Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, June 23, 2013

Ros Chalet Cameron Highlands

Berbalik kepada kisah aku pergi Cameron Highlands hari tuh yang dah lama tertunggak, hari ni aku membuat mukadimah dengan up entri tentang dekat mana aku tinggal kat sana. Murah. Dekat dengan kawasan bandar. Bole dikatakan tengah2 antara Tanah Rata dengan Brinchang. So korang nak pergi kedua2 tempat ni, tak la jauh sangat.


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia


Ros Chalet ni terletak kat Taman Sedia, Tanah Rata. Kalo korang daripada Brinchang nak ke Tanah Rata, confirm korang akan nampak signboard Taman Sedia besar2. Tak pun korang cari je signboard Hotel Iris. Tempat masuk dia sama je. Apa yang best kat Ros Chalet ni, Strawberry Farm depan chalet je. Rasa2 malas nak pergi jauh2, sila menapak sendiri menyeberangi jalan yang confirm, tak banyak kereta lalu lalang (sape yang pernah pergi mesti faham apa aku cakap).


ros chalet, cameron highlands, strawberry farm, tanah rata, taman sedia


Dah2. Mari kita terjah lak interior design chalet nih. Sebenar nyer dekat Ros Chalet ni ada banyak bilik. Bilik single, double. Bilik yang ada banyak bilik aka rumah pun diorang ada. So kalo korang nak bawak satu family, bole la datang menginap kat sini.


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia
[Kolam ikan pun ada]


Actually aku nak tangkap gambar dalam bilik. Tapi sampai2 je terus landing atas katil, memang tak snap dah la gambar bilik. Sebab dah berselerak kan. Nak mengemas nyer malas. Hahaha... Bilik dia ok la bagi aku. Cuma takde aircond atau kipas. So kalo agak2 korang datang time musim kemarau, sila bawa kipas sendiri. Tak pun bila rasa panas, sila jirus badan ngan air sebab air confirm sejuk... Sejuk tahap bole menggelupur.

Ros Chalet ni bukan takat ada bilik yang ada banyak bilik untuk keluarga yang ramai. Tapi diorang pun ada tempat untuk buat barbeque. Kot2 la korang malas nak kuar makan malam sebab nak makan malam kat sini pun satu hal. Kalo bawak ramai ahli keluarga, lagi leceh. Jadi kalo malas, barbeque la korang kat belakang chalet. Siap ada sungai lagi.


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia
[Nampak sungai? Oooo... Nampak aku je ye]


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia
[Tempat barbeque]


Harga pulak, kalo bilik yang ada 1 queen bed yang macam aku duduk tuh, harga dalam RM 80. Harga yang laen tu aku tak tau la pulak. Tapi kalo korang rasa berminat, korang bole call 05-4912787 untuk bertanya khabar atau nak buat tempahan.


Saturday, June 22, 2013

Langkawi, Here I Come

Again...


langkawi, replika helang

 
Hahaha... Kalo korang follow blog aku daripada dulu lagi, korang tentu perasan yang aku dah pernah pergi Langkawi sebelum2 nih. Macam yang aku pernah tulis kat entri INI dan INI. Tapi sumer tuh atas dasar keje. Bila dah nama pun atas dasar keje, so nak berjalan2 sesuka hati tu adalah mustahil la kan.


sekretariat, conference committee


Tapi minggu depan aku nak melawat Langkawi bukan untuk buat keje. Kali ni btol2 nak berjalan punya. Aku ada beberapa tempat dalam kepala otak aku nak pergi. Tapi aku nak tanya pendapat korang gak. Apa tempat2 yang menarik untuk berjalan kat Langkawi?


Friday, June 21, 2013

Launching Event Punya Pasal

Hari Selasa sampai Khamis lepas adalah satu hari yang agak hectic. Sumer gara2 idea member nak buat launching logo kelab (kelab aktiviti untuk tempat keje aku) sempena dengan perhimpunan bersama manager kitorang. Konon2 nak mintak dia rasmi kan la.

Since masa pun tak cukup nak planning pelik2, kitorang just buat video. Tapi bukan video yang biasa. Video yang menjadi trending di alaf baru nih, iaitu stop motion. Buat masa skang ni, aku takde video tuh, sebab bukan aku yang compile. Kalo dapat nanti, aku upload kan.

Gara2 nak buat event nih, macam2 perkara. Balik keje lambat. Tak bole tdo malam. Pergi Uptown di Perda dengan tiba2. Al-kisah nyer, lepas dah compile video, bajet nak rehearse la kan. So tengah dok prepare2 tuh, pasang la plasma ball (salah satu prop untuk launching).


plasma ball, launching props


Tapi sebab letak atas meja dengan alas kaen yang menyerap haba (means haba tak dapat dibebaskan dengan sempurna), last2 plasma ball tu blow sampai ada kesan terbakar kat kaen tuh. Naseb baek tak terbakar sampai keluar api. Tak pasal2 kul 11 tu gak kitorang bergegas ke Uptown Perda. Kot2 la ada orang jual. Last2 tak jumpa. Sedih campur penat. Lepas dah lepak minum air, balik la kitorang.

Malam tu lak aku tak bole tdo. Tak tau la sebab apa. Nak kata panas, aku siap bukak baju lagi. Tapi tetap tak bole tdo. Aku rasa aku tertdo setakat 2 jam je kot. Pastu terpaksa bangun sebab nak kena gi keje awal untuk prepare launching event tuh dengan member2 aku yang laen.


p/s: sudah nyer, semalam aku berjaya tdo dengan nyenyak nyer...


Monday, June 17, 2013

Pee Mak

Selalu nyer bila aku tengok movie, aku peram seminggu dua, baru aku buat review. Tapi hari ni laen lak. Peram tu peram jugak. Tapi baru 2-3 hari je. Hehehe... Bukan sebab movie ni spesel ke hape. Tapi saje je sebab malas nak taip entri yang laen2. Keh3... Citer ni pun dah lama tayang. Tak tau ada lagi ke tak. Tapi kalo takat hari Jumaat hari tuh, ada lagi la kat GSC.


pee mak, review


Movie ni boleh dikategorikan sebagai seram komedi yang macam filem2 Melayu selalu dok buat (tapi jauh lebih berkualiti). Citer yang mengisahkan Nak yang mati bersalin sementara menunggu suami dia Mak pulang daripada peperangan. Bila Mak balik je bersama2 rakan dia, dia disambut oleh Nak tanpa mengetahui yang Nak tu sebenar nyer dah mati.


[Tak banyak babak komedi dalam trailer nih]


Pee Mak ni bagi aku memang best la. Kelakar abes. Time aku tengok ari tuh, pawagam kecik je (mungkin sebab tak ramai orang tengok). So bila gelak, hingar-bingar satu pawagam dengan gelak ketawa. Tengok citer komedi pun tak gelak macam nih.

Apa pun, tetap ada plot2 yang sedih especially masa kat ending. Aku terus masuk mode memotong bawang kat dapur bila tengok scene sedih2 nih. Kalah bini aku. Hahaha... Tapi apa pun, aku sker cara dia twist citer. Mula2 ingat yang dia nih hantu. Pastu ingat yang member ni lak yang hantu. Last2 bukan gak. Benda yang takde dalam citer seram komedi Melayu.




Thursday, June 13, 2013

Spontaneous Thursday #9

Ada banyak entri nak up.
Tapi sumer tak sempat nak karang lagi.
Bole?
Hahaha...

Saturday, June 8, 2013

1st Anniversary bersama Wifey

In b4, dah macam tajuk giveaway pun ada. Hahaha...


kahwin, berarak, aswad-zuraida
[Masih ingat yang ni?]


Well, minggu lepas genap setahun aku berkahwin dengan Cik Vanilla (ke kena panggil Puan Vanilla skang?). Jadi, haruslah disambut dengan pergi bercuti. Tapi takde la sampai bercuti ke Korea. Cameron Highland lagi je... Lagi pun masa tuh ingat dia kena keje. So takde la planning jauh2.


scone, tea, cameron valley


Sampai2 Cameron Highlands pun dah petang. Terus singgah Cameron Valley. Pekena scone ngan teh. Selesai je makan, terus aku ngan wife aku gerak cari Ros Chalet. Ros Chalet ni actually homestay. Tapi ada banyak bilik, macam chalet gak la. Bilik family ada, bilik bujang ada. Harga pun murah je. Yang ni aku update kemudian.


steamboat, S Corner, area Hotel Titiwangsa


Sebab sambut anniversary kan. Harus lah makan sedap2. Malam tu kitorang makan steamboat dekat S Corner. Wife aku cakap dekat area Hotel Titiwangsa. Hharap kan aku, confirm tak ingat nama landmark2 nih. Yang aku tau makan je. Nama kedai steamboat ni pun tanya wife aku.

Sebab cuti pun tak lama, tak banyak tempat pun nak jalan. Lagi pun dah beberapa kali datang Cameron Highlands nih. Malas la nak jalan kat tempat2 yang dah biasa pergi. Tapi dekat mana kitorang gi berjalan2, tu update kemudian. Entri ni nak fokus pasal anniversary je. Hahaha...


secret recipe


Balik aje, terus singgah Secret Recipe. Sebab nak bagi "feel" anniversary ni, kena la makan kek. Sebab takut tak abes kalo beli sebiji, satu slice pun cukup ler. Om nom nom... Oh ye. Jangan tanya kek apa aku beli. Aku tak ingat. Rasa kek tu pun ingat2 lupa nih.


secret recipe
[Ecece... Nak potong kek pun berpegangan tangan. Awww...]


happy anniversary
[Happy Anniversary]


p/s: terjiwang pulak entri kali ni.


Friday, June 7, 2013

Pemandu, Kereta dan Tabiat #15

Ego Kereta Mewah


ego, lori besar
[Ego lagi besar daripada lori ini]


"Haishhh kereta depan nih. Kereta mewah dah. Tapi bawak slow."

Korang pun potong la kereta tadi dengan selamba aje. No sweat bebeh...

Tapi bila korang potong je, kereta tadi terus pecut laju dan potong korang balik. Membuatkan korang terkebil2 keseorangan. Tapi kalo korang ada member2 laen dalam kereta, sruh diorang terkebil2 sekali. Baru ada geng.

Kalo korang biasa memandu kat highway dan korang drive kereta yang tak berapa nak mewah, mesti korang kadang2 jumpa ngan situasi macam nih kan. Aku biasa jumpa dah situasi macam nih masa bawak kancil dlu.

Bila aku fikir balik, adakah ego diorang terguris terhiris bila kereta tak mewah macam kancil potong kereta diorang. Tu yang tak bole terima bila kena potong. Yang paling aku tak paham, bila diorang potong balik, terus bawak slow macam tadi. Haishhh... Potong balik kang, mau terguris hati lagi skali.

Korang pernah experience benda ni? Ke korang pernah terguris gak? Keh3...


p/s: tapi bukan sumer pemandu kereta mewah ego dia besar.


Thursday, June 6, 2013

Pelupa

Ehem...

Cam lama pulak aku tak update blog nih. Actually aku gi jalan2 ari tuh. So memang tak sempat nak update blog. Apa pun, tu aku citer kemudian. Ari ni aku nak citer pasal benda laen dlu.


Pelupa

 
Ari ni aku nak citer pasal tabiat pelupa. Adakah korang seorang pelupa? Well, walaupun korang bukan seorang pelupa, tapi at certain point, korang pun akan terlupa something jugak. Aku ni nak kata pelupa sangat tu tak la jugak. Tapi nak kata aku ni kuat daya ingatan, pun tak gak. So-so je. Hahaha...

Sebenar nyer scene macam dalam kartun kat atas ni pernah beberapa kali jadi dah kat aku. Even kawan2 aku pun ada. Contoh nyer, dok tanya kunci kereta kat mana. Pastu cari2 merata. Padahal dalam kocek. Haishh...

Korang macam mana? Mesti ada gak kan "scene" korang tersendiri. Apa kata korang share kat ruangan komen.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...