Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, September 27, 2013

Tempat Ke-3

Korang masih ingat entri yang INI? Yang aku post sempena sambutan Hari Malaysia 16 September lepas. Gambar tu ada member kitorang hantar masuk bertanding dalam contest instagram sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Dan akhir nyer dapat tempat yang ketiga dalam contest tersebut.


instagram contest, hari merdeka, hari malaysia


Sebenar nyer tak terfikir pun nak masuk mana2 contest masa capture gambar nih. Ingat nak wat sesaje je, post kat wall Facebook. Member aku hantar gambar ni masuk contest pun senyap2 je. Yang laen tak tahu pun. Tau2 je dah menang.


p/s: tak sempat nak up post ni sebab agak busy minggu nih.


Saturday, September 21, 2013

Apa Korang Nampak?

Entri hari ni pendek je. Malas nak taip panjang2. Berdasarkan gambar rajah di bawah ni, apa yang korang nampak di sebalik pemandangan indah kat bawah ni...


pemandangan, teka gambar



Monday, September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia

Entri merdeka hari tu aku letak gambar tugu negara. Hari ni pun aku letak gambar tugu negara gak. Tapi...


posing tugu negara
[Tugu negara moden???]


Sama tak? Sama tak???


tugu negara, selamat hari malaysia, 16 september
[Tugu negara sebenar]


Apa pun, Selamat Hari Malaysia...


Sunday, September 15, 2013

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang "Leave"

Aku rasa dalam banyak2 perkataan dalam maze yang entri Puteri yang INI, perkataan "leave" jugak yang aku nampak dlu. Tapi sebab perkataan "leave" adalah dalam BI, banyak lak makna yang boleh ditafsirkan lepas convert ke BM. Pening lak aku nak pilih mana satu yang nak dijadikan subjek.

Senang citer, aku pilih satu je iaitu "leave" yang juga bermaksud minta diri. Bersembang pasal minta diri nih, ada sesetengah daripada kita masih kurang daripada segi adab untuk meminta diri. Ada yang maen blah macam tu je. So hari ni mari kita tengok cara meminta diri sama ada cara sopan, tak sopan dan kurang ajar, bergantung kepada mana yang korang nak pakai.


Situasi 1: Di rumah orang

Sopan:
Boleh saya minta diri?

Sopan tapi panjang:
Boleh saya minta diri? Saya ada hal laen yang nak dibuat.

Panjang tapi tak sopan:
Boleh saya minta diri? Saya dah bosan dah lepak kat sini.

Sopan tapi tak malu:
Boleh saya minta diri lepas saya tapau makanan?

Tak malu dan agak kurang ajar:
Saya nak minta diri lepas saya minta duit...

Kurang ajar sungguh:
(Blah terus. Tak perlu kata apa2)


leave me alone
 [Korang bole cakap macam ni kalo korang yang jadi tuan rumah]


Situasi 2: Nak ke tandas

Sopan:
Boleh saya minta diri? (eh, cam sama je ngan tadi)

Sopan tapi panjang:
Boleh saya minta diri? Saya nak pergi melabur sat.

Sopan tapi tak malu:
(Kentut) Hehehe... Minta diri dlu ye (sambil tersengih2).

Kurang ajar sungguh:
(Kentut dengan kuat, kemudian terus blah)


Cara korang mintak diri untuk kedua2 situasi?


p/s: bila baca balik, macam merepek lak entri aku nih...

Saturday, September 14, 2013

Cameron Highlands - Bee Farm

Isnin ni 16 September. Hari Malaysia. So, tahniah kat korang2 yang dapat cuti straight 3 hari terus. Sempena cuti 3 hari tu, aku pasti ada antara korang yang akan ke Cameron Highlands hujung minggu ni. To be exact, esok atau lusa.

Selaen daripada beberapa tempat laen yang menarik di Cameron Highlands seperti ladang teh Sungai Palas atau Cameron Valley, ladang lavender dan strawberry farm, ada satu lagi tempat yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu bee farm. Bee farm mungkin ada banyak tapi yang aku pergi hari tu kat area2 Sungai Palas gak (kalo tak silap aku).


ee feng gu honey bee farm, bee farm, cameron highlands


ee feng gu honey bee farm, bee farm, cameron highlands
[Siap ada replika lagi]


Bila aku google2 balik, rupa nyer nama bee farm ni Ee Feng Gu Honey Bee Farm. Aku rasa kat sini je bee farm yang ada maze. Aku hari tu tak masuk pun maze tuh sebab takut sesat tak jumpa jalan keluar tak cukup masa. Banyak lagi tempat nak jalan masa tuh. Aku lupa nak amek gambar maze. So korang layan je la gambar2 kat bee farm je.


ee feng gu honey bee farm, bee farm, cameron highlands


ee feng gu honey bee farm, bee farm, cameron highlands


ee feng gu honey bee farm, bee farm, cameron highlands


ee feng gu honey bee farm, bee farm, cameron highlands


Yang best nyer, nak masuk bee farm ni FREE je. Tak payah bayar pun. Tapi kalo nak masuk maze dia, kena bayar. RM 5 kot. Kemudian, ada gak tempat2 jual madu. Produk2 laen diperbuat daripada madu pun turut dijual kat sini. Aku pun ada beli spek mata kat sini, tapi yang tu bukan diperbuat daripada madu ye. Harap maklum.


p/s: selamat bercuti2 Malaysia minggu nih.


Tuesday, September 10, 2013

Bloglist Update

Ehem... Tadi ada sket masa lapang. Tak tahu nak buat apa. Nak karang entri pun ada rasa malas sket. So aku godek2 bloglist aku. Rupa nyer dah lama aku tak update bloglist aku nih. Sampai ada yang tak berupdate setahun pun masih ada dalam bloglist aku. Hehehe...

So aku pun merajinkan diri untuk mengupdate bloglist aku. Dan untuk menggantikan blog2 yang "tersingkir", aku pun teliti la bahagian komen nak tengok sape2 yang rajin terjah blog aku, tapi still tak tersenarai dalam bloglist aku. Jeng3... Dah nampak dah mangsa2 yang bakal disenaraikan dalam bloglist aku kali nih. Nak tahu sape kah mereka?


1. Aisya

bloglist, so full of myself, aisya, all about life


2. Mizz Aiza

bloglist, so full of myself, mizz aiza, dunia kecil


3. Sylarius

bloglist, so full of myself, sylarius, anak askar pencen


4. Hana Hadi

bloglist, so full of myself, hana hadi, hijau itu duniaku


Terima kasih sebab sudi menjenguk dan meninggalkan komen kat blog yang tak seberapa nih (statement yang tak "so full of myself"). Tak lupa juga kat korang dan korang yang dah ada dalam bloglist aku nih. Hehehe...


p/s: sekutu bertambah kutu mutu.


Sunday, September 8, 2013

Percutian di Langkawi

Seperti yang aku pernah citer dalam entri yang INI, hari tu aku pergi bercuti kat Langkawi. Cuma baru sekarang nak update. Konon2 busy malas nak update. Hahaha... Sepanjang aku ngan wife aku berada kat Langkawi, kitorang duduk kat Bella Vista, Langkawi. Dekat je ngan area Pantai Chenang.


bella vista hotel, hotel di langkawi, langkawi


Harga masa kitorang beli kat Groupon, dalam RM 200++ je. Tapi yang ni bukan Bella Vista Resort yang kat Pekan Kuah tu tau. Yang tu mahal lagi. Masa tu kitorang pun ingat yang resort tuh. So agak sedikit kecewa bila dapat tau bukan. Rupa nyer Bella Vista yang ni agak baru gak. Patut la tak pernah tau. Lepas ni ingat. Bella Vista ada 2. Satu hotel. Satu resort.


dataran lang, kuah, langkawi
[Datarang Lang, tempat wajib lawat masa kat Langkawi]


Sampai2 tu, memang petang dah. So check-in hotel. Lepak2 je la sampai malam kan. Esok nyer ingatkan nak pergi naek Cable Car. Tapi diorang tutup untuk maintenance lak. Kecewa wife aku sebab dia teringin sangat nak naek. Dah la main reason nak pergi Langkawi. Laen kali nak pergi kena check website diorang dlu. Tak pun pergi time cuti sekolah. Confirm tak tutup nyer Cable Car nih.

Sebab masa tu awal pagi lagi, dan kebanyakan tempat sunyi je sebab takde tourist lagi (pergi time bukan cuti sekolah), kitorang pun bercadang lepak kat tepi pantai. Best gak lepak kat tepi pantai pagi2. Sejuk je. Nak tau kitorang ke mana? Ke Tanjung Rhu... Kat sini tak sesak sangat macam kat Pantai Chenang.


tanjung rhu, langkawi
[Jangan tanya. Aku sendiri tak paham apa yang aku cuba nak buat]


Antara tempat2 menarik yang korang bole lawati di Langkawi adalah Galeria Perdana dan juga Makam Mahsuri. Kat Galeria Perdana, macam2 benda yang antik dan tak berapa nak antik korang bole tengok. Antara nyer...


galeria perdana, langkawi
[Kereta F1 saiz sebenar pun ada]


galeria perdana, langkawi
[Replika bahtera purba kat luar Galeria Perdana]


galeria perdana, langkawi
[Ini mungkin gambar candid]


Kalo pergi ke Langkawi tapi tak singgah kat Makam Mahsuri umpama korang buang air tapi tak cuci melaenkan korang dah pergi Langkawi 24 kali. Tak lengkap percutian korang kalo tak singgah. Dalam Makam Mahsuri ni of course la ada kubur Mahsuri. Dan juga muzium beserta diorama berkenaan dengan kisah Mahsuri. Antara tempat bersejarah yang wajib singgah.


makam mahsuri, tempat bersejarah di langkawi, langkawi


Kalo Tanjung Rhu sempat singgah, tak kan Pantai Chenang tak singgah kan. Hehehe... Tapi tak singgah mandi la. Singgah jalan2 kat gerai2 tepi jalan je. Beli sket barang2 wat cenderahati nak bagi kat orang.


pantai chenang, langkawi


Tapi kalo korang beli-belah kat sini, kena ingat. Jangan perabes banyak sangat duit kat sini. Sebab ada lagi satu tempat yang WAJIB pergi semasa kat Langkawi. Nak tau apa?


kompleks haji ismail, haji ismail group, borong coklat, kuah, langkawi
[Kompleks Haji Ismail yang baru]


Confirm kena pergi kedai Haji Ismail borong coklat. Hahaha... Sila la perabes duit korang kat sini. Sebab aku pernah tengok orang borong sampai nak dekat RM 1000 pun ada. Mungkin ada orang pesan kot. Hehehe... Kalo korang ada tempat menarik kat Langkawi yang korang nak syor kan, bole tinggalkan kat ruangan komen.


p/s: nak pergi island hopping, tapi tak sempat.


Thursday, September 5, 2013

Spontaneous Thursday #10

Sape2 yang tinggalkan komen kat blog aku.
Aku baru nak balas jejak korang.
Hehehe...


p/s: sesi blogwalking bermula sekarang...


Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday #20



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...