Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-55

Tepat pukul 12.00 tengah malam tadi, genap la 55 tahun kita bebas daripada sebarang penjajahan. Korang ada tengok perarakan merdeka tak tadi? Apa? Tak pegi? Korang ni memang tak patriotik. Aku pun tak pegi. Tak patriotik sungguh aku.

Korang pasang bendera kat umah? Kereta? Motor?

Tak?

Aku pun tak. Hehehe...

Tapi tapi... Sebab aku takde sebarang sumbangan untuk sambutan merdeka kali ni (macam la tahun2 lepas ada sumbangan, ye tak), aku ingat nak buat satu banner konon2 bagi menyambut Hari Merdeka pada tahun ni. Nak tengok?




Jadi, aku akan kibarkan banner ni kat blog aku untuk ari ni atau mungkin gak sampai esok. Hehehe...

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-55!!


Thursday, August 30, 2012

Surat Cinta untuk TNB

*entri yang dah terperap selama sebulan. harap mak long...


No Rumah Malas Nak Bagitau,
Nama Taman Dirahsiakan,
Poskod Cari Sendiri,
Kulim, Kedah. (Yang ni je aku bagitau)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tenaga Nasional Berhad,
Alamat Saya Malas Nak Cari,
Poskod Lebih Kurang Poskod Saya Je Kot,
Kulim, Kedah. (Yang ni saya pasti)                                                                 9 Ogos 2012


Tuan,


Bil Rumah Yang Tak Masuk Akal

Berhubung dengan perkara di atas, saya memberanikan diri untuk tampil ke hadapan (tapi kat blog saya je la) untuk membuat bantahan aman terhadap apa yang telah berlaku kepada diri saya ini. Apa lagi kalo bukan pasal bil eletrik rumah saya. Tak kan gi TNB nak citer pasal bil air pulak kan.

2.)     Pada anggapan saya, bil elektrik yang saya terima adalah lebih daripada luar biasa. Luar biasa pun mungkin tak lebih2 macam pihak tuan buat. Untuk senang citer, meh saya attach sekali gambar bil bulan Mei dan Jun 2012.


[Bil bulan Mei 2012]


3.)     Tahukah pihak tuan yang saya cuma tinggal sorang2. Kat dalam rumah lak takde gadjet2 canggih yang memakan kuasa elektrik dengan maha dahsyat. Yang ada cuma TV, laptop, water heater ngan charger handphone. Lampu ngan kipas nak kira sekali ke? Washing machine takde. Peti sejuk takde. Aircond ada. Tapi tak pernah pakai pun sebab aircond tu dah lama. Ntah2 rosak dah kot. Ditambah lak dengan waktu tu saya baru pindah, adalah tak logik untuk bil menjadi RM 64. Tapi takpe. Mungkin ini cuma bil anggaran je.


[Bil bulan Jun 2012]


4.)     Bil bulan Jun yang mendatangkan amarah saya. Kemarahan saya membuak2. What the fuuu??? RM 74? Ini adalah beyond logik, dan bukan beyond astro. Sebab pe? Bulan Jun tu saya kahwin tuan. Dan daripada 1 Jun sampai 17 Jun saya takde kat rumah. Macam mana bole bil cecah RM 74? Cuba tuan explain kat saya. Cer cuba. Takpe la. Laen kali je la tuan cuba. Saya tengah sibuk menaip entri ni. Mana bole layan call tuan. Ceshh... Dan ada satu perkara lagi yang memarahkan saya.




5.)    Bole pulak dia kata bil anggaran sebab pintu berkunci? The heck??? Selama ni pintu berkunci, bukan pihak TNB bole baca dari luar pagar ke? Abes tu kalo saya bekerja belah siang, sampai ke sudah la bil anggaran memanjang ye? Kalo tak nak pintu berkunci, mari datang baca meter belah malam. Siang saya keje. Tak pun datang hari cuti. Rumah kampung saya yang saya balik seminggu sekali pun elok je TNB sana baca meter. Takde lak dia kata tak leh baca sebab pintu berkunci? Ke ni kes staff tak buat keje? Naseb baek bil bulan Julai sampai.




Tu dia... RM -255. Overcharge sungguh. Ni agak2 bape bulan aku tak yah bayar bil ni? Well, bagus la. Bagus untuk pihak tuan dan bagus untuk pihak saya. Tuan tak perlu jumpa saya dan dengar makian saya. Dan saya pun tak yah nak drive gi TNB sana nak maki2 tuan. Naseb baek saya tunggu bil bulan Julai dlu sebelum bertindak. Laen kali check meter lektrik btol2. Jangan ngade2 bubuh 'status' pagar berkunci. Lempang nak?


Yang benar dan dibenarkan memaki,


                                                      
(ASWADZ REX)
Warga yang amarah nyer sudah reda

--this is computer generated and does not related to 'pagar berkunci--
--therefore, signature is not requited--


p/s: sejak join contest ari tu, tetiba aku rajin buat surat rasmi lak.


Monday, August 27, 2012

Total Recall

First time tengok movie semenjak bulan puasa hari tuh. Lepas abes je beraya, terus tengok wayang sebagai mengisi waktu terluang sebab takde aktiviti laen yang lebih menarik. I mean, ari tuh la. Ari ni ngan semalam aku keje. Hahaha...

Ari tu tengok movie Total Recall. Sebab movie ni pun dah lama tayang, so aku rasa takde guna nyer aku nak cakap banyak2 sebagai intro. Baek aku straight to the point je.




Aku tak ingat sama ada aku pernah tengok Total Recall yang asal. Tapi yang pasti, memang takde dalam kotak ingatan aku. Jadi aku malas nak compare antara yang remake ni ngan yang asal. Korang sendiri la judge. Lagi pun, masing2 ada taste tersendiri kan. Kalo aku kata best, korang blom tentu kata best gak.





Tapi citer ni memang best gak la. Jalan citer tak slow. Memanjang je bertumbuk, berkelahi, bertembak2 antara satu sama laen. Bak kata omputih, action pack lah. Wife aku kat sebelah pun tak bagi aku bersembang ngan dia sebab nak fokus nyer pasal.




p/s: banyak entri yang tak publish2 lagi.


Sunday, August 26, 2012

Sambutan Hari Raya 2012

Bukan sambutan hari raya versi gangnam style. Hahaha... Walaupun aku mula minat lagu ni lepas dengar kat radio di petang syawal pertama. Sambutan hari raya tahun ni of coz berbeza dan special sket berbanding raya2 tahun ni. Since dah jadi suami orang ni, sambutan raya pun haruslah kat dua2 belah kampung kan. Dan InsyaAllah akan diteruskan pada hari2 raya yang akan datang.

Pada pagi Aidilfitri, cuma aku, wife aku, mak ngan adik aku je ada kat rumah. Kami beraya berempat je pagi tu. Kakak sulung aku balik petang. Kakak kedua aku lak tak dapat nak balik sebab ari tu diorang dah balik masa aku kahwin bulan 6 ari tuh. Sebab suami dia keje oversea, so kalo nak balik lama2, tak leh selalu. Raya haji nanti baru dapat balik.


[Balik lepas semayang raya, bini ajak bergambar dlu. Minta maaf kemudian. Ish3...]


Pagi tu lepas kitorang gi kubur arwah abah aku, terus gerak ke Tanjung Rambutan ngan Ipoh, melawat sedara2 yang ada. Sedara yang dekat2 tak mau pegi (kat Kuala Kangsar gak), yang jauh gak nak pegi dlu. Hahaha...

Petang tu kakak aku balik. So suasana rumah agak riuh sket sebab ada 3 anak buah. Yang sorang tu kecik lagi, tak reti merangkak lagi. Tapi dah bole berdiri dah sebab reti capai meja untuk dia pegang semasa berdiri. Tapi yang lagi dua orang tu memang tak reti duduk diam. Selagi tak letih, selagi tu nak maen je.


 [Kalo bagi maen Angry Bird, baru diorang senyap duduk diam. Fokus]


[Mata bersinar2. Sruh orang amek gambar dia la tuh]


Raya kedua baru gi ronda2 melawat sedara-mara kat area Kuala Kangsar nih. Tu pun mak nak ajak singgah kenduri kahwin. Tapi sebab dah kenyang and tak larat nak jalan, cancel gi kenduri kahwin. Petang tu haruslah terbongkang atas katil kepenatan.

Raya ketiga, lepas Subuh terus gerak ke Ketereh. Takut kalo gerak lambat, nanti sangkut dalam jammed lak. Tapi alhamdulillah, jammed tak teruk sangat. Bertolak kul 7.00 pagi, sampai kul 1.00 petang. Kira ok la tuh. Sampai2 je, punggah barang masuk rumah, rehat jap, wife ajak gi kenduri kawan dia lak kat area2 situ.

Raya keempat busy sket. Sebab diorang ni dah planning awal2 nak gi barbeque kat Lata Belantan Belatan. Diorang cakap lebih kurang setengah jam perjalanan. Tapi sebab jalan jammed sket, lagi2 bila lalu kawasan dalam bandar, so nak dekat sejam lebih gak la perjalanan kitorang.

Kat Lata Belatan ni, diorang dah sediakan tempat korang nak barbeque. Tinggal kena bawak arang sendiri ngan besi tempat barbaque tuh. Tapi sebab kitorang sampai lambat sket, penuh. Sumer dah occupy. Naseb baek ada orang yang bagi kitorang pakai sebab diorang dah abes barbaque.


[Hangus2 ketika barbaque adalah satu kemestian]


Aku kalo bab barbeque ni, tak reti sangat. Jaga api, tolong kipas2 kan api, tolong terbalik kan ayam-daging-sosej tu reti la. Tapi kalo nak tahu benda tu dah masak ke belum, memang tak reti. Selagi tak hangus, selagi tu aku tak angkat. Hahaha... Jadi sebelum nak angkat, kena tanya orang dlu, "ni dah masak ke blom ek?".


[Ngan adik ipar aku yang tak cukup 2 orang. Yang kanan skali tu pun blogger gak]


[Abaikan senyuman yang agak melebar di situ]


Raya kelima aku dah balik ke Kulim ngan wife aku. Sebab member wife aku kahwin kat Parit Buntar. Sebagai bestfriend, kena la gi. Bukan bestfriend la kalo tak gi kan. Walaupun raya ke-5 dah balik Kulim, tapi cuti raya tetap seminggu.


p/s: malas nak letak banyak gambar. nak low profile sket.


Friday, August 17, 2012

Selamat Menyambut Hari Lebaran

Memandangkan esok aku dah mula gelak ke Pahang amek wife aku, pastu gerak ke kampung keesokan hari nyer, aku tak pasti sama ada aku dapat online ke tak. So just in case aku tak dapat online, aku nak wish kat korang siap2.

Aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada wife aku, keluarga aku, kawan2, bebudak GBS dan sumer readers yang sudi membaca blog picisan macam blog aku nih. Kalo ada salah silap terlanjur kata terkasar bahasa buruk tingkah laku, harap dimaafkan.




p/s: lepas ni kita masing2 "kosong... kosong... ooo..." (nyanyi style najwa latip) ye.


Thursday, August 16, 2012

Top 10 Lagu Raya Sepanjang Zaman

Esok dah mula cuti sekolah. Aku sure ramai yang dah planning nak balik kampung esok. Maklumlah, nak elak jammed. Tapi aku rasa, jalan still akan jammed gak. Tapi tak kira la korang sangkut dalam jammed ke tidak, yang pasti, masa on da way nak balik kampung tu, mesti korang akan pasang lagu raya dalam kereta kan. Yang drive sorang2 lak, confirm korang akan drive sambil melalak dalam kereta.

Hari ini aku nak kongsi ngan korang sumer 10 lagu raya paling popular sepanjang zaman. Kalo tak putar lagi ni kat radio, memang tak sah. Macam tak lengkap je Hari Raya kalo lagu ni takde. Hahaha... Macam melebih2 lak ayat aku.


 [Tapi bukan 21 tau, aku list kan 10 je]


1. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)

2. Dendang Perantau (P. Ramlee)

3. Suasana Di Hari Raya (Anuar Zain & Ellina)

4. Satu Hari di Hari Raya (M. Nasir)

5. Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone)

6. Kepulangan yang Dinanti (Aman Shah)

7. Selamat Hari Raya (Saloma)

8. Pulang di Hari Raya (Noorkumalasari)

9. Sesuci Lebaran (Dato' Siti Nurhaliza)

10. Menjelang Hari Raya (DJ Dave)


Tapi kalo nak diikutkan, ada banyak lagi lagu raya yang popular. Contoh nyer lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman dan lagu Seloka Hari Raya nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir. So, kalo korang style dengar mp3 dalam kereta, apa kata korang masukkan sumer 10 (mungkin 12) lagu ni ke dalam mp3 korang. Baru la rasa suasana Hari Raya.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Sumber: Yahoo! News


Wednesday, August 15, 2012

Pakej Pelancongan Bersama Kembara Sufi

Aku tau korang sumer mesti tengah sibuk pasal nak raya tak lama lagi. Entri pun memanjang pasal raya. Beli baju raya, ucapan Selamat Hari Raya, bela hantu raya, nak masak lemang ketupat, masak rendang, tengah fikir balik raya nanti jammed ke tak jammed, tengah fikir nak bagi duit raya banyak mana, dan macam2 lagi la yang berkaitan pasal raya.

Aku hari ni tak nak citer pasal raya sebab semalam dah buat entri yang ada kena mengena ngan Hari Raya. Hari ni aku nak buat advertising sket since member aku mintak tolong promote kat blog aku. Dah tajuk entri pun ada tulis perkataan "pelancongan", maka harus lah aku promote pasal pelancongan kan.

Apa yang aku nak promote ni adalah pakej pelancongan oleh Kembara Sufi Travel & Tours. Harga pakej yang ditawarkan adalah harga diskaun dengan potongan sebanyak 20% daripada harga biasa. Antara destinasi yang ditawarkan adalah Beijing, Seoul, Ho Chi Minh dan Jakarta-Bandung. Kalo nak tahu harga, korang bole rujuk gambar2 kat bawah ni. Owh ye, 4D, 5D atau 7D tu bukan macam kat kedai Toto tu ye. 4D 3N tu maksud nyer 4 hari 3 malam.










Selain daripada pakej pelancongan, pakej Umrah pun ada. Tapi yang ni untuk tahun 2013 la.




Amacam? Tertarik? Kalo nak gi melancong hujung tahun atau pun nak gi honeymoon, bole la amek peluang ini sementara seats masih available. Pakej pelancongan untuk tahun 2013 pun ada. Tapi sebab 2013 lambat lagi, so aku tak tunjuk kat sini la.

Kepada sape2 yang berminat, bole PM kat Facebook aku. Tak pun anta email kat aswadz_rex@yahoo.com. Susah sangat, tanya je kat ruangan komen. InsyaAllah aku balas. Mana soalan2 yang aku bole jawab, aku jawab terus. Kalo tak reti jawab, aku forward kat member aku.




Tuesday, August 14, 2012

Template Sempena Raya

Dah tengok Nuffnang nyer interface yang baru? Cool kan. Dan memang agak menarik interface yang baru ni. Cuma sebab masih baru, mesti korang rasa agak janggal sket. Tapi lama2 korang familiar la ngan interface baru Nuffnang nih.




Okay. Enough pasal Nuffnang. Hari ni aku pun nak buat pembaharuan kat blog aku. Tapi pembaharuan sementara je la. Tu pun sempena Hari Raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Persiapan raya dah siap? Aku? Ntah la. Aku pun tak sure dah siap ke tak. Anggap dah je la. Senang.

Pembaharuan apa yang aku cakap kan? Hehehe... Blog template la derr... Kalo yang slalu datang blog aku ni, confirm perasan nyer. Selalu nyer background blog aku warna hitam. Ari ni ada unsur2 biru lak. Kih3... Tapi macam aku cakap tadi, aku akan guna template ni untuk sementara waktu je. Lepas raya nanti aku revert balik ke template asal. Biasa tiap2 tahun pun aku buat gini. Tahun lepas aku guna template yang INI. Pun biru gak.




Kalo nak template yang macam ni gak, korang bole klik kat SINI.


Thursday, August 9, 2012

Tingkatkan Trafik dengan Backlink Trick

Kebanyakan blogger mementingkan trafik blog dan ada sesetengah blogger yang tidak mementingkan sangat trafik ni. Tetapi, kalo nak up kan trafik ke blog, entri blog korang kena la berkualiti dan bukan setakat entri cincai2 atau entri copy-paste je.




Hari ni aku nak share satu trick untuk tingkatkan trafik blog selain daripada dengan cara2 konvensional yang laen seperti entri berkualiti, selalu blogwalking dan laen2 lagi (apa punya skema ayat daaa). Actually, trick ni dah lama pun. Cuma aku je yang baru nak join since aku takde la pentingkan trafik sangat. Aku cuma sker menulis je. Orang baca atau tak baca, belakang kira. Hehehe...

Trick ni mudah je. Tak perlu nak perah2 otak bagai. Korang cuma perlu tulis satu entri yang lebih kurang macam entri aku ni ikut kreativiti masing2. Pastu copy-paste link2 kat bawah nih.




Tapi sebelum tu, ada beberapa syarat yang korang kena ikut.

1. Sebelum korang copy-paste link2 kat atas ni, sila delete yang no.1 terlebih dahulu.

2. Pastu, up kan link no.2 jadi no.1, link no.3 jadi no.2, link no.4 jadi no.3 dan seterus nyer. (letih weyh kalo nak aku cakap taip sampai abes)

3. Pastu korang masuk kan link korang kat no.15.

4. Korang jangan gatal tangan ubah urutan link tu. Nanti tak jadi la yang macam kat bawah ni.


Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, jumlah backlink = 5
Posisi no.13, jumlah backlink = 25
Posisi no.12, jumlah backlink = 125
Posisi no.11, jumlah backlink = 625
Posisi no.10, jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, jumlah backlink = 390,625 
Posisi no.6, jumlah backlink = 1,953,125 
Posisi no.5, jumlah backlink = 9,765,625 
Posisi no.4, jumlah backlink = 48,828,125  
Posisi no.3, jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, jumlah backlink = 6,103,515,625


Haaaa... Amacam? Kan banyak backlink tu. Hehehe... Well, selamat mencuba. Harap trafik aku pun mencanak naek pasni.

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday #13



Tuesday, August 7, 2012

Surat Rasmi Mintak Cuti Raya

Jabatan "Kami Rajin Bekerja",
Tingkat 1, Bangunan Dirahsiakan,
Poskod Tiada,
Kulim, Kedah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mr. Boon Ong Seck,
Syarikat Keje Btol-Btol Sdn. Bhd.,
Jabatan "Anda Memang Rajin Bekerja",
Tingkat 1, Bangunan Dirahsiakan,
Poskod Pun Tiada,
Kulim, Kedah.                                                                                                   7 Ogos 2012


Tuan,


Saya Nak Mintak Cuti, Saya Tak Kira, Saya Nak Gak

Berhubung dengan perkara di atas, saya dengan tanpa segan-silu nyer mewakili diri sendiri dan sanggup menebalkan muka untuk menulis surat ini kepada tuan. Ingat tak letih ke nak menulis surat ni tuan. Letih wooo... Tak caye cuba tuan tulis satu, pastu anta kat saya.

2.)     Okay lah tuan. Saya straight to the powerpoint la Mr. Boon. Saya tahu Mr. Boon ada banyak keje, walaupun ramai yang tahu Mr. Boon ni pura2 buat busy sebenar nyer. Mr. Boon, saya nak mintak cuti seminggu. Haaaa... Pendek kan permintaan saya. Harap dimakbulkan...

3.)     Tuan. Sudah terang lagi kan bersuluh yang saya ni seorang pekerja yang berdedikasi dan berkebolehan tinggi dalam menjana pendapatan negara syarikat kita. Bukti nyer? Saya telah berjaya mengorat setiap client wanita yang berjumpa dengan saya dan memujuk mereka untuk invest dalam syarikat kita. Tu blom termasuk lagi duit syarikat yang saya gigih songlapkan masuk ke poket sendiri. Kalo saya tak songlap, dah sah2 Syarikat Keje Btol-Btol Sdn. Bhd. lebih maju dan kaya-raya.

4.)     Berbekalkan sumer sebab2 yang bernas dan sahih yang telah saya utarakan tadi, saya harap pihak tuan dapat mempertimbangkan diri sendiri sama ada berat atau ringan diri tuan berbanding diri saya. Semoga tuan diberikan pencahayaan yang secukup nyer untuk membenarkan saya bercuti selama seminggu.

Akhir kata, saya nak kata "lu kena beb!!" kat tuan sebab sumer kejadah yang saya tulis ni adalah prank semata2. Cuti seminggu saya telah pun diluluskan awal2 lagi. Lagi pun, apa jadah nyer saya keje Jabatan "Kami Rajin Bekerja" pi mintak cuti ngan bos Jabatan "Anda Memang Rajin Bekerja". Kan tak logik tu. Apa pun Mr. Boon, ni bukan salah saya. Ni sumer salah Abang Ensem dan Zarul Umbrella. Diorang sruh saya cakap macam ni kat tuan. "Karangan ini adalah untuk contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My".


Yang benar dan sker mengsonglap duit,


___________________________
(ASWADZ REX)
Staff yang "baek" belaka

--this is computer generated letter. no signature is required--


p/s: berminat nak join lepas baca kat blog LydSunshine. kalo berminat nak join, bole tahu lebih lanjut kat SINI.


Monday, August 6, 2012

Hotel EV World

Hujung bulan Jun lepas, aku ada gi program induksi kat Shah Alam. Masa tu aku duduk kat hotel bajet je kat Seksyen 7. Hotel EV World. Saje je duduk kat sini sebab senang nak kuar makan malam. Kat Seksyen 7 tu kan macam2 kedai makan ada.




Dah nama pun hotel bajet. So rate bilik dia murah je. Aku sewa bilik deluxe masa tuh. Kalo tak salah, harga bilik deluxe masa tuh cuma RM 89. Sebenar nyer nak amek bilik superior je. Tapi abes lak. Bilik superior cuma RM 79 je kalo tak silap aku.

Hotel EV World ni not bad gak la bagi aku. Kat bawah hotel ni ada tutti frutti. Dan kalo korang apply membership kat hotel EV World ni, korang akan dapat diskaun makan kat tutti frutti. Membership dia kena bayar RM 10 je untuk seumur hidup. Aku apply satu. Kot2 la outstation kat Shah Alam lagi.




Bilik dia quite okay. Cuma agak kecik sket walaupun bilik ni bilik deluxe. Meja dia pun ngam2 je bubuh laptop aku. Tapi bilik ni ada TV flat screen, walaupun channel dia cuma channel yang basic je. Ada 1 atau 2 channel tambahan je. Masa aku duduk tu, ada channel Astro Arena. And you know what, hotel ni ada menyediakan perkhidmatan WIFI. Ye, jangan tak caye lak.

Tapi ada satu benda yang aku tak puas hati sebenar nyer. Katil dia kecik sangat. I mean, pendek. Untuk orang yang berketinggian 168 cm macam aku ni, kaki aku ngam2 je cecah dinding opposite. Untuk selesa, aku kena mengiring sket tdo. Kalo untuk orang yang lebih rendah daripada aku, mungkin korang akan rasa comfy kot.




Aku takde masalah ngan bilik air. Walaupun kecik, bagi aku okay je sebab aku duduk sorang. Tapi kalo nak mandi ngan bini, memang sempit la jadi nyer. Tapi takpe. Berhimpit2 la baru mengeratkan tali ikatan antara suami isteri. Tak gitu? Hehehe...

Tapi since hotel ni murah, terletak kat kawasan yang banyak kedai makanan plus ada tutti frutti ngan WIFI percuma lak tu, aku tak kisah nak tinggal lagi kat sini next time walaupun katil dia tak cukup panjang. Tapi tu pun kalo aku nak duduk sorang la. Kalo nak duduk berdua, kena cari hotel laen la jawab nyer. Tak pun amek bilik VIP atau family.


Sunday, August 5, 2012

Segmen Di Mana Anda Beraya Pada Tahun Ini Bersama Phat Corner

Fuhhh... Letih jari-jemari aku menaip tajuk segmen. Panjang sangat. Kalo baca senafas je, agak2 mengah tak? Hehehe... Segmen ni anjuran Phat (ahli GBS gak ni) dan dia kata segmen ni takde hadiah. Cuma meluaskan pengetahuan kata nyer. Aku tau dia kedekut. Cuma tak nak mengaku. Hahaha... Peraturan untuk join segmen ni, korang bole baca kat SINI.




Aku tahun ni beraya 2 tempat. Maklumlah, dah bergelar suami ni, haruslah beraya kat dua2 belah pihak kan. Kang kalo beraya belah aku je, kecik hati lak mentua aku. Lagi pun aku ngan wife aku dua2 pun cuti seminggu. So sempat ler nak raya kat dua2 belah family.

Jadi raya pertama ngan kedua, aku beraya ngan family aku kat Kampung Tersusun Salak, Kuala Kangsar. Raya ketiga lak beraya kat Buloh Poh, Ketereh. Mana2 yang tahu rumah aku kat mana, mari la datang beraya. InsyaAllah ada duit raya (kalo korang tak kawen lagi la, dah kawen tak dapat la duit raya).

Last kali, aku nak tag 3 orang ni. Mula2 aku nak tag wife aku sekali. Tapi jadah nyer sebab tempat wife aku beraya confirm sama ngan aku kan. Hahaha...


Bebudak yang kena tag:

Saturday, August 4, 2012

Kena Marah

Bila dah berkahwin ni, kadang2 kedua2 belah pihak kena banyak bersabar dengan pasangan masing2. Kena bertolak ansur. Especially yang baru berkahwin. Maklumlah, tak biasa lagi hidup bersama kan. Tapi aku nak tanya la. Ada tak mana2 suami yang pernah alami situasi kat bawah ni?




Haaaa... Ada je yang tak kena dengan apa yang suami buat. Itu tak kena. Ini pun tak kena. Isteri asyik nak marah je. Mengalahkan orang datang bulan gaya nyer. Naseb baek aku tak pernah alami situasi yang macam ni setakat ni. Pasal wife aku baek orang nyer. Tapi kalo satu hari berlaku situasi macam ni, nescaya aku babab pipi wife aku. Pastu tarik2 pipi dia sampai tembam. Hahaha...


Friday, August 3, 2012

Segmen Raya Sakan: Teka Juadah Kuih

Perghhh... Dah lama aku join mana2 contest, segmen atau giveaway anjuran blogger2 seluruh alam. Last time aku join contest bulan Januari lepas. Korang bole baca kat SINI kalo saje2 gatal mata nak tengok. Pada bulan Ramadhan ni, ramai lak yang anjurkan contest/segmen nih, especially bebudak GBS.

Hari ni aku nak join satu segmen anjuran kolaborasi ahli2 GBS sendiri iaitu tok ketua Afzal Sesukahati Sukasuki, MK Syahir dan juga Arra Ahmad. Hadiah nyer adalah sebuah beg tangan dan RM 50. Ni kalo menang nih, beraya sakan la jawab nyer kan. Setimpal ngan nama segmen nih. Kalo korang nak join gak, korang bole baca peraturan2 segmen ni yang ketat lagi menyendatkan kat SINI.




Tapi satu je masalah aku ngan segmen nih. Aku ni lemah bab menghafal nama kuih. Selalu nyer aku bedal je kuih2 nih. Yang mana aku tau nama, aku tau la. Yang aku tak tau, aku bedal je. Tak terlintas lak di hati nak tanya mak aku hatta orang yang jual kuih tu apakan gerangan kuih yang aku makan tuh. Tapi sebab aku dah lama takde bagi contribution kat group GBS ni (melepak pun jarang2 dah), aku menggagahkan diri jugak untuk join. Harap diri aku makin gagah aka tough lepas ni. Hahaha...


[Kuih yang menjadi idaman kalbu Arra]


Hhhmmmm... Sekali pandang, macam kulit kepala yang berminyak. Dua kali pandang ada macam gambar kuih. Tiga kali pandang... Errrr... Rasa lapar lak. Berbuka bole? Hehehe... Okay2. Aku nak teka nih. Jawapan nyer kuih gelang/keria...!!!


[Gigih aku cari gambar kuih gelang yang takde gula. By the way, baru aku
tau kuih gelang ngan kuih keria tu sama]


Ye... Jawapan nyer adalah kuih gelang. Sebab pe takde gula? Mak cik tu dia lupa nak bubuh gula kat atas kuih gelang tuh. Dia kan dah tua. Si Arra lak gigih beli kuih yang tak cukup sifat ni. Tapi2... Si Afzal cakap kuih tu ada inti. Jadi aku dah sebulat hempedu membuat konklusi yang mak cik tu tambah inti berisi kacang kat dalam kuih gelang tu. Hahaha... Sedap tak agak2?


p/s: perghhh... mantap jawapan aku. harap bole menang. kih3...


Thursday, August 2, 2012

Dulu Pisa, Sekarang Giliran Colosseum

Sape yang tak kenal menara condong Pisa. Aku rasa mesti ramai antara korang yang tau pasal menara condong Pisa. Kepada yang tak tahu pasal menara condong Pisa ni, meh aku upload satu gambar untuk korang.


[Ini menara condong Pisa ye, bukan menara condong Teluk Intan]


Memang ada iras2 menara condong Teluk Intan. Tapi percaya lah. Menara condong menanti tumbang Pisa ni lebih popular berbanding dengan menara condong Teluk Intan. Hahaha... Sedikit info tentang menara condong Pisa. Menara ni start condong masa kerja2 membaik pulih. Nak tahu lebih lanjut, korang bole baca kat SINI.

Okay2. Off to main topic. Hari ni aku bukan nak sembang banyak pasal Pisa. Just nak kaitkan dengan tajuk utama je. Kalo korang nak tahu, ada lagi satu bangunan di Itali (Pisa kat Itali) yang dah mula mencondong macam menara Pisa nih. Nak tahu apa dia?




Colosseum... Mengikut laporan yang dibuat, bahagian selatan Colosseum ni dah mula terbenam sebanyak 40 cm. Faktor menyebabkan fenomena ni masih dalam siasatan. Tapi berkemungkinan disebabkan oleh keretakan pada salah satu struktur Colosseum tersebut.

Tapi since Colosseum ni tak tinggi macam menara Pisa, kecondongan dia maybe tak obvious sangat. Ntah2 orang tak perasan pun kalo takde orang yang bagitau.


Sumber: Reuters




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...