Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Tuesday, July 30, 2013

Cuti Raya

Hari ni aku baru perasan, entri aku time nak raya tahun lepas tiba2 jadi popular kejap bulan nih. Entri yang INI. Entri ni pun sebab aku join segmen Abang Ensem ngan Zarul Umbrella. Tapi aku buat entri ni bukan sebab nak sembang pasal entri nih. Nak sembang pasal laen sebenar nyer. Maklum lah. Dah lama tak update. Jadi aku update la sket walaupun takde apa sangat nak sembang.

Khamis depan dah Hari Raya. Korang dah amek cuti ke blom? Aku baru je klik button submit untuk permohonan cuti aku. Cuti awal sket sebab kalo cuti lambat2 pun, mood keje confirm hilang ntah ke mana. Jadi lebih baek cuti je kan. Hehehe...

Korang macam mana lak? Dah amek cuti?

 

Tuesday, July 23, 2013

Cara Mudah Tangkap Ayam

Raya lagi lebih kurang 2 minggu je lagi. Ayam kat belakang rumah korang lak banyak. Malam raya nak kena masak rendang ayam dah. Tapi nak tangkap ayam satu hal lak. Hari ni aku share cara mudah nak tangkap ayam. Aku malas nak taip banyak sebab puasa, so korang layankan je la video nih.





p/s: belakang rumah aku takde ayam

Sunday, July 21, 2013

Aku, Puasa dan Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum (wahh, sopan lak aku hari ni). Hari dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Aku hari ni nak bukak topik pasal bazaar Ramadhan. Bukan nak sembang secara umum macam "apa itu bazaar Ramadhan (ada orang sembang pasal topik ni ke?)", "kenapa kena ada bazaar" mahupun "best nyer bazaar Ramadhan". Bukan2.


bazaar ramadhan, puasa, ramadhan


Puasa dan bazaar Ramadhan memang tak boleh dipisahkan. Bila masuk je bulan Ramadhan, sekelip mata banyak khemah terbuka. Juadah makanan pun bermacam2 jenis. Duit dalam poket pun laju je abes. Ingatkan time puasa jimat sket sebab makan sekali je time berbuka. Tapi last2 spend duit macam hari tu makan pagi, tengah hari ngan malam. Siap overspent lagi.

Sape yang slalu pergi bazaar Ramadhan, sila angkat tangan... Hahaha... Kita satu geng. Oleh sebab aku PJJ (bukan Pergi Jauh-Jauh ye) ngan wife aku, aku slalu la pergi bazaar cari makanan berbuka time dia takde kat umah. Slalu lepas abes waktu keje je, aku terus ke bazaar Ramadhan sebab aku lebih selesa pergi time tak ramai orang. Ramai tetap ramai. Tapi tak seramai time pukul 6 ke atas. Rimas aku kalo tempat tu crowded sangat.


bazaar ramadhan, puasa, ramadhan


Tapi mungkin atas faktor dah makin tua, aku rasa macam tak best je makanan kat bazaar Ramadhan nih. Sebab bila aku pergi je, aku selalu tak tahu nak beli apa. Macam tak menarik je lauk2 kat sana. Last2 lauk sama je yang aku beli. Kalo dlu, awal2 puasa, seronok nak cari makanan berbuka. Dah nak hujung2 baru tak tahu nak makan apa. Tapi skang, awal2 lagi dah tak tahu nak makan apa. Kang ada yang berbuka makan maggi je kang.


p/s: rindu masakan isteri...


Saturday, July 20, 2013

Bubur Lambuk

Bubur lambuk ni boleh dikatakan makanan yang popular time bulan puasa. Akan ada banyak masjid2 yang bagi bubur lambuk secara percuma dan akan ada ramai manusia yang berpusu2 nak dapatkan bubur lambuk free. Barang free, sape tak nak kan. Tepuk dada, tanya perut.


bubur lambuk, puasa, Ramadhan


Khamis lepas, tempat keje aku ada buat aktiviti membuat bubur lambuk. Tapi tukang masak utama nyer jemput orang luar je. Kalo staff sendiri yang masak, ada peluang cerah untuk mendapat bubur lambung. Hehehe... Cuma tak banyak gambar yang aku bole share sebab most of the pictures ada gambar awek dan mak budak skali. Nanti diorang lagi famous daripada aku Takut kalo letak nanti, ramai lak stalker diorang.


bubur lambuk, puasa, Ramadhan


Kadang2 lari sket daripada buat keje rutin ni best gak. Buat keje, pastu dapat makanan free. Korang amacam? Tahun ni ada pekena bubur lambuk?


Wednesday, July 17, 2013

Rexylla

Kalo korang selalu berkunjung ke blog aku, mesti korang perasan advertisement yang aku letak bawah header blog tuh. Rexylla ni sebenar nyer blogshop yang baru je bukak. Sebelum ada orang tanya, sebenar nyer blogshop ni kepunyaan wife aku, dengan dibantu oleh aku. Kira nyer aku ni assistant la. Hehehe...

Nama pun blogshop baru kan. So memang baru je nak menapak dalam online business ni. Setakat ni ada 3 jenis baju yang kitorang jual. Antara baju2 yang ada dalam stok. Harga pun murah je. Dalam RM 40, tak termasuk postage.


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


Kalo korang berminat, korang bole lawat ke blog Rexylla untuk maklumat lanjut. Boleh jugak follow untuk mendapat update terkini.


Saturday, July 13, 2013

Cameron Highlands - Big Red Strawberry Farm

big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick


Satu lagi tempat yang aku singgah semasa kat Cameron Highlands bulan lepas adalah Big Red Strawberry Farm. Sebelum ni pun aku pernah singgah di salah satu strawberry farm kat Cameron Highlands nih. Korang bole baca entri tu kat SINI.

Big Red Strawberry Farm ni kat area Brinchang. Kalo tak silap aku, dalam kawasan pekan gak. Jalan nak ke tempat ni agak kecik, so kadang2 korang bole terlepas pandang. So make sure tengok dia nyer papan tanda dengan fokus nyer.


big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick


Unik nyer tentang tempat ni, kalo korang nak pergi cari kaktus, tak perlu susah2 dah nak singgah tempat laen. Korang bole datang sini je terus sebab kat sini pun ada Cactus Valley. Tapi kalo korang nak gi strawberry farm je, korang bole terus drive ke atas sebab kat atas ada tempat parking yang lagi banyak. Parking kat Cactus Valley ni agak limited sket.


big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick
[Pintu masuk Big Red Strawberry Farm]


big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick
[Ladang strawberry]


Tapi yang paling best datang ke Big Red Strawberry Farm ni adalah foodcourt diorang. Kat foodcourt ni, korang bole order macam2 makanan yang ada sangkut paut ngan strawberry. Aku ngan wife aku order makanan kat bawah nih. Memang sedap la. Cuma banyak lak strawberry dia bagi.


big red strawberry farm, cameron highlands, foodcourt, strawberry food
[Jangan tenung lama2. Kang batal puasa]


Kalo korang rasa nak petik buah strawberry dan pada masa yang sama, perut korang tengah lapar dan nak merasa makanan ber"strawberry", bole la singgah kat Big Red Strawberry Farm nih. Berbaloi...


Thursday, July 11, 2013

Video Stop Motion

Masih ingat entri yang INI? Aku sebenar nyer nak upload video ni lebih awal. Tapi sebab pendrive aku kena virus, so tertangguh la niat tu. Hari ni baru ada kesempatan nak upload. Takut kalo aku tangguh lagi, satgi ada pendrive yang kena virus lagi.

Video stop motion yang aku ngan member2 aku buat ni adalah untuk launching event kelab kebajikan di tempat keje kitorang. Saje je nak buat gempak2, siap ada launching event sebab AJK tahun ni memang sporting dan happening. Apa pun, harap korang rejoice enjoice dengan video stop motion ala2 noob nih.


video


p/s: jumlah gambar yang di snap = 400 gambar.


Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434H

Assalamualaikum sumer. Amacam first day puasa? Ada yang bangun pagi terbukak tudung saji tak? Hahaha... Apa pun, hari ni aku cuti sebab Kedah memang amek cuti 1 Ramadhan. Since semalam tak sempat nak wish selamat berpuasa kat korang, hari ni aku amek kesempatan untuk mengucapkan kepada sumer blogger dan juga reader selamat berpuasa pada bulan Ramadhan ni dan banyakkan amalan. Kalo tak bole, at least lebih banyak daripada tahun lepas.


ramadhan, 1434H, puasa


Hari ni ada yang tak bangun sahur tak? Kalo ada, buat2 la bangun laen kali untuk mengelakkan kebuluran di siang hari. Kebulur tu tetap kebulur. Cuma kalo sahur, lambat la sket proses dia nak kebulur tuh. Hehehe...


Sunday, July 7, 2013

Cameron Highlands - Lavender Garden

Sebenar nyer aku nak upload video stop motion yang aku cakap dalam entri INI. Tapi pendrive ada virus lak. Sumer file jadi shortcut. Dan antivirus aku tak cukup power untuk detect virus atau malware tersebut lalu gagal meng"convert" semula shortcut itu kepada file semula.
 
Tapi takpe. Aku sambung balik entri Cameron Highlands yang lepas. Sambung dengan tempat yang paling menarik sekali masa trip ke Cameron yang entah kali ke berapa ntah. Actually ni first time aku menjejak kaki kat Lavender Garden nih. Dlu tak tahu pun pasal kewujudan tempat ni. Tapi kalo korang lalu, mesti hati korang terpukau dengan "keunguan" tempat nih.


lavender garden, cameron highlands, entrance lavender garden


lavender garden, cameron highlands, entrance cameron highlands


Lavender Garden ni start bukak kul 9.00 pagi. Kalo korang sampai awal macam aku, jawab nyer berposing depan kamera la sambil menunggu. Nak masuk ke Lavender Garden ni, korang kena bayar RM 5 untuk dewasa. Untuk kanak2 aku kurang pasti. Tapi yang pasti, confirm lagi murah. Hehehe...


lavender garden, cameron highlands, love lock
[Tempat pertama korang masuk lepas membayor tiket]


lavender garden, cameron highlands
[Aku amek gambar daripada kawasan atas. So tak nampak sangat lavender nyer]


lavender garden, cameron highlands


Kat bahagian atas Lavender Garden nih, ada cafe mini. Tapi harga boleh tahan mahal gak la. Mahal yang agak affordable. Hahaha... Pagi tu sebab tak makan lagi, so memang lapar la perut. So bedal sandwich ngan strawberry coffee diorang. Strawberry coffee diorang memang sedap. Sampai aku beli satu. Harga dalam RM 18.


lavender garden, cameron highlands, lavender garden office
[Even office diorang pun menarik. Dah macam castle aku tengok]


lavender garden, cameron highlands, air pancut
[Motif letak gif air pancut?]


lavender garden, cameron highlands, strawberry pick
[Kalo korang malas nak gi Straberry Farm, bole petik strawberry kat sini gak]


lavender garden, cameron highlands, kincir air mini
[Kincir air mini]


Antara benda yang menarik dalam Lavender Garden ni adalah kedai cenderamata nyer sendiri. Memang kreatif giler pada pendapat aku. Decoration yang sangat menarik hati dan memukau mata yang memandang. Yang tak pandang terus jadi terpandang.


lavender garden, cameron highlands, kedai cenderamata


Barang2 dalam kedai ni sangat cantik packaging dia. Kalo sape2 yang nak beli hantaran kahwin yang rare sket, bole la pergi beli kat sini. Aku pun ari tuh rasa cam nak beli je. Tapi bila fikir2 balik, kalo aku beli pun bukan nyer aku nak pakai, jadi aku pun tak beli apa2. Melaenkan strawberry coffee yang aku cakap tadi tuh.


lavender garden, cameron highlands, kedai cenderamata


Saturday, July 6, 2013

The Heat

Bila aku tengok balik blog aku nih, dah macam terabai la pulak. Hahaha... Tapi tajuk entri ni bukan menggambarkan mood aku untuk berblogging. Mood aku still agak ke laut. Ditambah lak dengan line internet yang cam siput sedut (mungkin pantas sket), memang terus malas nak menaip. A lot of things happen lately dan aku tak bole nak describe sekaligus. So anggap la entri ni sebagai pemanas badan aku untuk kembali aktif berblogging (which is always fail). Hahaha...

The Heat ni sebenar nyer nama movie lakonan Sandra Bullock. Aku tak tahu menahu pun pasal movie ni sampai la wife aku ajak tengok. Aku tengok pun dah lama dah. Minggu lepas. Kadang kala aku pun kagum gak dengan skill aku mengupdate blog dengan benda yang outdated. Hehehe...


the heat, sandra bullock, movie, review


Mengisahkan seorang FBI bernama Ashburn (lakonan Sandra Bullock) yang power daripada segi analitikal tapi tak disukai oleh rakan sekerja laen. Untuk tujuan mendapat promotion, dia dihantar ke Boston untuk menyelesaikan satu kes. Dia akhir nyer berjumpa dengan polis tempatan bernama Mullins (Melissa McCarthy) yang ganas dan keras kepala. Results? Pandai2 la korang tengok sendiri.




Walaupun storyline dia biasa2 je bagi aku, tapi element2 kelakar movie membuatkan citer ni jadi menarik. Memang mata lekat terus ke skrin wayang. Toleh pun kadang2 je sebab wife aku comel. Kalo tak comel, jeling pun belom tentu lagi. Hehehe... Tapi movie ni strictly untuk 18 tahun ke atas je. Sebab dalam movie ni banyak sangat carutan sampai otak korang bole menjadi tepu dengan carutan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...