Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Monday, April 29, 2013

Tips Mengundi daripada Mat Luthfi

Korang baru 1st time nak mengundi dan agak noob tentang cara2 nak pilih calon untuk dipangkah?

Anda tak daftar mengundi lagi tapi rasa rajin nak tau?

Anda dah 14 kali mengundi tapi dah lupa cara macam mana nak pilih calon pilihan?

Korang bole la tengok video daripada Mat Luthfi nih.

Yang dah 14 kali mengundi tapi buat2 lupa macam mana nak mengundi pun boleh tengok video ni gak.


*video ni takde kena mengena dengan tips2 nak pilih calon suami/ isteri.





Sunday, April 28, 2013

Pemandu, Kereta dan Tabiat #14

High Beam Kereta dan Senyuman


Aku adalah antara orang yang anti dengan sape2 yang selalu bagi lampu high beam kat highway just semata2 sebab dia bawak laju sangat2. Konon2 malas nak slow down dan amek cara mudah, bagi high beam supaya kereta depan masuk balik lane kiri.




Dan aku selalu tersenyum bila diorang yang suka bagi high beam nih:

1. Terpaksa slow down waktu hujan lebat, sampai tahap aku boleh potong diorang balik. Yang ni jatuh dalam kategori "menunjuk lebih, skill memandu takde power sangat" atau "kereta besar tapi mata kurang terang".

2. Terpaksa slow down sebab tiba2 je ada lori besar gabak masuk lane kanan. Bagi high beam pun of course tak jalan sebab pemandu lori don't give a damn ngan lampu high beam sebab diorang tak nampak pun. Ni jatuh kategori "kena troll tahap dewa".


Korang bagaimana?


p/s: tiba2 terasa macam perangai aku sama ngan syaiton nirrojim...


Saturday, April 27, 2013

Kedai yang Tak Kedai Sangat

Kedai yang tak bape nak kedai sangat.

Dlu masa aku gi berjalan kat Terengganu, aku ada singgah kat satu kedai nih. Masa tu baru nak gerak balik. So nak cari kedai la nak singgah beli apa2 yang patut. Tempat aku singgah tu nama nyer Hentian Maidam Padang Air. Kalo tak silap aku masih kat dalam kawasan Kuala Terengganu. Dari jauh nampak signboard kedai serbaneka. Sekali bila sampai...




p/s: tertipu masa tuh....


Friday, April 26, 2013

Twist of Fact #1

Kisah Di Sebalik Anak Anjing Kena Jaga dengan Ular


 [Baca kisah sebenar kat SINI]


Sebenar nyer ni anak anjing ni nampak je innocent. Tapi sebenar nyer dua2 ekor nih pembuli besar kat Sekolah Rendah Anjing-Anjing SeMalaysia. Ular tedung ni awal nyer berniat nak ngap je anjing2 nih. Tapi kena ugut lak. Kalo seekor je ugut, dia berani lagi. Tapi kalo dua2 pun ganas, tak berani dah la dia nak ngap. Apa pun, anjing 2 ekor nih sempat membuat muka innocent ketika jurugambar mengambil gambar. Ambil gambar je. Nak selamatkan tak berani.


Sumber: Blog Ketegaq


Sunday, April 21, 2013

Korean Drama - Dream High 2

Sape peminat Dream High, angkat tangan...

Dah tengok Dream High 2? Aku dah tengok 2-3 bulan yang lepas. Tapi hari ni baru aku rajin nak update sebab rasa macam dah lama lak aku tak update pasal k-drama nih. Last aku citer pasal citer BIG, Januari lepas.




Dalam sekuel ni, lebih kurang sama gak macam siri yang sebelum nyer. Citer pasal anak2 muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi terkenal dan nak pursuit kegemilangan dalam dunia hiburan. Tapi kali ni, background anak2 muda ni ada kelainan sket. Dengan Kirin Art School yang mengalami masalah kewangan, Oz Entertainment mengambil alih akademi tersebut.




Shin Hae-sung (Kang Sora): Power dalam exam, kecundang daripada segi performance (nyanyian).

JB (Im Jae Bum/Jang Woo-jae): Ahli kumpulan Eden yang popular, tapi terpaksa masuk balik ke akademi.

Rian (Park Ji Yeon): Ahli kumpulan HerShe, tapi terpaksa masuk balik ke akademi. Bakatnya diragui dan cuma dikatakan sebagai "penyeri" dalam kumpulan HerShe kerana rupa nyer yang cantik.

Jin Yoo-jin (Jung Jin-woon): Mempunyai bakat besar. Pernah memasuki dunia hiburan masa kecik2 dlu.




Seperti mana2 movie atau drama yang ada sekuel, tak kira la trilogi ke hape, kebanyakan nyer sekuel diorang kurang best. Walaupun Dream High 2 ni pada aku adalah menarik, tapi Dream High 1 lagi menarik bagi aku. Dengan plot citer yang lebih menarik. So kalo compare Dream High 2 ngan Dream High 1 ni, jadi kurang best la. Tapi kalo tak compare, okay je.

Cuma aku menyampah sket ngan watak heroin utama nyer. Macam lemah giler. Macam satu hape pun dia tak pandai. Macam loser giler. Kadang2 naek menyampah pun ada. Daripada segi barisan pelakon lak, kebanyakan nyer aku tak kenal. Cuma Park Ji Yeon je aku kenal sebab dia penyanyi kumpulan T-ara.

Apa pun, citer still okay bagi aku. Rate aku bagi, ini.




Saturday, April 20, 2013

KFC Spicy Korean Crunch

Nak feel K-Pop masa makan ayam KFC?

Once in a while, KFC akan gantikan ayam spicy diorang dengan menu yang baru. Tahun lepas diorang keluarkan Flaming Crunch yang sememang nyer crunchy dan sedap, tahun ni diorang memperkenalkan Spicy Korean Crunch lak. Mungkin sebab budaya Korea ni dah makin popular kot kat Malaysia nih. Sumer benda mesti K-Pop.




2 hari lepas aku pun singgah kat KFC di Landmark Centre Kulim. Kebetulan ada barang nak beli kat situ. Pastu member ajak makan KFC. Aku on je. Lagi2 aku tau KFC ada produk baru. Memang teringin nak rasa walaupun aku tau ada bad review pasal Spicy Korean Crunch nih.

And yes. Memang ayam yang aku dapat tu pun macam orang laen review gak. Dia punyer sos tu tak meliputi seluruh ayam. Tapi aku takde la hangin mana pun. Sebab aku still consider ayam ni sedap. Takde la rasa macam ayam perisa tomyam yang dlu. Tapi KFC kat Landmark Centre Kulim ni bagus. Sebab apa aku kata bagus? Sebab ini...


[Sos yang meliputi ayam Spicy Korean Crunch, tapi tanpa bijan]


Sebab pihak pengurusan diorang sudi bagi aku ngan member sos yang diorang letak kat atas ayam Spicy Korean Crunch. Tapi tanpa bijan la. Sos nyer aje. Tetapi... Kalo korang maen celup je ayam dalam sos ni, korang akan rasa takde la sedap mana sos nih. Sebab aku rasa tak sedap. Kalo orang laen try aku tak tau la. Apa yang aku buat lepas tu? Aku just guna sudi, amek sket sos pastu ratakan atas ayam. Kira ok gak la rasa dia.

So lepas ni, kalo korang rasa sos atas ayam tu macam ciput sangat dan korang rasa tak puas dan tertipu sebab kena charge RM 0.20 untuk setiap ayam, mintak sos kat pekerja diorang. Masa aku mintak hari tu, siap manager/ assistant manager (tak tau mana satu, tapi aku tau jawatan dia tinggi sket sebab baju warna laen) dia sendiri turun bagi sos tu kat aku ngan member aku.


Thursday, April 18, 2013

Engrish Teecher

Thorday ret's rearn engrish...


[Crick for batter view]


[Crick for batter view]


p/s: kalo korang perasan, advertisement ni merupakan iklan jawatan kosong di Jobs Central.

Wednesday, April 17, 2013

Taman Tamadun Islam

Hujung bulan lepas aku ada bagitau yang aku pergi Taman Tamadun Islam kat dalam entri INI. Tapi aku tak citer detail sebab entri yang tu pun dah cukup panjang. Kalo aku letak gambar2 replika masjid kat dalam Taman Tamadun Islam tuh, maka berjela la entri tu nanti. So hari ni aku buat satu entri khas untuk upload gambar2 replika masjid khas untuk korang.

In before, aku tak letak gambar semua masjid. Nanti korang dah tak nak pergi sendiri lak.


[Replika Masjid Negara]


[Replika Masjid Menara Kudus yang terletak di Jawa Tengah]


[Replika Masjid Badshahi, Pakistan]


[Full view Masjid Badshahi]


[Replika Dome of the Rock]


Untuk sesetengah replika, diorang ada buat pameran kat sebelah bawah seperti replika Masjid Negara ngan Dome of the Rock nih. Dewan pameran belah bawah. Replika kat belah atas. Dewan pameran nyer siap ada aircond lagi. Time aku ngan wife aku pergi hari tu, memang tengah panas terik. Sampai je dekat replika yang ada dewan pameran, cepat2 masuk. Nak amek aircond. Hehehe...




[Dome of the Rock ni spesel sket. Korang bole masuk dalam untuk tengok
kat dalam dia macam mana]


[Replika Masjid Sheikh Lutfallah di Iran]


[Replika Makam Khwaja Abu Nasr yang terletak di Balkh, Afghanistan]


[Masjidil Haram, tempat umat Islam menunaikan Haji]




[Tawaf la sampai 100 kali pun kat sini, tetap tak dapat gelaran Haji]


[Masjid Nabawi di Madinah]


Sebenar nyer ada dekat sesetengah replika, ada dibuat macam titian supaya korang boleh jenguk daripada atas. Kira nyer bole la nampak apa yang kat tengah kan. Tapi ntah nak salah kan sape, titian tu kebanyakan nyer dah reput dah takde tanda2 untuk membaiki nyer. Cuma diorang letak red tag je supaya orang tak naek.

Ada banyak lagi replika masjid kat dalam Taman Tamadun Islam nih. Tapi takpe. Korang ada diberikan buku umpama passport. Dalam tu ada peta ngan sedikit info tentang masjid2 yang ada kat dalam taman tuh. So takde la korang termiss mana2 replika nanti.


[Camni passport dia]


Sunday, April 14, 2013

G.I. Joe - Retaliation



Sape dah tgk G.I. Joe, angkat tangan... Dah dah. Tak yah  nak gembira sangat.

Aku baru je tengok movie ni minggu lepas. Tak yah tanya kenapa ari ni baru nak update. Soalan tu cliche dah. G.I. Joe - Retaliation nih sekuel kepada G.I. Joe - Rise of the Cobra. Kali ni pasukan elit G.I. Joe ni dihapuskan atas arahan White House. Kenapa? Bagaimana? Persoalan tu akan terjawab time korang tengok movie ni nanti. Hehehe...




Movie kali nih agak kurang umph berbanding dengan G.I. Joe - Rise of the Cobra. Kalo minum teh kat Boh Sungai Palas, kalo diorang buat kurang umph, bole la sruh diorang bancuh semula. Tapi kalo tengok movie yang kurang umph berbanding prekuel dia, tak kan nak sruh pengarah dia bikin balik movie nih?

Dengan kemunculan watak The Rock ngan Bruce Willis dalam movie kali ni, mungkin sedikit sebanyak membantu menarik minat penonton. Jalan citer is okay. Tapi aksi kureng. Melaenkan letupan di sana sini. Tapi aksi yang kat atas gunung bersalji tu menarik. Yang tu memang thumbs up.

Selaen daripada tu, yang laen agak jauh berbeza dengan movie yang sebelum nih. Dan aku rasa watak Flint takde impak pun dalam citer nih. Daripada matikan watak Duke, baek matikan watak mamat nih je. Haishh...




Saturday, April 13, 2013

Generasi Ku



Tadi tertengok video ni kat blog Kak Di. Memang mengimbau kejap zaman persekolahan masa budak2 dlu. Zaman bawa air minuman dalam bekas air mineral je. Up sket bawak botol air yang lawa sket. Beg sekolah lah kalo bole memang nak ada gambar kartun2. Tapi masuk darjah 5, matang sket. Beg sekolah pun takde gambar kartun2 dah. Plain je. Takde nyer nak warna warni. Beg sekolah takde nyer nak jenis yang tarik2. Galas je sumer.

Waktu rehat lak, maen konda-kondi, galah panjang. Kalo budak perempuan lak, maen batu seremban. Kalo malas nak maen kat luar, maen lawan pemadam kat dalam kelas. Up sket, maen jentik penutup tin. Kadang2 je ada orang bawak dam haji ngan board game laen macam dam ular atau chess.

Zaman sekolah korang lak macam mana? Korang sama generasi macam aku ke atau korang generasi moden?


Friday, April 12, 2013

Kronik, Memang Kronik

Kronik. Memang kronik.

Dah masuk hari ke-12 dalam bulan "April the Fool", baru ada 2 entri (campur yang ni jadi 3).

Kronik. Memang kronik.

Tahap movie "The Kronikal of the Kronik ReX".

Memang kronik tahap kronikal.


Tak tau la apa nak jadi dengan aku sejak dua menjak nih. Jadi malas giler nak update blog sendiri. Blogwalking pun sempat terjah blog dalam bloglist je. Sape yang tinggal jejak kat shoutbox, buat masa ni masih terabai.

Nak kata sibuk ngan keje, memang la sibuk. Tapi takde la sibuk sampai takde masa nak update langsung kan. Idea tu memang ada. Tapi ntah kenapa jari jemari ni terlalu keras untuk menterjermahkan idea kepada isi2 yang boleh dimuatkan ke dalam blog aku nih. Keras dowh...


 [Cari "jari keras" kat Google jumpa gambar nih. Hahaha...]


Nanti rajin2 aku update la balik blog nih. Hehehe...


p/s: isi entri ni pun tahap kronik gak.

Thursday, April 4, 2013

Spontaneous Thursday #8

Some people make things happen.
Some people watch things happened.
While others wonder what has happened.


p/s: which one are you?


Monday, April 1, 2013

Nama Korang = Chemical Element?

*Entri ni sekadar sker2 aje. Kalo korang bosan2, bole la cuba cari nama korang dalam bahasa kimia.

Nama aku Arsenic Tungsten Aldebaranium. Tapi aku tau kalo korang nak sebut nama penuh aku nih, memang tergeliat la lidah korang. Silap haribulan bole masuk wad. Pastu bila doktor tu tanya macam mana lidah korang bole tergeliat lalu korang pun jawab, "saya sebut nama kawan saya, Arsenic Tungsten Aldebaranium", maka tergeliatlah lidah korang sekali lagi. Kalo nak pedajal doktor tu, bole sruh dia sebut nama penuh aku.




Sebenar nyer cuma arsenic ngan tungsten je yang simbol nyer masih dipakai sampai skang. Aldebaranium lak nama asal element Ytterium. Haaa... Bukan setakat sker2 je maen buat nama guna chemical element. Siap bole belajar lagi sejarah. Kih3... Korang tak nak buat?


p/s: yang nama panjang sangat tu, siap lah. confirm tergeliat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...