Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, April 30, 2011

Nikmat dan Syukur

Assalamualaikum wahai pembaca blog So Full of Myself. Di saat aku menulis entri ni, aku baru je lepas berbaring2 atas katil. Berbaring2 lantas terlintas di kepala otak aku tentang kesusahan orang laen. Slalu nyer kita asyik fikir pasal kesusahan kita je. Kesusahan orang laen kita tak pernah nak fikir. Btol tak?

Amek contoh diri aku sendiri la. Aku slalu fikir gaji aku ni tak cukup. Bukan tak cukup untuk wat belanja makan dan bayar bil2 sumer. Yang tu cukup je. Tapi bila bab nak saving duit, memang tak banyak yang aku bole save. Kalo ada emergency nak pakai duit (repair kereta atau bayar road tax), kadang2 tak dapat nak saving pun.

Tapi tu la. Aku patut bersyukur. Kalo nak compare ngan orang yang susah, aku dikira beruntung gak la. Ada keje yang bole sara hidup aku. Duit gaji yang aku terima tu cukup untuk aku makan 3 kali sehari. Kadang2 lebih makan pun ada. Kalo compare ngan orang yang miskin?

Lagi pun dalam situasi skang ni, aku bole kawal perbelanjaan aku dan maintain untuk tidak overspent. Setiap awal bulan, aku dah set siap2 dah bape bajet maksimum untuk setiap perbelanjaan. So bole la aku pantau dan kawal money flow yang kuar. Kemahiran ni bole diguna pakai bila dah kahwin nanti. Hehehe... 

So takde la bila isteri ajak gi shopping dan "abang, nak ini. abang, nak itu.", aku terus belikan... Kalo ada bajet tu, of course la akan beli. Tapi kalo bajet dah lari, bole la jawab "dah2. takde duit". Haaaa... Bagus tak idea aku? Bernas tak?


[Kalo bajet takde, maka takde la reaksi macam kat dalam gambar nih]


Pastu pernah tak korang rasa tak berpuas hati bila kadang2 bila hujan turun. Lagi2 bila hujan turun, korang nyer keje atau perancangan menjadi terbantut. Mesti dalam hati korang berkata2, "nape la time2 camni hujan turun". Tak pun "kan bagus kalo hujan tak turun waktu ni".




Apa yang akan terdetik kat hati korang kalo time korang lalu kat kawasan kaki lama, tiba2 hujan turun. Pastu ada sorang lelaki yang gila, meluru ke arah hujan sambil berkata, "nikmat Allah dah turun. nikmat Allah dah turun." Apa yang akan terdetik kat hati korang masa tuh.
 
So kesimpulan nyer di sini, everything happen for a reason. Jadi, bersyukur lah...

Friday, April 29, 2011

Prince William & Kate - Officially Married

Itu lah dia popular headlines yang sedang berlaku skang. Tadi pun dah banyak channel TV yang siarkan secara langsung. Astro sampai 3-4 channel tayang. Tapi aku tak tengok pun. Hehehe... Perkahwinan ini berlangsung di hadapan 1,900 orang secara live dan dianggarkan lebih kurang 2 billion viewer di kaca TV around the world...






[Kiss at balcony complete the wedding]


[Kenal sape nih?]


Kenal gambar sape yang kat atas nih? Dia la adik Kate iaitu Pippa Middleton yang juga merupakan maid of honor pada hari yang bersejarah itu.

Selain daripada itu, antara tetamu jemputan ke majlis perkahwinan di raja Prince William dan Kate Middleton adalah David Beckham dan Victoria Beckham. Dasat Beckham ni... Siap dijemput menjadi tetami kehormat... Kalo nak tengok gambar2 tetamu jemputan yang laen, bole klik SINI.




Kalo nak baca lebih lanjut lagi pasal royal wedding ni, bole la klik link2 kat bawah ni.


Shanghai Auto Show 2011

Salam sumer... Apa khabar korang hari ni? Sihat? Okay. Aku tak kisah itu sumer. Kalo tak sehat sangat, camne korang bole tersesat baca blog aku kan. Makna nyer korang cukup sihat untuk membaca, walaupun korang mungkin tak cukup sihat untuk buat kerja2 berat.

Bulan lepas aku ada wat entri pasal kereta konsep terbaek 2011 kan. Hari ni aku nak wat entri pasal Shanghai Auto Show 2011 lak. Nama pun Shanghai Auto Show, mesti la diorang wat kat Shanghai kan... Tak kan wat kat KL Sentral lak. Ye dok? Hehehe...

Apa pun, layan je la gambar2 kereta konsep ni. Aku bole layan je la. Nak beli tak mampu. Sedih2... Cuma bole fantasize je ada kereta cenggini.

[Tengok kereta ye, bukan model]


[Gila cun ar kereta ni, nampak ganas]


[Nice, tapi kalo kaler laen, lagi best kot]


Tapi... Antara kereta yang aku paling tak paham. Kereta nih...


[Ni kereta ke hape]


Kereta yang konon nyer environmental friendly. Tapi design lebih kepada kereta buggy (kereta yang orang guna kat padang golf) berbanding ngan kereta yang digunakan kat jalan. What the eff...

Tapi gambar2 kereta yang aku letak kat entri ni, bukan sumer. Ada lagi kereta2 laen kalo korang nak tengok. Aku bubuh yang aku berminat je. Hehehe... Kalo korang nak tengok kereta2 yang laen, korang bole klik SINI.


Sumber: Yahoo! Autos

Thursday, April 28, 2011

Yang mana korang pilih?

1. Kaya. Berpengaruh. Berkerjaya. Kira nyer apa benda yang korang nak, korang bole beli. Kereta Ferrari? Porsche, Lamborghini? Rumah bunga-low, bunga-high. Sumer bole beli la... Cakap je bape... Tapi... Korang miskin kasih sayang.

2. Miskin. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan supper. Kalo asyik kais2 makan KFC, itu iklan KFC nyer keje. Tapi miskin punyer miskin, kasih sayang korang terlalu la banyak... Sungguh kaya ngan kasih sayang... Tapi tu la. Korang kerja tetap pun takde. Belajar pun tak tinggi mana.

3. Hidup sederhana. Ada pekerjaan tetap. At least takde la kebulur tak makan 2-3 hari. Kasih sayang pun, Alhamdulillah. Cukup. Tak lebih. Tak kurang.


Yang mana satu pilihan korang? Pilihan aku? Kemudian nanti baru aku citer... Bagi aku abes layan drama My Princess dlu. Ngehehe...

Wednesday, April 27, 2011

Champion's League Semi Final - Man Utd vs Schalke









Pictures speak a thousand words.

In the end...

Man Utd 2 Schalke 0


Sumber gambar: ESPN Soccernet

Sai Baba - Tuhan yang Mati

Actually aku nak sangat tulis entri ni sendiri. Tapi since minggu ni aku ada banyak kerja yang nak kena settle, plus minggu depan nak kena gi exhibition MetalTech 2011, nak tak nak kena siapkan kerja yang ada menjelang Khamis ni. Pasal Jumaat aku cuti. Hehehe...

Pasal Sai Baba ni, dlu masa awal2 kemunculan Sai Baba ni, orang kita dok sibuk kata dia ni jelmaan Dajjal la. Apa la... Orang kat India lak anggap dia Tuhan. Dipuja2 selalu. Nah kamu... Tuhan kamu sudah mati. Skang korang nak sembah apa?

Aku tak cukup masa nak ulas sendiri dengan lebih lanjut. Apa kata korang baca je ulasan yang dibuat oleh saudara Obefiend yang entri nyer aku cilok dari SINI.


************************************************************

Sai Baba.... siapa tak kenal Sai Baba. Seorang lelaki yang dianggap oleh pengikuntnya sebagai jelmaan tuhan dalam rupa manusia. Dalam bahasa sanskrit manusia GODMAN ini dipanggil AVATAR. Ye pembaca sekalian AVATAR ialah bahasa dari langit yang bermaksud "yang turun dari langit ke bumi". Now you know.

So anyway Sai Baba ini mempunyai 30 juta pengikut yang menyembahnya. Bagi mereka Sai Baba memang tuhan kerana bila tak ada bekalan air di Uttar Pradesh si Sai Baba keluarkan duit sendiri untuk buat piping air. Kerjaan India yang useless dan korup langsung tak ada wang nak sediakan bekalan air. Disamping itu juga Sai Baba dikatakan ada kuasa paranormal. Boleh jelmakan rantai. jam dan abu dari telapak tangannya yang kosong. Dia juga boleh memuntahkan bebola emas yang dipanggil Linggam. Kononnnya ianya antipati tuhan.

Meh buy you know me. I think he is a scam artist macam Ayah Pin and I am not the only one. Di India golongan skeptis dah kantolkan Sai Baba gunakan trik silap mata yang cikai nak munculkan objek dari tangannya. Tapi memandangkan di India mereka hendak percaya adanya kewujudan Avatar, pengikut Sai Baba tak mahu dengar penjelasan saintifik. In fact Sai Baba ini ada banyak kes mencabul penganut lelakinya. Disuruhnya mereka memberi seks oral. Ha ha ha. Damn! Tapi kerana dia ada kawan dari golongan terpengaruh kes kesalahan seksual beliau tidak dilayan.

Sai Baba mati ahad lepas akibat kegagalan pelbagai organ dalaman. Beliau berumur 84. Ketika masih hidup dia pernah membuat tilikan kononnnya dia akan hidup sihat dan sempurna sehingga berumur 96 tahun. LOL FAIL! Some GOD you are. In fact dah 6 tahun si Sai Baba ini tak boleh berjalan pasal kaki patah. This is funny because dia claim dia ada kuasa ajaib dan boleh pulihkan kesakitan orang. Tapi bila diri sendiri sakit tak boleh heal. Sounds like Chakra Alam to me! Kematian beliau diratapi jutaan manusia. Di Uttar Pradesh cuti berkabung selama 3 hari diberikan supaya sesiapa yang nak beri pernghormatan terakhir boleh melakukannya. It is really sad to see the poor and the foolish kena kencing macam ni. Semuanya kerana kepercayaan karut marut purbakala. Oleh sebab itulah pemahaman sains dan teknologi itu penting bagi menghapuskan kebodohan secara besar-besaran ini!

If you ask me good thing that he is no longer alive to fool peope with his scam. The bad news is anak sedara dan pengikutnya skang bergaduh nak jadi ketua empayar perniagaan beliau yang bernilai USD 12 Billion! Crazy!




*****************************************************************


Kredit to: Blog Serius!

Tuesday, April 26, 2011

Korean Drama - My Princess



Skang ni aku tengah layan drama Korea bertajuk My Princess lakonan Kim Tae-Hee dan Song Seung-Heon. Drama ni memang menarik dan klakar. Tapi entri ni bukan entri nak mengulas pasal citer nih. Kalo korang nak tahu lebih banyak pasal drama My Princess, korang bole klik SINI.

Okay la. Aku ulas la sket pasal drama nih. Tapi sket je la... Drama ni pasal seorang student yang rupa2 nyer seorang princess... Fullstop... Iye... Tu je ulasan yang aku bagi. Kata sket je kan. Satu ayat tu kira sket la kan... Kang nak describe guna satu perkataan je, payah lak korang nak tangkap...


Kim Tae-Hee
[Ni kalo aku nak jadikan dia ni skandal aku, agak2 Cik Vanilla kasik tak?]


Song Seung-Heon
[Kalo Kim Tae-Hee jadi skandal aku, mesti Cik Vanilla balas "Kalo camtu, saya nak jadi skandal Song Seung-Heon la"]


Hehehe... Anyway, ni gambar yang aku "capture" secara tak sengaja masa aku tengok drama nih. Gambar yang bagi aku kelakar. Untuk korang aku tak tau la... But then again, gambar2 macam ni sape2 pun bole "capture" kan kalo rajin dok play-pause play-pause video. Hahaha...


[Ekspresi yang tak dapat aku nak gambar kan dengan perkataan]

Monday, April 25, 2011

Stick Insect

Korang ingat tak entri aku pasal serangga pelik yang aku jumpa kat halaman rumah aku bulan lepas? Lepas aku terbaca satu artikel ni, baru aku tahu nama dia. Walaupun aku dah bole agak dah serangga tu apa, tapi at least ada artikel yang bole confirm kan nama sebenar serangga tu. Sah, serangga tu adalah serangga kayu atau "stick insect".




"While most animals need a specific backdrop for their camouflage to work, a few are so well-disguised they're incognito almost anywhere. Stick insects are a good example, with twig-like bodies that let them become virtually invisible just by holding still. A wide variety of stick insects exist around the world, ranging in size from half an inch to two feet long. Often colored brown or green, they tend to freeze when threatened, sometimes swaying to mimic a branch blowing in the wind. That's not to say they can't be assertive, though — the American stick insect, for example, can spray a mild acid from two glands in its thorax to thwart would-be predators. If it gets in your eyes, it can burn and even cause temporary blindness."

 
Artikel asal: Shine.Yahoo!

Saturday, April 23, 2011

Korean Drama - Oh! My Lady



Aku baru lepas tengok citer Oh! My Lady minggu lepas. Best bagi aku, blom tentu bagi korang. Tapi aku rasa kalo korang tengok pun korang akan kata best gak. Kalo korang kata tak best, mungkin korang takde sense of humour. No offense. Hehehe...

Teraju utama drama ni adalah Chae Rim dan Choi Si Won. Jalan citer drama ni macam ni. Sung Min Woo (Choi Si Won), seorang pelakon popular tiba2 mendapat tahu yang dia ada sorang anak bernama Sung Ye Eun (Kim Yoo Bin) dan terpaksa menjaga dia atas sebab yang complicated untuk diterangkan kat sini. Atas sebab yang complicated gak, Yoon Gae Hwa (Chae Rim) ditugaskan menjaga anak dia. Nak tau lebih lanjut, klik kat SINI.


Chae Rim



Choi Si Won



Kim Yoo Bin



Lets talk about theme song lagu ni lak. Dalam banyak2 OST drama ni, aku paling minat lagu Your Doll nyanyian Sunny SNSD. Mula nyer aku tak tau pun sape nyanyi kan. Tapi bila search2, rupa2 nyer Sunny yang nyanyi. Patut la ada kemunculan ahli SNSD dalam salah satu episod Oh! My Lady...

Anyway, layan je la theme song Your Doll nih. Kalo korang nak nyanyi skali pun takpe. Ada subtitle...


[Versi Oh! My Lady]


[Versi Sunny SNSD]

Wednesday, April 20, 2011

Says Review

Kalo korang selalu lawat blog aku, mesti korang perasan aku kadang2 promote advertisement Says.my kat entri2 aku. Even kat widget2 aku pun ada letak advert pasal Says.my. So, apa yang hebat nyer pasal Says.my nih?




Says.my ni sama macam gak macam Nuffnang ngan Churp2. Iaitu buat duit secara online. Tapi apa yang menarik tentang Says.my adalah kita mudah nak dapat earning berbanding ngan Nuffnang ngan Churp2. Pada yang newbies dalam dunia blogging macam aku nih, mesti korang rasa payah nak dapat earning guna Nuffnang.

Kalo nak ikutkan, Says.my ngan Churp2 lebih kurang sama je. Korang promote link2 kat member2 korang. Kalo member korang klik link2 tersebut, automatik korang akan dapat earning. Jumlah earning untuk satu klik adalah based pada nilai link tersebut. Kalo says.my, satu iklan/ link korang promote sama dengan RM 0.20. Kalo 5 orang klik sehari, tak ke dapat RM 1.00?

Tu baru satu iklan... Kalo ada 2-3 iklan? Haaaa... Fikir2 kan... Hehehe... Tapi apa yang membezakan Says.my ngan Churp2? Bagi aku, Says.my lebih best berbanding ngan Churp2. Sebab Says.my lebih bermurah hati dalam memberi earning kepada ahli2 mereka.

Senang citer, earning korang memang senang nak naek la. Kalo Churp2 macam lambat sket. Amek daripada experience aku sendiri la. Dalam masa 2 bulan aku dah join Says.my ngan Churp2 ni (aku join dua2 dalam waktu yang sama), earning Says.my dah mencecah RM 150. Churp2 lak baru RM 15. So mana yang cepat naek?

Mesti korang tertanya2, dah lama aku join Says.my ni, nape baru skang aku promote. Sebab aku baru dapat earning RM 50 daripada Says.my yang aku cash-out bulan lepas.


[Bukti Says.my dah transfer duit ke akaun bank aku]


Tapi like others, Says.my amek masa gak nak transfer duit ke akaun kita. Adalah dalam sebulan lebih gitu. Sebab apa lambat? Mula2 dia kena verify dlu klik2 kita tuh. Pastu dia verify lak akaun bank ngan informasi2 kita. Then baru dia akan transfer duit... So dalam masa sebulan aku tunggu duit aku transfer, sempat gak la earning aku cecah RM 100 lebih.


[Baki duit yang ada dalam akaun Says.my aku]


Apa lagi, terus aku cash-out lagi skali. So ada la dalam tengah bulan depan baru dapat kot...


[Cash-out in progress]


Kepada sape2 yang berminat nak join Says.my, bole klik SINI ye. Kalo nak tips2 macam mana nak tingkatkan earning, boleh email aku kat aswadz_rex@yahoo.com.

Monday, April 18, 2011

Makan Slow Sesangat

Baek la, hari ni Chef Ce-Citer-Ce-Citer ingin memperkenalkan resepi masakan terbaru chef iaitu... Eh... Hhmmm... Ehemmm... Maaf jika rapuan saya sebentar tadi berjaya mencuit atau mencirit isi hati kamu sumer. Entri ni bukan entri pasal makanan, resipi mahupun pasal secret recipe. Tapi entri ni berkait rapat dengan ketiga2 benda yang aku sebut tadi.

Baca tajuk entri pun dah tau kan yang aku nak citer pasal makan dan tahap kelajuan makanan tersebut masuk ke dalam perut beserta suatu sensasi yang dinamakan sebagai kekenyangan. On this occasion, aku nak citer perihal memakan sesuatu makanan dengan kadar kunyahan yang agak perlahan.


 [Ini bukan makan slow nama nyer. Ini gelojoh...]


Aku rasa aku makan slow (ya, ini ler main point entri ni. hehehe...). Ramai yang tegur, especially Cik Vanilla dan adik-beradik nyer. Kalo makan ngan diorang, confirm diorang abes makan dlu (walhal sekor2 amek nasi separuh). Silap haribulan air diorang pun dah abes minum, tapi aku still tak abes makan lagi.

Tapi bila kuar makan ngan member2 se-ofis aku, aku takde la rasa aku lambat. Well, mungkin lambat sket la. Tapi takde la sampai air diorang abes, aku baru abes makan nasi...

Diorang cakap aku kunyah ikut sunnah Nabi S.A.W., kunyah 44 kali. Yes, aku tau kunyah 44 kali baek untuk sistem penghadaman. Tapi aku tak pernah kira lak aku kunyah bape kali. Korang ada? Non-hado nyer korang nak kira...

Tapi aku ada terbaca satu artikel ni. Dia bagitau, makan slow and steady nih membantu tubuh untuk kekal kurus. No wonder la aku kekal kurus selama nih. Hahaha... Tak caya, korang bukak artikel tuh, korang tengok under bahagian "savor your food".


 [Senang citer, nak kurus, nikmati makanan korang slow2]


Sebenar nyer aku pun tak perasan sejak bila aku makan slow2 nih. Sebab masa kat universiti dlu, aku makan kira laju la gak. Takde la laju macam 5 kali kunyah dah telan. Senang citer, average la. Sama je kadar kelajuan dengan korang (kecuali kome2 yang makan slow macam aku skang).

Anyway, Cik Vanilla, sabo ek kalo abang makan perlahan sangat... Hehehe...

Sunday, April 17, 2011

Justin Bibir Parody

Kenal Justin Bibir? Err... I mean Justin Bieber... Video ni merupakan satu parody kepada lagu Baby nyanyian si Bibir nih. Budak (dak pompuan kalo tak salah aku) yang nyanyi dalam video ni muka dia ada iras2 si Bibir gak la... Korang pun patut baca komen2 viewer. Funny...




Entri diilhamkan selepas aku blogwalking kat blog Meky Gearhead.

Friday, April 15, 2011

Filem Scream 4



Pernah tengok citer Scream? Aku tak pasti aku pernah tengok ke tak. Yang aku tau, aku tak ingat. Tapi bila tengok topeng kat dalam gambar tu, teringat kat citer Scary Movie. Agak nyer diorang imitate citer Scream la kot ek...


"Sidney Prescott, now the author of a self-help book, returns home to Woodsboro on the last stop of her book tour. There she reconnects with Sheriff Dewey and Gale, who are now married, as well as her cousin Jill and her Aunt Kate. Unfortunately, Sidney's appearance also brings about the return of Ghostface, putting Sidney, Gale, and Dewey, along with Jill, her friends, and the whole town of Woodsboro in danger."
[Sinopsis daripada IMDb]


Kalo ikut apa yang aku baca kat FilemWayang.com,release date untuk movie ni adalah pada 15 April 2011, sama macam yang tertera kat poster atas tuh. Tapi aku tak sure la tarikh tu tarikh movie tu ditayangkan kat Malaysia atau kat Eropah. Maybe serentak kot...

Apa2 pun, kalo korang nak tengok trailer movie Scream 4 ni, korang boleh klik kat SINI atau klik kat link kat bawah nih.


TRAILER MOVIE SCREAM 4 


-Republished daripada blog ReX Portal-

Thursday, April 14, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #6

Actually, benda ni berlaku bulan lepas kot. Tapi takpe la. Aku kongsikan gak la dengan korang. Masa ni aku tengah ada kat highway PLUS. Dan waktu tu traffic jam giler, walaupun kat highway takde traffic light. Pasal pihak PLUS gi repair jalan time orang nak balik keje. Gitu ler jadi nyer.

Alangkan takde keje2 repair jalan pun bole berlaku traffic jam, ni kan pulak pegi wat repair2 jalan waktu orang balik keje. Sah2 la traffic jam. Apa da... Tak reti arrange schedule ke. Takpe2. Saya tak marah... Mungkin ada permasalahan yang menyebabkan keje lambat nak settle.

Okay, kita bukan nak cakap pasal PLUS ari nih. Nama tajuk pun dah Pemandu, Kereta dan Tabiat. Apa kena mengena ngan PLUS lak. Ye dok...

Ni aku nak tanya nih. Korang biasa tak jumpa ngan driver yang jenis tak reti nak bagi signal bila nak masuk simpang, nak mencelah barisan atau sebagai nyer? Mesti ada kan... Tipu la kalo korang cakap takde. Cuma mungkin tak biasa jumpa je kot.

Kalo aku, bole dikatakan tiap2 ari bole jumpa. Kalo tak tiap2 ari, tiap2 minggu mesti ada. Kadang2 berasap gak dibuat nyer. Ada satu kes tuh, korang bole baca kat SINI. Tapi yang ni agak tak bole blah... Menyirap gak aku dibuat nyer.


[Lebih kurang camni kot Civic dia]


Time tuh dah la jem kan. Bole lak tiba2 ada satu kereta Honda Civic ni mencelah masuk depan kereta aku. Time tu depan aku ada sebijik bas. Gap antara kereta aku ngan bas tu tak banyak pun. Driver tuh dah la tak bagi signal, terus nak mencelah. Ikut sker mak bapak belah nenek dia je nak mencelah.

Aku yang tak expect ada kereta nak mencelah, terkejut gak la. Gap tu dah kecik, bole lak dia nak menghimpit masuk. Dah la tak bagi signal. Kalo bagi signal, ngan hati terbuka nyer aku kasik dia mencelah. Ni sebab tak bagi signal, maki yang ko dapat (walaupun ko tak dengar sebab aku maki sorang2 dalam kereta). Harap je bawak Honda Civic, tapi diri sendiri takde kesedaran sivik.

Tapi tengah2 bengang tu, aku ketawa lak. Sebab apa? Eh, bukan sebab dengar benda menarik kat radio. Tapi sebab driver tadi tuh, cuba melakukan perbuatan kurang hajiaq dia tadi tuh skali lagi. Tapi kali ni dia nak mencelah depan lori lak.

Semangat je dia nak mencelah. Tapi last2 lori tu tak kasik. Dia nak mencelah2, tapi last2 lori tu yang mencelah dlu. Ada la lagi sket kot lori tu nak terlanggar bumper kereta Civic tuh. Memandangkan kereta dia yang bajet hebat tu tak setanding ngan lori, dia pun memberi laluan kepada lori tuh.

Kalo driver tu sanggup mencalar-balarkan dan meremukkan kereta dia seumpama remuk nyer hati aweks bila ditinggalkan balak diorang, tentu dia dengan selamba nyer mencelah lori tadi.

Kesimpulan nyer, sape lagi hebat. Driver Civic tu ke driver lori tuh. HAHAHA...


[Lorry FTW]


p/s: mencela driver2 yang sker mencelah.

Wednesday, April 13, 2011

Photobucket buat hal la pulak...

Haaaa... Sape yang melawat blog aku sejak semalam, mesti perasan. Mesti korang tertanya2 apa dah jadi ngan blog aku. Dengan paparan blog seperti kat bawah ni...


[Blog aku semalam camni la rupa nyer]


Memandangkan aku guna template yang aku create sendiri dan upload kat photobucket, bila diorang wat maintenance, automatik image2 untuk template blog aku tak dapat loading. So jadi la macam gambar kat atas tuh.

Since paparan kuar cenggitu, of coz la korang payah nak baca entri2 aku kan. Aku pun tak tau bila maintenance photobucket ni nak abes. So hari ni since aku tak kuar makan tengah hari (sebab dah makan masa meeting tadi), aku amek inisiatif untuk upload balik guna platform blogspot lak. Ada image2 kat blog ReX Portal aku.

Tuesday, April 12, 2011

Simbol Apakah Ini?

[Simbol apakah ini?]


Sila lihat simbol kat atas ni? Korang pernah nampak tak simbol ni kat mana2? Kepada yang tak pernah nampak, agak2 simbol apa nih? Hhhhmmm... Nak kata simbol radioaktif, macam pelik la plak. Ke ada simbol radioaktif yang cenggini?

Maklum la... Sejak sebulan dua ni, orang dok kecoh pasal kebocoran nuklear kat Jepun tuh. Kot2 la diorang construct new simbol sempena kejadian tersebut... Betol tak point aku tuh? Lagi pun, apa yang aku terbaca berkaitan ngan simbol ni, dia kata lebih kurang 1 juta rakyat Malaysia dah kena infection.

Adakah kesan radiasi nuklear dah sampai kat Malaysia? Eh, dasat tuh... Dasat... Pastu, ada tambahan lagi yang mengatakan fenomena ni makin berleluasa kat negara kita... Dan simbol kat atas tu ada kena mengena ngan gambar kat bawah ni.


[Perkataan apa ni? Kaiony? Kalany? Krlony?]


Haaaa... Sebenar nyer aku dah tau dah benda ni. Kalo tak tau, macam mana aku bole post entri pasal menatang ni kan. Hehehe... Tapi, aku tak nak spoil the fun untuk korang. So kalo korang nak tau amende yang dibicarakan dalam entri ni, korang kena la klik link yang kat bawah tuh...


KLIK SINI KALO KORANG NAK TAHU...


-Republished daripada blog ReX Portal-

Monday, April 11, 2011

Nama Jepun

Korang nak namakan anak korang dengan nama ala2 cam Japanese? Usah bimbang. Aku ada tips camne nak bantu korang. Tapi depends kat kriteria yang macam mana yang korang harapkan ada kat anak korang.


Kalo korang nak anak korang:-

1. jenis yang pemarah = Keiji Cacimaki

2. sker berjimat = Sayori Sukamura

3. jenis yang sker makan nasi = Nanachi Kasibanya

4. jenis yang sker layan blues = Apo Nadikato

5. jenis yang sker belajar = Ashiko Ulangkaji

6. jenis yang sker wat kacau = Wakasi Huruhara

7. jenis yang kedekut = Matimati Tamokasi

8. yang sker sangat tdo = Ichiban Tidomati

9. sker mengintai = Hintai Akosuka

10. sker merempit = Saja Carimati

11. yang lembab = Ayumi Siputbabi


Apa? Nak nama Jepun untuk diri sendiri rupa nyer... Kalo korang ni jenis yang dah tua dan gigi tinggal 2-3 batang je, korang bole guna nama Taragigi Padanmuka. Kalo korang yang baru lepas kena tinggal ngan bini korang bole guna nama Susahati Binilari.


p/s: this is a joke.


Sumber: Nismoclub

Sunday, April 10, 2011

Loneliness

Loneliness is always looking for a friend
It found me once and it has been around since then
Loneliness is never waiting by the door
It sweeps right through and it will never be ignored
Why, why was I chosen?
Why am I left without?

The love of my life, the love that I need
The love that they say is in life for free
The love of dreams, the love that I want
Loneliness knows me by name

Loneliness knows everything I keep inside
My endless thought in the silence of the night
Loneliness is the one who made me see
Ain't nobody else who can make a change but me
Why, why was I chosen?
Why am I left without?

[Chorus]

Life is more and that would be the vacant space
The cried out tears and a never ending maze
I have found what only loneliness provides
A strength within knowing I will find


Masa korang kecik2 dlu, korang ada kenal tak mana2 budak yang tak bape nak ada kawan atau maybe takde kawan langsung? Jenis yang tak bape nak ada kawan tapi pendiam, budak tu jenis yang baek2... Ni aku nak citer jenis yang tak bape nak ada kawan, tapi sentiasa nak kacau orang.

Sebab apa dia kacau orang. Easy... Sebab dia nak dapatkan perhatian. Kira nyer dengan cara tu la dia nak dapatkan kawan.

So masa aku gi semayang Jumaat ari tuh, ada sorang budak ni kacau la lagi sorang budak yang duduk kat depan dia. Aku yang duduk kat sebelah budak tu, aku tengok je la. Yela, budak2 kan... Biasa la tuh nak maen2. Tapi dah start dah... Dah start dah...

Daripada mula2 nak maen2, dah mula dah aktiviti siku-menyiku, pulas-memulas tangan. Rasa nak cubit2 je budak 2 ekor nih pun ada. Hehehe... Sebenar nyer rasa nak sruh diorang gi duduk kat saf budak2 je kat belakang tuh.

Tapi yang sorang ni, bapak dia ada duduk kat sebelah. Yang pelik nyer, tak kan bapak dia tak leh behave kan anak dia? Pelik.... Pelik...

Saturday, April 9, 2011

Hantu Mak Cik Karipap

Eh, betul tak nama hantu ni? Ke hantu karipap je? Hhmmm.. Ahh... Mana2 je la. Asalkan korang bole paham apa yang aku ingin sampaikan... Anyway, aku nak ucapkan tahniah kepada hantu ni sebab menjadi hantu yang pertama menjalankan perniagaan di dunia manusia... Tahniah diucapkan...

Korang pernah terserempak tak? Kalo korang tanya aku, sah2 aku jawab tak pernah... Hantu ni masa kecik2 memang tak pernah dengar kisah dia. 1st time dengar masa kat matriks dlu. Masa tu heboh beberapa orang dikacau oleh hantu jual karipap.

Konon2 tingkap bilik diorang kena ketuk dan hantu mak cik karipap ni nak jual karipap kat diorang. Yang pelik nyer, bilik diorang kat tingkat 2 ke atas, bukan nyer ground floor yang orang bole senang2 je nak ketuk tingkap. Ni kena terapung baru bole ketuk...

Tapi walaupun kat matriks aku masa tuh kecoh pasal mende tuh, tapi kadang2 aku tdo lambat, tak pernah lak kena kaco... Maybe sebab bilik aku kat tingkat 4, mak cik tu tak larat nak terapung tinggi2 sangat. Agak nyer la kan. Hehehe...

Tak pun mak cik tu memang tak berminat nak jual kat aku. Maklumlah, muka aku bukan hensem sangat pun. Dia tak berkenan la kot nak meminang aku untuk anak dara dia. Kih3...

Anyway, tiba2 teringin wat post pasal hantu mak cik karipap ni lepas tengok kumpulan Balas wat lawak pasal hantu ni kat Maharaja Lawak minggu pertama ari tuh.


Friday, April 8, 2011

Respek la sket...

Di suatu malam yang sunyi... (ini bukan citer hantu)


Pemuda A: Eh B, mana kad decoder astro? Aku baru nak tengok Raja Lawak ni. Final dowh malam ni.

Pemuda B: Aku tahu. Aku kasik pinjam kat family aku. Diorang pun nak tengok final Raja Lawak malam ni.

Pemuda A: Eh, nape lak ko bagi pinjam kat diorang. Tak mintak izin aku pun. Walhal kita bayar bil astro tu 50-50.

Pemuda B: Tak kisah la. Aku pun bukan nyer nak tengok pun Raja Lawak tuh. Tapi memandangkan famili aku nak pinjam, aku kasik la. Bulan depan aku gi la amek balik.

Pemuda A: Eh, mana bole macam tu. Memandangkan bil tu kita bayar sama rata, aku pun ada hak yang saksama terhadap astro tuh.

Pemuda B: Yang ko nak marah2 ni pasal apa? Eleh... Setakat bayar separuh bil je, aku bole bayar balik la kat ko...


******************


Pernah tak korang sumer berhadapan dengan situasi yang seumpama ni? Mesti la pernah kan. Even aku pun pernah. Kalo korang tak pernah alami, korang bukan manusia. Eh, I mean kalo korang tak pernah alami, means pengalaman korang sebagai manusia masih belum lengkap. Hehehe...

Yang pernah kena tuh, sabar2 je la. Memang ada segelintir orang yang berperangai macam nih. Sama ada secara dia sedar atau tak. Secara tak sedar tuh, mungkin dia tak perasan yang dia telah menyinggung hati rakan2. Secara sedar lak, macam situasi kat atas tu la.

Sape yang pernah wat kat member2, aweks/balaks, mak bapak dan sebagai nyer, cepat2 la mintak maaf kat diorang ek. Dan kepada sape2 yang belum pernah mengalami situasi di atas, bersabar la. Sat lagi kena la tuh. Ekekeke...

Berbalik kepada situasi di atas, ada dua perkara yang agak tidak "molek" yang berlaku. Yang pertama, Pemuda B tidak respek member dia, iaitu Pemuda A. Dan satu lagi Pemuda B ni terlalu mengutamakan famili dia, sampai benda apa pun, famili dia didahulukan...

Kita bincang pasal isu pertama dlu. Pasal respek. First thing, Pemuda A adalah member Pemuda B. So, diorang patut ada respek kat member masing2. Isu ni aku tak nak sentuh. Korang ada member gak. Jadi I know that you already know about being respectful to your friends.


 [I couldn't agree more]


Apa yang aku nak sentuh ni adalah berkaitan dengan respek pada shareholder. Amboihh... Dah macam beli saham lak. Hahaha... In this case, bil astro rumah diorang dibayar secara 50-50. Kira nyer bahagi sama rata la nih. Makna nyer, Pemuda A bayar 50% dan Pemuda B bayar 50%. Kira nyer Pemuda A dan B masing2 pegang 50% share la kan. Sama rata.

Oleh itu, kira nyer astro tuh masing2 ada hak. Jadi... Untuk situasi yang korang baca tadi tuh, patut nyer Pemuda B mintak izin dlu kat Pemuda A nak bagi pinjam kat famili dia tuh. Kalo setakat nak bagi pinjam 2-3 hari, bukan tak mintak izin pun Pemuda A tak kecik hati (tapi still, mintak izin adalah etika yang lebih bagus). Tapi kalo sebulan, common la kan...

Kalo tak mintak izin, pastu bagi pinjam kat orang laen lama2, bukan kes pinjam dah ni. Isi kes amek kesempatan... Haaaa... Tu satu hal. Pastu satu lagi perkara yang menunjukkan lacking of respect oleh Pemuda B terhadap Pemuda A adalah bila dia cakap "Eleh... Setakat bayar separuh bil je, aku bole bayar balik la kat ko..."

Sharing bayar benda2 gini ni depends on trust. Walaupun korang share beli benda murah sekali pun, contoh nyer share beli keropok Potato Chips ke, kena la respek orang yang share beli benda ngan kita. Cuba kalo orang laen buat kat kita. Tahu lak menggelupur nak marah...


 [Tiba2 rasa nak makan potato chips lak]


Isu kedua adalah sentiasa meletakkan famili as first priority. "Eh bro, lu biar betol ni bro. Bagus hape wat gitu. Apsal menjadi kesalahan atau isu lak?" Memang lah bagus. Tapi biar la bertempat... Ni tak. Benda yang salah pun, asal yang wat salah tu adalah famili korang, terus benda tu jadi betol. Dah macam ahli politik lak aku tengok...

Jadi, tepuk dada tanya selera nak makan ape...

Thursday, April 7, 2011

Box Head - Flash Game

Ari nih aku memperkenalkan, for the first time in this blog history, satu flash game yang confirm korang minat nak layan. Hhmmm... Actually, takde la first time aku letak flash game ni kat blog aku. Even masa dlu pun aku ada letak.

Masa era2 permulaan penulisan blog "So Full of Myself" ni, aku ada pernah letak flash game bola kat blog aku. But as a widget la. Masa tu pun blog aku belum bertukar nama lagi kepada "So Full of Myself". Blog "The Creativity Beyond Your Limit" pun tak wujud lagi time tuh.

Tapii.... Still bole kira first time gak la. Sebab for the first time aku letak flash game as one of the entries kat blog aku nih. Siap bagi review skali.

Box Head ni game tembak-menembak-tertembak-kau-memang-kena-bom. Pihak lawan, zombi. Bukan zombi kampung pisang ok... Kalo nak tau gameplay dia macam mana, korang kena la try maen seround-dua. Yang aku pasti, confirm mengujakan...




Level awal2 tu, dengan tenang je aku tempuhi. Tapi bila dah level 10+, makin susah sket. Kena pandai maen strategi. Kena pandai guna sumer peralatan perang yang ada. Level yang paling tinggi aku pernah sampai adalah level 23. Tu pun skali je dapat.

Memang payah sebab opponent ramai gila. Lebih2 lagi bila zombi setan kaler merah tu yang bertambah... Fire bebola api laju nak mampos. Kalo terkena, memang payah dah nak elak. Macam kena stunt.

Apa pun, apa kata korang try game ni sendiri...




Link asal: Y3.com

Wednesday, April 6, 2011

Budak? Tarian Robot?

Yeah... That's what I'm saying. Budak? 10 tahun? Menari? Tarian robot? What the fish??? Tapi budak ni memang power...




Sumber: Yahoo! TV

Tuesday, April 5, 2011

Tong Sampah Untuk Buang Sampah

Entri ni bukan la entri yang ditujukan khas untuk orang yang bodoh yang tak tau kegunaan tong sampah. Well, orang yang tak tahu fungsi tong sampah untuk buang sampah satu hal. Yang kencing ke dalam tong sampah juga adalah satu hal.


[Kencing ke dalam tong sampah macam budak ni]


Dan aku tahu gak kalo orang yang tak tau buang sampah dalam tong sampah adalah satu hal. Tapi tu hal keperibadian masing2. Lantak ko la nak buang sampah merata2, asal jangan buang sampah dalam territory aku sudey...

Entri ni adalah entri diskriminasi terhadap pembuang sampah macam situasi yang aku hadapi beberapa hari lepas. Skang baru nak update. Hahaha... Agak lambat di situ. Tapi ada aku kesah? Kan ni blog aku...

Amende diskriminasi yang ko hadapi tu bro? Ni yang aku nak citerkan nih. Pada hari tersebut, aku baru nak gerak ke Kulim (aku asal Kuala Kangsar, bekerja kat Kulim). Singgah la kejap kat tempat yang ada tong sampah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Kebetulan kat area tempat aku tinggal ada kawasan kedai makan yang bukak malam2. So confirm ada tong sampah kat situ kan.


 [Tong sampah tu lebih kurang macam ni la, cuma cantik lagi]


So memang ada tong sampah MPKK diorang taruk kat situ. Kat area rumah aku tuh, lori sampah amek sampah ari Isnin. Aku lak keje ari Ahad. So Sabtu memang dah kena bergegas balik Kulim la.

Tak kan la aku nak letak tong sampah aku kat luar kan. Kalo aku wat macam tuh, dari hari Sabtu lagi aku kena bawak kuar. Pastu hari Jumaat kemudian bila aku balik Kuala Kangsar baru bawak masuk rumah balik. Abes mengumpul air hujan la jawab nyer tong sampah aku tuh...

So satu2 je cara untuk selesaikan masalah adalah dengan membuang sampah2 yang ada kat tempat tong sampah yang MPKK sediakan. So beberapa hari lepas time aku nak menjalan kegiatan rutin aku membuang sampah kat tong sampah MPKK tu, ada sorang mamat India (aku tak tau la India 1Malaysia ke, atau Nepal mari) nih.

Waktu tu hujan agak renyai2. Mamat India nih, yang aku kira pekerja MPKK (stok keje2 angkut sampah aku rasa) berdasarkan baju yang dia pakai. Tumpang berteduh kot. Bila aku buang sampah kat situ, dia bole sound aku.


Mamat India: Eh, you duduk rumah mana?

Aku: Saya duduk kat kawasan sini la. Kawasan belakang tuh (sambil menuding jari ke arah yang korang tak perlu tahu).

Mamat: Apa pasal buang sampah kat sini. Ini tong sampah untuk kedai makan. Itu lori sampah amek sampah kat rumah you ari Isnin. Tunggu saja lah...


Hekeleh... Bole lak cakap macam tuh ngan aku. Aku nak je cakap ala2 style The Rock. "Know your damn role and shut your mouth!" Bukan la sebab dia India aku rasa nak maki dia. Aku bukan la jenis yang mendiskriminasi kaum. Kalo orang Melayu atau Cina yang cakap macam tu kat aku, aku balas gak macam tuh.

Tapi sebab masa tuh hujan. Takde masa nyer aku nak berbalah lama2. Hujan tu satu hal. Kalo aku layan berbalah gak ngan dia, lambat lak aku sampai Kulim.

Eh, sker hati aku la nak buang sampah kat mana2. Kat mana ada tong sampah, kat situ la orang bole membuang sampah. Takde kena mengena nyer ni tong sampah kedai, kedai je bole buang. Melaenkan tong sampah tu kedai tu yang beli sendiri.

Sama la macam tong sampah rumah ko. Takde nyer jiran sebelah tiba2 nak tumpang buang sampah ke dalam tong sampah ko. Tapi kalo aku kan, kalo nak tumpang pun takde masalah. Last2 bukan aku yang kutip sampah tu kan. Kan MPKK yang kutip...

Masalah nyer aku buang kat MPKK nyer tong sampah. Bukan tong sampah peribadi mana2 pihak. Even bukan tong sampah rumah ko pun... Sebagai pekerja bawahan aka kuli, anda tak layak nak sound aku. Patut nyer ko ucap "Terima kaseh kerna menggunakan perkhidmatan kami" kat aku.

Tolong bersyukur sket sebab aku buang sampah kat tong sampah. Bukan buang sampah ke dalam longkang atau sungai hatta rumah ko skali pun.

Jadi, next time kalo kita berjumpa lagi, SILA TOLONG DIAM... Diamlah sebelum anda didiamkan (apabila aku baling sampah masuk mulut ko).

Sunday, April 3, 2011

Aku Farihin

Ni adalah entri membangga diri. Kalo tak sker, sila tekan tanda pangkah kat sebelah kanan atas skrin laptop/ PC korang.

Terasa cam lama lak aku tak update blog aku nih. Walaupun baru 2 hari je tak update. Bukan busy pasal keje. Tapi busy ngan agenda personal. Hehehe... Well, korang tak perlu tahu kan... Kalo korang nak tahu pun, ada aku kesah?

Dah la tak update 2 hari. Bila nak update balik, nak wat entri membangga diri lak. Ntah apa2 Ahmad Aswad nih... Hahaha... Sebenar nyer entri ni dah lama ada di ruangan edit post. Tunggu masa untuk aku klik butang publish je.

Memandangkan benda nih pun Cik Vanilla dah tahu, siap bagitau adik2 dia lagi (dan diorang gelak2 kan aku), so why not aku publish kan benda ni skang. Takpe2. Save your laugh for last. Baca dlu, pastu kalo nak gelak, gelak la. Nak gelak guling2 pun takpe. Takde orang nak marah. At least blog aku berjaya menghiburkan korang.

Aku ada sorang member ni, Lokman Hakim (bukan nama nama sebenar). Dia ni jenis yang jarang tengok drama Melayu. Kalo korang tanya pelakon ni nama apa, pelakon ni sape, sah2 dia memang tak kenal. Ye la kan. Kalo dah tengok drama Melayu, takde nyer dia nak menghafal nama2 pelakon Melayu.

Ada satu masa tu, dia panggil aku Farihin. Sebab dia kata muka aku macam muka ada satu pelakon Melayu nih. Aku jenuh la fikir2, ada pelakon ke nama Farihin. Lama gak la aku fikir. Pastu dia cakap, "Ala... Yang jadi model iklan Garnier tuh".

Lorrr... Fahrin Ahmad rupa nyer... Tergelak2 aku. Tang mana muka aku yang sama ngan Fahrin Ahmad? Tapi kalo dia dah cakap muka aku ada iras2 Fahrin Ahmad, mesti aku tergolong dalam golongan2 jejaka kacak. Hehehe...


[You can call me Farihin]


 [Ni rupa sebenar aku. Jauh tak beza?]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...