Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, March 31, 2013

Kedai Makan Kurang Ajar

Citer ni sebenar nyer agak lama dah. Bulan Februari lepas. Ntah macam mana aku bole terlupa nak update pasal benda nih. Bila belek2 balik folder, terjumpa lak. Nak tau kedai makan yang mana yang kurang ajar tuh? Sila baca entri nih.

Sape2 yang slalu folllow blog aku yang tak seberapa nih, dia tau la yang bulan Februari ari tuh aku ada gi Cameron Highland. Ada aku tulis kat SINI, SINI, SINI dan SINI. Kalo korang menginap kat Tanah Rata nih, bukan senang nak cari kedai makan Melayu pada waktu malam. Ada tu memang ada. Tapi tak banyak. Melaenkan tekak korang tahan makan mamak tiap2 hari. Aku okay je. Tapi family aku la yang tak tahan.

Apa yang berlaku kat kitorang masa tuh, kitorang sampai satu kedai nih. Terletak di sebelah bangunan yang ada Maybank tuh. Kalo korang perasan, ada deret kedai makan. Time tuh ada orang jual2 durian dekat2 situ. Skang ni aku tak tau la. Kitorang lapar masa tuh. So nak order makan la kan. Tapi nak tau apa orang kedai tuh cakap.


"Kalo nak order, order sejenis ye. Kalo tak, sila pergi kedai laen"


Lebih kurang gitu la. Tapi mungkin tak accurate sangat la ayat dia sebab aku pun tak ingat sangat dah. Tapi lebih kurang gitu la situasi dia. Tapi aku ingat lagi pekerja dia macam bapuk2 sket. Aku tak tau la dia wanita original ke tak. Aku "nampak" macam bapuk. Tapi apa pun, memang agak sentap la waktu tuh. Mentang2 time tuh cuti. Dah untung banyak sangat la tuh kot. Tapi dalam sentap2 tuh, memang kitorang tarak hal nak angkat kaki berambus dari situ. Mamak pun mamak la.



[Kedai yang WTFBBQ]



[Kedai ketiga daripada kanan]


Saturday, March 30, 2013

Dari Kuala Terengganu ke Rantau Panjang

Baca tajuk je dah tau aku ke mana minggu lepas. Actually aku ke Terengganu teman wife aku pergi majlis perkahwinan member dia. Since dah sampai Terengganu, time ni la nak gi jalan2 sekali. Alang2 dah sampai sana kan. Bila lagi nak berjalan2 kalo bukan waktu tuh. Tapi tak banyak tempat pun kitorang sempat berjalan2. Takat melawat Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal ngan Muzium Negeri Terengganu je. Pastu ada la lepak2 kejap kat Batu Buruk.





Aku memang dah lama teringin nak masuk Taman Tamadun Islam nih. So bila dah ada kat Terengganu nih, memang tak lepaskan peluang la nak masuk kan. Walaupun rate dia agak mahal pada pendapat aku. RM 20 per head untuk orang dewasa.


[Rate untuk masuk Taman Tamadun Islam]


Taman Tamadun Islam ni bole tahan besar gak la. Aku ngan wife aku antara bangsa yang rajin. So kitorang jalan kaki je keliling taman tuh. Mana2 yang bawak family ramai2, korang bole la sewa train mini atau kereta mini sebab memang perkhidmatan tu ada disediakan. Nak keliling naek basikal pun ada.


[Posing je la. Naek nyer tak]


Ada banyak replika masjid2 seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram, tempat umat Islam menunaikan Haji. Kalo tak silap aku, ada lebih kurang 20 masjid kat dalam Taman Tamadun Islam nih. Masa kitorang pergi tuh, cuaca panas sangat. Memang berjalan pun cepat2 je. Singgah setiap masjid pun kejap2 je. Abes je berjalan kat dalam taman tuh, terus singgah Masjid Kristal untuk sembahyang. Tapi sempat lagi lagi snap gambar Masjid Kristal sebelum kitorang beredar.




Tempat kedua yang aku singgah adalah Muzium Negeri Terengganu. Dikatakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Yup. Memang besar. Aku tengok map dia memang besar. Ada banyak galeri2 yang ditempatkan dalam perkarangan muzium. Aku ngan wife aku memang tak cukup masa la kan nak lawat sumer tempat. Kitorang masuk kompleks ni je. Yuran RM 5 je. Tapi korang ditegah untuk amek gambar dalam galeri nih.




[Model kenderaan lama kepunyaan Menteri Besar Terengganu]




Pergi ke Terengganu tapi tak lepak kat tepi pantai memang tak sah la kan. Walaupun chalet tempat aku menginap tu dah memang tepi pantai, tapi tak fun la kalo tak lepak kat tepi pantai yang btol2 ada suasana tempat rekreasi. Aku ngan wife aku lepak kat Batu Buruk. Lepak sambil pekena air kelapa ngan keropok lekor. Perghh... Memang sedap air kelapa yang aku minum kat medan selera Batu Buruk. Memang terus hilang dahaga.




Lepas singgah kenduri kahwin member wife aku, kitorang terus balik umah mentua aku kat Kelantan. Pastu ada satu hari ni, diorang ajak ke Rantau Panjang. Nak naek bot ke Mundok (btol ke eja nih), Thailand pada mula nyer. Tapi tak jadi sebab orang kat situ kata polis dah tak bagi pergi. Ada sape2 tau citer sebenar kenapa dah tak bole pergi sana? Bole la tolong bagi pencerahan sket kat aku nih. Hehehe... Apa pun, jalan tetap jalan. Lagi pun, aku tak pernah jalan kat Rantau Panjang nih.




Cuti korang macam mana lak?


Friday, March 29, 2013

Bukan Tak Nak Update, Tapi...

Hai kawan2 sumer. Lama tak jumpa di alam maya ni. Keh3...

Bulan ni berbeza sket berbanding dengan bulan Januari ngan Februari, di mana aku dengan sesuka nafsu aku je nak update blog bila2 masa. Time tuh awal tahun. Keje pun tak banyak. Tapi masuk bulan Mac ni, keje dah start masuk. Even keje2 yang takde sangkut pangkut paut pun tiba2 ada. Memang teringin nak update blog. Tapi tak cukup masa nak menaip. Sempat blogwalking sket2 je.

Nape time cuti tak update? Busy jugak ke?

Good question, walaupun sebenar nyer soalan tu aku yang tanya sendiri. Muahaha... Khamis lepas aku ngan wife aku ke Terengganu. Member dia kahwin. So alang2 dah ada kat Terengganu, memang amek kesempatan untuk jalan2 area Kuala Terengganu. Ada yang terserempak ngan aku tak? Pasal tuh, aku update kemudian2.


 [Salah satu tempat lawatan]


Monday, March 18, 2013

Jack the Giant Slayer

 

Jack the Giant Slayer ni sebenar nyer adaptasi daripada citer kanak2 Jack and the Beanstalk. Cuma dia modify sket storyline. Kalo ikut citer asal, Jack dapat magic bean daripada seorang lelaki tua lepas trade in lembu dia. Dia bawak balik dan mak dia marah sebab trade in lembu untuk magic bean lalu dia campak magic bean tu keluar. Esok nyer, terus jadi giant beanstalk. Bila dia panjat, jumpa gergasi kat atas.

Tapi dalam movie ni, dia olah semula jalan citer. Instead of lelaki tua, rahib lelaki yang bagi magic bean tuh. Dan Jack bukan sesaje nak panjat beanstalk tuh. Tapi untuk menyelamatkan princess yang cantik (punca nyer korang kena tengok sendiri la ye). Tu bukan panjat sorang2. Satu team panjat. Plus ada extended version kepada citer asal. Yakni peperangan antara gergasi ngan manusia. Ye, gergasi tu siap turun ke dunia manusia lagi. Konon nyer nak settle dendam.




Pendapat aku, citer ni best jugak la. Jalan citer dia pun bole dikatakan tak membosankan. Penuh adventure, lagi2 bila diorang dah jumpa dengan gergasi tuh. Cuma satu babak je bagi aku agak korang logik. Maen tarik tali antara manusia ngan gergasi. Kalo manusia tu ramai, beratus2 lawan ngan seorang gergasi je, logik la gak. Tapi ni lawan ngan beberapa orang gergasi. Terus jadi tak logik.




Sunday, March 17, 2013

Akibat Kes Lahad Datu

Mana2 yang tersangkut ngan blog aku masa tengah cari pasal perkembangan kes Lahad Datu ke atau tengah cari fakta2 berkenaan kes tersebut, aku mintak maaf sangat2 la. Sebab entri aku ni langsung takde kena mengena dengan kes tersebut. Kalo ada pun, cuma sekelumit je. Tapi budak kat bawah ni mungkin ada kena mengena.




Sumber: Facebook



Friday, March 15, 2013

Beautiful Creatures

Ni citer 2 minggu yang lepas. Minggu ni nyer citer saje, ada 2. Tapi tu kemudian2. Yang mana dulu didahulukan. Yang kemudian dikemudiankan. 1ReX (baca betul2 ye, bukan Durex). Harus la didahulukan sementara movie ni masih ditayangkan di pawagam. Kalo tak, obsolete lak review aku nih.

Sape yang minat tengok citer Twilight, aku rasa mesti korang rasa yang Beautiful Creatures ni best. Tapi itu kata orang la. Kata aku? Sila baca abes review aku (macam pantun dua kerat lak). Hehehe...




Ethan Wate tinggal di bandar Gatlin yang (mungkin) paling membosankan di alam semesta. Cuma ada 2 jenis manusia je yang tinggal kat bandar ni seperti dimaksudkan oleh quote "Too stupid to leave or too stuck to move" dalam movie nih. Tapi istilah "membosankan" tu semakin hilang lepas dia bertemu dengan Lena Duchannes. She's definitely not normal. DEFINITELY. Tak paham? Layan trailer kejap ye.





Movie ni gabungan unsur cinta dengan aksi. Sekali tengok, ada la iras2 macam Twilight. Sebab tu aku ada mention yang sape minat Twilight, mungkin minat movie ni gak. Jalan citer movie dia lak boleh tahan la. Layan gak la aku tengok berbanding dengan Twilight tuh. Cuma permulaan tu agak slow sket.

So overall, movie ni okay2 je kot. Don't expect too much la. Tapi apa pun, movie ni lagi best berbanding dengan Twilight. Tapi watak hero dia tuh tak nampak macam tak sesuai berlakon watak remaja. Nampak macam lagi tua daripada aku je (ayat bajet aku lagi muda daripada hero tersebut).




Sunday, March 10, 2013

Parkview Apartments Cameron Higlands

Korang yang baca entri Cameron Highland aku hari tuh mesti tertanya2 kan. Kat mana aku duduk sepanjang aku bercuti kat sana. Aku koya2 tak nak citer kat dalam entri tu sebab nak wat satu lagi entri spesel. Aku memang pakar bab2 mencambahkan idea untuk menulis blog nih. Keh3...

Masa tuh cuti Maulidur Rasul. Pastu untuk negeri2 yang amek Thaipusam, memang sambung lagi cuti sampai ke Isnin. Dan cuti2 macam ni, homestay kat Cameron Highland ni memang cepat full. Hotel aku tak pasti la pulak. Masa wife aku tolong carikan sebab skali lagi husband dia buat2 busy, tinggal Parkview Apartment je yang masih ada untuk rate yang still considered reasonable.


[Yang kanan tu blogger gak, bole singgah kat blog dia kat SINI]


Apartment ni kat Tanah Rata. Rate dia dalam RM 250 (peak rate) untuk semalam. Rate waktu bukan peak dalam RM 150++ je kalo tak silap aku *PEMBETULAN* Wife aku cakap takde rate untuk waktu peak. Rate sama je sumer. Ke lagi murah? Lebih kurang la tuh. Kalo korang berminat, bole la google kat internet. Bole gak kalo nak tanya aku atau wife aku, tapi aku tak sure resit ari tuh masih wujud atau dah selamat bermastautin dalam tong sampah. Atau mungkin juga dah selamat dikitar semula.






Review aku? Best... Bilik ada 3. Bilik air kalo tak silap aku ada 2 (PEMBETULAN: ada 3 sebenar nyer). TV ada (siap ada Astro lagi). Dapur pun fully equipped. Kalo korang rajin, bole la nak memasak malam2. Susah sket nak cari makanan malam2 kat Tanah Rata ni, especially makanan halal. Melaenkan korang tahan makan masakan mamak tiap2 hari. Tapi jangan risau la. Kedai runcit ada 2-3 kalo korang nak beli barang2 nak memasak. Cuma aku tak pasti sama ada setiap apartment offer spesifikasi bilik yang sama atau bergantung kepada owner.


p/s: cuti sekolah pun nak dekat dah. bole la kalo sape2 nak bercuti tu survey2 dlu Parkview Apartment nih.


Monday, March 4, 2013

Cameron Highlands - Cameron Valley

Abes singgah kat Strawberry Farm, terus balik rumah dlu. Rehat2 kan badan dan minda. Lepas sembahyang sumer, sambung balik berjalan. Mula2 nak pergi Bee Farm dekat Ringlet (kalo tak silap aku la). Tapi sampai2 je, kecewa. Signboard punyer la besar. Tapi bila sampai destinasi dituju, nampak macam tempat yang terbiar lak. Sorang pun takde. Hampeh. Ada foreigner yang datang kemudian. Pastu dia pun blah gak.


[Gambar cilok kat internet]


Terus patah balik. Singgah kat Cameron Valley lak. Minum petang. Lepak lama sket. Nak bagi perabes masa. Lagi pun dah lama tak berhenti kat Cameron Valley nih. Last time masa aku masih kecik lagi (takde la kecik sangat kalo aku masih bole ingat).




Actually Cameron Valley ni ada 2. Tapi dekat2 gak la. Kalo daripada Ringlet ke Tanah Rata, Cameron Valley yang pertama korang akan jumpa agak kecil sket. Tapi unik. Kedai dia kecik. Tapi korang berpeluang nak berjalan2 ke ladang teh dia. Gambar yang kat atas tu hentian yang kedua. Besar sket. Siap ada tempat jual teh keluaran Cameron Valley. Tempat minum2 sambil melepak pun lagi besar. Parking pun banyak. Slalu nyer kalo korang join trip mana2 yang naek bas, diorang akan stop kat sini.






[Bole nampak tempat untuk pejalan kaki. Tapi tak larat lak aku nak jalan jauh2 sampai situ]


Sebab trip ke Bee Farm tak menjadi, so kitorang ada banyak masa lagi petang tuh. Tak tau nak lepak mana. Terus gi berjalan kat taman2 area Tanah Rata je.


 [Gaya refreshing mungkin?]




[Gambar yang bajet stylo]


Entri ni entri yang terakhir aku share untuk edisi percutian kat Cameron Highlands. Tentu korang pun termuntah asyik menghadap entri pasal Cameron Highlands je.


Saturday, March 2, 2013

Cameron Highlands - Strawberry Farm

Macam biasa. Aku kalo menyimpang daripada menulis pasal satu benda, terus aku lupa nak sambung balik. Bila aku teringat, baru la nak merajinkan diri nak sambung balik apa yang tertinggal. So, kita sambung balik citer yang lepas2 ye. Keh3...

Lepas balik daripada Cactus Farm, kitorang singgah kat Strawberry Farm lak. Strawberry Farm yang kitorang pergi ni dekat area Time Tunnel. Sape yang pernah pergi Time Tunnel tu tahu la kot kat mana. On da way nak kena Tanah Rata gak.




Kat Strawberry Farm ni kalo tak jual strawberi, memang tak sah dan tak layak digelar Strawberry Farm. Tapi kalo takat nak beli je, tak yah la susah2 nak datang Cameron Highland. Pergi je mana2 supermarket, insyaAllah ada jual gak. Tapi kalo nak petik sendiri, sila la datang.


[Cendawan pelbagai warna, tapi perisa mungkin satu je]


Cuma satu benda je yang tak best nyer pasal Strawberry Farm nih. Untuk petik sendiri strawberi, korang akan di charge RM 25 per head [PEMBETULAN] per kilo atau lebih kurang gitu la. Satu bekas yang diorang bagi tu bole 2 orang je masuk. Kalo nak masuk lagi, bayar lagi sekali dan diorang akan bagi lagi satu. So kalo korang datang secara berjemaah, sila la kopak kan dompet dan beg duit masing2. Pastu strawberry yang korang kutip, sila makan sampai muntah. Tapi aku syor kan korang sewa tapak pasar kat Kea Farm, pastu korang jual balik strawberi korang. Hehehe...


[Tempat strawberi membesar sambil menunggu diri disunting "kumbang"]


[Quality check untuk pastikan buah mengikut piawaian SIRIM]


[Lapar sangat dah, makan dlu la]


Hhhmmm... Panjang dah ni aku rasa entri aku. Okay la. Nak sambung berehat. Hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...