Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, March 29, 2014

Korean Drama - Shark

Sape yang ingat lagi k-drama Bad Guy? Kalo korang minat citer Bad Guy, ada high possibility untuk korang minat citer Shark ni. Sebab dia nyer tema citer lebih kurang sama, iaitu revenge. Cuma plot je berbeza. Even watak utama dia pun sama dengan watak dalam Bad Guy, dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Kim Nam Gil. Oh ye. Citer ni pun dikenali sebagai Don't Look Back: The Legend of Orpheus. Aku tak guna title ni sebab aku tak nampak significant dia sangat dengan citer nih.


shark, don't look back: the legend of orphenus, k-drama, review


Sumer nyer bermula apabila ayah Han Yi Soo mati dibunuh apabila mendapat tahu suatu rahsia yang mampu mengubah sejarah Korea Selatan. Han Yi Soo (lakonan Kim Nam Gil) yang ketika itu masih bersekolah tinggi, turut mendapat tahu rahsia itu apabila dia menyelidik tentang kematian ayah nyer. Dan dia hampir mati dibunuh tetapi sempat diselamatkan oleh seorang hotel tycoon Jepun, Yoshimura Junichiro.

Setelah beberapa tahun berlalu, Han Yi Soo dengan identiti baru sebagai Yoshimura Jun, memulakan misi membalas dendam beliau terhadap orang yang membunuh bapa dia yang juga merupakan datuk kepada awek masa zaman muda2 dia, Jo Hae Woo (Son Ye Jin).




Walaupun tema citer dia lebih kurang sama, ada sedikit perbezaan antara Shark dengan Bad Guy. Citer Shark ni agak kurang daripada segi aksi dan lebih banyak bermain dengan emosi. Kalo korang tengok citer ni, make sure jangan menjejes air mata ye. Hehehe... Bila aku tengok Shark ngan Bad Guy, aku rasa Kim Nam Gil memang sesuai bawak watak yang jenis macam ni kot. Tak caye? Korang tengok renungan dia.


shark, kim nam gil, han yi soo, yoshimura jun, kim jun
[Ini adalah pembalas dendam yang sejati]


Berbalik kepada citer Shark. Jalan citer dia memang menarik. Satu kelainan yang ditonjolkan dalam Shark berbanding Bad Guy adalah misteri. Bukan maksud aku kelainan itu misteri. Tapi kelainan itu adalah misteri. Err... Korang paham tak ni???

Bila korang tengok citer ni, mesti korang akan tertanya2. Apa rahsia yang Han Yi Soo ngan bapak dia tahu sampai kena bunuh. Sape pulak dalang nyer. Bila rahsia tu diketahui sedikit demi sedikit, secara tak langsung korang pun akan buat spekulasi tersendiri tentang rahsia tersebut. Aku tahu la sebab aku pun buat. Hahaha...

Cuma satu je. Ending dia kurang menarik dan agak tergantung. By the way, kenapa la ending dia lebih kurang sama ngan Bad Guy...




Friday, March 28, 2014

MH370 dalam Kenangan

Seperti yang kita telah sedia maklum, PM kita dah pun memaklumkan bahawa MH370 telah disahkan mengakhiri perjalanan nyer di Lautan Hindi. Aku je yang lambat nak update. Possibility untuk survivor pun mungkin tipis (kalo betul terhempas) memandangkan tempoh pesawat ni terhempas pun dah lama. Tapi we can still hope.


tragedi MH370, MH370 dalam kenangan, MH370 in memories


Terkini, beberapa satelit jumpa ratusan benda terapung di koridor selatan Lautan Hindi yang mungkin serpihan MH370. Thailand detect lebih kurang 300 kalo tak silap aku. Dan paling latest, satelit Jepun detect 10 serpihan besar, lebih kurang 2500 km daripada perairan Australia.

Cuma tak sedap didengar, CNN melaporkan perkara yang agak offending pada kerajaan Malaysia. To be honest, aku tak pernah tengok berita CNN nih. Terlalu banyak propaganda pada aku. So memang takde masalah untuk aku boikot CNN. Kenapa nak salahkan kerajaan Malaysia solely sedangkan banyak negara laen yang turut membantu but still got nothing. ZERO. Why la CNN? Why la...?


tragedi MH370, offensive CNN statement, boikot CNN
[Ini adalah statement yang offensive wahai CNN]


Cuma ada satu je perkara positif yang berlaku dalam tragedi MH370 ni. Iaitu sumer rakyat Malaysia bersatu. Bersatu hati dalam mendoakan keselamatan penumpang dan krew pesawat. Bersatu hati menunggu penemuan pesawat.

Kalo korang nak tahu, Lautan Hindi merupakan lautan yang jarang menjadi laluan kapal. Mungkin sebab sifat lautan di situ sendiri yang agak bergelora yang menyebabkan misi pencarian pesawat menjadi sukar. Ditambah lagi dengan cuaca pada ketika ini yang tidak menentu di kawasan tersebut. Tapi marilah kita sama2 teruskan berdoa agar Allah permudahkan usaha mereka untuk mencari bangkai dan juga kotak hitam pesawat.


tragedi MH370, MH370 dalam kenangan


#PrayForMH370
#UnitingMalaysia
#boycottCNN


Wednesday, March 19, 2014

Bomoh KLIA "Si Penampar Buaya"

Sape yang tak kenal dengan Ibrahim Mat Zin. Konon2 nyer bomoh VIP. Bomoh versi urban. Kalo dlu bomoh pakai kain pelikat, la ni bomoh pakai sut. Gaya tak ubah macam menteri. Kalo dia tak bawak keluar "teropong" dia ari tuh, kalo dia tak bawak keluar ayat2 nonsense dia, confirm orang ingat dia salah sorang menteri. Tak pun ahli politik.

Bomoh KLIA ni terus jadi trending lepas dia bawak keluar prediction lokasi MH370 lepas beberapa hari pesawat MAS tersebut hilang. Bukan soal prediction dia yang menjadi masalah. Tapi lebih kepada cara dia membuat prediction tersebut. Sesuatu yang memalukan negara Malaysia secara global. Ni kalo pergi melancong ke luar negara dan ada orang tanya "dari mana?" dan kita jawab "Malaysia", mesti akan di balas dengan "yang popular dengan bomoh dan karpet ajaib tu ke?".


bomoh klia, mh370, pesawat MAS hilang, teropong, bubu, karpet terbang


Tapi sekarang ni aku dengar bomoh ni dah bukak company baru, MPS Holdings. Maki Pastu Saman Holdings... Hahaha... Melawak je. Skang bomoh KLIA nih dah tukar profesion nampak nyer. Daripada jadi bomoh ke pengkritik bebas. Sana nak tampor macam buaya. Sini nak saman berjuta2. Dengan JAKIM2 sekali dia nak saman.

Dia tak tau yang seluruh rakyat Malaysia nak tampor dia. Tampor macam tampor manusia sudah. Tak perlu tampor macam buaya. Kami rakyat Malaysia tak berperangai huduh cam anda sampai nak merendah2 kan orang ke tahap binatang. No no. We are not like you.


bomoh please, bomoh klia,


Tuesday, March 18, 2014

Spekulasi Hanya Tinggal Spekulasi

Sejak daripada mula kejadiah kehilangan MH370, pelbagai spekulasi yang timbul. Aku tak ingat sumer spekulasi yang aku pernah baca. Tapi aku ingat beberapa spekulasi tersebut. Spekulasi yang paling awal timbul mengatakan yang pesawat Boeing 777-200 ni selamat mendarat di Nanning, China.

Ada jugak blog yang memandai wat teori sendiri. Konon2 nyer pesawat berada di lautan gelap, lebih kurang 300 meter dan hanya akan timbul di perairan Vietnam lepas genap seminggu pesawat hilang. Pastu bomoh "penampar buaya" lak predict konon2 pesawat tergantung antara 3 negara.


spekulasi, kehilangan pesawat, MH370


Dan terkini, lepas dah tau kes pasal kapten pesawat MH370 yang merupakan penyokong Anwar Ibrahim dan beberapa isu lagi yang berkaitan, terus ada spekulasi yang baru.


spekulasi, kehilangan pesawat, MH370


Apa pun, yang penting, kita biarkan pihak penyiasatan buat kerja diorang. Sama ada btol atau tidak semua spekulasi tuh, kita biarkan kerajaan yang wat announcement. Kita just wait and see. Apa pun, speculation will remain speculation selagi benda itu tak disahkan.


p/s: apa agak nyer yang berlaku kepada orang yang buat spekulasi tuh ek bila dah tau salah? berdiam atau timbulkan spekulasi baru untuk cover balik? hhhmmm...


Sunday, March 16, 2014

MH 370 Kena Rampas?

Semalam, sedikit sebanyak misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) mula terungkai. PM Dato' Sri Najib sendiri yang announce MH370 kena rampas atau sengaja diubahkan haluan nyer semasa press conference. Data yang paling kukuh adalah bila military radar detect pesawat yang diyakini sebagai MH370 still tengah terbang sekitar pukul 8 pagi.


mh370, boeing 777, new route, hijacked


Cuma yang masih menjadi tanda tanya, kenapa, siapa dan bagaimana? Ada kena mengena ke ngan entri yang aku buat Jumaat lepas? Well, it is still remain as speculation since there is no evidence to conclude regarding the matter. Tapi possibility tu tetap ada. Apa pun, MH370 dirampas bermaksud masih ada harapan penumpang dan krew masih hidup. Sama2 la kita doakan mereka. #prayforMH370

Tapi yang pasti, pesawat MH370 ni bukan berada dalam lautan dalam yang gelap yang akan timbul lepas beberapa hari macam spekulasi yang dah viral beberapa hari lepas. Konon2 nyer akan timbul. Siap sruh orang tunggu lagi. Masalah nyer, pesawat ni still tak timbul2 lagi sampai ke sudah. Apa cer???

Dan yang pasti, pesawat MH370 juga tak tergantung antara 3 negara, bak kata bomoh yang asyik nak menampar orang macam buaya je keje nyer. Mungkin dia tak rasa lagi penampar seluruh rakyat Malaysia kot sebab memalukan negara di mata dunia.


Saturday, March 15, 2014

Hotel Seri Malaysia Johor Bahru

Dah 2-3 entri asyik pasal MH370 je. Hari ni kita tukar topik laen kejap. Just a quick update. Bulan Januari lepas aku ada up satu entri pasal gi Johor kan. Pendek je entri nyer. Lepas tu aku ada update pasal makan mee racun ngan belangkas kat entri yang INI. Tapi aku tak berkesempatan nak share kat mana aku stay sepanjang aku berada kat sana.


hotel seri malaysia,johor bahru
[Welcome to Hotel Seri Malaysia JB]


Mak aku yang request hotel ni sebenar nyer. Memandangkan aku pun spesies malas nak mencari hotel yang laen, so aku angguk kan je. Harga pun murah je, consider lifestyle JB yang boleh tahan tinggi living cost dia. Satu bilik deluxe dengan katil queen atau 2 single bed cuma dalam RM 150++ je.


hotel seri malaysia,johor bahru, lobi


Aku rasa dalam banyak2 Hotel Seri Malaysia yang aku pernah duduk, yang ni mungkin paling okay kot. Bilik dia okay. Mungkin tak fancy macam hotel2 laen, tapi lebih okay daripada Hotel Seri Malaysia kat Kulim. Aku pernah komen pasal Hotel Seri Malaysia Kulim kat SINI dan SINI.

Lobi dia pun selesa dan sedap mata memandang. Luas tahap gaban lobi dia. Kalo korang ada anak kecil, confirm2 diorang maen kejar2 kat lobi tuh. Breakfast pun provided. Cuma pilihan tak banyak. Tapi rasa nyer bole tahan sedap bagi aku yang tak taste biasa2 nih.

So kalo korang nak datang JB dan nak cari hotel yang affordable, boleh la cuba hotel nih.


p/s: gambar bilik tak sempat nak snap dah bersepah. hahaha...


Friday, March 14, 2014

Diego Garcia

Kalo korang nak tahu, Diego Garcia ni bukan nama orang ye. Lagi2 nama orang yang curi pasport dan boarding pesawat MH370 tuh. Bukan bukan. Tapi nama nih memang ada kaitan ngan kehilangan pesawat MH370. Tapi takat mana pengaruh nyer, aku tak pasti.


diego garcia, pangkalan tentera udara amerika syarikat, lautan hindi, kehilangan pesawat mas, mh370


Okay. Sebenar nyer Diego Garcia merupakan pengkalan tentera udara Amerika Syarikat yang terletak di lautan Hindi seperti yang dilaporkan dalam Cabal Times. Aku dapat info ni pun lepas aku baca blog bro Mazidul. Dan kalo tak salah aku, pihak Amerika Syarikat pun pernah mengemukakan cadangan untuk search Lautan Hindi. Tak pasti sama ada benda ni dirancang atau setakat kebetulan.


route mh370, diego garcia
[Arah pesawat MH370 yang dikatakan berpatah balik juga dikatakan dalam
direction ke Diego Garcia]


Ada yang kata sebenar nyer kehilangan pesawat MAS ni ada kena dengan Amerika Syarikat. Diorang yang bertanggungjawab untuk redirect pesawat ke arah Diego Garcia. Well, nak percaya sangat pun tak boleh. Sebab benda ni still dalam spekulasi since masih tiada perkhabaran berkenaan pesawat Boeing 777 MH370 yang hilang hingga kini. Tapi kalau betul la perkara ni, mungkin ia menjawab persoalan bagaimana ahli keluarga mangsa yang terlibat dapat menghubungi telefon bimbit mangsa tapi takde sorang pun jawab.

Cuma sekarang ni aku takut kalau teori di mana Amerika yang merancang kehilangan pesawat MAS nih dan kemudian dia jugak yang bagi solution kepada kerajaan Malaysia. Takut kalau diorang mengambil kesempatan ini untuk menapak di Malaysia. Ntah apa pulak yang diorang akan rancang selepas tuh.

Hari ni dah masuk hari ke-7 MH370 ni hilang. Macam2 perkara dah berlaku. Perkara2 yang memalukan negara kita. Kes bomoh la. Gelagat liar co-pilat la. Macam mana kerajaan handle kes ni la. Dan laen2 lagi. Apa pun, kita harus terus berdoa untuk penumpang dan krew pesawat MH370 masih berada dalam keadaan yang selamat.


p/s: korang tahu tak, besar kemungkinan tragedi 911 turut dirancang oleh US sendiri di mana hampir semua orang yahudi yang bekerja di World Trade Center sepakat untuk bercuti pada hari kejadian. coincidence?

 

Wednesday, March 12, 2014

Wordless Wednesday #22

boeing 777, mh370, malaysia airlines, MAS, kehilangan pesawat, hari ke-5


Sunday, March 9, 2014

Kehilangan Boeing 777 MH370

Dah lebih daripada 24 jam pesawat MAS Boeing 777 MH370 dilaporkan hilang daripada radar. Sampai sekarang masih tiada khabar berita yang sahih tentang apa yang berlaku pada pesawat tersebut. Yang ada hanya spekulasi semata2.

Pesawat MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 jam 12.41 tengah malam dijangka tiba di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi semalam. Tetapi pesawat tersebut hilang daripada radar 2 jam selepas berlepas.


boeing 777, mh370, malaysia airlines, MAS, kehilangan pesawat


Aku ikuti berita sejak pagi semalam lagi. Daripada menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 sampai servis kereta kat Perodua, aku still ikuti perkembangan berita pasal kehilangan pesawat Boeing 777 nih. Macam2 spekulasi keluar kat Facebook mahupun kat group WhatsApp. Ada yang kata kapal terbang nih mendarat kecemasan di Nanning, China (mula2 ingat Naning Melaka). Ada gak yang kata dah terhempas kat perairan Laut China Selatan. Tapi kita still tak tahu apa yang sebenar nyer berlaku kepada pesawat tersebut.

Dan terkini, pesawat MH370 dipercayai mungkin berpatah balik atas sebab2 tertentu. Tetapi pihak MAS membuat laporan bahawa tiada sebarang isyarat kecemasan yang diterima. Pihak polis pulak menolak ancaman pengganas sebagai faktor utama, tetapi tidak menolak andaian tersebut.


boeing 777, mh370, malaysia airlines, MAS, kehilangan pesawat, #prayforMH370


Sama2 la kita doakan semoga penumpang MH370 ni terselamat daripada malapetaka yang menimpa. Takziah kepada keluarga2 mangsa yang terlibat. Dan hentikanlah spekulasi2 yang tak membantu dan yang paling penting, stop buat statement yang bangang tahap facepalm. Dan please, stop politicizing this issue.

 

Sunday, March 2, 2014

Vampire Academy

Aku tengok movie ni ngan wife aku minggu lepas. Masa tu aku outstation kat Shah Alam. Sebab kesian kat wife aku yang kena tinggal kat hotel sorang2 pada waktu siang, so malam tuh kena la bawak jalan2. Pastu dia lak ajak tengok wayang, so aku ikutkan aje.

Cadang nyer nak tengok Lego Movie, daripada dlu lagi nak tengok tapi tak dapat2. Dan memang bukan rezeki aku nak tengok kot sebab waktu tayangan dah lepas dan tayangan dia pun dah tak banyak. So antara banyak2 movie yang ada, layan lah Vampire Academy...


vampire academy, review


Dengar tajuk citer pun dah tau movie ni pasal apa. Akademi yang terdiri daripada vampire. Jalan citer dia lebih kepada Rose Hathaway, seorang half-human dan half-vampire atau digelar Dhampir dalam movie nih. Lisa Dragomir pula kawan kepada Rose. Tapi bukan setakat kawan biasa sebab tugas Rose juga adalah untuk protect Lisa yang mempunyai darah bangsawan dan merupakan waris kepada bloodline yang penting dalam dunia vampire diorang nih.

Basically jalan citer dia nih lebih kepada kehidupan diorang kat akademi. Macam mana Rose ni belajar untuk menguatkan diri supaya dia boleh protect Lisa. Dan juga bagaimana student2 laen melayan Rose dan Lisa sebab jealousy. Well, biasa la. Kehidupan student kan. Dunia manusia pun ada kes orang dengki2 ni kan. Hehehe...




Basically, jalan citer dia biasa2 je. Tak meet expectation aku masa pilih nak tonton movie nih. Macam term yang wife aku cakap, "popcorn movie". Setakat nak melayan sambil mengunyah something. Tapi kalo btol2 nak cari yang btol2 menghiburkan, movie ni mungkin bukan pilihan korang. Pada pendapat aku, storyline dia mendatar je. Klimaks dia pun tak berapa nak klimaks sangat. Takde element2 yang boleh membuatkan adrenalin korang bergerak pantas.


Tapi mungkin korang berminat nak tengok kalo;

1. Korang peminat novel dia. Yes, it is based on novel, again...

2. Korang minat giler ngan vampire sampai ada cita2 nak kahwin ngan vampire. Bilik korang tak usah citer. Penuh aje ngan poster vampire. Gila ke?

3. Korang ada banyak masa lapang. Semua tayangan kat pawagam tu korang dah tengok.

4. Korang keje kat pawagam. Hehehe...




p/s: but still better than Devil's Due.


Saturday, March 1, 2014

Jemput Join Giveaway by Rexylla

Ini sticky post dan akan melekat sampai 1 Mac 2014. Scroll ke bawah untuk entri terkini.


Seperti yang korang sedia maklum, aku ngan wife aku ada bukak satu blogshop online, Rexylla bermula tahun lepas. Tepat 1 Januari 2014 yang lepas, Rexylla nyer official FB page baru je siap dirasmikan (perasmian tanpa potong riben merah ye). Korang boleh klik page kami di SINI dan like page untuk dapatkan info terkini berkenaan dengan Rexylla.

Sebenar nyer Rexylla ada buat satu giveaway sempena dengan pembukaan FB page Rexylla ni. Dengan ini aku nak jemput anda sumer untuk join giveaway ni. Untuk tengok peraturan2 giveaway, korang boleh klik di SINI. Tak pun korang klik je banner kat bawah nih.




Tarikh tutup pada 1 Mac 2014. Jemput join ye kawan2. InsyaAllah hadiah akan ditambah jika penyertaan memberangsangkan. Gambar2 hadiah giveaway juga akan aku update kat blog ni, selaen daripada blog Rexylla.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...