Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Monday, December 31, 2012

Wrap Up 2012

Wahhh... Ingatkan saje2 je cakap bila aku kata nak bercuti daripada berblogging. Sekali btol daaa aku cuti seminggu gak. Kalo ikutkan semalam lagi aku nak update (walaupun sebenar nyer nak menaip beberapa patah perkataan je). Tapi sebab dah lama bercuti, banyak lak korang nyer entri yang berupdate. Baca nyer baca entri korang, last2 lupa nak update blog sendiri walaupun sebenar nyer aku buat2 terlupa. Keh3...

Since esok pun dah masuk tahun baru 2013, aku dengan sengaja nyer nak wat wrap up 2012 pada hari ni. Wrap up apa yang berlaku sepanjang tahun 2012. Tak kisah la pasal blog ke, pasal diri aku. Aku compile sumer jadi satu. Compile sampai orang yang baca pun muntah.


Blog Berwajah Baru

Kalo ikutkan awal tahun 2012, aku tukar template blog kepada yang baru. Shoutmix pun dah tak free masa tuh. Berhijrah la pulak ke Cbox dan kekal sampai skang nih. Harap nyer Cbox pun stay free (bukan jenama pad ye). Tahun 2012 gak la yang aku mula berjinak2 wat entri Spontaneous Thursday, walaupun tak banyak.

Untuk tahun 2013, aku malas nak wat template baru. Cuma untuk tampak kelainan sket, aku tukar header blog kepada yang baru. Yang lebih menonjolkan ciri2 aku sebagai seorang T-ReX yang berjaya. Kah3...


 

Entri Style 9Gag

Setakat hujung 2011, blog aku tak pernah ada entri yang berkartun. Tapi 2012 aku start wat entri berkartun. Ala... Yang style macam komik 9Gag tuh. Tapi dah tengah tahun gak la baru aku start wat. Entri pertama yang INI. Bukan la nak tiru pun sebenar nyer (ceh, nak tiru tapi tak nak ngaku lak). Sebab bila fikir2 balik, wat komik yang macam ni kadang2 seronok. Nak citer benda yang kita nak sampaikan pun senang dan ringkas. Tak perlu tulis panjang2.




Tapi aku ada gak entri komikal yang tak bape nak komik. Sebab tak berapa nak komik? Sebab aku amek gambar je. Pastu tambah subtitles kat gambar tuh untuk jadikan nyer sebuah citer. Contoh? Korang bole baca kat SINI.


Review

Wrap up review yang aku buat untuk tahun 2012. Review movie ada la dalam 12. K-drama lak 7. Dan anime review yang paling banyak aku buat, iaitu 26. Tapi tu takde dalam blog ni la. Kat blog lagi satu.




Blog Template

Hahaha... Tahun ni tahun paling malas nak wat template. 3 je aku buat tahun ni. Punyer la malas aku nih. Mungkin sebab leceh kot. Hehehe...


Bisnes

Of course bukan bisnes aku la. Aku cuma tolong promote je. Tapi kadang2 best gak tolong promote member2 nyer bisnes. Ada yang jadi. Ada yang yang tak jadi. Projek mega kitorang yang pasal card pendrive. Tapi sebab supplier ni jenis cakap putar belit, sat nak bagi harga sekian2, sat bagi harga sekian. Last2 bisnes ni cancel. Naseb baek tak kuar modal lagi. Tapi yang bagus nyer projek mega tak menjadi ni, aku mula kenal sape yang bersungguh2 wat keje and sape yang tak.


[Penat aku design poster ni. Sila puji walaupun bisnes lingkup]


Ada gak aku tolong promote Kaspersky. Tapi member aku dah tak jual dah rasa nyer. Dia tukar wat benda laen lak. Lepas tu ada la beberapa lagi yang aku tolong promote. Serabut lak korang baca kalo aku list kan sumer. Lagi pun, kalo nak list sumer, bukan wrap up 2012 dah la entri nih.


Personal Stuff

Benda yang paling penting berlaku kat aku tahun 2012 ni, of course la yang the fact that aku ni dah berkahwin. Ada aku tulis kat dalam entri yang INI. Honeymoon lak kat Tok Bali dan Melaka. Kemudian, lepas 2 tahun setengah aku keje sebagai kontrak, akhir nyer bulan April ari tuh aku di"permanent"kan. Bulan Jun ari tu gi induksi kat Shah Alam.


 [Ehem...]


Tapi ada satu benda yang aku perasan. Mungkin faktor2 macam busy dengan keje, banyak sangat bercuti atau pun aku sememang nyer seorang yang pemalas, tapi jumlah entri 2012 cuma separuh berbanding 2011. Tapi takpe. Yang penting kualiti. Walaupun takde la kualiti mana sangat pun entri aku. Kih3...


Monday, December 24, 2012

Hingga ke Hujung

Mesti korang pelik kan ngan tajuk aku hari ni. Hingga ke Hujung. Tajuk cerekarama TV3? Bukan... Bukan... Jadi, apa yang hingga ke hujung? Hingga ke hujung tanduk? Apa yang si ReX ni cuba sampai kan ni. Hehehe...

Aku nak sembang pasal cuti sebenar nyer. Esok kan Krismas. Cuti. So mood cuti tu dah start nak ada. Kat ofis pun dah tak ramai orang. Sumer pakat cuti. Dengan cafeteria2 skali tutup, pakat cuti skali. Diorang pun tahu kalo bukak kedai ari ni, wat rugi je.

Hingga ke hujung? Means aku nak cuti hingga ke hujung tahun. Walaupun 30hb tu dah masuk keje balik, tapi still aku nak kata tu hujung tahun gak. Lagi pun, Kedah tak amek cuti Tahun Baru. So takde makna nyer nak cuti sampai Tahun Baru.

Kepada yang menyambut Krismas, aku ucapakan selamat menyambut Hari Krismas. Don't drink and drive and kill yourself. Hehehe... Pada yang tak menyambut, aku ucapkan selamat bercuti. Bawak kereta tu hati2. Highway banyak kereta time cuti2 gini.




p/s: errr, nak bercuti daripada blogging bole tak?


Sunday, December 23, 2012

Korean Drama - Sungkyungkwan Scandal

Nak dekat 2 bulan lebih aku tak update apa2 pasal drama Korea. Bukan sebab takde citer untuk aku tengok. Sebab citer yang aku baru abes tengok ni agak membosankan sket. Tapi sebab nak review nyer pasal, aku hadapkan gak la, plus takde drama laen dalam koleksi aku lagi masa tuh.




Citer ni mengisahkan Kim Yoon He (Park Min Young, heroin City Hunter) yang selalu menyamar menjadi seorang scholar demi untuk membantu menyara mak dan abang nyer. Maklum la, zaman dlu orang perempuan mana bole jadi scholar. Kena duduk rumah je, tak pun meniaga. Sebab dia pun jenis yang bijak pandai, dia pun menyamar jadi scholar untuk melakukan tugas2 yang diberi kepada nyer.

Sampai la dia terjumpa dengan Lee Sun Joon (Micky Yoochun, hero Rooftop Prince) yang merupakan anak seorang menteri yang berpengaruh. Sebab tertarik dengan kebijaksaan Yoon He (yang pada masa tuh menyamar sebagai lelaki), dia mencadangkan supaya Yoon He untuk turut mengambil exam untuk memasuki Sungkyungkwan University (yang hanya lelaki je bole masuk).

Pada mula nyer of course Yoon He tak nak kan. Kang kalo rahsia terbongkar, kena hukum pancung lak. Tapi sebab last2 dia kena trick ngan Sun Joon, terpaksa la dia ambil exam tu, guna identiti abang dia. Dah la kena trick untuk amek exam, lulus lak. Jadi menyamar la dia sebagai lelaki untuk masuk ke Sungkyungkwan University. Nak tahu kisah nyer, sila la tonton sendiri. Sampai sini je review aku...




Aku sebenar nyer not into citer2 yang pasal zaman2 dlu ni. So maybe sebab tu kot aku bosan bila tonton citer ni. Aku tak bole hadap sangat citer2 macam ni. Sebab tu aku tak minat drama2 macam Princess Hour dan sebagai nyer.

Tapi kalo korang minat citer2 macam ni, apa kata korang give it a try. Tapi kalo korang nyer taste lebih kurang macam aku, lupa kan je la citer ni. Tengok citer laen je.




p/s: tengah layan drama BIG lak. tinggal 4 episod je lagi.


Friday, December 21, 2012

21.12.12

*pada hari yang dikatakan berlaku nyer kiamat, Aswadz dengan selamba nyer menaip satu entri yang agak pendek. kata nyer, hari belum kiamat. esok bole taip entri panjang2.




Bukan 12.12.12 ke tarikh yang diorang ramalkan doomsday? Ke aku yang silap? Apa pun, 12.12.12 bukan. 21.12.12 pun bukan. Mungkin 13.13.13 kot. Eh silap. Bulan takat Disember je. Apa pun, kalo diorang kata kalendar Mayan berhenti takat 21.12.12, kalo tiba2 ada ramalan Mayan yang baru, aku tak tau nak cakap apa la.


p/s: mohon buat ramalan dooms day yang baru supaya mereka yang percaya tak bersedih.


Thursday, December 20, 2012

Terminal Bas Amanjaya Ipoh

Sebelum aku gi Langkawi ari tuh, aku pernah naek bas Plusliner daripada KL ke Kulim. Masa on da way balik tu, bajet bas akan singgah rehat sama ada kat Sungai Perak atau Bukit Gantang (selalu nyer Bukit Gantang la). Tapi ari tuh aku pelik sebab tiba2 bas ikut jalan susur keluar ke Ipoh. Rupa2 nyer dia singgah kat terminas bas, Terminal Amanjaya, btol2 dekat dengan Mydin Ipoh yang baru bukak tuh.

First impression aku, memang menarik. Sebab dah macam drive-through lak. Bas terus naek tingkat 1, drop passenger dan terus tunggu penumpang kat ground floor. Terminal dia lak, perghhh... Ada la ala2 Puduraya skang. Nak tengok?


[Pandangan ruang legar terminal daripada tingkat 1]


[Kaunter tiket yang lebih teratur]


[Ari tuh diet. So tak tau harga ngan makanan dia ok ke tak]




[Tempat menunggu bas. Kalo pagar tak bukak, tak bole naek bas]


[Sambil tunggu bas, bole maen game dlu]




Cuma satu benda je leceh. Bila korang dah turun daripada bas untuk makan, korang tak leh automatik naek bas balik, walaupun bas tu ada je tunggu korang kat ground floor. Korang terpaksa tunggu sampai cukup masa, baru bole naek balik. So to be safe, better bawak skali barang2 berharga masa turun daripada bas. Aku pun naseb baek tergerak hati nak bawak beg laptop aku turun skali. Kalo tak, confirm tak dapat amek gambar risau gak kot2 laptop kena kebas.


Wednesday, December 19, 2012

Langkawi 12.12.12 - Entri Susulan

Ececece... Dan2 je ada entri susulan. Keh3... Saje je nak update pasal gi outstation hari ni. Aku tau korang mesti tertanya2 apa yang aku buat kat sana kan. Kalo tak tertanya2 pun, sila buat2 tertanya skang sambil baca entri ni. Silakan.

Actually aku tak banyak snap gambar pun sebab perasan busy dengan preparation. So tak banyak pun gambar untuk aku kongsikan kat sini. Yang ada pun gambar2 ni je la.






Sampai2 je Langkawi ari tuh, tak. Tak wat keje dlu. Kitorang gi penuhkan perut dlu. Salah tanggapan korang. Hehehe... Masa sampai tu pun dah kul bape (sebab flight petang). Kira makan petang merangkap malam dlu, balik bilik. Malam tu baru start keje. Bukak sumer kotak yang kitorang pos beberapa ari sebelum bertolak. Maka bermula la aktiviti2 preparation untuk conference tuh.


[Beg conference. Dalam ada buku, CD, gift dan beberapa benda lagi.
Beg mana yang cantik bagi korang?]


[Tag yang superb cantik]




[Buku program serta CD]


Buku, CD ngan tag tu aku yang design dengan bantuan AJK yang laen. Ada perasaan bangga sket di situ. Biasa la. Perasaan orang first timer memang macam nih. Padahal orang yang slalu buat relax2 je. Hehehe...  Tapi apa pun, yang paling best adalah masa dinner. Dengan launching bagai. Masa practice kalut semacam. Risau tak jadi pun ada. Tapi alhamdulillah, sumer nyer berjalan lancar time dinner. Ada video ni. Tapi tak sanggup aku nak upload sebab file dia 100++ Mb walaupun 5 min je.

Cuma outstation kali ni tak sempat nak berjalan je. Sempat beli coklat je sebab tempat beli coklat memang dekat sangat. Depan hotel je. Cuma rajin atau tak rajin nak menapak gi beli je.


p/s: tak sempat melepak kat Pantai Chenang.


Tuesday, December 18, 2012

Le Lanun Ranggi Contest

Ehem... Hari ni aku nak join satu contest lagi (mesti korang kagum ngan aku sebab rajin join contest). Since tarikh tutup contest ni tinggal lagi 2 hari je, terpaksa la aku dahulu kan dlu entri ni walhal entri laen blom tulis lagi pun. Ehem...

Contest ni unik sket berbanding dengan contest2 laen yang slalu orang buat. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab jarang aku tengok contest ni orang buat. Hahaha... Macam tak menjawab soalan lak jawapan aku nih. Takpe2. Korang baca entri ni sampai abes. Aku pasti korang akan jumpa jawapan tersebut.


[Kalau berminat join, rajin2 kan diri klik banner nih]


Cara nak join mudah je. Tak perlu tag sape2 pun. Tak perlu like2 pun. Tuan empunya blog pun takde suruh follow blog dia pun. Tapi aku follow blog dia dan dah lama blog dia ada kat dalam bloglist aku untuk membuktikan skill bodekan aku yang superb sebab blog dia memang best. Mohon lawat blog beliau.

Cara nak join mudah je (ini kaedah mengulang, mohon jangan buat time tulis karangan). Korang cuma perlu isi je perkataan kat buble dalam lukisan ni. Tapi sila jangan save gambar yang aku buat ni dan overwrite. Jangan. Sila amek gambar yang original kat tuan yang buat contest ni.




p/s: kepada saudara Aujinz, anda hensem (begitu juga aku). oleh itu, sila bagi saya menang. hehehe...


Sunday, December 16, 2012

Ke Laut?

Apa yang ke laut? Menangkap ikan barangkali? Moh kita ke laut. Hehehe... Bukan2. Sumer nyer takde kena mengena ngan nak pergi laut ke, nak tangkap ikan ke. Bukan2. Sejak outstation ke "seberang laut" baru2 ni, agak lama gak aku tak bukak blog. Apatah lagi nak update blog. Agak busy. Tak tahu nak cilok tang mana masa untuk update blog.

Aku baru balik Jumaat lepas. Tapi agak nyer lepas aku balik dari Langkawi, agak2 mood blogging aku pun tercicir tengah2 laut masa terbang balik ke sini. Ni pun aku gagah kan jugak diri untuk update blog, walaupun kualiti entri ntah ke mana. Tercicir kat laut gak kot.

Apa pun, insyaAllah aku akan kembali. Nantikan kemunculan entri terbaru aku di pawagam yang berdekatan dengan anda. Hahaha...

Sunday, December 9, 2012

Iezah Last Giveaway 2012



Mungkin ni last giveaway yang aku akan join untuk tahun ni, kalo aku malas la. Kalo aku rajin, mungkin yang ni akan jadi kedua terakhir, ketiga terakhir atau seterus nyer. Sebenar nyer nak join contest ni, tak perlu wat entri pun. Tapi dah alang2 nak join contest dan takde idea nak update nak update blog, apa salah nyer aku buat entri pasal GA ni kan. Hehehe...


p/s: otak dah fikir Langkawi je, macam mana nak cari idea nak update blog.


Saturday, December 8, 2012

Langkawi 12.12.12

*tarik nafas... lepas...

Hari ni baru dapat chillax sket. Minggu yang agak hectic baru je lepas. Kalo ikutkan nak update blog malam semalam. Tapi kurang ada mood nak update. Kalo ikutkan semalam aku cuti. Tapi sebab ada hal penting, ari Jumaat pun aku kena masuk keje gak. Tapi takpe. Ganti ari Ahad. Muehehe...

Tajuk entri "Langkawi 12.12.12" tu bukan tajuk giveaway ye. Hehehe... Mana yang follow blog aku ni, diorang mungkin tau la (mungkin la) apa yang aku maksud kan tuh. Ari Isnin ni fly ke sana. Tak sabar pun ada. Tapi bila fikir balik banyak keje nak kena settle masa kat sana, ntah sempat ke tak nak jalan2.

Apa pun, aku nak minta maaf kat team GBS sebab tak dapat join gathering belah utara. Ingatkan ari tu sempat la nak join sebab selalu nyer ari Sabtu aku akan balik ke Kulim. Tapi sebab since aku keje semalam dan ari ni baru cuti, tak dapat aku nak join. Tapi aku tau, kelibat aku takde pun, takde effect kat korang pun kan. Bukan ada yang kenal aku pun. Hehehe...




Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday #16



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...