Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, October 31, 2010

Bizarre Goal from Nani - Man Utd 2 Tottenham 0

Topik ari ni agak off sket daripada kebiasaan. Walaupun aku peminat bola sepak, tapi aku rasa aku jarang discuss bab2 bola dalam entri aku kan. Jadi mungkin entri ni akan jadi yang 1st la. Saje je nak kongsi ngan anda sumer, jaringan Nani semalam time Manchester United lawan Tottenham yang berkesudahan dengan kemenangan 2-0 Manchester. Apa yang aku paparkan ni merupakan jaringan ke-2 menerusi Nani. Apa yang istimewa nyer, jaringan kontroversi ni agak laen daripada yang laen. Jarang ada orang score macam ni. Hehehe... Apa2 pun, kita layan...




UPDATED: Okay, correction di sini. Aku ada wat entri yang berkaitan ngan bola sebelum ni. Tak caye, bole klik link ni. Jadi, entri ni bukan la 1st time aku post yang melibatkan pasal bola, tapi dah 2nd time. BARU 2nd time...

Mengelakkan diri daripada perokok tegar



Sebelum ni aku ada wat entri pasal iklan anti merokok kan. Hari ni, still on the same topik, iaitu berkaitan dengan perokok dan kegiatan merokok nyer. Cuma kali ni, aku akan membantu korang untuk macam mana nak mengelakkan diri daripada perokok tegar mahupun tak tegar. Aku ada beberapa tips yang mungkin bole membantu kepada sape2 yang tidak mahu menjadikan diri nyer sebagai secondary smoker.


1. Kalo korang tengah berbual ngan member2, pastu tiba2 yang sorang tu kuarkan rokok, apa kata korang pau rokok dia 1 atau 2 batang. Walaupun korang jenis yang tak merokok, korang cakap je, "aku nak simpan, nak merokok kat rumah nanti". Lakukan langkah ini setiap kali dia kuarkan rokok time bersembang ngan korang. Nescaya dia akan bertaubat untuk tidak lagi merokok depan korang, dek nak jimatkan rokok dia daripada disebat oleh korang. Hehehe...


2. Kalo diorang duduk berhampiran korang sambil merokok diri mereka, apa kata korang mengambil inisiatif untuk memberikan ceramah kepada mereka. Tajuk ceramah "Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Kita". Lagi bagus kalo korang siap prepare gambar lagi sebelum memulakan sesi motivasi tersebut. Confirm la perokok tersebut akan rasa insaf lalu tak lagi merokok. Pahala tuh... Paling koman pun, korang dapat penampar sebijik dan diorang start rasa menyampah ngan korang, lalu mem"blah"kan diri diorang dariapada korang.But still, objektif korang untuk mengelakkan diri daripada perokok tegar telah tercapai.


3. Ni ada lagi satu langkah yang agak bagus gak. Tengah sedap2 si perokok tu sedang menghisap rokok beliau, apa kata korang ajak dia hidu gam. At least takde la nak terhidu asap2 rokok dah. Cuma tukar tabiat buruk yang satu ni ke satu lagi tabiat buruk yang baru. Hehehe...

4. Kalo ada je ada orang yang tengah merokok, duduk atau lepak dekat2 ngan korang, ni ada lagi satu teknik yang agak KILLER gak la untuk diorang. Bukan stakat perokok je, yang bukan perokok pun akan menjarakkan diri diorang. Apakah teknik itu? Jeng jeng jeng...


Tak bubuh gambar orang, takut kena saman. Kalo letak gambar binatang, takde la nak takut kena saman...


Yeeeeaa... KOREK HIDUNG... Ni confirm la orang aku tengok korang dengan muka yang menggelikan. Tapi kalo still ada yang wat dunno je, still bole improve kan teknik ni. Kepada yang wat dunno tu, korang korek idung korang, pastu korang jentik2 kan sket kat orang tu. Kalo jentik sket2 tak mau, korang jentik banyak kali sampai dia blah...


Amacam? Nice tak idea aku? Terbaeekk tak? Hehehe... Yang penting, kalo korang buat yang langkah ke-4 tu, confirm korang akan dilabelkan sebagai seorang yang PELIK. Dan mungkin akan jadi popular di kalangan regular customer dan tuan punya kedai.

Saturday, October 30, 2010

Teka - teki

Tiba2 lak aku nak wat entri pasal teka-teki. Takpe la, kadang2 kita wat benda yang jarang kita buat, tak salah kan. Hehehe... Teka-teki ni aku terbaca kat blog ni. Pastu terus teringin nak kongsi sesetengah teka-teki yang kurang atau jarang kita dengar.




Okay, lets start the teka-teki session...


1. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.

2. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk.

3. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah.

4. Burung apakah yang paling penyayang.

5. Kalo seorang, sendiri je yang tahu. Kalo berdua, dua-dua pun tahu. Kalo bertiga, tiada sapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalo berempat, lagilah tak tahu. Apa dia?

6. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik?

7. Apa dalam bahasa cina utnuk lantai basah?

8. Kerja apakah yang paling meletihkan?

9. Ada 2 mayat di atas lantai. Keliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?

10. Dari manakah asal nyer kapur?

11. Import apa yang penting?

12. Ketika ia nyer lebat, ia tidak bole dicukur. Apakah ia?

13. 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung, tapi nape tak basah langsung?


Untuk ketahui jawapan, sila bukak ruangan komen. Hehehe...

Thursday, October 28, 2010

Gangguan Celcom 27 Oktober 2010

Sape pengguna Celcom yang mengalami gangguan lebih kurang tengah hari semalam, sila angkat tangan... Hehehe... Sebenar nyer takde niat pun nak wat entri pasal ni. Tapi memandangkan aku terbaca paper kat Utusan pasal gangguan semalam, terlintas di fikiran aku untuk membetulkan fakta yang dituliskan.


Sumber daripada Utusan Online.


Kalo korang tengok gambar kat atas ni, dia kata gangguan berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor. Tapi aku yang kat Kulim ni pun terkena je... Bos aku pun terkena gak (sebab time ni aku tengah berbincang ngan bos). Jadi, dah sah la Kulim pun affected sama kan. Tempat laen aku tak tau la pulak. Tapi semalam memang aku call orang tak bole. Lebih kurang kul 12.30 - 1.30 petang. After that baru bole. Bila nak call je, dia kata network busy. Mula2 aku ingatkan handphone aku yang wat hal. Tapi bila restart balik, still the same. So tahulah yang celcom nyer line tengah tak bape nak btol.

Wednesday, October 27, 2010

Salah sape agak-agak?

Silalah hayati situasi yang di bawah... Tapi ia nyer takde kena mengena ngan mana2 gadis mahupun mak cik yang bernama Hayati ok. Hehehe... Ni cerita rekaan aku semata2, tapi aku percaya benda ni mesti ada yang pernah alami nyer. Aku pun termasuk skali. Cuma mungkin aku tak ingat bila. Hehehe...


Jejaka A dan Pemuda B adalah rakan sekerja. Pemuda B mungkin adalah bos Jejaka A, atau juga mungkin sama level je ngan Jejaka A. Its up to you la nak imagine macam mana pun. Janji layann... Tak efek jalan citer pun...


Situasi 1:


Jejaka A: B, aku ada benda nak bagitau ni. Pasal hal _________(1)_________ (saje aku kosongkan supaya topik ni tak terikat, lebih terbuka dan bergantung kepada imaginasi korang nak letak apa).

Pemuda B: Ooooo... Apa masalah nyer?

Jejaka A: Masalah nyer gini. ___________________(2)_________________.

Pemuda B: Senang je tuh. Ko wat la gini. __________(3)________________.

Jejaka A: Oooo... Ok. Terima kaseh la B.


Situasi 2 (sambungan situasi 1, tapi tarikh dan waktu yang laen):


Pemuda B: A, sini kejap. Aku nak tanya ko ni pasal __ (sila rujuk masalah no. 1 yang korang pk tadi tu)__.

Jejaka A: Ye, kenapa?

Pemuda B: Nape ko wat macam _____(sila rujuk no. 3)_____?

Jejaka A: Laaa... Kan ko yang bagi solution tu...

Pemuda B: Aaahh... Takde2. Jangan nak salahkan aku lak.


Amacam... Situasi ni ada buat korang terfikir akan sesape? Hehehe... Aku rasa aku pun pernah alami gak benda ni. Cuma tak ingat je.

Tuesday, October 26, 2010

Kempen Anti Merokok 2010

Sebenar nyer dah lama aku nak bubuh iklan ni kat blog aku the 1st time aku nampak iklan ni kat TV3. Tapi memandangakan time tuh still baru (aku rasa la), jenuh aku search kat internet termasuk YouTube, tapi yang kuar cuma iklan yang lama2 je. Pastu bila aku jumpa, aku asyik lupa nak wat entri pasal ni. Naseb baek aku nampak iklan ni lagi skali time Buletin Utama tadi, baru aku teringat nak post kan pasal iklan ni. So, untuk tak nak spoil kan korang, apa kata korang layan dlu iklan ni.



So, korang dah tengok sampai abes? Bagus ar korang ni... Bagi aku, iklan ni brilliant. Sebab apa aku kata brilliant? Sebab iklan ni menonjolkan signal tangan oleh secondary smoker (penghidu asap rokok) kepada primary smoker (perokok). Dan aku rasa signal tangan ni bole jadi popular kalo rakyat Malaysia btol2 mengaplikasikan sign tangan ni. Aku rasa aku pun patut wat signal ni la time gi tengok bola.

Bukan pasal apa. Biasa la kan, tengok bola kat kedai mamak. Kalo gi tengok bola, mesti ada orang hisap rokok nyer la. Yang paling aku tak tahan, kalo orang tu nyer asap, datang ke arah aku. Ni memang aku kata dalam hati, "Ki*** nyer orang..." Apatah lagi kalo time tu aku sedang sedap melantak. Mematikan terus nafsu aku nak makan. Maybe aku patut wat sign tangan yang macam dalam iklan tu kot. Tapi aku rasa lagi best kalo aku pakai t-shirt yang ada tulisan "I HATE SMOKERS!". Mesti takde yang berani nak duduk dekat2 aku kan.


p/s: aku takde la benci smokers. cuma tak sker orang hembus2 kan asap rokok tu kat aku. kalo nak merokok, jarak kan diri aku atau pastikan asap rokok tu tak kena muka aku (atau lebih tepat lagi, hidung aku).

Sunday, October 24, 2010

Creating Metallic Word

Sori la lama takde kuarkan tutorial untuk photoshop ni. Malas nak explore sket. Hehehe... Biasa la kan. Memandangkan tutorial yang 1st tu pun dah kira banyak membantu wat wallpaper2 aku, jadi dok maen yang tu je la. Takde lak nak try any tutorial2 yang baru. Kalo ari tu aku ada ajar camne nak gabungkan 2 gambar guna photoshop, kali ni aku nak wat tutorial untuk macam mana nak create metallic word lak. Yang ni aku rasa lagi senang kot nak wat. Cuma step je agak panjang.


Tutorial Image 1


Based on Tutorial Image 1.


1. Bukak file baru yang muat untuk nak letakkan korang nyer wording.

2. Pilih "gradient tool" (#1) dan pilih warna untuk background dan foreground.

3. Pilih "reflected gradient" (#2) dan drag cursor korang from point #3 ke point #4.


Tutorial Image 2


Based on Tutorial Image 2.

4. Klik pada "horizontal type tool" (#5) dan taip la teks yang korang nak.

5. Pastu pilih "create warped text" (#6) untuk tambah warp effect kat teks korang tadi.


Tutorial Image 3


Based on Tutorial Image 3.

6. Pada "warp text" box tu, korang pilih la style mana yang korang nak.


Tutorial Image 4


Based on Tutorial Image 4.

7. Klik pada layer (#7), pilih "type" (#8) dan tekan "create work path" (#9).

8. Buang "font layer" (#10) dengan right-click mouse anda dan tekan delete.


Tutorial Image 5


Based on Tutorial Image 5.

9. Pilih "direct selection tool" (#11) untuk distort teks korang.

10. Distortion bole dibuat dengan pilih mana2 point yang korang nak (macam yang ditunjukkan dalam gambar) dan drag point tu ke mana2 point yang korang nak, untuk membentuk shape yang diinginkan.


Tutorial Image 6


Based on Tutorial Image 6.

11. Pada layers pallette (#12), klik "create new layer" (#13).


Tutorial Image 7


Based on Tutorial Image 7.

12. Klik pada "path" pallette (#14) dan tekan "fill path" (#15).

13. Teks anda akan nampak seperti Tutorial Image 7.


Tutorial Image 8


Based on Tutorial Image 8.

14. Kembali kat layer pallette, klik "add layer style" (#16) dan pilih "drop shadow" (#17).

15. Parameter tu korang adjust sendiri sampai memuaskan hati sendiri...

16. Ulang step 14 ngan 15 untuk "bevel and emboss" (#18), "gradient overlay" (#19) dan "stroke" (#20).


Tutorial Image 9


Based on Tutorial Image 9.

17. Teks korang akan nampak macam Tutorial Image 9, kalo korang nyer parameter sebijik macam aku (korang ni memang tak kreatif, hehehe...).


Untuk English version, klik sini.

Thursday, October 21, 2010

Mencelah

Lokasi Kejadian: Highway PLUS - Bandar Baru ke Kuala Kangsar


Indicator


Gambar 1

Situasi:-

"Adoyaiii... Slow la plak lori depan aku ni (tak sedar yang dia sendiri tengah drive lori). Ni yang tak puas hati nih", keluh driver lori kecik. Sambil itu, dia menjeling side mirror belah kanan dan ternampak sebuah kereta Kancil sedang memecut di lane memotong dengan kelajuan 110++ km/jam.

"Alahh... Kancil je...", kata driver lori kecik itu lalu... Rujuk gambar 2.


Gambar 2


Komen Aku:-

Adohh laa... Nak kena maki gak la driver lori yang sekor ni. Naseb baek aku ni baek hati. Aku brek la gak ngan rela hati (agar tak kena langgar) dan ngan baek hati nyer lagi skali, aku tak nyala kan lampu tinggi atau hon pun. Cuma memerhati situasi ngan hati yang membara. Hehehe... Aku agak2 aku bole tau apa yang driver tu fikirkan. Mesti dia fikir...


Driver Lori Kecik: Alaaa... Kancil je. Kalo aku terlanggar pun, bape sangat la aku kena bayar kan... Laen ar kereta besar...


Haaa... Tengok2... Logik tak hipotesis yang aku lakukan ni. Aku rasa kalo kereta Mercedes ke, BMW ke, Audi ke, tak berani nyer la dia nak mencelah tiba2 gitu. Fikir 2-3 kali. Atau mungkin 4-5. Atau mungkin 6-7 kali, dan seterus nyer...

Wednesday, October 20, 2010

Buletin Utama ke Buletin UMNO?



UMNO terus mara...


Untuk rakyat Malaysia...


"Skang kami bersiaran langsung daripada..." Itu merupakan salah satu berita yang dipaparkan di Buletin Utama semalam. Bukak2 je TV3 nak tengok berita, kena mengadap pasal persidangan UMNO la, persidangan sayap2 UMNO la. WHAT HELL?? Come on la. Aku bukak Buletin Utama nak tengok berita, bukan nak amek tahu sangat pasal persidangan UMNO tu. Adoiii la haiii... Aku tak kisah la kalo benda ni nak dijadikan salah satu berita. Tapi stakat satu berita je dah la. Kalo ada hal yang penting2 sket, bole la make it two. Three is still acceptable. Tapi kalo dah daripada 8.00 pm until 8.30 nak penonton hadam berita persidangan tu, apa ke hal nyer... Siap ada set sendiri lak tu just untuk wat liputan persidangan UMNO.

The truth is, kalo program berita tu, wat la macam program berita. Aku nak tengok berita. Nak tau perkembangan semasa luar dan dalam negara. Aku rasa banyak lagi berita2 luar sana yang bole dipaparkan kat slot Buletin Utama instead of persidangan UMNO tu. Kalo betol2 nak wat liputan pasal persidangan UMNO tu, sila wat satu program yang spesel, khas untuk persidangan UMNO tu. Wat la lepas waktu berita ke, apa ke. Aku tak kisah sebab aku rasa aku tak kan tengok pun. Takde manfaat dapat kat aku. Laen la kalo aku tengok, UMNO nak bagi aku duit. Hehehe...

Mungkin ada yang akan cakap, "Alaaa, ko kan bole surf je internet kalo nak tau berita2 laen." Tak dinafikan, memang btol aku bole wat macam tu. Tapi aku bukan cakap on my behalf aje. Tapi aku juga menjadi suara kepada bapak2, emak2, nenek2, datuk2, mentua2 dan yang seangkatan dengan nyer (sounds like politician lak aku ni), yang tak bape pandai nak surf2 internet ni aka buta IT.

Anyway, aku rasa better la wat program khas untuk liputan persidangan tersebut supaya tak mengganggu penonton2 yang nak tengok berita yang sebenar2 nyer berita. Kalo tak, mungkin lepas ni Buletin Utama akan ditukar ke Buletin UMNO lak pasni. Sebab penonton2 lari tengok berita tv laen lak.


p/s: well, yang aku cakap2 kat atas ni yang semalam nyer (19 Oct 2010). untuk hari ni, dalam masa 20 minit kita bole find out...

Sunday, October 17, 2010

Pameran Motor Paris 2010

Sebenar nyer aku dapat idea untuk wat entri pun lepas dapat ilham baca Utusan online, yang bertajuk "Teman di Kota". Lepas aku baca2, aku rasa tertarik untuk letak kan kat blog aku ni. Tapi of course la, with some improvement. Dalam artikel ni cuma menyentuh tentang compact car yang dipamerkan di Pameran Motor Paris 2010. So aku ada la wat research sket, add kereta2 yang juga dipamerkan di pameran ni. Cuma tak kesemua nyer la. Tapi, still korang dapat info gak kan. Mana la tau, kot2 ada yang tengok nanti, terus berazam nak simpan duit untuk beli. Hehehe...


1. Nissan Townpod






 Unik tak kereta ni? Nak bukak bonet kereta pun dah macam bukak pintu kereta. Cuma sayang, bahagian depan kereta dah macam muka ikan dalam citer Finding Nemo pun ada. Hehehe... Townpod ni merupakan kereta cilik keluaran Nissan yang bukan sahaja sebagai kereta, tetapi juga sebagai van dan merupakan kenderaan tanpa pelepasan asap. Townpod juga dikatakan mempunyai banyak persamaan ngan Nissan Leaf  yang akan diperkenalkan di pasaran US Disember ni.


2. Renault Twizy




Another compact car. Lebih berupa motor beroda empat. Mempunyai 2 tempat duduk dan menggunakan bateri seberat 100 kg beserta motor eletrik 15 kW. Kelajuan maksimum adalah 75 km/ jam. Lagi skali aku nak tekan kan. Ni KERETA, bukan motor. Hehehe...


3. BWM Concept 6 Series Coupet




Ni kereta cam biasa2 je, walaupun confirm mahal. Biasa la, standard ar kereta BMW. Dilengkapi dengan sistem iDrive Control yang berfungsi sebagai alat penghubung untuk segala benda yang ada dalam kereta ni (tak tau la btol ke tak)


4. Jaguar C-X75




Kalo mengikut sumber yang aku rujuk ni, kelajuan kereta Jaguar ni bole mencecah 330 km/ jam dan menjadikan kereta ni kereta elektrik yang terlaju setakat ini (setakat ni je la, sok2 ada la kereta elektrik yang lagi laju). Ye, ia kereta elektrik. Dan kereta ni serius stylo.


5. Nissan GT-R Facelift




Satu lagi keluaran Nissan. Kereta ni dilancarkan pada pameran ni, dengan rekaan bumper depan dan belakang telah diubahsuai berbanding dengan GT-R yang sedia ada. Bumper depan direnovate untuk air-intake improvement penambahan daytime running light (amende tu?). Bumper belakang lak diubahsuai dengan penambahan diffuser untuk meningkatkan kestabilan kereta terutama ketika mengambil "corner baring" dan juga selekoh berbahaya.


6. Lotus


Lotus Esprit


Lotus Elan


Lotus Elite


Lotus Eterne


Lotus Elise


Kelima2 kereta kat atas ni merupakan concept car yang tujuan nyer adalah untuk menukar sumer imej untuk model kereta lotus yang ada skang ni. Dijangka akan kuar pada tahun 2013.


Lotus City Car


Lotus juga memperkenalkan kereta konsep berbentuk hybrid iaitu Lotus City Car. Mempunyai 3 pintu, 4 seat, enjin berkuasa petrol dan motor elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Mempunyai kemampuan untuk memecut sehingga 100 km/ jam dalam masa 9 saat.


Ok la. Setakat ni je la info yang aku bole bagi. Untuk gambar yang lagi detail, korang search sendiri la ye. Tak dapek la eden nak nolong...

Saturday, October 16, 2010

Highslide Javascript Image

Baek la. Ari ni aku ada berita baik untuk korang. Amende berita baek tersebut? Hehehe... Ari ni aku terjumpa satu benda yang menarik untuk dikongsi bersama korang iaitu Highslide Javascript Image. Amende Highslide Javascript ni? Benda ni merupakan coding yang membolehkan korang untuk zoom in and out korang nyer image tanpa loading ke window laen. Klik je gambar tu, terus akan pop-up gambar yang dah zoom in. Cool tak? Walaupun for some reason blog aku yang ni tak bole pakai coding ni, tapi aku tetap nak share ngan korang sumer. Tak jadi kat blog aku bukan sebab tutorial tu salah. Mungkin sebab coding blog aku ni agak complicated sket (aku pun tak tau camne bole jadi complicated). Tapi aku ada try guna kat blog "The Creativity Beyond Your Limit", jadi jek. Tapi aku tak terus kan pakai sebab blog tu khas untuk aku wat template2 baru. So tak nak la template2 aku tu banyak coding sangat. Nanti user rasa pening nak buang coding2 tu.

Anyway, sebelum korang try bubuh coding ni, adalah lebih baek korang wat back up terlebih dlu template yang korang tengah pakai skang. In case tak jadi macam blog aku, at least ada back up template korang yang tadi. Sebenar nyer info ni pun aku dapat kat satu blog ni, so kalo nak lebih detail lagi, bole gi blog tu. Kalo nak tengok camne javascript ni berfungsi, korang bole tengok contoh kat sini.

Untuk masukkan coding tersebut, korang bole ikut step2 kat bawah ni.


1. Pergi ke layout/design, pastu klik edit html.

2. Tick pada kotak "Expand Widget Template".

3. Cari kod (guna ctrl+f).

4. Copy code yang aku dah bagi (rujuk bawah).
5. Paste sebelum kod .

6. Klik preview dan sekira nyer takde error, dan bole berfungsi, tekan save template.


Code untuk javascript ni korang bole download kat sini. Selamat mencuba. Kepada yang tak berjaya, jangan sedih2 macam aku. Hahaha...


UPDATED 17 Oct 2010: Gadget ni aku dah berjaya laksanakan kat blog aku ni. Bole la try cari mana2 entry kat blog aku ni yang bergambar, dan klik kat gambar untuk zoom. Test power.

Wednesday, October 13, 2010

Pengalaman Bermakna

Ari ni aku mendapat satu pengalaman yang bermakna untuk perkembangan karier aku. Cheewahhh... Ayat bukan maen. Tapi betul. Apa yang aku lalui ari ni, aku rasa bole membantu aku dari segi confidence level dan juga cara untuk berkomunikasi. Amende pengalaman yang aku cakap kan ni kan? Mesti korang tertanya2. Kalo tak tertanya2, silakan tertanya2 skang.

Ari ni ada lawatan pelajar daripada ADTEC, Mahang. Pada mula nyer, bos aku yang handle bagi taklimat apa sumer kan. Sedikit overview pasal SIRIM dan AMREC. Then baru diorang tour ke kawasan lab. During lawatan ke lab tu, bos aku ada hal nak ke KL. So dia sruh aku yang handle kan, dengan ada lagi sorang staff. Kira nyer pecah kepada dua kumpulan. Aku bawak diorang ke lab powder metallurgy, yang sorang gi bawak diorang tengok lab composite.

Kalo dlu2, ada gak orang datang buat lawatan nak tengok lab. Tapi time tu, aku takde la sorang2. Ada gak 2-3 orang lagi, termasuk bos aku. So takde la aku nak kena handle sorang2. Ari ni kena wat sorang2. Explain pun sorang diri, takde sape nak backup. Tapi ada sesetengah lab yang bukan bidang aku, aku explain sket2 je la. Kalo ada orang dalam lab tu, aku mintak diorang je terangkan. Hehehe...

So bila dah sumer benda tu kita yang present/ explain, depan ramai student lak tu, termasuk la ngan lecturer2 diorang (ada la 2 orang), sedikit sebanyak ada la membantu build aku nyer confidence. Benda ni berguna especially bila nak kena gi conference present paper. Aku rasa audience time tu mesti lagi ramai kan. Pangkat pun taraf PhD atau Master. Aku takat degree je... Second thing is, dari situ la aku bole tau apa kekurangan aku. Apa? Apa kekurangan aku? Oooo... Itu mana bole tau. Stakat aku je yang tau sudah la. Hehehe... Kalo nak tau, meh dengar aku citer.

Anyway, sampai cni je la aku nak citer. Mungkin pada masa akan datang, aku akan lebih well prepared. InsyaAllah.

Apa patut korang jawab kalo awek korang mengadu kat korang.

Si girlfriend ada masalah. Mengadu kat boyfriend dia. Boyfriend ni memberi usul2 atau cadangan2 yang macam:


EXAMPLE 1
Boyfriend: Ala... Cuba awak wat macam ni...

ATAU

Boyfriend: Hhhmmm... Mungkin awak patut wat camni kot.


TAPI YANG ANDA DAPAT

Girlfriend: Awak ni slalu memberi arahan kepada saya.

ATAU

Girlfriend: Saya nak awak dengar je. Bukan sruh bagi arahan kat saya wat itu ini.


Jadi... Apa yang korang harus jawab? Takpe2. D.R. Rozmey, eh... Sasul lak. Bukan D.R. Rozmey 2 Alam tu. Apa yang aku nak sebut tadi tu, Dr. Love sebenar nyer (Dr. Love la sangat). Hehehe... Korang patut jawab gini kalo awek korang mengadu.


EXAMPLE 2

Boyfriend: Owhh...

ATAU

Boyfriend: Macam tu ke...


Korang hanya perlu bagi cadangan biler diorang tanya macam ni.


Girlfriend: Jadi apa pendapat awak?

ATAU

Girlfriend: Agak2 nyer la kan, awak ada cadangan tak untuk solve problem ni?


Tapi korang kena ingat. Kalo korang jawab macam example 2 tu pun, korang akan dapat respond yang macam ni gak.


Girlfriend: Awak dengar ke tak ni?

ATAU

Girlfriend: Do you even listening to me?


Jadi, ketahui lah macam mana korang jawab pun, you still got a high probability of getting scold by your girlfriend.


To girls: korang ada slalu macam ni tak?
To boys: korang ada terkena tak? hehehe...

Tuesday, October 12, 2010

Movie Bleach 4

Seperti yang korang tau, aku ni memang adalah peminat anime Bleach. So baru2 (tak baru sangat gak la) ni diorang announce akan kemunculan movie ke-4 Bleach. Dijangka movie ni akan kuar pada bulan Disember di Jepun. Tapi kalo nak tunggu yang ada subtitle, mungkin kena tunggu gak beberapa bulan atau mungkin setahun selewat2 nyer. Ni info yang aku dapat beberapa website dan blog, jadi jangan tanya samada info aku ni betul ke salah. Yang penting, aku teruja menanti muvi Bleach ni kuar.

Walaupun tak banyak officially info yang leak kepada kipas-susah-mati Bleach, apa yang dapat diketahui setakat ni adalah transformation Kurosaki Ichigo kepada fully hollowfication, atau kita bole gak panggil perfect hollow. Tapi aku rasa full hollow Ichigo dah kuar kat anime series. Cuma aku tak sure lak yang dalam muvi ni sama tak ngan dia nyer series. Anyway, ni ada trailer untuk muvi ni. Tapi kena sabar sket. Sebab yang depan2 tu adalah review muvi Bleach yang lepas. Ujung2 baru ada.


Monday, October 11, 2010

Tragedi Bas Terbalik

12 orang maut dalam tragedi yang melibatkan 2 bas, 3 kereta dan 1 van di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pedas. Bas Delima Ekspres yang dipandu laju terbabas, melanggar pembahagi jalan lalu melambung ke jalan sebelah dan merentangi jalan. Kemalangan ini menutup ketiga2 lorong highway dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kes kemalangan ni add to another disastrous accident yang melibatkan bas ekspres.




Ngeri aku tengok accident ni. Terbalik abes bas ekspres ni. Hempap kereta lak tu. Lagi ngeri bila aku baca ada penumpang bas bagitau yang dia ada ternampak dua mayat terbaring atas jalan, dengan salah satu mayat tanpa kepala. Kesian kepada mereka yang tak bersalah. Kes eksiden kali ni memang lagi dasat compare ngan eksiden yang melibatkan Sani Ekspres dlu. Anyway, aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Lagi gambar yang berkenaan dengan eksiden ni, korang bole lawati blog ni.

Saturday, October 9, 2010

Berjalan2 gi umah orang kawen...

Sebelum ni aku ada cakap yang aku nak update pasal aku cuti ari tu gi mana kan. So aku akan citer kan aku gi mana, kenduri sape, kat dalam entri ni.Ari Khamis kitorang telah menonton citer Magika kat Jusco Perda. Jalan citer dia menarik gak la. Cuma citer ni lebih kepada filem muzikal.


Sebenar nyer gambar ni amek keesokan hari nyer kat Sunway Carnival.


Satu je la yang tak best pasal filem muzikal melayu ni. Filem muzikal melayu ni banyak lagu jiwang2, macam citer Hotel Mania tu. So bila tiba tang nak nyanyi tu, mula la rasa bosan. The same thing goes to Magika. So kat sini aku nak bagi pandangan la sket. Aku rasa kalo nak wat filem muzikal yang berjaya dan tak nak orang bosan, lagu2 yang dipilih mesti lah rancak. Dan kalo ada lirik2 dengan scene2 yang klakar, lagi bagus. Ni tak, nak wat filem muzikal, lagu tu mesti bajet nak masuk kat radio kan. Sebab tu wat lagu jiwang2. Aku rasa time aku tengok Magika ni, cuma aku terhibur time lagu Aznil nyanyi je, time diorang first2 masuk alam Magika tu. Yang laen tu kureng, apatah lagi bila kuar lagu jiwang2 ni. Hancuss mood. Tapi time M. Nasir nyanyi pun best gak. Cuma lirik dok repeat2 je la. Hehehe...

Ari Jumaat lak kitorang makan ikan bakar kat Teluk Tempoyak. Kitorang gi lewat petang sket. So time tu kurang la orang kan. Kang gi lambat2, ramai orang. Lambat lak tunggu makanan sampai. Hehehe... Kedai kitorang pergi tu tepi laut. Dia ada chalet skali kat situ. Nama kedai tu Restoran Seri Idaman. Sebab aku berdua je ngan Cik Eeda, so kitorang order couple set je, RM 65.00. Ada ikan bakar (aku tak ingat ikan apa), pastu tomyam campur, sotong goreng tepung, kailan, kepah dan 2 jus buah (ada aku ter"miss" tak?) Makanan dia bagi aku memang sedap la. Tapi aku tak tau nak compare antara kat sini dengan kedai ikan bakar kat Kuala Perlis, yang mana satu lagi sedap.


Ni kedai dia. Ada lagi satu kat belah atas, tapi macam takde orang pun duduk situ.


Aku pilih spot tepi laut. Hehehe...


Ni la menu yang kami order.


Tak lupa, ikan bakar.


Lepas makan ni, memang kenyang giler ah. Aku yang makan banyak nyer. Cik Eeda dia makan kurang daripada aku. Tapi kepah dia abeskan la. Sebab aku tak makan kepah (tapi ada la try makan gak sket2). Satu benda je yang bole describe perasaan kitorang lepas makan. Puas hati... Mekasih kepada housemate aku, Hafiz ngan rakan sekerja aku, Izat sebab tolong bagi info2 kat aku pasal restoran ni.

Keesokan hari, konvoi beramai2 ngan member Cik Eeda, gi kenduri si Zirah, member Cik Eeda dan juga rakan sekerja aku. Kira nyer aku je la lelaki dalam konvoi tu. Tapi takpe. Aku ni kan senyap2 je. Anyway, congratulation kepada Zirah dan pasangan nyer. Selamat pengantin baru dan semoga kekal bersama hingga ke akhir hayat.


Sedap nih... Kena khusyuk baru dapat menikmati kelazatan nyer.


Cari apa tu sayang?


Bergambar ngan pengantin baru.


Abes je kami makan2, dengan segera kami bertolak ke Lipis. Ligan la balik sebab tak nak sampai lambat sangat kat Lipis nanti. Lagi pun nak ikut highway Karak. Maklum la, malam2 tak berani lak aku nak lalu Cameron - G. Musang tu. Sunyi daa... Bukan takut hantu. Tapi takut kot2 ada orang jahat tahan ke apa. Tapi apa nak wat, jem lak kat tol Duta. Tapi Alhamdulillah, sampai Raub pun baru kul 9 lebih. Sempat layan bola jap kat kedai sambil makan malam. Pastu baru gerak balik ke Lipis. Sampai Lipis kul 11 lebih la lebih kurang.


Keadaan kat highway dekat2 ngan tol Duta.


Ari Ahad tu, bergerak ke Jengka, member aku time praktikal dlu (time tu aku trainee, tapi dia dah keje) kawen. Memandangkan aku dah anta Cik Eeda ke Lipis, of course la aku kena gi skali kan. Hehehe... Minggu tu direct 2 ari berturut2 la aku gi kenduri kawen.


Selamat pengantin baru kepada Kamil dan pasangan nyer.


Ari Isnin tu, berakhir la sesi dating2 aku. Bergerak balik ke KL kul ke 8 pagi, then amek bas ke Kulim kul 11 pagi. Abes la citer... Hehehe... Selamat pengantin baru kepada Zirah dan pasangan, dan Kamil dan pasangan nyer. Aku juga amek kesempatan nak ucapkan selamat pengantin baru kat Yana dan pasangan nyer. Sori tak dapat gi majlis kawen korang. Aku keje ari Ahad, dan cuti aku tak banyak dah nak guna.

Wednesday, October 6, 2010

Proton mengeluarkan kereta hybrid pertama Malaysia?

Sebenar nyer aku dah tau dah pasal hal Proton ada wat concept car kat Geneva. Tapi aku tengok Buletin Utama tadi, diorang cakap yang kereta ni mungkin akan dipasarkan pada tahun depan. Untuk sape2 yang tak tahu lagi macam mana rupa kereta ni, ada gambar kat bawah untuk rujukan anda.




Korang tak rasa pelik ke ngan design kereta ni? Aku rasa pelik la. Memang tak dinafikan usaha Proton adalah bagus, iaitu mengeluarkan kereta yang environmental friendly. Tapi aku rasa design kereta ni agak kurang dari segi commercial value. Korang tak rasa gitu? Anyway, kereta ni mungkin akan jadi ala2 Kancil keluaran Perodua. Agak2 harga sama tak? Kalo harga lebih kurang, maybe orang akan beralih perhatian untuk membeli kereta hybrid ni lak. Murah2 pun murah kan. Environmental friendly lak tu. Tapi kalo mahal, maybe tak berbaloi kot.

Anyway, untuk sesape yang berminat nak tau pasal kereta ni ngan lebih lanjut, korang bole visit website ni.

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Raya AMREC

Ari ni aku start sambung keje lepas 4 ari bercuti. Attend member nyer wedding, disamping berdating2 ngan kekasih aku. Jangan jeles ok. Muahaha... Tapi tu sumer aku akan update kan kemudian. Takde masa nak pilih gambar2 yang tak terkira banyak nyer. Ntah apa2 Cik Eeda capture sampai banyak gitu. Jadi bila aku ada masa terluang yang agak banyak, baru aku decide gambar mana yang aku nak gunakan untuk wat entri.




Apa yang aku nak karang ni sebenar nyer cuma pendek aje. Ari ni ada jamuan raya kat tempat keje aku. Iye, dah nak abes Syawal baru nak wat. Tapi aku bole paham la kan. Memandangkan time raya ramai orang cuti kan. Pastu bila dah start keje, still ada orang yang wat umah terbuka. Dan kadang2 schedule bos2 besar mungkin agak ketat, menyukarkan jamuan raya diadakan lebih awal. Tapi since aku cuti 4 ari, serius aku tak tau ada jamuan raya nak wat ari ni. Naseb baek semalam aku balik, aku sempat bukak emel. Jadi at least sempat gak la baca2 tentatif ke hape. Tema pakaian adalah merah biru. Kemeja merah dah sah2 aku memang takde. Tapi baju melayu tu ada la. In fact, baju melayu biru pun aku ada. Tapi cam malu2 kucing lak nak pakai baju melayu kan. So aku pakai je kemeja kaler turquoise. Lebih kurang biru gak la kan.




Nampak menyelerakan tak? Hehehe... Nasi dan kuah gulai dia aku rasa biasa2 je la. Takde la nak kata tak sedap. Tapi nak kata sedap sangat pun tak la jugak. Biasa2 je. Tapi ayam dia ternyata berhasil. Especially sos2 yang melekat kat ayam tu (kita panggil sos ke ek?). Sate tu amek awal2 sebab takut abes. Biasa la, sate ni antara makanan yang akan abes dlu kalo korang tak amek cepat. Tapi rupa2 nyer sambil kitorang makan, pak cik dan abang2 sebok membakar sate lagi kat luar. So takde nyer istilah "sate abes". Ada satu lagi menu yang takde dalam gambar iaitu cendol. Last2 aku makan sampai senak dada. Hehehe...










Ni sumer gambar yang aku maen snap je. Malas aku nak sruh diorang posing2. Tu yang gambar cenggitu tuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...