Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, April 13, 2014

Hotel de Art

Bulan Januari lepas aku ada buat entri pasal 3D Trick Art Museum kat I-City Shah Alam kan. Ada lagi satu benda yang menarik aku nak share time aku kat Shah Alam masa tuh tapi tak sempat nak publish. Sampai terperap je sebagai draft. Iaitu hotel yang aku duduk masa kat sana.

Selama nih aku dah pernah duduk kat hotel budget yang bilik nyer sempit macam EV Hotel. Yang up sket, Alami Garden. Ada gak hotel2 laen. Tapi yang laen tu sumer company bayar. Yang btol2 aku bayar sendiri 2 tu je. Biasa la. Hotel murah boleh la bayar sendiri. Tapi ada satu hotel yang memang menarik perhatian aku iaitu Hotel de Art.


hotel de art, shah alam, art themed hotel


So, apa yang menarik nyer pasal hotel ni? Haaa... Kalo korang nak tahu, setiap bilik hotel dia mempunyai tema tersendiri. Dan hotel ni merupakan hotel bertema yang pertama di Malaysia. Ada macam2 tema. Crouching Tiger Hidden Dragon, Marilyn Monroe, Hello Kitty dan laen2. Kalo nak tau lebih lanjut, korang boleh visit laman web diorang kat SINI. Kalo nak tengok tema bilik lak, boleh klik kat SINI terus.


hotel de art, shah alam, art themed hotel, lobi


hotel de art, shah alam, art themed hotel, lobi


Masuk lobi pun dah kagum giler. Hehehe... Design dia memang terbaek. Naseb baek hotel budget je. Kalo tak, mesti mahal. Aku book superior deluxe room. Harga dalam RM 170++. Tapi tu aku book direct sebab nak bayar cash. Kalo korang book online, boleh dapat harga dalam RM 130++ kalo tak silap aku. Breakfast provided, tapi makan kat Hailam Kopitiam je. Nak tengok bilik yang aku duduk? Jom...


hotel de art, shah alam, art themed hotel, roman holiday


Bilik aku ni bertemakan santai2 je. Takde tema macam Marilyn Monroe, Hello Kitty ke. Tema bilik aku ni dipanggil Roman Holiday. Decoration dia memang menarik. Best je rasa nak melepak dalam bilik nih. Hehehe...

Tapi sayang nyer, korang tak boleh nak pilih sangat tema bilik mana yang korang nak. Cuma masa aku call hari tuh, aku just mention kalo boleh, bilik mana yang aku nak. So ikut management hotel untuk bagi bilik mana yang diorang boleh bagi. Well, satu bilik satu tema je. Kalo ada orang laen dah booking, tak dapat la kot nak bagi kat korang. Ke sebab aku tak bayar dlu ek? Ntah la. Hehehe...

Kalo korang pernah stay kat hotel nih, cer citer sket pengalaman korang, tema apa yang korang dapat. Yang tak pernah try lagi, cuba la try sekali.


p/s: dengar kata hotel ni sponsor penginapan peseta Bintang Mencari Bintang TV3. btol ke?


Saturday, April 12, 2014

Typo of the Day

Just for sharing.


typo of the day


Actually ni gambar yang aku screenshot daripada group whatsapp aku sebenar nyer. Typo yang menarik dan disusuli dengan ayat penyata yang punchline sampai membuatkan aku teringin nak share kat sini. Harap korang pun tergelak sampai berguling2.


EDITED

Lepas Sally komen yang dia tak paham dan Pha Is lak cakap dia baca banyak kali baru paham, so aku kena buat sedikit pengeditan terhadap entri nih. Hehehe... Sebenar nyer ayat "stakat ni anggapkan tk.jd duku" bermaksud "setakat ni anggap tak jadi DULU". Tapi typo punya pasal jadi duku pulak. So member aku sorang ni pun keluarkan la ayat punchline beliau "habis jadi apa? durian?" Kira perli la tuh. Tapi perli gurau ye kawan2.




Friday, April 11, 2014

3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Dah 2 minggu lebih "work mode on", nasib baik just in time je sebelum giveaway ni tamat. Giveaway ni boleh dikatakan giveaway yang wajib join sebab penganjur nyer rajin berkunjung ke blog ni dan meninggalkan komen beliau.


***********************


Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini.



Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1. Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3. Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4. Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen.

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah.

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...