Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Tuesday, August 31, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi



"1Malaysia Menjana Transformasi" merupakan moto Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Agak2 sape yang tak tau tu, bole rendam kepala anda dalam besen air selama 10 minit. Sape yang berjaya hidup lepas tu, anda dikira sudah merdeka daripada sikap ignorance anda. Hehehe... Aku ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Aku ingat lagi masa kecik2 dlu abah aku bawak satu famili gi Stadium Perak. Gi countdown kul 12 tengah malam, nak sambut Merdeka nyer pasal. Biasa la. Masa kecik2, suasana camni kira best la kan. Ada persembahan macam2, pertunjukan bunga api lagi. Pastu ada brother2 jual kacang putih la, minuman la. Jadi seronok la kan. Keesokan hari nyer, pegi tengok perarakan pulak. Tapi bila dah besar ni, takde nyer niat nak gi tengok kat stadium ke hape. Rasa malas yang amat sangat. Lagi2 la kalo nak gi sendiri. Memang tak dapat la. Ada beberapa sebab yang menyebabkan aku malas.

1. Susah nak cari parking kereta.

2. Sesak. Ramai sangat orang. Nak kena mencelah2 lak. Dibuat nyer bersentuhan ngan awek2 cun ke, tak ke Cik Eeda marah....

3. Malas nak bangun awal2 semata2 nak menempuh perkara 1 dan 2 seperti yang tertera di atas. Yela kan. Time cuti2 ni la nak bangun lambat2. Takde nyer aku rajin nak bangun awal.


Anyway, semalam aku countdown Merdeka ngan Cik Eeda dalam tpon. Actually, bukan countdown pun. Tengah dok bergayut, tiba2 terdengar bunyi orang maen bunga api dan mercun. Baru aku perasan, dah kul 12. Apa lagi, aku pekik la MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sambil Cik Eeda, dia senyap je. Mungkin dalam hati dia kata "Gilos apos balak aku ni?"

Hari Merdeka ni, aku teringat macam mana aku sambut Merdeka time kat universiti dlu. Universiti aku ni dia macam dah satu pesen je time tu. Asal nak mewajibkan kitorang gi sesuatu program yang diorang anjurkan, diorang akan mem"blackout"kan kediaman kitorang. Tak tau la kan sama ada kebetulan atau tak. Tapi aku anggap itu keje pihak universiti je la ek. Jangan marah. Hehehe...

Kejadian ni berlaku either time aku 2nd year atau 3rd year. Sebab yang aku ingat time tu duduk kat KKA Taman Aman. 1st year aku duduk Kg. Wai and Final Year aku duduk KKG Wang Ulu. Time ni kira sehari sebelum Hari Merdeka la. Kul 12 orang countdown kan. Dan2 je malam tu gak kena blackout. Last2 kitorang terpaksa la gi Stadium Kangar sambut merdeka. Dah la tengah blackout kan. So bersiap2 pakai baju apa sumer tu stakat ala kadar je la kan. Bukan nampak pun nak pakai segak2. Baju seluar pun maen suluh ngan handphone. Dah suluh, terus grab lalu pakai je. (Tapi sebelum tu memang dah pakai baju, jangan korang ingat laen lak)




Last skali, aku berharap sempena Hari Merdeka ni, rakyat2 Malaysia akan memerdekakan diri mereka dalam beberapa perkara.


1. Memerdekakan diri daripada kemalangan jalan raya mahupun kemalangan lebuh raya. Maklumlah, nak dekat raya dah kan. Kang tak pasal2 tak sempat sambut Hari Raya.

2. Untuk kanak2, memerdekakan diri anda daripada permainan mercun yang bukan2 dan yang membahayakan kesihatan fizikal tubuh anda. Meriam buluh lagi la jangan maen. Kalo nak maen gak, gi maen meriam kat Fort Cornwalis tu.

3. Untuk penunggang motorsikal lak, merdekakanlah diri anda daripada sikap menunggang di tengah2 jalan raya. Tunggang la kat tepi sket, bagi laluan kat kereta. Bukan hape, takut korang kena langgar je ngan kereta2 yang agak baran ngan sikap anda. Dan jangan lupa, kalo menunggang by group tu, tolong la jangan menunggang side by side, pastu sembang2, lupa kat belakang ada kereta. Kalo aku, nak je aku rodok motor kau.

4. Untuk pemandu kereta lak, merdekakanlah diri anda daripada skill memandu anda yang teruk tu. Hahaha... Dah la slow, tapi nak gak masuk dari simpang ke jalan utama time orang tengah bawak kereta laju2. Tak ke orang tu tak pasal2 kena emergency brake.


Anyway, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.

Friday, August 27, 2010

Mandi Songsang

Mandi songsang in the case adalah mandi daripada kaki dlu, instead terus simbah air kat kepala. Mak aku sejak aku kecik lagi time nak mandi, dia sruh aku jirus kaki dlu. Baru badan dan kepala. Yang aku tau sampai skang, mandi gitu untuk elakkan kena demam. Tapi ari ni ada kebaikan laen gak rupa nyer mandi sebegitu.


1. menjadikan pengamal nyer awet muda dan sentiasa segar.
2. mengembangkan salur darah aka bahagian otak menjadi bertambah baek untuk berfungsi.
3. menjadikan sistem pertahanan berfungsi dengan lebih baek.
4. mengurangkan stress yang dihasilkan oleh otak.
5. menjadikan pengamal bertambah pintar.
6. meningkatkan daya ingatan.
7. menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.


Untuk artikel penuh, klik sini.

Akibat Makan Sushi dan Sashimi



Berita ni aku amek dari satu blog. Tu pun aku jumpa sebab aku asyik blog-walking je ari ni. Bosan sangat. Tv takde benda menarik. Baek2. Sambung balik. Seperti yang korang tengok, ada ulat2 kat dalam gambar ni. Agak2 btol ke ek ulat ni bersarang sebab makan sushi dan sashimi?

Thursday, August 26, 2010

Hari ini dan semalam

Hhhmmm... Where should I start? Rasa nyer dah agak lama aku tak post benda2 yang ada kena mengena ngan diri aku kan. Last entri pun pasal benda yang takde kena mengena ngan idup aku. Eh, bukan takde kena mengena la. Ada la gak sket2 yang terkena. Seriously, aku agak malas berblogging kat blog ni sejak akhir2 ni. Blog aku yang lagi satu tu rajin lak aku update slalu kan. Hehehe...

Hari ni dan semalam adalah hari2 yang agak bz untuk aku. Semalam bz ngan keje, ari ni bz ngan benda yang takde kaitan ngan keje, tapi wat kat tempat keje. Haaaa... Dan dua2 ari ni adalah hari yang memenatkan. Rasa nak minum air je lepas wat keje tu. Naseb baek aku dapat melenakan diri kat meja aku time rehat. Hak3... Bos jangan marah ek...

Semalam, aku tolong bos aku ukur brake pad kancil. Brake pad ni adalah produk yang AMREC sedang dalam proses commercialize kan. In fact, brake pad yang kitorang ukur semalam ni telah pun dipasang pada beberapa keta kancil tahun lepas. So, lepas setahun, kitorang bukak balik untuk ukur ketebalan brake pad tersebut. Bole la tahu takat mana dah haus. Ni kira nyer on-road testing la. Jadi kalo ada sape2 yang nak keta kancil diorang dipasangkan ngan brake pad AMREC ni, bole la datang Kulim ni ek. Bos aku cakap free je brake pad ni. Korang bayar kos pasang je kat pomen tu.

Bila aku citer, tak rasa macam memenatkan je kan keje aku ni. Sebab just ukur je. Mungkin sebab aku terpaksa bergerak banyak kot during persiapan, testing dan sumer tu la. Tu yang penat kot. Tapi lepas testing tu, memang rasa penat woo... Kering bibir aku dibuat nyer. Tapi letih2, sempat gak aku join member aku gi kedai komputer. Dan sempat2 lak aku membeli kipas laptop ngan harga murah. RM10 je. Ada 3 kipas. Berbaloi kan. At least murah la compared ngan yang aku beli dlu. RM30++ ngan hanya 2 kipas. RM10 ni kalo kat PC Fair senang la dapat. Tapi memandangkan beg laptop aku tak muat nak bubuh benda ni skali, jadi aku letak kat ofis je la. Tak dapek eden nak usung ke sana ke mari.


Kipas laptop aku yang baru.


As for today, ari ni ada gotong-royong beramai2 kat tempat keje aku. Gotong-royong memasak bubur lambuk. Tapi mula2 tu aku tak terlibat la. Sebab budak pompuan yang wat keje. Bab potong2 sayur dan prepare ingredient2. Oleh itu, aku tolong sorting baju2 yang nak disedekahkan ke umah anak2 yatim. Yela, kena la asing2 kan baju kan. Baru la nampak organize. Pastu mana2 baju yang dah tak elok, kitorang kena la reject.

Bila yang tu dah siap, baru la aku terlibat ngan bubur lambuk lak. Time tu diorang dah nak siap dah kacau2. Aku tolong bahagian production line je la. Bungkus2 bubur lambuk. Hehehe... Tapi aktiviti2 ni sumer tak bergambar la. Sebab takde member2 yang tangkap gambar. Gambar official ada la. Tapi takkan nak mintak lak kan. Tapi kalo ada dapat nanti, aku letak.


Bubur lambuk. Alahai... Tak nampak la pulak....


Tak nampak ngan jelas lak gambar yang aku amek ni. Takpe2. Gambar tak penting. Yang penting, rasa nyer sedap. Hehehe... Daging ada, udang ada. Sodappp....

Wednesday, August 18, 2010

Jantina laptop korang.

Rasa nyer macam dah lama lak aku tak update blog aku yang satu ni. Walhal baru seminggu lebih je kan. Baek la. Ari ni aku saje je nak wat entri pasal benda ni. Sebab takde benda laen yang lagi menimbulkan ke"intereste"an dalam kehidupan aku at the moment. Cam sedih lak bunyi nyer bila aku baca balik tulisan aku ni. Hehehe... Apa pun, lets continue ok. Ni pun aku dapat tau lepas Cik Eeda anta emel kat aku menerusi emel tempat keje. So capacity rendah. Sebulan dua ilang la emel ni, confirm. Jadi aku wat la entri ni spesel, in case pada masa depan, aku bosan2. Bole aku wat benda ni balik. Maen2. Muahaha....

Baek2. Macam ni. Korang tau tak jantina pc atau laptop korang tu? Kalo tak tau, ada cara untuk mengenal pasti jantina pc atau laptop korang. Hanya taip kan LAWAK dan hantar ke 33652. Eh? Bukan2.... Tu salah nyer advertisement. Yang sebenar nyer, Dragonball ada 7 bijik sumer nyer? Eh? Nape aku kuat merepek ari ni? Takpe2. Kali ni serius sket. Untuk mengetahui jantina pc atau laptop korang, korang bole follow step2 kat bawah ni. Tapi kalo agak malas, korang bole tanya sendiri laptop korang tu, pastu tunggu la sampai beliau jawab. Haaaaa... Kan senang.


1. Buka "Notepad".

2. Tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3. Pastu save as i love you.vbs

4. Pastu tutup file tu dan double klik file tersebut.

5. Nescaya, korang akan mendapat respond yang berbunyi "I love you".


So, korang dengar je la tu suara laki ke pompuan. Agak2 kalo pc tu sama jantina ngan korang, korang bole la campakkan beliau dan cari pc baru yang berlainan jantina ngan anda. Maklum la, nak elakkan diri daripada dilabel gay atau lesbian. Pastu kat bawah ni pun korang bole try gak.


1. Buka "Notepad".

2. Copy dan paste kod kat bawah ke dalam notepad.

Dim msg, sapi
msg=InputBox("Enter your text for conversion–www.techvorm.com","TechVorm Text-To-Audio Converter")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak msg

3. Save file guna sebarang nama dalam format vbs. contoh: kambing.vbs

4. Tutup dan buka semula notepad tersebut.

5. Taip perkataan yang anda mahukan. Kelakar abes kalo korang taip dalam bahasa melayu.


Tu baru dua. Ni kalo korang rasa bosan lagi. Bole cuba yang kat bawah ni lak.


1. Buka "Notepad".

2. Tutup "Notepad"

3. Buka "Notepad".

4. Tutup "Notepad".

5. Repeat step kat atas sampai korang rasa tak bosan dah. Hehehe...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat menyambut bulan Ramadhan



Memandangkan esok dah nak mula puasa, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada keluarga tersayang, Cik Zuraida dan keluarga nyer serta sumer umat Islam di serata dunia.

Memandangkan kereta aku ada kat bengkel di kala ini, nampak nyer aku akan bersahur dengan hanya menjamah roti yang dicicah ngan teh o. Malam ni pun aku makan maggi je. Tapi takpe la. Syukur je ngan apa yang ada. Dah kira ok la kan dapat makan, compared ngan orang kat Gaza, kat Pakistan yang kena landa banjir kilat. Malaysia pun banjir gak. Banjir ngan PATI. Hehehe...


Makan otak-otak kat dalam rimba, (kejadah nyer mkn dlm rimba?)
Rimba lak dekat Muar, (Muar, Johor ok...)
Bulan Ramadhan dah pun tiba,
Puasa yang lepas dah ganti semua?

Saturday, August 7, 2010

Lipsync

Baru2 ni Cik Eeda ada bagi aku satu video kat YouTube ni, berkenaan lipsync. Anda tahu apa itu lipsync? Lipsync ni macam miming. Just gerak2 kan bibir je seolah2 sedang menyanyi. Video yang Cik Eeda sruh aku tengok ni, miming dari Indonesia. Siap kuar Kosmo! lagi kata nyer. Kalo korang nak tengok, ada kat bawah ni.




Video ni remind kan aku tentang satu video miming gak. Tapi chinese version. Video ni dah lama aku tengok. Time aku 1st year atau 2nd year kat universiti. Diorang miming lagu Backstreet Boy. Ni video dia kat bawah. Tapi video yang ni tak bape best sangat compared ngan satu version yang diorang tiru lagu "As Long As You Love Me". Video ni lago klakar. Tapi apakan daya. Tak dapat nak kongsi ngan anda sumer sebab video ni kena remove dari YouTube atas sebab copyright.


Tuesday, August 3, 2010

Menjajah Cameron Highland

Menjajah ke? Hahaha... Berlebihan lak tajuk entri. Padahal takde la pergi banyak tempat pun. Sebenar nyer dah lama aku nak wat entri pasal ni. Tapi tak sempat2 nak wat. Minggu ni aku agak busy sket ngan keje. So tak berkesempatan nak curi2 masa untuk berblogging. Sebab benda yang nak post ni agak banyak gak la. So aku take time gak la nak complete kan entri ni. Aku wat sket2 sampai abes.

Minggu lepas Cik Eeda datang ke Kulim lagi, lepas abes perbincangan ngan lecturer nyer di USM. Cian dia, kena cari sendiri hotel sorang2 memandangkan aku still tengah keje. Kul 5 lebih baru bole balik. Sebab dia abes jumpa lecturer pun dalam kul 2, pastu member dia ada meeting. So nak tak nak dia pun gi cari hotel daripada melepak sorang2 kat USM tu sementara tunggu aku abes keje. Naseb baek anda jumpa. Hehehe...

Malam tu, kitorang gi jalan2 kat Jusco Perda. 1st time untuk Cik Eeda dan 2nd time untuk aku. In fact, aku bawak Cik Eeda ni datang sini sebab nak promote dia makan nasi ayam penyet je. Hak3... Kitorang order nasi ayam penyet, sup sayur, rendang ayam. Tapi sup sayur dia tak sedap. Jadi next time, jangan order. Yang laen2 tu sedap la. Sebelum tu, Cik Eeda ni ajak beli donut kat Big Apple. Jadi konklusi nyer, kami banyak makan pada malam itu.


Donut Big Apple. Tapi tak abes pun makan sumer. Yang laen bawak umah, simpan dalam peti ais. Sok sambung makan.


Tengah makan donut.


Kedai nasi ayam penyet.


Menu kami. Tapi rendang tak sampai lagi time ni. Sampai2 je rendang je, terus kami makan. Lupa nak amek gambar rendang tu.


Lepas kitorang dah melantak sakan, aku ajak Cik Eeda tengok muvi The Sorcerer Apprentice. Memang dah lama ajak dia tengok muvi ni. Sejak awal2 dia cakap nak datang sini lagi. Heee... Naseb baek best citer ni. Kalo tak mesti dia majuk ngan aku.


Poster The Sorcerer's Apprentice.


Ari Jumaat lepas baru la episod menjajah, eh, menjelajah Cameron Highland. Saje je nak guna perkataan ni, sedangkan tak banyak tempat pun kitorang gi. Strawberry Farm, ladang teh Boh, Time Tunnel, dan pasar. Mula2 skali time sampai kat Cameron, bajet nak gi ladang teh Boh kat Sungei Palas. Konon2 nak breakfast terus kat sana. Last2 tak jumpa lak. Terus kitorang lanjut ke Tanah Rata. Terus sarapan pagi aka lunch bagi Cik Eeda (sebab dia makan nasi). Pastu tanya2 orang, kitorang patah la balik ke Brinchang. Tapi tak gi terus ladang teh tu. Singgah Time Tunnel dlu, sebab on da way je kan. Singgah la kejap.


 Galeria Time Tunnel.


Galeria Time Tunnel ni macam muzium gak la. Sebab dalam ni ada sejarah2 tentang Cameron Highland dan sebagai nyer. Tapi biasa la. Berjalan ngan Cik Eeda ni, dia bukan berminat sangat nak membaca benda2 ni. Dia reti jalan2, amek gambar je. Aku je yang rajin baca2. Hehehe... Selain itu, kita gak bole jumpa barang2 lama seperti ubat gigi, susu cap junjung dan segala macam jenama yang lama2 lah. Even Darlie versi lama pun (yang dlu dipanggil Darkie) pun ada.


 Jenama minuman bergas zaman dahulu kala.


 Baby food, quaker, susu tin zaman dlu2...


Mainan zaman kanak2 dlu.


Antara catatan2 bersejarah berkenaan dengan Cameron Highland.


Lepas Time Tunnel, kitorang singgah lagi satu tempat, yang juga on da way. Strawberry farm. Memandangkan ada banyak strawberry farm kan Cameron ni, jadi kitorang tak bape tau mana farm yang bagus. Dlu masa kecik ada gi farm yang bagi aku agak bagus, tapi aku tak sure yang mana. Maklum la, time tu aku kecik lagi kan. Mana ingat sumer tuh. Yang tau berjalan2 je.

Farm yang aku gi ni, kalo stakat nak jalan tengok2 je, bagi aku tak sesuai la. Sebab jalan pun sempit. One way lak tu. Kalo dah sampai ujung, kena patah balik. Kalo ramai orang, tak ke kena bersesak2. Lagi2 time korang nak balik, yang satu group lagi baru nak datang. Bertembung la anda di tengah jalan. Ni untuk orang yang nak self-plucking mungkin okay la. Okay je la. Takde la bagus mana pun aku tengok. Hahaha...

Then baru kitorang sampai ke Ladang Teh Sungei Palas. Jalan nak ke sini agak sempit. Siap kena hon2 lagi kat selekoh sebab tak nampak apa yang akan datang dari arah bertentangan. Even kat jalan besar pun, kena watch out ngan sign board dia, kalo tak, memang ter"miss" la, macam kitorang. Bajet nak gi pagi2, last2 lajak sampai ke Tanah Rata. Sampai kat sini, memang menarik la pemandangan. Lagi2 tengok restoran (yang memang khas untuk menikmati minuman teh dari ladang tersebut). Pastu bole melawat kilang teh lagi. Kedai yang jual produk teh diorang pun ada. Macam2 produk la. Korang gi ar tengok sendiri. Malas nak citer panjang2. Nanti tak surprise lak korang.


Salah satu gambar dalam kilang pemprosesan serbuk teh.


Replika mesin pengisar dauh teh.


Kitorang nyer lunch menu kat ladang teh nyer restoran


Pemandangan dari restoran tempat kitorang lunch.


Pathway nak turun ke bawah, tempat parking kereta.


After singgah ladang teh, kami singgah lak pasar yang dok jual2 macam2 barang tu kan. Beli la teh strawberry Cameron Valley. Teh perisa laen pun ada gak, tapi tu Cik Eeda yang beli. Barang2 laen pun ada beli gak. Tapi takkan nak mention sumer kan. Gilos apos. Hehehe... Pastu, kami pun terus la berangkat ke Kuala Lipis. Sabtu tu nak balik dah kan.
Berciter pasal balik ni yang aku nak hangin ni. Bas Persada Ekspress nyer pasal. Time tu gi Bukit Jalil la kan, nak amek bas balik ke Kulim. Tengah2 cari bas tu, ada sorang promoter ni kata naek la bas Sharmisha. Aku kata ok gak sebab aku pernah je naek bas Sharmisha ni. Pastu dia pun bawak ke booth jual tiket. Tapi nama booth bukan nama Sharmisha la, sebab nama lebih kepada agent je. Lepas aku beli, gi la lunch. Pastu aku datang balik nak tanya bas dah ada ke tak, dia cakap la ni bukan bas Sharmisha (kebetulan aku ada sebut nama Sharmisha time aku tanya tu), ni bas Persada. Tapi sebab dah beli, redah je la kan.

Redah tu takpe lagi. Tapi kalo dah bas tak sampai lagi, camne aku nak redah kan. Fikir2 kan la. Tiket beli kul 2.30 petang, tapi bas tak sampai2. Siap amek bas baru lagi. Kul 4 baru gerak. Tu pun singgah lagi Jalan Duta. Last2 kul 5 baru bertolak. Tak cukup lagi tu. Around kul 6, ada traffic jam lak kat highway. Ada accident. Stuck lebih kurang sejam lagi. Sampai2 je Kulim, dah nak dekat kul 11 malam. Sampai2, confirm terus tdo ler. Harammm nyer bas. Baek aku amek tiket kul 4.30 petang kalo aku tau macam tu. Sempat aku jalan2 ngan Cik Eeda kat Sogo. Hampes...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...