Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Thursday, September 30, 2010

10 Handphone Terunik di Dunia

1. Nokia 888


Yang ni handphone mudah lentur. Lebih kepada concept design mobile phone. Unik sebab bole digunakan di pergelangan tangan, macam pakai gelang. Juga bole replace kan jam tangan sebab handphone pun ada tunjuk waktu dan tarikh gak kan. Siap ada menang award untuk design contest lagi tuh. Tapi takde company yang nak kuarkan handphone ni.


2. Hyundai MP-280


Design handphone ni biasa2 je.Cuma yang unik nyer, handphone ni mempunyai kapsul untuk perfume (seperti yang ditunjukkan kat gambar atas). Di mana bila korang flip open je handphone ni, akan tersembur la perfume. Dan perfume ni bole di refill dari semasa ke semasa. Khas untuk pengguna handphone yang jarang mandi dan berbau hapak.


3. Telson TWC 1150


Handphone yang at the same time, jam tangan korang. Handphone ni dicipta untuk membolehkan pengguna memakai nyer di tangan, seperti jam tangan. Atau lebih tepat lagi, menggantikan tempat jam tangan korang. Design dia menarik gak la pada pandangan aku. Anyway, handphone ni pun ada kamera function.


4. SparkFun Port-O-Rotary


Handphone yang design dia too old school. Tapi jangan tersilap. Design je old school. Tapi kalo berdering, bole kuar ringtone, sama cam handphone skang. Tapi weird la kan. Besar gedabak macam ni, camne korang nak letak dalam poket sluar?


5. Nokia SURV1


Lagi satu handphone concept design daripada Nokia. Shock and water proof. Dicipta untuk kegunaan aktiviti2 outdoor. Bole dipakai sebagai tali pinggang dilengkapi dengan touch screen monitor.







6. Dbtel M50


Handphone atau iPod? Design menyerupai iPod, tapi ternyata la ia bukan iPod. Handphone ni takde butang nak tekan2 nombor telepon (keypad orang panggil). So aku tak pasti camne ia nyer berfungsi. Tapi yang pasti, monitor handphone ni pun touch screen gak.


7. BenQ Qube Z2


Handphone berbentuk kubus keluaran BenQ. Tengok cantik, tapi bentuk tu kurang memberangsangkan lak. Tapi kalo tengok video, mesti macam tengok tv kecik kan. Hahaha... Handphone ni ada mp3, voice recorder (wtf?), FM radio dan 1.3 megapixel camera.


8. Nokia Colores


Sejenis handphone yang pelik tapi unik. Yang aku tau, aku sker design ni. Macam gadjet Power Rangers/ Kamen Rider pun ada. Bertukar!!! Hehehe... Satu lagi concept handphone daripada Nokia. Mempunyai function GPS, GPRS, agenda and events tracker, mp3, camera, recording device yang boleh transform suara kepada text (bole ke tukar kalo cakap dalam BM?), biometric scanner for fingerprint recognition, bluetooth, 3G, google earth dan virtual hardrive technology. Wahh... Banyak lak function dia nih.


9. Samsung Serene
Kalo tadi banyak Nokia je punya concept design handphone, yang ni giliran Samsung lak. Handphone ni dilengkapi dengan bluetooth, GPRS, WAP 2.0, MMS dan VGA camera. Kalo slalu monitor kat belah atas, tapi handphone ni nyer monitor kat belah bawah. So takde dah masalah monitor berminyak lepas bersembang2, sebab monitor kat bawah. So tak kena muka korang masa call.


10. Vodafone 904SH


Handphone ni ada function face recognition sensor. Nice job... Tapi design terlalu simple untuk handphone yang ada fungsi secanggih itu. Handphone ni pun ada movement sensor, yang membolehkan korang guna macam guna joystick. Kalo ada 2 orang pengguna handphone ni, diorang bole maen tumbuk2 secara virtually (macam maen game tumbuk2 la), janji diorang ada dalam lingkungan 50 kaki.
Jadi, selesai sudah trivia untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi dengan maklumat2 yang lebih berinformasi. Hehehe...


p/s: kalo teringin nak beli handphone yang kat atas ni, spec cari sendiri. sebab ni bukan blog handphone.

Wednesday, September 29, 2010

Jalan terpelik di muka bumi

Sebenar nyer time aku jumpa blog ni, aku tengah cari info pasal ular tadi. Sama ada betul ke ular senduk tu beranak atau ada perkara yang sebalik nyer... Saje je gatal2 nak mencari sebab nak pastikan teori yang aku bagi kat Cik Eeda itu adalah betul. Tapi tengah cari yang tu, aku terjumpa lak pasal ni. So aku pun nak post kan gak la pasal entri ni. Sebab nampak cam menarik untuk entri aku.




Jalan ni merupakan jalan paling lebar. Ada la nak dekat 300 kaki. Jalan ni terletak kat Buenos Aires. Aku wonder macam mana kalo diorang ni nak melintas jalan. Tak ke bahaya? Kalo harap kat zebra crossing tu, tak tau lak kan. Sebab kat Malaysia ni, zebra crossing ni bole dikatakan tak berguna sebab time nak melintas, still kena tunggu time takde kereta, sebab takde nyer kereta nak berhenti sebab ko nak melintas.




Jalan paling sempit terletak kat Castletown, England. Tapi aku rasa kat Malaysia pun ada je jalan2 yang gini. Tapi diorang tak panggil jalan la. Diorang panggil lorong belakang umah. Jiahaha... Sesuai untuk melakukan aktiviti2 yang kurang bermoral kat jalan yang seperti ni, especially time gelap.




Ni lak jalan paling curam, terletak di Dunedin, New Zealand. Hhhmmm... Tapi kalo tengok2 balik, macam takde la curam sangat. Curam lagi aku rasa jalan kat Bukit Fraser tu. Cuma takde rumah kiri kanan je... Bayangkan nak naek bukit tu kena guna gear 2 je. Gear 3 and above sumer tak bole. Kesian aku tengok rumah2 yang kat sepanjang jalan yang curam tu. Kalo berjalan kaki, nak turun tu laju je. Nak naek? Perghhh... Fikir la sendiri...




Skali tengok, macam ular pun ada. Tapi sebenar nyer jalan raya. Apa motif dibuat macam ni, aku tak pasti. Sebenar nyer nak wat straight pun bole aku rasa. Bengong.... Jalan ni terletak San Francisco, USA. Skali lagi, jalan macam ni, kat Malaysia pun ada. Skang ni aku tak sure, tapi dlu2 kalo jalan ikut Gerik, macam ni la jalan dia. Memang termuntah2 la ko kalo tak tahan. Tapi skang tak tau la sama ada dah upgrade ke belum.




Ni lak jalan kat Toronto, Canada. Jalan lurus yang terpanjang, mencecah 1 860 km. Jalan yang macam ni dah sah2 takde kat Malaysia. Kat Malaysia, ko jalan sket, dah jumpa simpang 3 la, simpang 4 la. Kalo kat kawasan pedalaman lak, walaupun takde simpang, tapi jalan bengkang-bengkok lak. So takde nyer nak jumpa jalan yang lurus paling panjang.




Jalan kat Swindon, England. Aku kategorikan jalan ni sebagai "Jalan WTF?" Korang tengok pun, aku rasa korang pening. Tengok pun dah pening, aku rasa kalo drive kat situ, lagi pening. I wonder kalo pemandu Malaysia drive kereta kat sini, apa akan jadi. Hahaha...

Beranak atau bertelur?

Beranak atau bertelur? Tiba2 aku teringat lak citer Indon "Beranak dalam Kubur" tayang time raya ari tu. Siol je... Ok, berbaling kepada tajuk. Korang tau bezakan haiwan (manusia tergolong skali dalam golongan ni yee...) yang beranak ngan bertelur? Mesti la korang tau kan. Sebab dah belajar sains time kat skolah rendah. Tapi sumer yang diajar tu adalah SALAH. Percayalah cakap aku.

Even manusia pun bertelur korang tau tak. Kan perempuan menghasilkan ovum (baca: telur) untuk disenyawakan oleh sperma lelaki (baca: berudu) untuk membuahkan hasil yang sesetengah orang hargai manakala sesetengah orang tak hargai (terutama remaja zaman skang yang kerap buang bayi). Lepas disenyawakan, telur ini berkembang dalam perut perempuan (atau sedap lagi dipanggil ibu) dan lepas cukup bulan baru baby kuar. Iye... That's right. Kita juga DATANG DARIPADA TELUR. Tapi apa yang aku citer ni adalah BOHONG belaka. Manusia beranak, bukan bertelur. Korang dah kena tipu. Jiahahaha...




Anyway, di atas adalah gambar seekor ular sedang melahirkan anak beliau. Tapi tahukah anda bahawa haiwan berdarah sejuk tidak melahirkan anak? Reptilia tergolong dalam kategori haiwan berdarah sejuk yang bertelur. Jadi apakah? Sebenar nyer camni. Ular senduk ni dia bertelur, tapi dia simpan telur dia tu dalam perut sebagai proses pengeraman. Bila dah besar, baru la dia kuarkan daripada perut dia. Tu yang nampak cam melahirkan anak. Sekian, entri ilmiah daripada saya... Jiahoooo...

Tuesday, September 28, 2010

CABI Song

Aku skang ni tengah layan lagu Korea, Cabi Song. Cabi ni kalo tak salah aku, merujuk kepada Caribbean, walaupun video ni diorang wat kat taman tema air je. Lagu ni duet kumpulan SNSD ngan kumpulan Pukul Dua (atau 2PM yang lebih tepat lagi).




Atau anda bole gak layan video ni. Hehehe...

Saturday, September 25, 2010

Photoshop CS Tutorial - Gabung Dua Gambar

Ari tu aku ada citer pasal nak wat tutorial camne nak guna photoshop kan. So ari ni aku nak wat tutorial yang basic2 je. Yang susah2 aku tak reti. Kalo nak belajar, google je la sendiri. Hehehe... Aku pun baru sempat belajar beberapa skill je. Tak banyak pun yang aku reti. Tapi at least aku bole la ajar2 yang mana aku reti kan. Dapat gak pahala mengajar orang.


Tutorial Image 1


Based on Tutorial Image 1.


1. Bukak 2 image yang korang nak combine kan.


Tutorial Image 2


Based on Tutorial Image 2.


2. Drag salah satu gambar tadi ke atas gambar yang satu lagi. (lagi baek kalo korang drag gambar yang lagi kecik ke atas gambar yang lagi besar) Gambar yang korang drag tadi akan jadi layer 1.


3. Korang bole tutup gambar asal yang korang drag tadi sebab dah tak diperlukan lagi lepas ni.

4. Klik add vector mask (#1) to layer 1.

5. Klik pada gradient tool (#2) dan pilih radial gradient (#3) kat toolbar kat belah atas.

6. Klik+hold dan drag pointer kat area yang korang nak jadikan visible (#4).


Tutorial Image 3


Based on Tutorial Image 3.

7. Gambar akan menjadi seperti image yang tertera pada tutorial image 3.

8. Korang bole stop kat sini kalo dah puas hati ngan gambar korang.

9. Kalo korang nak serlah some part lagi kat image korang, klik lasso tool (#5).

10. Klik kat anti-aliased (#6) pastu add feathering (#7). Kat sini aku guna 10 px.

11. Drag pointer untuk wat bulatan (#8) kat tempat yang korang nak expose kan tu.

12. Tekan alt+delete.


Tutorial Image 4


Based on Tutorial Image 4.

13. Kalo terdapat perbezaan gambar yang ketara antara dua gambar tu, korang bole guna brush tool (#9) untuk ilangkan garisan2 boundary tersebut.

14. Pilih soft-round edges (#10).

15. Pastu drag ke spot yang korang nak. Pilih foreground warna putih untuk expose kan layer lebih daripada background dan pilih foreground warna hitam untuk expose kan background lebih.


Jadi, siap lah image anda. So, sampai sini aje la tutorial aku untuk ari ni. Untuk edisi english, korang bole gi kat link ni.

Thursday, September 23, 2010

Panduan Menulis Journal

Bukan stakat journal je. Report ke atau yang seangkatan dengan nyer. Sebenar nyer panduan ni bukan la aku yang wat (of course la bukan aku). Tapi oleh Prof. Madya Mohd. Hamdi, Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. Time aku mula2 masuk keje dlu, dia ada datang bagi taklimat on how nak tulis paper untuk publication. So aku pun join, dan apa yang aku bakal tulis dalam entri ni adalah berdasarkan apa yang aku salin la. Walaupun mungkin bukan sumer aku sempat salin, at least aku dapat membantu korang sumer sket2. 




Sebenar nyer aku wat entri ni sebab teman aka teman setia aku yang mintak aku post kan entri pasal tips2 tulis paper ni. Memandangkan kebelakangan ni aku pun tengah finish kan paper aku, ada baek nyer aku wat entri ni. Kot2 la bole refresh memori aku untuk menulis paper aku.

Yang penting skali, overall report/ paper korang mesti ada 3 kriteria yang kat bawah ni.

1. Content dan organization untuk paper.

    -> organize sendiri.
    -> tapi must be exceptional supaya tak serabut paper korang.

2. appropriate English language.

3. easy to read.


1. Abstract

Mula2 skali mesti la korang akan tulis abstract atau summary kan. Abstract ni adalah untuk summarizes kan research yang korang dah buat/ atau tengah tulis tu. Untuk memudahkan penulisan abstract, korang summarize kan dalam 1-2 ayat untuk part2 yang bawah ni.

    i. background research
    ii. objective
    iii. methodology
    iv. most important result
    v. conclusion

Adalah lebih baek untuk menulis abstract dan tajuk paper lepas korang dah siap tulis the whole paper.


2. Introduction
Untuk introduction, adalah lebih baek untuk start citer kan tentang research tersebut secara generally, kemudian slowly focus tentang reseach yang korang buat. Senarai benda yang perlu korang tulis dalam introduction;

    i. general background
    ii. literature review
    iii. gap sentence
    iv. objective

Untuk part (iii) tu, gap sentence summarize state of knowledge. Dalam gap sentence ni, korang kena citer kan kenapa korang buat research tersebut. Maybe korang bole bagitau sama ada apa yang korang buat ni, belum ada atau kurang research berkenaan benda tersebut. Tak pun ada error atau incomplete research daripada yang research dah ada skang ni. Kemudian baru sambung dengan objective.


3. Experimental Details
Start dlu dengan menulis nama apparatus, model dan dari negara mana. Hahaha... Dia memang cakap gitu. Tapi bab ni aku tak follow sangat. Aku just bagitau alat apa yang aku pakai secara general je. Melaenkan mesin yang aku pakai tu adalah satu2 nyer mesin kat Malaysia ni. Hehehe...


4. Result
Result just untuk present data yang kita dapat masa research. Tapi ada satu tips iaitu jangan masukkan both graph dan table untuk result yang sama. Pilih satu jek.


5. Discussion
Dalam discussion, sila jawab dan jelas kan persoalan2 yang berjaya korang timbul atau tonjolkan dalam introduction tadi. How does that happen, why does that happen. Ye, sila jawab ini dalam discussion anda. Kalo tak sure pun, korang bole guna contoh2 yang kat bawah ni sebagai rujukan.

speculation - idea2 yang korang terpikir time tulis paper
                  - KEYWORDS: possible, may conceivably

likely - ada beberapa evidence sama ada result laen support result tu atau melalui journal
         - KEYWORDS: suggest, indicates

very likely - substantial evidence
                - KEYWORDS: is consistent, strongly suggest

most likely - lebih banyak evidence atau theoretical support oleh idea2 yang dah sedia ada
                 - KEYWORDS: most likely

proven - all possible explanation are on the table, decisive test atau korang confident dengan result korang
            - KEYWORDS: proven, proves, proof, shown, demonstrates


6. Conclusion
Conclusion should be very short. Dalam 1-2 paragraph tu cukup la. Apa yang pasti, conclusion korang menjawab objective result korang. Dan jangan masukkan new result dalam conclusion. Masukkan SUMER result/ data korang dalam bahagian result. Pastu, pikirkan 3 benda yang korang nak reader ingat, dan masukkan dalam conclusion (ini tak bermakna korang bole bubuh tagline/ trademark korang dalam journal lak).


Sekian sahaja nukilan daripada aku. Pasni aku nak sambung wat paper aku. Nak abeskan ari ni gak.

Tuesday, September 21, 2010

HP Nokia 2730

Semalam aku telah membeli handphone baru. Nokia 2730 classic. Kalo tak salah aku, model ni baru lagi kuar. Survey harga kat internet dalam RM 270-290. Kira murah la tu kan untuk handphone yang ada camera 2 megapixel, bluetooth ngan mp3. 3G pun ada gak, tapi just untuk internet, bukan untuk video call. Aku terpaksa gak beli baru sebab handphone Nokia 2600 aku makin sampah keadaan bateri dia compare ngan masa mula2 aku beli 2 tahun dlu. Skang lepas baru charge pun, kalo cakap lama sket, dah low bateri. Tu pun dah guna bateri baru beli lak tu. Still the same. Jadi obvious la kan bukan salah bateri. Handphone tu sendiri dah bermasalah.




Anyway, semalam aku gi Giant Kulim untuk survey harga Nokia 2730. Harga handphone ni kat Kuala Kangsar around RM 338. So aku survey lak kat Kulim, in case ada yang jual lagi murah. 1st kedai yang aku gi, dia jual RM 320. 2nd kedai dia jual RM 290. So terus aku beli. Lepas tolak handphone 2600 aku, pastu tambah screen protector RM 10, aku cuma perlu bayar RM 240 aje. Time aku nak beli tu, soalan yang memang sah aku tanya adalah, "bateri handphone ni tahan tak?" Tapi dah confirm orang jual tu akan kata "ye, bateri dia tahan." So aku kena experience sendiri sama ada tahan ke tak tahan. Tak tahan, tukar laen sebab ada warranty.




Sebenar nyer time aku tanya2 harga Nokia 2730 ni, aku pun survey gak handphone CSL SP747. Tengok harga kat internet macam okay. Dalam RM 300++ gak la. Tak ingat harga sebenar. Tapi bila tanya kat kedai, diorang takde jual dah. Sebab model tu model lama. Spec lebih kurang je ngan Nokia 2730. Cuma add islamic features je. Tapi kamera adalah VGA.

Pastu, aku ada beli perfume (yang murah jek) baru. Sebelum ni pakai perfuma yang Cik Eeda adiahkan kat aku masa besday aku tahun lepas. Beberapa minggu lepas baru abes. Ingatkan nak cari yang murah dlu sebelum tunggu sales time krismas nanti. Sebelum ni aku guna Dashing. Tapi Cik Eeda cakap tak wangi dan tak tahan lama. So aku try beli lak Uberman. Aku nyer yang kaler biru , bukan ijau yang camni. Tapi tak jumpa lak gambar. So aku bubuh je la yang ni. Titanium nama nyer. Bau nyer sedap gak la. Aku sker. Tapi tak tau la pulak kan kalo orang laen terbau, rasa nak pengsan lak.




Slalu nyer orang beli benda2 baru time sebelum nak raya. Tapi aku lepas raya baru beli. Pelik tak? Hehehe...

Friday, September 17, 2010

Adobe Photoshop CS 8.0

Semalam aku install Adobe Photoshop CS 8.0 ni. Baru nak belajar cara2 nak edit gambar. And still, tak bape pandai. Kena refer2 website dan tutorial. Mungkin lepas ni bole hasilkan gambar dan template2 yang menarik untuk blog kreatif aku.




Mesti korang tertanya2 nape tiba2 je aku nak blajar guna adobe photoshop ni, walhal dlu takde plak nak blaja. Sebenar nyer nanti nak wat poster untuk conference, diorang kata better guna photoshop. Pastu ari tu time nak gi beli bekas untuk dvd yang aku burn. Alang2 ada kat kedai pc, aku pun usha2 la cd game. Kot2 ada berminat. Last2 ternampak dvd utk graphic. Dalam tu ada photoshop, coreldraw and macam2 lagi la. So, aku pun terbeli la.

Skang ni on da way nak blaja yang basic2. Kalo aku rajin, aku akan wat tutorial untuk sape2 yang noob cam aku. Hehehe...

Wednesday, September 15, 2010

Designing Your Own Blog Template

Ari ni aku bosan sket. So aku merajinkan diri untuk mengajar korang camne nak design sendiri template untuk blog korang. Senang je nak wat nih. Cuma leceh sket la time nak upload dia nyer html code. Bila gambar yang kita upload tu tak sesuai, kena ubah2 pulak size gambar.

Yang penting dalam designing template ni, korang kena ada akaun photobucket atau yang seangkatan dengan nyer. Supaya korang bole upload image for the template, pastu paste url image itu kat html code. Untuk design template sendiri, korang kena design atau create 7 images yang penting untuk template tersebut. 7 images tersebut adalah seperti berikut:


1. template background
2. background layer
3. header
4. sidebar separation
5. posting symbol
6. post footer
7. template footer


As a basic html code, yang macam aku gunakan, korang bole download kat sini. Lepas download, korang just kena paste url image yang korang create aje. Yang laen biarkan aje.


1. Template background

Template background ni yang background nyer image ler. Mostly aku guna wallpaper je. Recommended size 960 x 960. Tapi kadang2 aku guna je wallpaper yang size lagi besar, without changing its size. Pastu korang bole paste url korang, macam yang kat bawah ni.




Antara contoh background design yang aku design atau amek kat internet.


(960 x 960)

(960 x 960)


2. Background layer

Layer ni yang akan jadi main body untuk template korang sebenar nyer. Kedudukan background layer ni akan berada atas background korang. Recommended size 1000 x 77 je. Tapi dia repetitive sampai ke bawah.




Contoh layer:


(1000 x 77)

(1000 x 92)


3. Header

Header ni la yang paling menarik dan akan menunjukkan kekreatifan korang. Lagi pun, header ni kan memang memainkan peranan penting untuk setiap blog. Jadi, header kena la menarik. Recommended size 1000 x 460.




Antara header design yang wat sendiri.


(1000 x 460)

(1000 x 460)


4. Sidebar separation

Sidebar separation ni more like simbol yang akan separate antara widget2 kat sidebar korang. Recommended size 240 x 14.



Contoh sidebar separation.

(240 x 14)

(232 x 20)


5. Posting symbol

Simbol yang dimaksudkan adalah simbol yang akan muncul kat sebelah title post. Yang ni kalau bole, seragamkan dengan font size title korang. Baru la nampak cantik. Recommended size 75 x 50.




Kat bawah ni antara contoh symbol2 yang aku gunakan untuk template yang aku design sendiri.


(75 x 50)

(46 x 37)


6. Post footer

Post footer adalah footer yang ada kat each post yang korang buat. Just to make korang nyer entri lebih menarik la untuk ditonton. Recommended size 650 x 78.




Dan antara contoh post footer.


(650 x 78)

(650 x 78)


7. Template footer

Template footer ni akan berada kat bawah skali kat blog korang. Sama cam header, footer yang ni pun kena wat cantik2, bagi matching ngan header korang. Recommended size 1000 x 85.




Contoh footer.


(1000 x 85)

(1000 x 85)


Selaen daripada yang kat atas ni, korang pun bole edit beberapa perkara lagi. Tapi tak crucial mana pun. Tak tukar pun takpe. Antara nyer macam yang kat bawah ni.






Lagi satu tips yang aku nak sampaikan adalah berkenaan dengan widget. Tips ni adalah untuk memudahkan korang. Nanti bila korang guna code yang aku bagi ni, takut widget2 korang ada yang hilang lak kan. Jadi nak senang, ikut instruction aku. Korang search kat html code yang korang pakai skang, yang macam gambar kat bawah ni (kalo takde, agak2 yang serupa pun bole kot). Copy, pastu paste je kat coding aku.




Ok. Stakat ni je la yang aku bole bantu. Aku bukan terel pun bab coding2 ni. Yang senang2 je aku reti. Kot2 ada yang lagi pandai, bole la korang bagi link kat aku. Bole aku belajar lak. Yang mana yang terel2 tu, pasti korang lagi terel mengedit coding ni daripada aku.


Untuk link ke template2 yang aku design, korang bole lawati link2 kat bawah ni atau korang bole gi je blog Creativity Beyond Your Limit.



Template Hari Raya
Template Bleach
Template Ai (Love)
Template Donut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...