipar aku mesin rumput, aku lak tebang la pokong2 yang dah layu, yang menyemak dan yang dah terlalu tinggi. Tapi kunci pondok tak jumpa lak. So terpaksa guna peralatan2 yang ada. Cangkul sabit sumer ada dalam pondok. Last2 aku menebang guna parang aka golok aje. Lebih kurang 2-3 jam menebang, ini lah result nyer...






Abes tangan aku melecet sebab menghayun parang tu dengan agak lama, ditambah pula dengan force hayunan yang tinggi. Ececece... Rugi tak bawak glove kaen. Kalo tak, takde la melecet. Lupa lak nak tangkap gambar kebun sebelum dan selepas di"trim" oleh kami. Anyway, tu baru suku je buat. Petang tu aku rehat, abang ipar aku gi ngan adik aku lak. Ari ni pun diorang wat lagi kot.

Pastu, sebelum kakak aku balik Kuala Kangsar, aku ada pesan dia bawak kan kamera digital yang aku pernah pakai time final year dlu. Tapi tak sangka dah menjadi begini rupa nyer...


Tengok macam ni nampak ok.


Sekali... Amek ko... Tempat bateri patah da...


Aku try gak bubuh bateri, and then try lekatkan ngan pita pelekat. Tapi still tak bole on. Hhhmmm... Any ideas?

Friday, July 23, 2010

Last week for reading manga

Aaaarrrggghhhh... Tidakkkk... Last week untuk baca manga? Alahaiii... Tak dapat la aku nak continue follow manga naruto dan bleach (well, itu je manga yang aku baca). According to One Manga, minggu ni adalah minggu terakhir untuk membaca manga, di mana selepas ni, diorang akan remove sumer manga yang ada kat One Manga tu. Cuma forum diorang je akan berfungsi after this.

Sumer ni adalah disebabkan publisher manga baru2 ni telah bertukar pendirian mereka dan tidak membenarkan lagi manga scanlation (scan manga untuk disiarkan di internet or sort of). Dan One Manga telah berjanji untuk follow dan menghormati pendapat mereka. Oleh itu, One Manga akan remove all of their manga scanlation. Sedih2. Pasni kena tengok anime je la, yang obviously, still jauh ke belakang story nyer berbanding ngan manga.

Thursday, July 22, 2010

Hari ini dan semalam

Ari ni bukan ada apa pun aku nak update kan. Just nak update sket je pasal pengalaman semalam dan ari ni. Pengalaman ke? Exaggerate btol ayat. Hahaha... Semalam, aku dan beberapa project member telah berjalan-jalan time waktu keje. Kitorang kuar kul 10.30 pagi, balik kul 5.00 petang. Haaaa... Balik2 je, bole terus punch kuar. Tapi memandangkan aku ada keje lagi kan, so takde la wat macam tu. Settle kan dlu keje la baru bole balik. Baru la pekerja yang berhemah. Ececece...

Kuar bukan jalan sker2. Ada benda yang kami cari sebenar nyer. Kami sedang mencari kedai2 hardware. Sambil tu, beli la keperluan2 lab yang laen. Tu yang lama tu. Tapi sebenar nyer aku nak citer kan pengalaman makan nasi ayam penyet kan Jusco, Perda. Well, ni first time aku sampai situ kan. Kat bawah ni adalah beberapa gambar yang aku snap sendiri daripada brochure yang aku amek kat kedai tu.


Ni adalah complete view brochure tersebut.


Ni gambar ayam penyet. Maaf la, kurang jelas. Hp murah. Ehehehe...


Ni gambar full set nasi ayam penyet.


Sedap gak la. Ayam je senang nak dimakan. Cuma takde la kenyang sangat, memandangkan nasi dia sket je. Tapi memuaskan hati la, sebab ayam dia sedap. Beralih pula kepada ari ni. Pagi tadi aku pegi ADTEC, dekat area2 Mahang gak la. Nak bincang pasal sampel yang aku pernah anta dlu. Nak describe kan aku nak sampel tu dipotong macam mana. So aku ada bawak la sekali surat permohonan sampel yang aku pernah anta kat diorang dlu. Cuma ada aku tambahkan drawing. Last2 time kat ADTEC tu, before aku nak bagi surat tu kat orang tu, baru aku terperasan benda ni.


Korang nampak tak? Kalo tak nampak, aku besarkan lagi.


Nampak? Tak nampak lagi ek...


Dah nampak tak skang?


Ish3... Ntah macam mana aku bole tak perasan yang aku salah spell. Ni mesti word 07 ni betul kan spelling aku automatically. Dan aku pulak tak perasaan. Makna nyer, 2 surat yang aku anta kat diorang sebelum ni pun mesti mempunyai kesilapan yang sama, memandangkan aku tak ubah apa2 pun. Cuba korang tengok tarikh surat. 6 Julai tuh. Memang lepas aku sedar tu, ketawa2 aku ngan projek member yang ikut skali.

Saturday, July 17, 2010

Kenape Ahmad Aswad tak bole jadi penyanyi

Tentu korang tertanya2 kenapa tiba2 aku wat entri ni kan. Macam yang anda sumer sedia maklum mahupun yang tak bape nak sedia maklum, hobi aku ni kan menyanyi. Kepakaran aku menyanyi di dalam tandas memang lah tak dapat disangkal lagi. Hehehe... Dasat ayat aku ni. Anyway, time aku drive nak balik ke Kulim, aku try la melalak nyanyi lagu dalam kereta sorang2 kan. Kebetulan aku selsema. Alamat nyer, memang agak kurang merdu la suara aku ni. Tu yang aku mendapat ilham untuk membuat entri ni. Jadi, sila la baca sebab2 Ahmad Aswad tak bole menjadi penyanyi.


1. Selalu selsema dan bersin.

Ni la sebab utama nape aku tak patut menceburi bidang nyanyian. Sebab ni jugak la aku dapat ilham nak wat entri ni kan. Aku ni bole dikatakan mempunyai badan yang cenderung terkena penyakit. Tapi demam dan laen2 tu jarang la. Cuma aku ni selalu kena selsema. Jadi, bole tak korang bayangkan, tengah sedap2 aku menyanyi kat atas pentas, depan peminat2 aku. Tiba2 aku bersin, lalu percikan hingus2 aku terkena la peminat2 aku, especially yang front row la kan. Sebab diorang paling dekat ngan pentas. Tak pasal2 kuar front page paper bertajuk, "Penyanyi Popular Menghembuskan Hingus Ke Arah Peminat." Tak ke haru gitu.

Pastu, tengah sedap2 nyanyi, tiba2 ada lirik "Haaacchooo!!!" ketika sedang menyanyi. Hahaha... Time selsema ni, biasa la. Hidung akan menjadi agak sensitif sket. Kalo aku nyanyi high pitch, hidung aku ni umpama bergetar. Last2 hidung aku akan rasa gatal. Kalo kat tengah pentas idung gatal, mana aku nak cari port nak korek idung kan. Kalo wat depan peminat, orang kata aku ni tak senonoh lak. Oleh itu, aku tak sesuai untuk jadi penyanyi.


2. Pemalas

Aku ni kan memang pemalas sket. Kalo dah bergelar penyanyi, mesti la takde peluang nak rehat2. Memandangkan show nyer schedule padat, waktu nak lepak2, tengok tv, maen game, sumer dah takde. Masalah tu kalo jadi gitu. Nanti sape nak uruskan blog aku. Haaa... Ada sape nak jawab?


3. Pemalu

Aku kan pemalu. Korang tak tau ke? Hehehe... Kalo jadi penyanyi, mana bole malu2. Tak popular la nanti kan. Baek tak yah jadi penyanyi kalo tak popular. Even William Hung yang tak pandai nyanyi tu pun bole glemer. Buat malu je nanti. Tambahan lagi, jadi penyanyi takde privacy. So, aku prefer not to jadi penyanyi.


4. Tak sker kene keliling orang ramai

Aku memang tak sker kena keliling2 ngan orang ni. Siap ari bulan, aku bole naek angin kalo silap gaya nyer. Jadi penyanyi, biasa la kan. Kena kerumun ngan peminat, reporter. Jadi, aku memang tak bole la nak hadapi situasi2 sebegini.


Jadi Ahmad Aswad, kamu tak bole jadi penyanyi.

Thursday, July 15, 2010

Facebook pun dah ada macam ni skang




Benda2 macam ni mesti korang dah slalu jumpa kan. Kadang2 dapat sms, kadang2 kat skype pun ada. Kalo kat internet, toksah citer la. Dah sah2 ada kan. Tapi yang ni first time jumpa kat facebook. Dah bertukar modus operandi kot. Muahahaha... Siap anta message lagi, sruh aku add kat yahoo aka ym la. Tapi confirm la aku tak add kan. Ntah2 kalo aku wat macam yang dia sruh tu, tak pasal2 kena virus apa ntah. Binawe...

Tuesday, July 13, 2010

Pengumuman - Anime Review

Seperti yang anda sedia maklum, setiap kali aku tengok anime baru, aku akan post kan anime review. Tak kira la anime tu baru ke lama ke, asal aku baru tengok je, aku akan letak anime review tu dalam blog aku ni. Tapi mulai ari ni, aku akan stop post anime review dalam blog, sebalik nyer aku akan post kan anime review yang baru dalam blog aku yang lagi satu, iaitu Creativity Beyond Your Limit.

Saje je aku aku nak pindahkan, memandangkan blog yang itu memang aku khas kan untuk menempel apa2 benda yang aku hasilkan sendiri, dengan kreativiti tersendiri (kreatif sangat la tu anda nyer anime review tuh) kat blog aku yang lagi satu. Anyway, anime review yang paling latest akan menyusul tak lama lagi. So, sila la follow ek, if interested. Hehehe...

Saturday, July 10, 2010

Mencirit ke?

Haaaa... Terasa sinis je tajuk aku kali ni. Hehehe... Ni sumer pasal makan malam ari ni la. Ni baru je balik dari makan malam la ni. Sampai2 je aku kat umah, terus aku on laptop. Dalam otak aku, "ada benda nak kena maki dalam blog aku ari ni". Well, bukan maki la kan. Cuma sindir sket2 je. Maki tu cuma istilah je.

Berbalik kepada makan malam tadi. Aku ngan family aku sampai kedai tu lebih kurang kul 9. Time tu ramai gak la orang kan. Tapi memandangkan mak aku nak makan chicken chop, singgah je la kedai tu. Lagi pun sebelum ni tak pernah lak ada kes lambat anta makanan ni. Jadi tak pernah la terlintas kat pikiran ku akan terjadi nyer kes sedemikian rupa. Tapi, bak kata pepatah omputih, "there is always first time for everything". Jadi memang kitorang terkena untuk pertama kali nyer la. Lama gak la menunggu. Mak aku nyer chicken chop kejap je dah sampai. Nasi goreng yang lama nyer. Tu yang aku kuar istilah "mencirit ke?" untuk tajuk entri ni. Nak merujuk kepada tukang masak tu. Kot2 la dia tengah mencirit kan. Tu yang tak siap2 nasi goreng kami ni.

Macam makan kat kafeteria universiti lak kena tunggu lama2 ni. Dlu time kat universiti bole la tahan2 makanan lambat sampai. Dah la lambat, tak bape nak sedap lak tu. Hehehe... Tapi memandangkan kedai tak banyak, dan tak banyak pilihan untuk makan, bedal gak. Tapi lepas tu, agak susah untuk menjejak kan kaki ke kedai tu. Selagi ada kedai laen yang bukak, kami tak pergi kedai tu. Tapi anda tu bukak kedai biasa. Pelanggan bole cabut bila2 masa je. Anyway, aku takde la nak marah sangat kan. Memandangkan ni first time, so bole diampunkan la. Tapi kalo lepas ni jadi lagi, memang tak datang dah la jawab nyer.

Sebelum kuar makan tadi, aku bersembang ngan jiran depan umah aku. Dia tanya aku pasal motor lama arwah abah aku. Dia ingat nak beli. Sebelum ni dah sembang ngan adik dan mak aku. Pastu mak aku sruh bincang ngan aku skali. Memandangkan takde orang nak guna motor lama tu, elok aku jual je. Lagi pun, jiran aku ni slalu tolong aku. Time kitorang takde kat umah, dia la yang slalu bukak kan lampu porch umah malam2. Jadi tak kisah la kalo nak jual kat dia. Tapi harga camne nak kira ek? Any idea?

Friday, July 9, 2010

Pikachu Voice

Semalam aku bosan2, so aku pun search la blog melayu yang ada berkait2 ngan anime. Then, guess what. Aku jumpa satu blog ni, ada embed video youtube pasal voice actor pikachu yang jepun je. Pandai dia wat suara pikachu. Korang tau amende pikachu tu? Mesti tau kan. Takkan la masa kecik2 dlu korang tak tengok kartun Pokemon. Bohong ar. Anway, ini bukan anime review. So takde anime review pasal Pokemon ok.



Thursday, July 8, 2010

Shock-kuda....

Shock-kuda? Mesti korang tertanya2 amende yang aku merepek ni. Hak3... Shock-kuda tu adalah apa yang orang Jepun sebut kalo dia shock, dan nak ekspresi kan dalam ayat menggunakan perkataan omputih, iaitu shock. Tapi aku tak tau la kalo ejaan kuda tu memang camtu kan. Tapi sounds like that la. Anyway, shock-kuda tu takde la kena mengena ngan kuda kat jepun, malaysia mahupun seluruh dunia. Apa yang aku nak citer kan ni, pasal World Cup semalam la. Nampak nyer si sotong yang bernama Paul tu btol lagi la kan ramalan nyer. Dia pilih Spain menang, jelas2 Spain menang. Aku siap bangun tengok kul 2.30 pagi tadi. Bajet nak tengok la Germany nyer counter-attack yang diorang dok slalu guna time lawan England ngan Argentina. Alih2 Spain lak guna, naseb baek tak gol je.




Kira nyer World Cup shock jugak la kan Germany tersingkir dari World Cup, memandangkan prestasi mereka yang hebat time menang 4-1 ngan England dan 4-0 time lawan Argentina. Mungkin sebab Mueller tak maen kot due to suspension. Aku pun ingat dapat la tengok high scoring game. Tapi nampak nyer harapan aku tu meleset sama sekali.

Earlier before, sebelum aku tdo (untuk prepare nak tengok bola), ada satu insiden berlaku yang disebabkan oleh "tangan jahat" aku. Ni istilah housemate aku bagi. Nak tau apa maksud nyer? Macam ni kisah nyer. Time tu aku nak kuar la, nak gi bayar bil telepon. Time aku kuar tu, tangan kiri aku tarik pintu (pintu ni dah ditekan terlebih dlu dari dalam) manakala tangan kanan tengah cek sama ada aku ada bawak kunci umah ke tak. By the time aku realize kunci aku tertinggal kat dalam bilik, tangan kiri aku dah tarik pintu umah sampai tertutup. Means? Aku ada kat luar, pintu dah berkunci, and aku takde kunci umah.

Ironi nyer, macam mana tangan kiri aku bole tarik pintu umah tu walhal aku sure, aku tengah fokus dok cari kunci umah dalam poket seluar. Hhhhmmmm... Confius aku dengan keadaan ini. Mungkin otak kanan aku telah berfungsi tanpa aku sedari (Otak kanan yang berfungsi mengawal anggota kiri kan?). So, terpaksa la aku call housemate aku mintak dia balik cepat, unlock kan pintu. Sementara tu, aku pun gi la bayar bil telefon dlu. Pastu lepak kedai mamak, bungkus air untuk makan malam (aku tak makan lagi time nih), dan terus balik.


p/s: time tunggu dalam kereta tu, jiran selang serumah siap datang ke kereta aku lagi, dia ingat aku ni stalker atau pencuri.

Sunday, July 4, 2010

Proton Modifications

Akhir nyer aku jumpa gak gambar2 kereta proton yang dimodify ni. Mula2 skali aku terbaca kat surat khabar Berita Harian pasal modification ni. Tapi bila nak cari gambar2 ni kat internet, tak jumpa lak aku. Mungkin time tu takde kat internet lagi. Ntah la. Kalo time tu dah ada, mungkin dah lama aku wat entri pasal ni. Sebab aku rasa ia nyer menarik untuk di"share"kan bersama2. Tapi ari ni aku ada dapat emel yang contains gambar2 kereta tersebut. Tu yang ari ni aku wat entri pasal hal ni, memandangkan aku pun takde benda laen nak update kat blog aku kan.






Menarik tak? Bahagian depan macam kereta biasa, tapi belakang ala2 macam bas. Itu lah ciri-ciri fizikal kereta yang digelar Super Carrier ini. Tapi still, design yang menarik. Tapi memandangkan tayar belakang dah sampai empat, plus tayar depan ada dua, mungkin kereta ni akan menggunakan banyak minyak. Atau mungkin proton akan come out dengan solution yang bole mengurangkan penggunaan minyak untuk kenderaan ini. Mungkin kereta ini bole ganti penggunaan mini bus dengan keselesaan yang lebih terjamin.






Ni lak kereta yang dimodify daripada Satria Neo, Satria Gemilang. Takde banyak perubahan, cuma kereta ni nampak lebih panjang dan ruang seat pun nampak lebih besar. Neo yang mementingkan keselesaan nampak gaya nyer. Yang penting, ia nampak lebih eksklusif.






Kereta ini? Terbaekkk... Paling aku minat antara sumer kereta proton modification yang laen. Nampak sporty dengan design body yang menarik. Confirm laku kalo dijual kat pasaran. Baek dalam mahupun luar negara. Yang mana tak mampu nak beli Lancer atau Evo, mungkin berpuas hati jugak kalo bole beli kereta yang ni. Caya laahhh...






Kereta proton versi batman pun ada tau. Cuma kaler je tak menarik. Tak shiny. Kereta batman memang kaler macam ni ke? Kaler yang membuatkan kereta tu nampak macam diperbuat oleh getak atau plastik. Ke memang diperbuat dari getah? ??? Ni kalo nak reverse pun, pandai2 la korang reverse. Hahaha...






Ni lak, kereta kasut. Eh, kereta yang design macam kasut. Ni kalo naek kereta ni, kalo ada orang tanya "Ko datang keje naek apa?" Dah tak jawab naek kereta dah. Jawab "Aku datang naek kasut ari ni." Kalo tengok kat plat number, dia tulis "Fair Play", tapi tak sure tu nama model kereta ni ke hape. Kalo nama kereta ni, it sounds pretty weird. Anyway, sape kata proton jual kereta saje. Diorang pun ada jual kasut. Cuma kasut diorang buat tak jual kat kedai kasut je.






Satria Cabriolet. Diubah suai daripada kereta Satria model asal, menjadikan bumbung nyer bole dilipat, macam kereta2 oversea. Tapi design kereta tak bape menarik la pada pandangan aku.






Ini pula Innotech, dimodify daripada Proton Savvy. Sekali tengok macam comel. Macam ntah apa2 pun ada. Bahagian depan buatkan kita fikir "hebat gak design dia". Tapi tengok belakang kita macam berfikir "What the...." Mungkin lebih sesuai dijadikan sport car.

Anyway, aku rasa idea2 Proton ni not bad la jugak kan. Cuma gambar2 kat atas ni cuma prototaip je. Mungkin diorang patut fikir untuk komersial kan beberapa kereta (bukan sumer k). Hehehe... Tahniah Proton. MALAYSIA BULES!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...