Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Thursday, October 25, 2012

Spontaneous Thursday #6

Berjalan masuk ofis.
Lengang.
Tengah hari gi makan kat cafe.
Lauk banyak.
Orang takde.
2-3 orang je yang tengah makan.
Yang laen?
Huh, dah cuti rupa nyer.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...

Monday, October 22, 2012

Not-so-close Friend

Saje je bubuh tajuk entri dalam bahasa omputih. Tapi worry not. Entri dalam bahasa ommayu... Hahaha... Jahanam bahasa melayu aku kali nih.

Antara kalangan kita, mesti ada kawan yang kita kenal. Kita consider sebagai kawan. Tapi tak rapat. Maybe just kenal gitu2 je. Pernah bersembang. Tak kira la selalu ke jarang. Tapi banyak benda pasal dia yang korang tak tahu.

Sometimes kalo korang "ter"keluar berdua, mesti ada moment2 yang agak awkward. "Ter"keluar kat sini boleh bermaksud sama ada korang terserempak kat luar lalu terus decide nak jalan sama2. Atau pun korang planning nak keluar bertiga, tapi sorang tak dapat nak hadir. Kat situ timbul nyer perkataan "ter"keluar. Hehehe... Okay2. Sambung balik citer pasal awkward moment tadi. Mesti pernah berlaku kat korang kan. Paling koman pun mesti kat bawah ni pernah terjadi. Btol tak?




Kadang2 dengan housemate pun jadi gak. Tapi selalu nyer dengan housemate yang korang baru kenal la. Jarang berlaku dengan housemate yang dah lama kenal. Kalo pernah berlaku gak, aku tak tau nak cakap apa la kan.




Padahal kalo korang tanya straight je, "perut aku dah kenyang ni. jom blah..." atau "weyh, pi basuh pinggan mangkuk tu haaaa... kan turn ko ari nih", aku rasa mostly diorang no hal la. Tapi kalo korang tau yang dia nih jenis macam2 sket, pandai2 la korang handle kan. Tak kan aku nak ajar kot. Hehehe...


Sunday, October 21, 2012

Masukkan Perkataan dalam Gambar Hollow

Bila aku baca balik tajuk, maksud dia macam lari sket. Tapi in the end, aku terpaksa pakai tajuk ni sebab aku tak dapat fikir tajuk laen yang lagi sesuai untuk aku guna. Tapi kalo korang ada idea yang lagi bagus untuk tajuk ni, isyaAllah aku tukar.

Sebenar nyer aku nak buat tutorial macam mana aku combine kan perkataan dengan gambar macam kat dalam entri yang INI. Ada la dalam 2 minggu aku tertangguh nak wat tutorial ni. Sebab aku pun agak busy kebelakangan ni. So tak bape nak sempat untuk wat tutorial. Tapi relax. Ni aku tengah nak menaip tutorial la nih. Hehehe...


[Tutorial Image 1]


Based on tutorial Image 1

1. Bukak file gambar yang korang nak combine kan tuh. Dalam tutorial ni, aku guna kan 2 gambar yang macam dalam Tutorial Image 1 nih.

2. Make sure korang nyer gambar tu dalam format png. Kalo tak, korang kena delete background layout gambar korang guna magic wand tool (1). Yang memang dah dalam format png, korang skip terus ke step ke-7.


[Tutorial Image 2]


Based on Tutorial Image 2

3. Untuk delete background layer, klik simbol padlock (2).

4. Bila new layer window open, klik OK.

5. Pilih magic wand tool (3) dan klik pada background image yang korang nak delete tadi.

6. Tekan butang delete. Kalo tak jumpa butang delete, sila tanya jiran sebelah kot2 diorang tau button delete korang kat mana.


[Tutorial Image 3]


Based on Tutorial Image 3

7. Sebelum korang start combine 2 gambar tadi, korang kena create 2 gambar baru yang kosong. Satu untuk korang guna sebagai gambar yang korang dah combine dan satu lagi sebagai backup keje korang.

8. Combine gambar korang tadi ke dalam salah satu gambar yang korang create tadi dan gambar macam Tutorial Image 3 akan terbentuk. Tapi of course tak abes lagi la kan. Skang korang nampak kan seolah2 perkataan AMC 2012 ni ada kat dalam bahagian hollow gambar gear.


[Tutorial Image 4]


Based on Tutorial Image 4

9. Untuk senang untuk explain further, aku akan rename layer seperti berikut. Layer yang ada gambar perkataan aku rename sebagai "wording" dan layer yang ada gambar hollow gear sebagai "hollow".

10. Pilih layer "wording" (4).

11. Pilih magic wand tool (5) dan klik pada salah satu huruf pada layer "wording" tadi (6).


[Tutorial Image 5]


Based on Tutorial Image 5

12. Klik pada "hollow" layer (7) dan pilih move tool (8).

13. Drag huruf tadi (9) ke backup image yang korang baru create tadi.


[Tutorial Image 6]


Based on Tutorial Image 6

14. Backup image yang korang create tadi akan jadi macam Tutorial Image 6.


[Tutorial Image 7]


Based on Tutorial Image 7

15. Repeat step 10-13 sampai korang dah drag sumer huruf yang overlap dengan gambar hollow gear tadi.

16. Gambar backup tadi akan jadi macam Tutorial Image 7.

17. Lepas korang dah selesai, korang kena drag balik sumer huruf dalam gambar backup tadi ke gambar yang original. Tapi sebelum tu, korang kena make sure yang layer "wording" berada kat atas layer "hollow".

18. Drag huruf (11) tadi ke gambar original guna move tool.


[Tutorial Image 8]


Based on Tutorial Image 8

19. Gambar korang akan jadi seperti Tutorial Image 8.


 [Tutorial Image 9]


Based on Tutorial Image 9

20. Menggunakan move tool (12), drag layer ke wording asal (13).

21. Repeat step 18-20 sampai complete.


[Tutorial Image 10]


Based on Tutorial Image 10

22. Tapi dalam sesetengah kes, in this case, berlaku pada huruf "C", area yang suppose to show up, turut tak nampak sebab ada kat bahagian belakang gear (14).

23. Menggunakan eraser tool (15), padam area yang kena block tadi, in this case area (14).


 [Tutorial Image 11]


Based on Tutorial Image 11

24. Korang nyer final work akan nampak seperti Tutorial Image 11. Tu pun kalo korang buat sebijik yang macam aku nyer la. Hehehe...


Kalo korang nak try sendiri dlu, korang bole download image yang macam aku guna kat dalam tutorial nih.



Saturday, October 20, 2012

Korean Drama - Rooftop Prince

Aku jarang2 nak tengok citer Korea yang ada unsur2 tradisional. Ermmm... I mean, citer2 diorang yang take place pada zaman dlu2. Era zaman maharaja2. Sebab apa? Tak minat. Ye. Simple je reason aku. Tak minat. Citer ni pun aku hampir2 tak tengok. Sebab mula2 je memang era dlu2. Tapi nasib baek aku bersabar sket. Sebab apa? Sila baca sampai abes ye.




Citer ni mengisahkan seorang crown prince (aku tak tau term melayu) bernama Lee Gak (lakonan Micky Yoochun) yang kehilangan isteri nyer (crown princess) yang disyaki telah dibunuh. Dengan mengumpul 3 orang bijak pandai dalam kategori yang tersendiri, dia pun mengembara mencari bukti. Ntah macam mana, tiba2 diorang teleport ke masa hadapan semasa diorang kena kejar dengan orang jahat. Tup2 diorang dah ada kat zaman moden.

Diorang yang tak tahu apa yang tengah berlaku, muncul dekat laman rumah Park Ha (lakonan Han Ji Min). Rumah rooftop. Sebab tu nama citer ni Rooftop Prince. Dan atas sebab2 yang aku malas nak citer kat sini (nanti panjang lak entri), Park Ha pun terpaksa la jadi guardian diorang. Lepas tu, pada satu masa, Lee Gak ni terjumpa dengan Hong Se Na (Jung Yoo Mi) yang dia rasa merupakan reincarnation isteri dia. Daripada situ, bermula la satu drama yang bertajuk Rooftop Prince. Kih3...




Citer ni kelakar. Korang bole bayangkan sendiri. Gelagat orang zaman dahulu yang tiba2 datang ke masa hadapan. Mesti kelakar kan. Hehehe... Jalan citer dia bagi aku biasa2 je kot. Tapi still enjoy la tengok. Kang aku kata biasa2 sangat, korang langsung malas nak tengok.

Tapi macam citer Shining Inheritance, konflik2 dalam citer ni agak berat sket. Kalo korang ni jenis yang stress tengok citer pasal konflik2 yang macam tu, mesti korang stress tengok citer nih. Aku pun kadang2 berbulu je tengok watak2 jahat dalam citer nih.




Sunday, October 14, 2012

Hotel Transylvania

Ehem... Macam biasa. Dah jadi habit aku untuk peram entri2 aku. Bila dah outdated baru aku nak publish. Tapi since daripada nak mengelakkan pembaziran idea dan juga bagi tidak mensia-siakan usaha aku untuk menulis entri ni, aku publish kan gak.




Movie animasi Hotel Transylvania ni aku tak tau la sama ada citer ni bole fall under kategori horror ke tak. Tapi yang pasti, citer ni pasal hantu. Tapi laen sket (laen banyak aku rasa) jalan citer dia berbanding ngan citer2 hantu yang laen. Tak kira la movie hantu animasi hatta yang tak animasi skali pun.

Sebab apa aku cakap macam tu? Well, instead hantu2 ni menjalankan tugas diorang menakutkan2 manusia, tapi dalam movie ni, diorang pergi bercuti. Apa. Ingat hantu pun takde off day ke? Hantu pun penat gak wat keje diorang. Diorang pun mesti nak chillax gak kan.




Movie 3D ni pasal hantu Dracula yang bersara daripada keje menakutkan hantu lalu membuka sebuah resort kat satu tempat yang hanya hantu2 je yang tau tempat nyer. So, diorang bole la chillax tanpa rasa takut. Eh, apasal diorang lak yang takut? Hhhmmm... Actually, Dracula yang buat2 citer yang manusia ni bukan maen jahat nak mampos. Sampai hantu yang laen lak takut.

Tapi pada sambutan hari jadi anak nyer yang ke-118 (kalo tak silap aku), tersesat sorang manusia dan sampai ke resort diorang. Dracula yang takut pembohongan dia diketahui, cuba macam2 cara nak cover supaya diorang tak sedar yang ada manusia tersesat di kalangan diorang. Especially anak nyer, Mavis.

Agak2 korang apa yang berlaku? Ehem... Sila tengok sendiri.




Citer ni aku rasa sesuai untuk chillax, in case korang tak nak citer yang heavy2 sangat. Lucu pun lucu. Kalo nak release tension sebab exam, bole la tengok citer ni.




p/s: dalam banyak2 hantu yang datang bercuti kat dalam citer ni, aku tak nampak lak hantu raya, pocong, toyol mahu pun hantu bonceng dalam citer ni.


Wednesday, October 10, 2012

Pemandu, Kereta dan Tabiat #12

Perghhhh... Dah lama rasa nyer tak publish entri edisi "Pemandu, Kereta dan Tabiat" nih. Entri edisi ke-11 pada bulan Januari lepas. Mungkin sumer benda yang aku rage aku dah publish. So takde isu2 laen yang aku bole wat modal untuk tulis. Tapi since entri ni kuar, makna nyer ada la tu benda yang aku nak cakap pasal pemanduan rakyat Malaysia nih.

Tapi kali ni, aku lebih kepada pelik berbanding rage. Nak tau sebab apa?




Nak pergi daripada simpang sini ke simpang belah sana je. Tapi mak aiii... Memecut bukan maen lagi. Macam nak pecut dari Kulim ke KL je lagak nyer. Paham tak erti kesabaran tu apa?

Korang ada pernah jumpa driver yang macam ni tak?

Monday, October 8, 2012

Animasi Guna GIF Maker dan Photoshop

Lepas aku wat entri INI, ramai yang tanya aku macam mana aku wat. Ada gak yang kata aku power la, dan macam2 lagi. Tapi sebenar nyer tak power mana pun. Sebab cara nak wat animasi GIF tu senang je. Aku rasa ada yang power lagi daripada aku.

Nak wat animasi yang macam tu, tak guna software yang hebat2. Cuma guna photoshop dan GIF maker je. GIF maker pun guna online je. Kalo korang nak pakai, korang bole try kat SINI.

Mula2 skali, aku amek 2 gambar yang aku nak gabungkan. Contoh nyer macam kat bawah ni.


[Gambar 1]


[Gambar 2]


Dan jadikan macam nih...




Tapi sebelum tu, kedua2 gambar asal tadi kena buang layer belakang dlu, baru senang nak tindan kan. Kalo tak, memang tak jadi. Cara2 nak masuk kan wording ke dalam gelung (sebenar nyer gear) tuh, maybe aku akan buat satu tutorial. Tu pun kalo aku ada masa terluang.

Nak wat animasi dalam bentuk format GIF, kena la rajin buat beberapa gambar yang berbeza. Baru boleh wat animasi sket. Gambar GIF yang korang tengok kat entri INI, total gambar yang aku buat adalah 40. Haaaa... Banyak tak banyak. Sebab nak masuk kan wording ke dalam bahagian gelung tadi tuh simple tapi leceh sket, aku amek masa 2 jam gak la nak buat.

Kat bawah ni adalah beberapa gambar daripada 40 tadi.












Nak combine kat GIF maker nih, actually maksimum 10 gambar je. Tapi kalo nak wat 40, ada cara nyer. Lepas korang dah combine 10 gambar yang pertama dan korang create satu gif, korang buat satu lagi gif. Kali ni, untuk gambar pertama, korang insert gif yang korang dapat tadi, dan lagi 9 baru the next pictures. Dan begitu lah seterus nyer. Kalo ada 100 gambar, korang wat la lebih kurang dalam 10 kali. Kih3...


p/s: berguna tak info aku nih?


Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday #14



p/s: perabes 2 jam wat gif ni, frame by frame untuk conference ni.

Tuesday, October 2, 2012

Kereta Tercantik 2012

Dah lama aku tak buat entri berkaitan ngan kereta. Last time aku buat entri pasal kereta yang bole lipat2 tu 2 bulan lepas. Hari ni aku nak update kat korang antara kereta tercantik 2012 seluruh dunia. Bukan setakat kat Malaysia je ye.


[Ferrari 458 Spider]


[Jaguar F-Type]


[Zenvo ST1 Supercar]


[McLaren MP4-12C dan 12C Spider]


[Mercedez-Benz SLS AMG Roadster]


[Lamborghini Aventador]


[Bentley Mulsanne]


[Aston Martin V12 Zagato]


[Maserati Grand Turismo Sport]


Amacam? Cantik tak kereta2 ni? Cantik tu cantik la. Tapi kalo nak pakai, poket kena penuh la dlu. Kih3...


Sumber: Forbes


Monday, October 1, 2012

6 Gadget Menarik 2012

Baru2 nih iPhone 5 telah pun dilancarkan. Tapi sebab aku ni bukan smartphone user apatah lagi bukan iPhone fag, aku takde keinginan nak update pasal iPhone 5 nih. Bukan takde keinginan sebab tak minat iPhone, tapi sebab tak tahu menatang apa nak sembang pasal iPhone.

Takpe. Tak tahu citer pasal iPhone, kita citer pasal gadget laen lak. Hari ni aku nak share 6 gadget yang diklasifikasikan sebagai antara gadget yang menarik 2012.


1. Samsung T27B750 HD Monitor



- Design yang menarik dan setakat nih takde monitor yang ada design macam nih
- Jimat space sebab design yang unik.
- Nak guna sebagai TV bole, monitor komputer pun boleh. Nak jadikan monitor GPS dalam kereta je tak boleh.
- ada fungsi built-in media, setaraf dengan smart TV yang laen
- siap support wireless display technology lagi


2. Nike Training TR1+ Lunar Footwear




- Antara kasut yang tercanggih dan tersempoi di muka bumi abad ini.
- Kereta korang ada sensor? Handphone korang ada bluetooth? Hmmpphh... Kasut ni dua2 pun dia ada.
- Membantu korang untuk exercise dan rekod data2 semasa korang exercise via sensor. Jauh mana korang lari, tinggi mana korang lompat, tu sumer sensor detect. Pastu data leh transfer terus kat iPhone korang.


3. Razer Ouroboros Gaming Mouse



- Kepada gamers yang boros membelanjakan duit, bole la beli Ouro"boros" ni satu.
- Design yang cool. Ala2 Transformer pun ada.
- Panjang lebar mouse sumer boleh adjust. Tangan tuan punyer mouse je tak leh adjust.
- Mouse dwi-tangan. Haaa... Paham tak maksud aku? Keh3... Bole convert from right-hand mode to left-hand mode. Bergantung kepada korang ni kidal ke tak.


4. A2B Velociti Electric Bike



- Basikal ni takde kena mengena dengan pelaran A to B atau A to Z mahu pun ada kena mengena ngan pensel 2B.
- Basikal ni menggunakan elektrik, tapi kita tak bole nak gelarkan basikal ni basikal hibrid.
- Guna bateri untuk jana elektrik, so kalo korang penat mengayuh, guna la elektrik.
- Bateri tahan selama 30 km dan mempunyai recharge time selama 3.5 jam.
- Kelajuan maksimum 30 km/j
- Khas untuk orang pemalas orang yang malas mengayuh lama2.


5. Phillips Fidelio SoundSphere Mini Wireless Speaker System



- Rekaan yang menarik dan futurustik. Bak kata orang, stylo...
- Direka untuk menghasilkan bunyi yang kuat untuk kawasan yang kecil.
- Menggunakan prinsip pantulan. Bunyi yang dihasilkan akan dipancarkan ke arah siling dan sebagai nyer.
- Built-in iPhone dock dan mempunyai USB cable untuk connect pada PC.


6. LG LFX31945ST Door-in-Door Refrigerator



- "Bukak pintu, ada pintu lagi satu" punya konsep. Banyak ruang untuk letak botol minuman.
- Konsep door-in-door ni membolehkan customer membuka peti ais tanpa membuka peti ais. Hahaha... Paham tak? Contoh la, korang nak amek air minuman je. So bila korang bukak peti ais, kira nyer bahagian main compartment (tempat letak sayur, lauk-pauk, etc) tak terbuka sekali la. So udara sejuk kat dalam tu tak terkeluar skali la. Lebih kurang macam tu la.
- Lebih banyak compartment untuk letak barang2 korang.


Kalo barang2 ni ada jual kat Malaysia, aku mungkin berminat nak beli mouse "Owh Boros" tuh. Nampak cool je kalo pakai. Walaupun untuk gamers, tapi mouse is still a mouse. Guna untuk blogging pun ok what... Harap harga nyer tak membuatkan aku nampak boros berbelanja.


Sumber: GeekSugar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...