Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, January 31, 2014

Gong Xi Fa Cai

Mesti kebanyakan daripada korang tengah lepak2 kat rumah kan. Tak pun jalan2 makan angin. Kalo salah gak... Mungkin korang tengah buat apa yang korang tengah buat skang kan. Haaaa... Btol gak akhir nyer. Hahaha... For sure, ramai daripada korang yang tengah bercuti kan sempena Tahun Baru Cina nih.


chinese new year, cny, gong xi fa cai,


Kepada kaum Cina, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai. Kepada yang laen, selamat bercuti. Sempena tahun kuda nih, korang jangan judi lumba kuda lak. Tunggang kuda kat tepi pantai takpe.

Thursday, January 30, 2014

Mee Racun dan Belangkas

I'm back. Hahaha... Sebenar nyer daripada hari Ahad ari tu aku dah balik. Tapi takde kesempatan nak update blog lagi. Cuma blogwalking ke blog rakan2 je. Masa aku kat Johor ari tu, tak banyak tempat yang aku pergi. Banyak jalan2 cari makan je. Masa mula2 jejak kaki kat negeri Johor ni, aku singgah kat Batu Pahat dlu. Amek barang2 adik aku yang baru abes belajar kat UTHM. Tu tujuan sebenar gi Johor nih. Tapi dah alang2 datang, berjalan sekali la kan. Baru sambil menyelam gosok gigi.

Dah sampai kat Batu Pahat lak, elok je waktu petang. So pi cari mee racun kat area situ. Nama kedai tu Mee Racun 3G. Aku tak pasti mee racun dia ada provide sekali ngan free data plan ke tak, tapi mee racun dia agak sedap gak. Adik aku order yang ada sekali ngan tulang. Siap bagi straw lagi kalo nak sedut2 isi tulang tuh.






kedai mee racun 3g, batu pahat
[Kedai Mee Racun 3G]


Keesokan nyer, mak aku ajak gi makan belangkas pulak. So gigih la menggunakan google nak cari kedai belangkas yang best. Nak gak merasa makan belangkas sebab sebelum ni pun memang tak pernah makan pun kan. Kedai belangkas yang popular ada kat Kota Tinggi. Nama kedai tuh Gerai Belangkas Mahkota.


gerai belangkas mahkota, kota tinggi


Belangkas gerai ni, dia buat asam pedas. Tapi style kering sket. First time makan, rasa macam pelik sket. Tapi lama2 okay je bagi aku. Cara makan dia lebih kurang macam ketam. Cuma kena gigih mengorek isi dia sebab isi dia pun tak banyak sebenar nyer. Telur belangkas yang banyak. Dan rasa cam berlemak sket telur dia.


belangkas asam pedas, gerai belangkas mahkota, kota tinggi


belangkas asam pedas, gerai belangkas mahkota, kota tinggi
[Telur belangkas]


Wednesday, January 22, 2014

Away

Time aku tulis entri ni, aku on da way ke JB sebenar nyer. Atas urusan keluarga. Jadi aku mungkin tak sempat nak balas kunjungan korang. Blog ni pun aku tak dapat nak update gak.

Harap maklum.

p/s: 1st time update guna smartphone

Saturday, January 18, 2014

Lepas Hampir Setahun

Lepas hampir setahun menghabiskan masa dengan teammates aku, akhir nyer ia dah keluar. Ia nyer dah keluar. Jeng jeng jeng...




Tadaa... Buku company aku yang dibuat untuk merangkumi sepanjang tahun 2004-2013. Patut nyer dah kuar daripada hujung tahun lepas lagi. Tapi bulan Disember masa dinner ari tuh baru dapat launch. Kemudian awal Januari ari tuh baru dapat buku2 untuk diedarkan.

Lagi pun bila staff sendiri yang buat, harus lah siap lambat sebab kena bagi komitmen kat keje lagi. So tak dapat nak bagi tumpuan 100% kat buku ni semata2. Lagi pun, buku nih dah banyak kali kena rombak sebab management tambah itu, tambah ini, buang itu, buang ini. Last2 lambat la siap.




p/s: best jugak kadang2 buat something yang luar daripada skop keje rutin.


Friday, January 17, 2014

Hadiah-hadiah Giveaway by Rexylla

Hari tu aku ada update pasal giveaway by Rexylla kan. Mana yang tak tahu lagi, korang boleh klik SINI dan kalo nak sudi nak join, korang boleh klik kat SINI. Macam yang aku janjikan, aku nak update gambar2 hadiah lak hari nih. Hadiah2 dia seperti kat bawah nih.


Pemenang dan Hadiah

Pakaian di Rexylla (ex-stock only)

rexylla, fishtail, blouse, giveaway rexylla
[2 top referral]


Cenderahati + voucher 15% diskaun pembelian

cenderahati, rexylla, giveaway rexylla
+
voucher, rexylla, giveaway rexylla
[4 entri terbaek atau paling kreatif]


Saguhati

apple note, saguhati, rexylla, giveaway rexylla
[5 cabutan bertuah berdasarkan random.org]


Dan macam yang aku cakapkan tadi, hadiah akan bertambah sekira nyer penyertaan memberangsangkan. So apa lagi. Jom join ramai2.


Sunday, January 12, 2014

Devil's Due

Aku baru je lepas tengok movie ni semalam. Movie ni kalo tak silap aku, baru je tayang. Sebab masa beli tiket wayang, tayangan dia boleh dikatakan banyak jugak la. Bila search untuk tengok review, pun takde lagi. Even Rotten Tomatoes pun tak buat review pasal movie ni lagi (waktu tu la).


devil's due, movie review


Movie ni pasal sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Masa diorang honeymoon, dalam keadaan tak sedarkan diri selepas pergi kat satu tempat nih, wife dia menjalani satu ritual "kesyaitanan" (ada ke perkataan ni?). Sampai satu hari, dia mengandung. Macam aku cakap tadi, dia tak sedar masa ritual tu berlaku. So dia tak expect yang anak dalam kandungan dia tuh adalah something yang evil.

Movie Devil's Due ni lebih kepada storyline yang dihadapi oleh pasangan suami isteri ni menanti kelahiran bayi diorang. Dalam pada tuh, beberapa kejadian aneh yang berlaku di sekeliling diorang, atau lebih tepat lagi, di sekeliling isteri dia.



Honestly, aku kena admit yang movie ni mengecewakan aku. Sejam citer ni berjalan, nothing really happen. Just citer. Macam telenovela yang korang tengok kat TV tiap2 hari. Silap haribulan, telenovela tu lak yang lagi best. Seriously, aku rasa kalo korang jenis nak tengok babak yang seram je, korang patut skip terus ke 30 minit terakhir. Eh, ke 15 minit terakhir? Ntah la.

Aku rasa movie ni cuba bersaing dengan movie Paranormal Activity yang tengah tayang kat wayang jugak skang nih. Sebab apa aku cakap gitu? Sebab macam Paranormal Activity, movie nih pun menggunakan pengambaran ala2 camcorder. Tapi yang paling tak best, hampir 95% citer ni camcorder. Mana yang tak tahan tuh, korang boleh rasa mual sebab movement dia yang drastik. Aku tengok semalam memang terasa mual sampai ke sudah. Langsung tak boleh fokus tengok citer nih. Naseb baek tak muntah je dalam pawagam tuh.

Walaupun tahun 2014 ni panjang lagi, tapi aku rasa Devil's Due ni akan menjadi movie paling teruk yang aku pernah tengok untuk tahun nih. Pada pendapat aku, idea movie ni dah ada. Kalo dia pakai style camcorder nih, mungkin movie Devil's Due ni jadi menarik sket. Too bad. Dah2. Aku nak pergi shoot movie hantu guna camcorder member aku nih. Kalo sempat siap, insyaAllah hujung tahun ni tayang kat pawagam (yang ni aku gurau je).




Friday, January 10, 2014

47 Ronin

Tengok tahun 2013. Tulis review nih tahun 2014. Setahun ke dah berlalu? Hahaha... Takde2. Gurau je. Aku tengok movie ni btol2 hujung Disember 2013. Tapi bulan ni, tahun 2014 baru nak tulis review. Slow kan aku. Hehehe...


47 ronin, movie review



Filem 47 Ronin merupakan kisah 47 orang samurai yang kehilangan feudal lord diorang, Lord Asano (yang dijuga dipanggil sebagai master) yang dikenakan hukuman seppuku kerana menyerang court official, Lord Kira. Perkataan Ronin merupakan istilah yang diberikan kepada samurai yang kehilangan diorang nyer master. Sebab itu diorang digelar 47 Ronin.

Kai (lakonan Keanu Reeves) yang juga merupakan hamba kepada Lord Asano, turut terlibat dalam misi membalas dendam mereka. Sebenar nyer Lord Asano ni dianiaya oleh Lord Kira, yang bersekongkol dengan ahli sihir demi mendapatkan hak dan kuasa. Cuma Kai yang dapat detect kewujudan ahli sihir nih, tapi ramai yang tak percaya sehingga sumer nyer dah terlambat.




Kalo korang nak tahu, movie 47 Ronin ni diadaptasikan daripada sebuah kisah benar yang berlaku di Jepun suatu ketika dlu. Korang boleh baca sejarah tu di SINI. Jadi, korang boleh katakan yang citer 47 Ronin adalah half real, half fiction. Hampir semua watak dalam citer ni adalah real. Watak Kai umpama nyer, memang direka khas untuk movie ni saja.

Ada sesetengah member aku kata jalan citer ni slow. Tapi bagi aku, takde la slow sangat. Tapi dalam bab aksi, babak pertarungan memang memuaskan. Kira nyer, memang puas hati la tengok aksi samurai diorang berlawan.




Tuesday, January 7, 2014

Tahun Baru, Blog Template Baru

Dah lama aku tak tukar blog template baru. Sejak 2012 lagi pakai template yang lama. Tahun lepas pun just tukar header baru je. Sebenar nyer memang aku dah malas dah nak design template2 baru. Kalo dlu rajin la design, pastu share kat blog ReXnime aku tuh.

Tapi sejak aku makin malas nih, aku dah tak design dah blog template. Blog template yang lama pun aku dah remove since rebranding ari tuh. Tapi lepas aku jumpa wallpaper kat bawah nih, terus aku berminat nak design template baru.


sword art online, wallpaper


Even handphone aku pun pakai wallpaper kat atas nih. Kalo kat laptop, aku modify sket sebab tak nak mengganggu ikon2 kat desktop. So aku dah gelapkan bahagian belah kiri. Kalo korang berminat nak guna, korang save gambar kat bawah nih.


sword art online, wallpaper, laptop


Blog template ni malam semalam aku design. Since nak online pun internet semput, jadi aku buang masa dengan buat design template nih. Walaupun blog template bertemakan anime Sword Art Online, gambar T-ReX dan background hitam tetap tidak dilupakan. Hehehe...


Monday, January 6, 2014

Bloglist Puterikasih.com 2014

Korang kenal cik Puteri, pemilik blog Puteri Kasih? Aku tak pernah jumpa dia depan2, so nak kata kenal pun, mungkin tidak. Tapi aku memang rajin singgah kat blog dia nih sebab boleh dapat macam2 info dan tips yang berguna. So awal bulan nih, cik Puteri ada menganjurkan satu segmen bloglist sempena tahun baru nih. Kepada sape yang berminat, boleh la kalo nak join. Tarikh tutup 7 Januari 2014, senang citer, esok la tuh.


segmen, bloglist puterikasih.com


"Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com 2014 kerana dia kan tuan puteri..."


Wednesday, January 1, 2014

Selamat Datang Tahun 2014

selamat tahun baru 2014, happy new year 2014


Pejam celik pejam celik je. Dah masuk tahun 2014 dah. Selamat menyambut tahun baru la ye kepada sumer. Sape yang cuti, selamat bercuti. Sape yang keje, aahhh, korang buat2 je macam cuti. Hahaha... Apa azam tahun baru korang? Azam tahun lepas tercapai tak?

Tahun lepas aku sempat nak buat wrap up tahun sebelum nyer. Tapi tahun nih tak sempat nak buat entri wrap up tahun 2013 nampak gaya nyer. So aku sumbat sekali je la dalam entri nih, senang citer. Baru entri ni panjang sket.


Sekilas Pandang 2013

Tahun 2013 ni ada pelbagai peristiwa atau kejadian besar yang berlaku. Yang boleh dikatakan memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia. Contoh nyer, kes pencerobohan Lahad Datu, PRU13 yang kemudian nyer disusuli dengan kes blackout dan juga perhimpunan BERSIH. Dan macam2 lagi la. Tu tak masuk lagi benda2 viral macam gwiyomi dan "macam cantik je, macam comel je".

Yang tu sumer peristiwa yang berlaku kat sekeliling kita la kan. Beralih ke dunia blogging pulak. Sebelum ni cuma terpapar logo blogger je bila korang masuk blog aku. Tapi dalam pertengahan tahun ni, aku dah tukar favicon blog aku kepada gambar T-ReX. Aku turut bagi nafas baru untuk blog anime aku, tukar nama daripada The Creativity Beyond Your Limit kepada ReXnime. Rebranding bak kata omputeh.


favicon, so full of myself, rexnime


Tahun 2013 juga tahun di mana aku 1st time anjurkan segmen. Tu pun segmen blogwalking je. Belum bersedia lagi nak anjurkan segmen yang lebih besar. And aku baru je perasan, tahun ni aku tak pernah join mana2 contest atau giveaway pun. Hhhmmmm... Takpe, tahun 2014 ni insyaAllah aku akan rajin2 kan diri join.

Aku pun turut berjinak2 dalam bisnes online. In collaboration ngan wife aku. Dia kepala, aku in-charge bahagian administration je. Hahaha... Setakat ni masih agak malas2 nak bawak masuk stok laen. Jadi memang stok kat bawah ni je la yang kitorang jual sampai ke hujung tahun. InsyaAllah kalo ada rezeki, tahun 2014 nih akan bawak masuk stok laen pulak. Mana2 yang berminat tuh, jemput2 la datang ke blog Rexylla nih.


rexylla, rexylla blogshop


Kalo ikutkan, ada banyak lagi. Tapi tak kan sumer pun nak letak kan. Yang personal, biarlah personal. Hehehe... Dah macam bait2 lagu pulak ayat aku. Apa pun, selamat tahun baru sumer. Semoga tahun ni, korang akan buat yang lebih baek daripada tahun 2013.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...