Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Monday, February 28, 2011

Jom Sambut Earth Hour 26th March 2011



"Live Green: One Switch at a Time!"


Moto untuk Earth Hour 2011. Last time aku follow Earth Hour ni masa final year kat UniMap dlu. Masa tu duduk kat Wang Ulu. Time tuh kitorang akan tutup sumer lampu konon2 nyer nak selamatkan Bumi la. Kata Earth Hour.

Nak kata seluruh Wang Ulu gelap, tak gak. Sebab ada je orang yang ignore Earth Hour nih. Aku pun takde la  nak join sangat. Tapi bila tengok ramai yang tutup lampu, especially blok depan bilik aku (which is blok girls aka junior) sumer dah bergelap, housemate ngan roomate aku tetiba lak bersemangat waja untuk turut serta dalam misi mem"black-out"kan rumah dan bilik kitorang.

Duration? Sejam. Tapi lampu rumah je la yang kitorang tutup. Laptop on sesaje. Berani nak tutup laptop aku? Tutup la. Kang kena penampar sedas. Lampu rumah kalo nak tutup sampai besok pagi pun takpe. No hal punyer la. Laptop? Owh, jangaannnn... Mati kebosanan nanti.

Bila fikir2 balik, seronok gak wat benda2 gitu. Tapi masa kat universiti je la bole layan. Kalo kat rumah ngan famili, try la wat. Silap haribulan kena maki. Hahaha... Maki tu takpe lagi. Kalo kena penampar?

Berbalik kepada Earth Hour 2011, WWF-Malaysia menggesa seluruh penduduk di Malaysia untuk mengambil langkah setapak ke hadapan dari setakat tutup lampu sejam pastu bukak balik. So apa korang kena buat?


1. Tutup sumer lampu pada 26hb Mac 2011 sempena Earth Hour starting pukul 8.30 malam (kalo pagi bukan Earth Hour nama nyer).
2. Sign-up kat www.org.my dan memberi komitmen terhadap "Live Green: One Switch at a Time".
3. Maintain korang nyer tindakan lebih daripada Earth Hour saje...


There you have it. Aku dah simplify kan untuk korang. Anyway, untuk tahu lebih lanjut, korang bole baca sendiri kat SINI.


Earth Hour 2011: Growing Beyond the Hour: Pledge to "Live Green".

Sunday, February 27, 2011

JobsCentral

Aku ingat lagi masa aku keje "tanam anggur" dlu. Susah nak cari keje nih. Bukan senang. Lagi2 time tuh aku memilih keje. Tak nak keje KL atau tempat yang jauh2 sebab payah nak gi interview. Lagi la payah nak dapat keje.

Masa tuh, aku daftar kat JobStreet ngan JobsMalaysia. Tak cukup lagi tuh. Aku apply mana2 keje yang ada, termasuk lah melalui list2 company praktikal masa aku Tahun Tiga dlu. Alhamdulillah, last2 dapat keje kat AMREC, Kulim.

Tapi persoalan skang ni, macam mana nak compete dengan orang laen dalam hal nak mencari kerja? Cara dia mudah je. Increase opportunity dalam mencari pekerjaan. Macam mana? Cara nyer dengan apply lebih banyak keje. Untuk apply lebih banyak keje, korang kena luaskan source pencarian keje korang.

So jika sebelum ni korang ada apply melalui Jobstreet dan JobsMalaysia, apa kata korang cuba JobsCentral lak. Aku tak pernah try lagi job engine nih, tapi why not korang2 yang blom ada pekerjaan lagi cuba.

Yang menarik nyer, JobsCentral skang ni tengah wat promotion lak skang ni. Sape2 yang mendaftar sehingga May 2011, korang berpeluang untuk menang RM 200. Untuk menang, korang kena isi resume korang secara online, amek profiling test dan memohon keje at least 3 company. Pemenang akan diumumkan setiap hujung bulan melalui Facebook.


 Daftar dengan JobsCentral untuk berpeluang memenangi RM 200.

Saturday, February 26, 2011

Takde tempat parking yang laen dah ke?

Benda ni berlaku masa aku gi semayang Jumaat. Kat masjid area rumah aku kat Kuala Kangsar. Kawasan parking masjid tu luas. Walaupun tempat tu bukan tempat parking yang official, tapi kawasan tu tempat orang parking waktu semayang Jumaat.




Tempat parking luas. So aku tak paham nape orang ni parking kereta dia kat depan pintu masuk parking. Walaupun tu pintu belakang, tapi still ada kereta yang nak kuar masuk ikut pintu tu. Bukan sumer orang guna pintu masuk depan.

Apa salah nyer fikir pasal orang laen sket. Ni nak senang je. Ari Jumaat dah la penghulu segala hari. Hari yang mulia. Ko bole wat tahik lak. Ceishh...

Friday, February 25, 2011

Nissan "cool" idea

Korang ada rasa nak beli tak kereta ni?


Nissan mendedahkan kereta konsep diorang yang mungkin akan dipamerkan di Geneva Autoshow tak lama lagi. Kereta yang dinamakan Nissan Esflow ni merupakan kereta elektrik yang menggunakan battery-powred rocket. Nak tahu lebih lanjut atau nak tengok lebih banyak gambar, korang bole lawat laman web Yahoo! Autos.

Design menarik. Aku rasa cool gak kalo ada kereta macam ni kat pasaran. Tapi kalo ada jual, harga dah sah2 bukan takat harga macam Viva atau Myvi kan. Hehehe...


Sumber: Yahoo! Autos

Wednesday, February 23, 2011

Ingin miliki rumah yang macam ni?

Bayangkan korang ada rumah kat tepi bukit atau gunung. Pastu pemandangan sekitar lak indah sesangat. Kalo bole nak abadikan pemandangan tu dalam rumah korang. Amacam, exaggerate je imaginasi aku? Eh, tak abes lagi ni.

Pastu korang bayangkan lak, korang nyer rumah tu betol2 tepi bukit. Kalo nak dahsyat lagi, tepi gaung. Nak ditambahkan lagi kehebatan rumah korang tu (err, rumah tepi gaung tu kira hebat ke?), rumah korang tu 50-50. 50% atas tanah, 50% atas awang-awangan. Bahagian yang kat awang-awangan tu adalah ruang tamu korang.

Bole bayangkan? Good. Ni nak tambahkan lagi dia nyer extreme, pushing to the limit (macam iklan lak), dinding ruang tamu korang tu cuma dikelilingi kaca je. Cuma di"support" oleh beberapa steel beam. Supaya korang bole nikmati pemandangan sekeliling.

Tajuk entri ni merupakan persoalan yang aku ingin aku ajukan kepada korang sumer kalo korang ada rumah yang macam aku definasikan tadi. Nak tengok rumah tu macam mana, sila la rujuk gambar di bawah.


Ada berani?


Jadi, apa perasaan korang kalo ada rumah yang macam ni? Best? Teruja? Kagum? Takut? Cuak? Seram? Seriau? Ngeri? Gayat?

Apa pun, kalo korang ada rumah macam ni, mesti korang akan rasa best-teruja-kagum tak hengat sebab dapat menikmati pemandangan indah pokok2 yang menghijau, dilengkapi dengan kicauan burung2 sebagai sound system rumah korang.




Tapi kalo pemandangan korang adalah kawasan lori sampah yang "menghijau" lalu-lalang, atau tempat pembuangan sampah yang juga "menghijau" disebabkan oleh kulat-alga-lumut yang mula bermaharajalela, mungkin korang akan termuntah setiap kali lepak kat ruang tamu.




Mungkin korang akan mengalami perasaan cuak atau gayat sebab... Yelah. Tempat tinggi. Bawah ruang tamu korang lak takde apa2 yang support. You got nothing. Well, of course la bawah rumah korang akan ada something kan. Iaitu tanah gak, tapi ada la kot dalam 200-300 meter.

Korang gak mesti akan rasa takut yang tak pernah nak hilang setiap hari. Takut dinding kaca rumah korang tu pecah kena dahan pokok yang mungkin akan beterbangan masa ribut berlaku. Atau takut akan berlaku kejadian tanah runtuh. Maklumlah, syarikat construction kat Malaysia ni bukan nyer bole pakai sangat.

So persoalan susulan untuk tajuk entri ni, adakah korang berani?


Sumber asal: Yahoo! Real Estate

Tuesday, February 22, 2011

Malaysia Airlines Travel Fair

Malaysia Airlines (MAS) sedang menganjurkan Malaysia Airlines Travel Fair. Means harga tiket kapal terbang adalah lebih murah pada masa ini. Tapi kena booking la. Tapi promotion ni cuma berlangsung selama seminggu je, iaitu daripada 21 Februari hingga 28 Februari 2011.

Lepas 28 Februari, harga seperti biasa. Destinasi dalam negara rasa nyer sumer ada offer (correct me if I'm wrong). Untuk destinasi luar negara lak, ada seperti Taipei, Seoul, Tokyo, Perth dan Osaka. Tapi sumer adalah one way trip la. Kalo nak tau lebih lanjut atau nak book tiket, bole la pergi ke laman web Malaysia Airlines Travel Fair.

 Malaysia Airlines Travel Fair ni memang selalu diadakan tiap2 awal tahun dan merupakan MAS very own travel fair. "It is at this time we delight our customers with our best all-inclusive fares and holiday packages," cakap Datuk Bernard Francis, executive vice-president (sales and marketing).



Monday, February 21, 2011

Reza Salleh

Korang kenal Reza Salleh? Aku pun tak kenal. Hehehe... Not until last week la. Reza Salleh ni penyanyi dan penulis lagu indie macam Yuna gak. Tapi maybe tak se-famous Yuna la. Sebab aku pun tak kenal mamat ni. Orang yang rajin layan lagu2 indie kenal la kot.

Macam yang aku cakap tadi. Nama Reza Salleh ni mungkin agak asing dalam aliran muzik arus perdana. Tapi kepada peminat gig (bukan Ryan Gigs) tempatan mesti dah sinonim kot ngan nama Reza Salleh. Even nyanyian dia dapat perhatian masyarakat luar negara, khusus nyer Australia (Sumber - Utusan Malaysia). Anak kelahiran Kuala Lumpur ni juga pernah membuat persembahan di Shout! Awads pada Julai 2009.


Biodata
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Perniagaan, Universiti Monash Australia
Adik-beradik: Sulung daripada 3 adik beradik
Kerjaya: Penyanyi, komposer, penganjur persembahan


Baru2 ni Reza Salleh mengeluarkan album sulung dia bertajuk "Realize". Aku ada dengar sket2 la lagu dia. Sket je la. Tak larat nak dengar sumer. Hehehe...

Tapi lagu Stracciatella tu macam sedap gak. The way he sang it, tak macam orang melayu yang nyanyi. Takde slang2 yang nampak macam orang Melayu yang nyanyi. Macam mat saleh nyanyi je. 

Kepada sape2 yang nak dengar online, bole klik kat SINI. Dalam page ni, ada sumer lagu dia dalam album "Realize" dan korang bole dengar secara streaming. Pastu ada gak benda2 laen macam galeri, archieves, tweets dan korang bole tengok upcoming gigs dia.


Sunday, February 20, 2011

Apakah perasaan ini?

Note: Ini BUKAN kisah cinta.


Pernah tak korang mempunyai perasaan yang tak selesa ketika masuk keje pagi2? Well, mesti ada yang pernah kan. Sakit la, demam la. Well, manusia kan. Mana ada yang perfect. Mesti akan jatuh sakit gak. Tapi kepada yang sakit, deman atau sebagai nyer, kalo sakit, amek la MC. Nanti makin sakit lak.

Apa yang aku nak citer kan ni, bukan la sakit2 yang macam aku cakap tadi. More like sakit2 yang ringan je. Sakit kepala, pening dan sebagai nyer. Aku sebelum keje tadi, sihat walafiat je. Tapi bila dah masuk keje, perut mula start rasa lapar. Eh, apa kena mengena entri ni dengan kelaparan? What the...???

Relax... Relax... Jangan la gelabah awal2. Kasi aku story dlu sampai abes. Okay. Berbalik kepada story aku tadi. Lepas 5-10 minit aku start wat keje aku, perut mula rasa lapar. Tak cukup lagi tu. Kepala aku start rasa sakit aka sakit kepala. Tapi time tu sakit sket je la.

Nak sarapan pagi pun, ari Ahad cafe tak bukak. Cafe tempat keje aku ni bukak Isnin sampai Jumaat je. Mungkin sebab Ahad tak ramai keje, dia rasa bazir masa kot kalo berniaga gak. Lagi pun pak cik cafe tu mesti nak cuti 2 hari gak kan, macam orang laen. Takpe la. Kami faham. Hehehe...

Berbalik kepada citer aku tadi. Makin lama, makin sakit kepala aku. Lagi2 bila nak menjelang kul 12 tengah hari tadi. Perut pun dah bernyanyi2 dah time tu. Tak tau la apsal perut aku ni lapar giler ari ni. Nak ditambahkan lagi efek kepada kelaparan aku, tekak aku lak buat hal.

Ada rasa macam nak muntah2. Tapi tak muntah la. Cuma ada feel macam nak muntah je. Even on da way nak gi lunch tadi pun, still macam tu. Sampai kat kedai makan, cepat2 amek nasi beserta lauk-pauk. Duduk2, eh, rasa macam nak muntah. Rasa tak selesa. Pastu berpeluh sket2...




Aku amek nafas dalam2. Pastu longgarkan sket baju. Relax dalam 2-3 minit. Baru aku start jamah. Slow2... Bila dah hilang tu, apa lagi. Terus makan sampai abes. Perghhh... Nikmat nyer dapat makan... Hahaha...

Tup tup, terus hilang sumer sakit2 tadi tuh. Well, kelaparan obviously la akan hilangkan lepas makan. Tapi tu la. Bila kita lapar yang amat sangat, macam dapat pakej la. Bila lapar yang amat sangat, dapat pakej sakit kepala dan feel  nak muntah...

Kalo combine tiga2, apa nama yang kita nak kasi untuk describe kan nyer?

Friday, February 18, 2011

Flight Attendant LUAR BIASA

Luar biasa? Hahh... Tu kasi gempak tajuk je. Mungkin tak luar biasa, tapi laen daripada yang biasa. Tapi bila fikir2 balik, daripada segi pemahaman bahasa, luar biasa dan laen daripada biasa seakan2 mempunyai maksud yang sama. Laen daripada biasa sama je maksud dia ngan luar daripada kebiasaan. Dan luar daripada kebiasaan tu sama je la maksud dia ngan luar biasa. Ok. Aku pun dah confius.

Takpe, aku pun tau korang dah confius. Jadi apa kata kita lupakan perenggan di atas. Korang tentu ingat pasal flight attendant aka stewardess yang pernah aku post dlu. Yang tu berlaku sama ada kat Malaysia atau Singapura (aku tak tau yang mana sebab sumber tak jelaskan sejelas2 nyer).

Tapi entri ni pasal pramugari di Thailand. Kalo korang nak tau, kat Thailand ni ada satu syarikat penerbangan bernama PC AIR. Syarikat penerbangan ni unik dan macam yang aku cakap tadi, laen daripada laen, syarikat ni menggaji mak nyah untuk menjadi pramugari diorang. Weird isn't it.

Jika dibandingkan dengan mak nyah kat Malaysia yang stakat jual body untuk hidup, at least diorang ada kerjaya yang lebih bagus. Mungkin sebab mak nyah kat Thailand lebih menarik daripada segi rupa paras kot berbanding ngan mak nyah Malaysia. Tak caye, tengok gambar kat bawah.




Sumber dan gambar dipetik daripada Alkisah Daripada Kami.

Thursday, February 17, 2011

Free 1 Blackberry Torch Smartphone

Celcom ada wat offer (which I think is still ongoing) sempena Chinese New Year baru2 nih. Nak tau offer apa? Eh, tengok tajuk entri dah tau kan. Hehehe...

Celcom akan bagi smartphone Blackberry Torch secara percuma kepada pelanggan2 mereka. Tapi mesti la ada cara nyer kan. Tak kan la maen mudah je dapat. Aku pun nak kalo gitu. Eh, bukan stakat aku sorang je nak. Sumer orang nak kan.




Cara nyer adalah korang perlu subscribe to XPAX Blackberry Plan terlebih dulu. Baru korang akan mempunyai peluang untuk menang Blackberry Torch 980.

So sape2 yang agak2 tak bape nak cukup duit nak beli Blackberry, bole la cuba ye...


Untuk maklumat lanjut, bole klik SINI untuk mengetahui cara2 nak subscribe.

Lelaki dan kaen pelikat

Lelaki. Kaen pelikat. Lelaki. Kaen pelikat. Sounds familiar? Iye, memang familiar. Kat laki pakai kaen pelikat. Gi semayang pakai kaen pelikat. Gi mandi pakai kaen pelikat. Tapi tak applicable untuk mana2 lelaki yang mandi berbogel atau kaen pelikat terlondeh ketika mandi. Juga tak applicable kepada lelaki yang pakai kaen pelikat, tapi kat dalam pakai seluar atau boxer.




Nape aku tiba2 bukak citer pasal kaen pelikat? Bukan benda menarik pun nak dibincangkan pun. Hari2 bole tengok kalo korang gi masjid. Tapi, aku bukan nak citer pasal jumpa orang berpakaian kaen pelikat kat masjid. Taaaaapiii... Pasal orang yang berpakaian kaen pelikat, baru balik dari masjid.

Peristiwa ni berlaku kat kedai makan area kawasan rumah aku. Waktu tu aku tengah menjamu selera. Nyum2... Melantak nasi goreng thai sambil pekena nescafe tarik. Perghhh... Tapi again... Aku bukan nak bercerita pasal apa yang aku makan dan apa yang aku minum.

Berbalik kepada "orang yang berpakaian kaen pelikat baru balik dari masjid" tadi. Brader ni (brader la aku panggil, sebab takde la nampak tua sangat) masuk la kedai makan yang aku tengah melantak nasi goreng thai sambil pekena nescafe tarik tadi.

Yang aku heran tuh, dia masuk2 sambil mengangkat2 kaen pelikat yang dia pakai tuh. Aduhh laaa... Kalo dia angkat just sebab nak elak lecah kat luar kedai tu (sebab baru lepas ujan), acceptable la gak. Ni dah dalam kedai pun, dok angkat2 kaen tu, apa kes? "Burung" anda kepanasan ke? Eye sore sungguh. Huh...

Dia berdiri aje, sebab datang bungkus makanan je. So kalo sambil mengangkat kaen dan duduk, mungkin akan nampak sesuatu yang tak patut kita nampak.

Berciter pasal kaen pelikat ni, aku bukanlah manusia yang familiar memakai kaen pelikat. Kalo nak diikutkan, memang hampir tak la. Sampai aku pun tak ingat bila aku last time aku pakai kaen pelikat. Yang aku ingat cuma time aku bersunat zaman kecik2 dlu. Tapi yang tu terpaksa. Kalo tak terpaksa, confirm tak pakai.




Bukan apa. Aku yang tak biasa pakai2 kaen ni. Sejak kecik pakai seluar. Bukan tak pernah cuba. Aku pernah mencubakan diri aku untuk memakai kaen pelikat ni. Tapi asyik tak confident je. Akan ada perasaan insecurity timbul dalam hati aku. Perasaan takut2 yang kaen pelikat aku akan terlondeh.

So bila ada perasaan insecurity yang tak sudah2, kerja laen pun payah nak wat kan. So aku discard kan kaen pelikat aku ngan perasaan insecurity tu skali. Tapi tak bermakna aku berbogel. Mesti la aku akan pakai seluar. Akai ada ka?

Eh, ada lagi satu sebab aku tak berminat nak pakai kaen pelikat. Ni budak2 matriks aku nyer pasal ni. Budak2 generasi aku ni, perangai sekor2 cam lahanat. Masa bergurau, tahap lahanat diorang akan meningkat tinggi tahap gaban.

Kalo korang pakai kaen pelikat, confirm kena sentap dan korang secara tak langsung menjadi bottomless. Kalo korang topless time tuh, digabung ngan bottomless, maka terhasillah scene berbogel kat situ. Jadi, trauma untuk memakai kaen kat situ. Hehehe...

Korang ada pengalaman macam kat atas?

Wednesday, February 16, 2011

Pengguna DSLR

Korang biasa tengok tak orang yang bukan maen hebat menjinjing DSLR ke sana ke mari. Taaapiii... Tak sumer yang dok bawak DSLR ke hulu ke hilir itu adalah pakar atau pro aka mempunyai skill dalam menangkap gambar. Just showing off...


Gambar kredit daripada Blog Serius.


Based on the picture above, it is damn right. Mostly orang yang menyangkut DSLR kat leher sambil menayangkan kamera yang dia ada tu bukan la power mana pun. Tak profesional mana pun kan. Just nak show off je. Tak caye? Apa ada hal kalo dok gantung kat leher tanpa amek gambar kan.

Tuesday, February 15, 2011

Vest and Sweater

Assalamualaikum sumer.

Selamat menyambut Maulidur Rasul, walaupun ucapan aku agak terlambat sedikit. Hari ni Kedah cuti umum sempena menyambut Maulud Nabi. So member aku ajak gi Jusco di Perda, sebab dia nak cari kasut untuk kegunaan semasa keje.

Memandangkan hari cuti dan kebarangkalian tinggi untuk tidak berbuat apa2 aktiviti selaen daripada maen game atau menonton anime/ drama korea, aku pun setuju la untuk join 

Bila dah ada kat Jusco tu, benda yang korang akan wat kalo takde target nak beli apa2, adalah window shopping. Member aku tu memanglah dia ada target nak beli kasut kan. Tapi aku yang takde target nak beli apa2, just jalan2 tengok2 je la.

Tengah dok tengok2 dan belek2 baju yang ada kat sana, datang lah buah fikiran yang sebelum2 ni tak pernah wujud langsung dalam otak aku. This thought just came out of the blue. Ntah macam mana aku bole terfikir pun aku tak tau. Well, mungkin lepas aku tengok sampel2 pakaian kat patung2 tu kot.


"Kalo aku pakai vest macam tu, cantik tak?"




"Kalo aku pakai sweater tu masa gi jalan2, nampak macho tak?"

Monday, February 14, 2011

Saya tak sambut Valentine's Day

14 Februari 2010.

Di suasana pagi yang kurang keheningan nyer. Setelah selesai touch-n-go kad kad pekerja aku. Berjalan menuju ke lif dalam keadaan yang biasa2 aje. Tak lemah dan tak longlai. Tak tak juga ceria bak channel NTV7. Depan lif, aku berhenti. Sebab pintu lif tak bukak lagi, macam mana aku nak melangkah masuk. Apa raaa...

Then hadir kelibat 2 orang gadis. Identiti dirahsiakan. Begitu juga ngan status diorang. Lif terbuka. Kami masuk. Dalam lif, bermula la sesi sembang2.


Girl 1: Eh, Aswad tak cuti ke?


Memahami situasi dan persoalan yang ingin ditonjolkan di situ, aku menjawab.


Aku: Aku tak sambut. Lagi pun semalam aku kerja. Korang tak cuti?

Girl 1: Ni tak nampak kami datang keje? (sambil Girl 2 tersenyum2)


Owh, terkena aku kat situ. Dia tanya aku jawab. Aku tanya balik, aku yang terkena. Untuk sape2 yang masih tak tau, ari ni adalah hari Valentine's Day. Aku dan Cik Vanilla tak sambut pun Valentine's Day ni.

Kalo nak kata menyambut Hari Cinta, tiap2 ari pun kami anggap Hari Cinta. Sebab tiap2 ari bergayut kat telefon je. Takde hari istimewa untuk menyambut percintaan kami. Kalo ada pun, besday dia, besday aku ngan ulangtahun kami bercinta.

Bagi aku, aku pernah sambut skali je kot Valentine's Day ni. Masa aku muda2 dlu, ngan ex aku. Tu pun sambut sebab time tu 1st time bercinta. Sumer benda nak sambut kan. Jakun kata orang. Tapi masuk tahun ke-2 percintaan, tak sambut dah.

Anyway, kepada yang menyambut, selamat menyambut Valentine's Day. Dan kepada yang tak menyambut, diam2 sudey...


"Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10hb Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika dilihat daripada segi perubatan, anda dinasihatkan untuk tidak mencuba perkara ini dengan semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)."
Sumber: coretanhatisetanku

Sunday, February 13, 2011

Buku itu, buku ini

Kamu ulat buku? Sker baca buku? Ketagih baca buku? Tak? Takpe. Aku pun sama. Dari kecik lagi kita diperkenalkan dengan buku oleh mak bapak kita.

Dari buku citer, up sket buku teks sekolah. Yang berduit sket, beli komik Sin Chan, Doraemon, Dragonball. Tak pun Keluang Man. Melangkah zaman remaja, start kenal buku2 yang lagi advance. Fizik, Kimia, Biologi dan macam2 lagi buku yang ntah aku still ingat kandungan dalam buku tu ntah tidak.




Masuk universiti lak. Up lagi sket. Thermodynamic, Materials Engineering. Fluid Mechanic. ______. ______.  (Fill in the blank ngan jawapan masing2) Macam2 lagi la. Kalo aku nak sebut, sampai Subuh korang tak abes baca lagi. Tak pun sampai Subuh aku tak abes taip lagi. Hahaha...

Tapi bagi kaum Hawa, korang kureng nak up berbanding ngan kaum Adam. Sebab kaum Adam ni, buku dia ada yang lagi "up" dari tadi. Buku porn. Eh? (Untuk lelaki: apa sengih2?)

Hehehe... Dlu masa kecik2, aku rajin baca buku. Buku citer, majalah. Memang aku minat baca. Tapi for some reason, makin meningkat dewasa ni, makin kurang minat nak baca buku. Even nak layan komik pun dah kureng.

Pernah aku beli Kreko, last2 tak baca abes pun. Majalah Ujang je kot kalo aku beli confirm baca sampai abes. Tapi jarang beli. Hehehe...

Aku ingat lagi waktu kecik2 dlu. Time tu sekolah rendah lagi. Masa sekolah rendah dlu, kan ada program buku nilam or what-ever-the-name-is. Aku pun tak bape ingat. Tapi lebih kurang macam tu la nama program tu. Ada nilam-nilam dalam nama program tersebut.




Kira sape baca paling banyak buku dan catitkan dalam buku khas yang diorang kasik, akan dapat habuan. Masa muda, mesti la teruja kan bila sebut bab2 dapat habuan2 ni. Sumer kalo bole nak sapu.

Beskal, periuk nasi, gameboy, main-stesen (baca: playstation). Owh, time tu takde playstation lagi. Dan hadiah periuk nasi adalah ridiculous untuk bagi kat budak2. My mistake...

Sebagai seorang budak yang nerd, jakun dan macam2 lagi perangai waktu budak2 dlu yang aku sure korang pun agak sama tapi tak serupa jugak ada buat, mesti la akan participate dengan bersungguh2 nyer. Baca buku tu ada. Tapi salin sinopsis kat belakang buku adalah lagi banyak berbanding yang dibaca. Ada kot dalam nisbah 20:1. Hahaha...

Eh, tu tak cukup lagi tuh. Pinjam buku member lagi. Apa yang dia tulis, kita pun tulis. Cuma edit2 sket je. Time nih aku dah memang pandai mengedit dah, tak nak bagi cikgu tahu punyer pasal. Hebat tak aku. Sampai last2 penuh 2 buku program Nilam tu.

Tapi tak menang2 gak sudah nyer. Pasal ada yang lagi hebat daripada aku. Ntah bape banyak buku ntah dia hantar. Yang pasti, confirm lebih daripada 2 kan. Kalo tak, camne dia leh menang dan bukan aku yang menang.

Dan yang pasti menjadi tanda tanya, agak2 berapa orang member yang dia tiru. 100 maybe? Ini persoalan untuk korang jawab. Aku nak lupakan sejenak perkara sedih ni. Sob2...

Pastu masuk zaman persekolahan menengah. Kalo masa sekolah rendah aku sker baca citer penyiasatan, bila masuk sekolah menengah beralih genre lak. Citer seram. Goosebump, Fear Street. Well, kebanyakan buku tulisan R. L. Stine. Sebab apa? Sebab citer dia best.




Walaupun in English, tapi layan gak baca. Dah nama pun aku sekolah kat sekolah omputih, tak kan la nak baca buku Bahasa Melayu lak. Jatuh standard aku. Hahaha (ketawa dengan riak).

Tapi ada satu buku ni aku daripada dlu nak baca. Sampai skang2 tak dapat baca. Buku ni pun macam takde je kat pasaran Malaysia skang. Nama tajuk buku tu Lone Wolf kalo tak salah aku. Buku ni cam interaktif nyer style.

Macam buku citer lawan2 ngan monster. Tapi bila sampai babak pertempuran tu, korang akan decide sendiri dengan menilik nombor2 kat belakang (kira macam dadu la), dan rujuk kat satu page ni untuk tengok result pertempuran korang. Lebih kurang macam tu la.

Sampai skang aku tak jumpa buku ni. Ada sape2 ada buku ni yang bole aku pinjam?

Saturday, February 12, 2011

Yeah, saya jeling kamu

Di satu sudut kat suatu taman bunga, ada sorang awek pompuan yang tengah duduk ngan beberapa member dia. Pastu dia perasan ada satu mamat ni, tengah dok usha dia. Dia yang tak selesa di"usha", bangun dan menuju ke arah lelaki tu dan menyergah, "Hei, awak jeling saya kan tadi?!"

Laki tu pun jawab, "Yeah, saya jeling kamu. Ada masalah?"

Okay2. Cut the crap. Adegan kat atas langsung takde kena mengena ngan tajuk entri aku. Entri ni jugak takde kena mengena ngan isu percintaan atau teknik2 nak mengorat anak dara orang. Tapi adegan jeling-menjeling tu ada kena mengena ngan entri ni.

Abes, ingat orang yang nak mengorat je menjeling-jeling sambil kepala terteleng2. Ingat orang yang tengah syok bercinta je bole jeling-menjeling. Tengah marah pun bole menjeling2. Kalo tak puas hati pun, kita menjeling gak.

In this case, aku menjeling sebab tak puas hati. Kes kena himpit ngan kereta. Bukan skali. Tapi dua kali. Berlaku kan jalan yang lane berkembar. Macam kat highway la maksud aku.

Kes pertama, ada satu kereta ni dia kat lane kiri. Aku kat lane kanan. Aku nak potong dia. Pastu kat depan tu jalan yang mula2 double lane tu, nak combine jadi satu. So pasal tu la aku rasa dia nak masuk balik lane aku. Cuma dia tak perasan aku.

Aku jeling je la, sambil memecut. Kalo tak pecut, takut dia himpit2 dan langgar kereta aku lak. Tapi aku jeling2, driver tu tak perasan langsung kot. Ceh...

Kes kedua, yang ni aku tak puas hati. Kat traffic light. Ada 3 lane. 2 lane straight dan 1 lane lagi belok kanan. Aku kat lane yang belah kiri skali. Ada mak cik ni bawak kereta ngan famili2 dia yang masing2 dah besar panjang.

Waktu tu both kereta aku ngan mak cik ni tengah drive, approaching traffic light tu. Tiba2 mak cik tu nak switch lane lak tiba2. Tak pasal2 nak menghimpit aku. Aku nak pecut tak leh. Lampu merah dowh. So aku jeling je kereta mak cik tu. Tangan dah standby kat hon. Tinggal nak tekan je kalo kereta dia dah rapat sangat.

Jeling punyer jeling, awek yang duduk sebelah mak cik ni (anak dia la kot) pun inform la kat mak cik tu. Pastu mak cik tu pun wat muka bodoh. Takpe. Aku tau dia memang bodoh. Sebab nak switch lane pun tak tengok side mirror kan. Bodoh la tuh...

Friday, February 11, 2011

T-ara - YaYaYa

MV Korean yang aku nak share kat sini. Group T-ara ngan lagu YaYaYa. Kita layan...


Thursday, February 10, 2011

Minum 100 plus ketika demam

Pernah dengar orang bila rasa nak demam, dia minum air 100 plus dan esok hari alih2 tak demam dah? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar. Kepada yang tak pernah dengar, anggaplah ini adalah medium untuk menimba ilmu yang tak seberapa ini.




Well guys and girls, celikkan mata anda untuk membaca entri ini. Bukakan pintu hati supaya senang maklumat2 masuk. Kosongkan minda supaya senang nak store kan maklumat2 ni dalam hard disk otak korang yang ada beberapa terabyte yang still kosong.

Korang masa ada rasa nak demam, pernah cuba alternatif laen tak selaen daripada telan panadol 2 bijik yang ditelan bersama2 air kosong yang diisi penuh satu gelas? Mesti ramai yang dah tahu efek panadol dan dadah2 yang sama waktu dengan nyer, kalo kita dok amek benda tu slalu.

Kalo kita slalu amek panadol, lama2 sistem pertahanan dalam tubuh kita akan mula imun terhadap panadol. Which means, everytime korang demam dan amek panadol, by the next time korang demam, korang perlu amek dos yang lebih tinggi sembuh. Believe me, it's a fact.

Satu cara alternatif yang laen untuk mengubat demam adalah dengan meminum air 100 plus ketika ada rasa2 nak demam. Kalo dah demam tu mungkin agak kurang efektif, tapi still bole cuba. Mana la tau kot2 ilang gak demam kan.

Tapi ada gak sumber2 yang mengatakan campurkan air 100 plus ngan air kosong. Tapi yang ni aku tak pernah cuba lagi. Hehehe... Kalo korang dah try, sila bagitau aku yek.


p/s: kalo sakit perut, bole minum Coke untuk ilangkan sakit perut.

Wednesday, February 9, 2011

Musang sebagai haiwan peliharaan?

Mesti korang dah biasa dengar pasal orang bela kucing, orang bela anjing, orang bela burung. Tapi kita jarang dengar orang bela haiwan2 yang merbahaya seperti ular, harimau, singa, buaya dan laen2 binatang yang buas.

Well, ada. Bukan nyer takde. Ada je orang bela ular. Tapi jarang la nak jumpa orang yang bela ular kat umah ni. Sebab kalo dia bela ular, dah sah2 korang tak nak datang umah dia kan. Tapi buaya ni agak common gak orang bela skang ni. Perempuan la kebanyakan yang bela menatang ni. BUAYA DARAT. Hehehe...

Okay2. Berbalik kepada tajuk asal. Musang sebagai peliharaan. Orang zaman skang ni memang takde la yang bela musang kat umah. Bukan pasal haiwan ni buas ke hape. Tapi karnivor gak la haiwan ni. Tak caye, sape2 yang duduk kat kampung dan ayam peliharaan slalu hilang, mesti ayam korang kena rembat ngan musang ni.

Pasal tu kot orang tak bela musang. Reti maki musang je di saat ayam diorang kena rembat ngan musang. Hehehe... Well, itu skang. Tapi dlu, zaman pra-sejarah yang berbelas2 ribu yang dlu, ada satu kaum kat Middle East ni yang bela musang sebagai haiwan peliharaan.

Discovery ni hasil daripada penemuan tulang musang bersama2 ngan tuan dia dalam kubur yang dikenali sebagai Uyun al-Hammam atau "Spring of the Pigeon".




Ada gak orang zaman tersebut yang ditanam bersama2 ngan kura-kura, sebab cengkerang kura-kura pun ada dijumpai dalam salah satu kubur.

Taapiiiii... Yang ni aku tak tau la hoax ke tak kan. Macam skeleton gergasi yang diorang jumpa India, atau macam berita Paris Hilton masuk Islam. Tapi aku rasa la. AKU rasa... Yang ni bukan hoax. Sebab takde makna nyer orang nak hoax pasal benda ni. Sebab tak kan jadi kecoh pun kan kalo nak di-hoax-kan.

Kalo zaman skang ni "dog is man's best friend", tapi dlu "fox is man's best friend".


Sumber asal: LiveScience

Tuesday, February 8, 2011

Paris Hilton Masuk Islam

Berkenaan tajuk entri ni, ada satu perkataan je untuk describe the whole story. Iaitu... HOAX...

Ya, ini citer tipu. Yang percaya akan citer ni, percaya jugalah yang anda sememang nyer tertipu. Bagi aku, takde sebab yang munasabah untuk Paris Hilton tiba2 nak masuk Islam. Korang rasa ada sebab dia nak masuk Islam?

Sebab dah bertaubat? Bullshit je sumer tu. Aku rasa takde nyer dia nak bertaubat kalo nak stop doing benda2 macam minum arak, isap dadah pun dah payah. Apa kan lagi nak bertaubat. Ye tak?




Yang gambar dia ni pakai tudung, aku tak pasti la source gambar ni. Mungkin dia saja2 pakai. Tapi bila skali pandang, nampak macam patung pun ada. Patung lilin Paris Hilton kot yang masuk Islam. Hahaha...

Paris Hilton tu, Paris Hilton la gak. Ni korang termasuk blog aku cari pasal Paris Hilton ni, korang nak cari apa sebenar nyer? Paris Hilton masuk Islam ke, atau video lucah Paris ngan ex pakwe dia yang tersebar tu? Haaa... Jawab2...

Monday, February 7, 2011

3 in 1 Notebook Mouse Pad

Sape kat sini yang sker guna mouse pad? Well, aku jarang guna mouse pad. Last mouse pad yang aku pakai adalah masa zaman sekolah dlu. Time tu guna PC jek. Belom ada perkataan "laptop" atau "notebook" dalam kamus hidup aku.

Time tu lak pakai mouse yang ada bebola kat bawah tu. Istilah "mouse laser" pun blom ada dalam kamus hidup aku (again). Waktu tu mouse pad yang aku pakai adalah keras. Lembut sket la kalo nak banding ngan buku kulit tebal yang jual kat kedai tu.

Tapi barang free (dapat masa purchase PC tu), mana bole komen lebih2 kan. Kalo nak komen lebih2, beli ar sendiri. So tanpa mengomen banyak2, aku pun guna je la mouse pad tu sampai jahanam, sampai dah nipis sebelah, sampai aku dah ada laptop sendiri, sampai PC tu pun dah lingkup.

Semenjak tu, aku tak pernah pakai mouse pad. Sebab mouse yang aku pakai adalah sensitif in most of the condition. Melaenkan aku letak atas tempat yang btol2 licin. Kalo tempat tu licin sangat, aku letak atas buku yang kasar2 sket. Bijak tak aku?

Tapi skang, mouse aku yang sensitif berharga RM10 tu telah aku gantikan ngan mouse yang baru yang berharga RM15. Tapi harammm... Meja licin sket dah melilau cursor aku. Harga mahal je lebey. 

Nak buang, rasa sayang lak. Sape nak ganti RM15 yang aku spent untuk beli mouse ni. Laen la kalo mouse ni free macam mouse yang slalu berkeliaran atas siling rumah sewa aku. Anytime bole tukar baru kalo aku nak.

So ari tu masa berjalan2 kat Sunway Carnival, terjumpa la satu mouse pad ni kat dalam Popular Bookstore. 3 in 1, perkataan yang tertera pada bungkusan plastik mouse pad tu.


3-in-1 notebook mouse pad. (Abaikan pencahayaan kat sebelah kanan gambar)


Permukaan mouse pad ni memang best. Rasa sedap je tangan aku the moment it touch the surface of the mouse pad. Eh, tercakap omputih lak. Hehehe... Rasa macam karpet size mini lak.


Mouse pad.


Bukan stakat mouse pad je. Nama pun 3 in 1 kan. So, fungsi2 laen selaen daripada menjadi mouse pad adalah sebagai screen protector dan pembersih skrin laptop.


Screen protector.


Cleaning screen.


Benda ni murah je. Affordable kata orang. RM 13.90 aje. So, kalo korang berminat, jangan call order kat aku. Gi beli sendiri kat Popular. Hehehe...

Darth Vader Commercial Advert

Nak tengok video commercial yang cute pasal kereta. You should watch this video. Video ni sebenar nyer nak promote kereta Volkswagen Passat yang akan kuar 2012. Tapi menggunakan karakter budak kecik yang memakai sut Darth Vader.

Yang membuatkan video ni cute adalah... Iye la, budak kecik, pakai sut Darth Vader, berlakon konon2 ada superpower macam Darth Vader. Isn't it cute? Mesti la kan.

Anyway, sila la tengok video ni. Mesti korang akan tersenyum secara sedar atau tak sedar. Sape2 yang tak sedar yang dia tengah tersenyum, sila lihat cermin sambil menonton video ni.



Wednesday, February 2, 2011

Relieve Stress Main Game

Aku rasa game ni zaman budak2 dan remaja yang rajin maen. Warcraft, Pro-Evo, Winning Eleven. Take me for an example. Masa zaman muda2 dlu, tiap2 ari maen game. Asal ada masa lapang je, terus maen game. Tu pun pun kena marah ngan mak kalo maen lama sangat.

Bila masuk universiti, tabiat maen game ni lagi dasat. Pasal takde orang nak marah kalo ko maen game sampai biul kepala otak. Ada orang kesah? Hahaha...

Tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni, tabiat nak maen game ni berkurang dah. Even skang pun, masa paling lama aku luangkan untuk maen game adalah tak sampai pun sejam. Dan bukan maen tiap2 hari pun. Sebab ada komitmen laen. Siang keje, malam mesti nak lepak2 je.

Even belah malam yang takde keje nak wat pun, aku lebih sker melepak atas katil sambil menonton anime atau movie daripada bermain game. Maen game ni aku layan time aku naakkk sangat maen atau dah terlalu bosan untuk menonton anime atau movie.

Lepas ni aku nak wat satu tabiat baru lak. Iaitu bermain game kat tempat keje tanpa segan silu. Haaaa... Ok tak. Sebab aku ada baca satu artikel ni beberapa lepas. Menurut artikel ni, penyelidik di Massachusetts General Hospital's (MGH) Center for Mental Health and Media mengatakan bahawa bermaen online game kat tempat keje bole release tension di tempat keje.


"Not only are online games a good way to relieve tensions, they are also a method of ‘getting away’ from reality and form of distraction when the going gets tough. Role-playing games such as Mystery P.I. - The Vegas Heist, for example, helps one imagine that he or she is someone else in a totally different world.

When given the ability to be the hero of a virtual world in a game, one can feel more capable and confident, knowing that he or she is able to solve problems and achieve success."


So online game ni adalah baek untuk kesihatan dan dapat mengembalikan tumpuan korang lepas korang maen around 20 min. Jangan maen lebey2 sudah. Tu bukan nak release tension nama nyer.


p/s: bos, lepas saya baca artikel ni, terus saya rasa nak maen game se-round. hehehe...


Sumber: Yahoo! Games

Tuesday, February 1, 2011

Menyamar Sebagai Penumpang

Ada baca paper Metro semalam? Walaupun korang ada baca, mesti ramai yang tak perasan artikel ni. Mungkin ada terbaca atau terpandang, tapi mungkin tak bape ingat. Sebab korang lebih tertumpu kepada artikel2 berunsur hiburan dan sukan. Jadi ingatan kepada artikel ni mungkin kureng sket...

Lagi pun artikel ni takde la sensasi macam keputusan pilihanraya kat Tenang bersama2 ngan kes banjir kat sana. Tapi, memandangkan Chinese New Year is just around the corner (ayat slalu orang pakai bila nak dekat ada exam), artikel ni mungkin akan melegakan segelintir pengguna pengangkutan awam.


Artikel ini...


Artikel pasal JPJ menyamar menjadi penumpang bas. Bagus sebab ngan berbuat macam ni, baru dapat tangkap pemandu2 bas yang melakukan kesalahan. Kemudian, bila pemandu2 bas baca je artikel ni, confirm diaorang akan lebih berhati2 time memandu bas. Which then, kurangkan kemalangan melibatkan pengangkutan awam, dan kurang orang yang meninggal time naek bas ekspres.

Aku dlu ada gak nak update kan pasal pemandu bas ni. Tapi apakan daya. Time tu laptop wat hal. Kena format. Tak pasal2 abes gambar2 untuk nak wat entri tu, yang aku capture sendiri secara live time aku jadi penumpang bas tersebut.

Anyway, walaupun aku dah takde gambar2 sebagai bukti, cukup la kot sekadar aku pin-point kesalahan driver bas tuh.

Pertama. Merokok dalam bas, walhal kat depan dia tuh ada tertulis dilarang merokok. Kalo bole merokok dalam bas, watpe bubuh sticker "Dilarang merokok" tu. Tak tau la driver bas tu bodo ke sebab tak tau baca perkataan kat sticker tu ke, atau majikan dia yang bodo sebab maen letak je sticker tu.

Kedua. Bersembang menggunakan handphone tanpa menggunakan handsfree. Dimana satu tangan pegang handphone, satu tangan pegang stereng. All the time. Tak sembang pun dia pegang gak handphone tuh. Dan ada satu masa tu, dia pegang stereng guna jari telunjuk ngan jari hantu je. Hebat tak? Gila kau...

Tu dua je la yang aku ingat. Yang laen aku dah tak bape ingat. Atau mungkin itu dua je kot kesalahan dia. Tapi still membahayakan penumpang. Yang paling jelas membahayakan penumpang bila dia pegang stereng guna jari telunjuk ngan jari hantu.

Agak2 nyer JPJ menyamar tak naek bas driver ni?

It's that time again

Yeah... It's that time again... *sigh*

Aku tak tau la kenapa. Tapi malam ni aku tak dapat nak melelapkan mata aku. Tak dapat nak convince kan mata aku untuk tdo. Tak dapat nak convince kan otak aku yang dia letih.Penat aku dok baring2 atas katil selama beberapa jam. Tapi mata aku tetap celik.


 Macam ni kot aku nyer determination untuk melelapkan mata.


Ku pusing kiri, ku pusing kanan. Ku pandang atas, ku pandang tepi. Itu je la benda yang aku wat selama ada atas katil. I don't know why, but somehow my body manage to withstand sleepiness tonight.

Pasal pe aku quote "it's that time again"? Sebab ni bukan 1st time berlaku kat aku. Bulan lepas ada sekali. Pun aku tak tau sebab apa tak bole tdo. And now I'm wondering, ketaktiduran aku ni datang sebulan skali ke? Next month akan berlaku lagi ke? Hhhmmm... That is something to think about...

Insomnia? Nahhh... Insomnia bukan penyakit untuk orang yang sker tdo macam aku. Ehehehe... Tak caye, tanya Cik Vanilla.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...