Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, May 30, 2014

Pengemis

Seorang lelaki datang kepada ku.
Surat doktor dihulurkan, bukti ketidakmampuan untuk bekerja.
Namun ku buat tak endah.
Bukan kerana ku kejam.
Lebih kepada ketidakpercayaan berikutan scam yang terlalu banyak.
Lantas dia beralih ke meja yang laen.
Sedikit wang ihsan dihulurkan oleh sepasang suami isteri.

Lalu lelaki itu menuju ke tempat nasi.
Nasi dicedok, 2-3 lauk diambil, ayam goreng dicapai.
Jutawan instant?
Ternyata, dia lebih kaya daripada aku.
Aku?
Kena berjimat dalam mengharungi arus kehidupan yang serba serbi meningkat.


pengemis, pengemis kaya


Thursday, May 29, 2014

Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah

Al-Fatihah.


kemangkatan sultan perak, sultan azlan shah


Sebagai seorang warga negeri Perak, dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, aku turut rasa sedih atas kemangkatan Sultan Azlah Muhibbudin Shah.


Tuesday, May 27, 2014

Isu DNA Babi dalam Cadbury

Looks can be deceiving.

Same as the title. Hahaha...

Tajuk je sembang kencang. Macam nak ulas isu DNA babi dalam beberapa produk Cadbury. Padahal aku nak share gambar kat bawah ni je. Aku amek kat timeline twitter aku. Hahaha...


cadbury, 7-eleven


Kena troll dengan cashier 7-Eleven. Kesian brother tuh. Tapi jawapan dia memang make sense.



Monday, May 26, 2014

Semua Orang Bercakap Pasal Piala Thomas

Jadi aku pun nak bercakap menaip tentang Piala Thomas jugak.


piala thomas 2014, final thomas cup 2014, skuad thomas malaysia 2014

 
Dah lama Malaysia tak menjulang Piala Thomas sebenar nyer. Paling last 1992. Time tuh aku pun masih budak2 lagi. Apa yang aku tau sangat selaen daripada bersorak. Yang penting esok nyer cuti. Hahaha... Bila Tan Boon Heong-Hoo Thien How dan Chong Wei Feng tewas semalam, memang dah nampak tipis. Bukan sebab tak yakin dengan beregu ke-2 negara, tapi tak yakin dengan kapten yang tidak pernah menang, Liew Darren. Dengan single ke-3 Germany boleh kalah. Dengan single ke-3 India pun boleh kalah? Tak paham aku.

But still, semangat juang dia semalam boleh tahan kuat, walaupun banyak kali mental down bila dia buat kesilapan. Cuma aku nak tanya, macam mana seorang yang senang mental down, boleh jadi kapten pasukan sedangkan tugas kapten untuk bagi semangat kat team dia? So how? Politik? Kroni? Korang fikirkan la. Aku malas.

Tapi yang paling mengecewakan semalam adalah supporters Malaysia. Mana sorakan korang time beregu Tan-Hoo dan Chong Wei Feng memerlukan kata2 semangat? Time dah nak penghujung baru nak bersorak. Baru nak berdiri. Dah terlambat dah masa tuh.


p/s: thomas cup, jumpa lagi di final 5-10 tahun akan datang, kerana pelapis kami masih belum power.


Saturday, May 24, 2014

Doodle by Nurdani

Sape kenal blogger merangkap designer iaitu Nurdani, pemilik blog yoUnique? Actually, aku pun tak kenal dia. Hahaha... Aku rajin baca blog dia je. Paling power pun aku follow dia kat instagram je. Nurdani ni memang terkenal dengan doodle nyer yang comel2. Kalo doodle awek, confirm cair. I mean, cair ngan doodle tersebut la. Hehehe...

Dalam bulan lepas, aku ada buat perancangan untuk buat header baru untuk blogshop Rexylla. Header yang sebelum2 ni banyak guna gambar dress dan blouse dalam wardrobe Rexylla je. So each time stock dah abes atau latest stock masuk, kena ubah la pulak header tersebut kan.

Tu yang terfikir nak guna doodle as header untuk Rexylla. Sebab memang dah terpikat ngan doodle saudari Nurdani, bulan lepas aku contact dia, mintak dia buat doodle satu untuk aku. Baru dalam 4-5 hari lepas siap. Nak tengok macam mana doodle tersebut?


doodle, rexylla, nurdani, younique


Dan gambar kat bawah ni lepas digunakan untuk header Rexylla.


doodle, rexylla, nurdani, younique


Lepas ni tak perlu nak tukar2 header ni dah ikut trend. Hehehe... Thanks kepada Nurdani untuk doodle yang comel ni.


p/s: cuba teka sape yang jadi model ni...


Tuesday, May 20, 2014

The Liebster Award - Blogger Aisya

the liebster award


Apa maksud Liebster ni sebenar nyer ye? Tu yang bermain2 di minda ku tatkala aku menulis menaip entri nih. Almaklum la. Aku kena tag dengan Aisya ari tuh. So kena la terima pelawaan dia bagi mengenang jasa nyer sebab tag aku. Hahaha...


1. Warna favourite anda dan nyatakan kenapa.
Warna favourite zaman kanak2 dlu adalah merah. Sebab macam best je warna merah nih. Power rangers yang paling power kan warna merah. Hehehe... Tapi skang ni more kepada biru kot. Atau anything yang associate with warna biru. Cyan ke, turquoise ke. Sebab warna biru macam tenang je bila mata memandang.

2. Kelebihan yang ada pada diri anda yang mungkin tiada pada orang lain.
Yang ni bila aku fikir2 kan, macam takde je yang special tentang diri aku nih. Hehehe...

3. Perkara yang paling pelik anda pernah lakukan.
Main game PC sambil silang tangan. Masuk gear kereta guna tangan kanan sambil tangan kiri pegang stereng.

4. Movie atau novel yang paling bosan pernah anda tonton/ baca.
Movie Twilight

5. Perkara yang menjengkelkan anda.
Makan berbunyi.

6. Hadiah paling best paling sweet anda pernah terima.
Smartphone. Hehehe... Bagi lelaki, gadget adalah hadiah paling sweet.

7. Umur blog, berapakah?
5 tahun.

8. Routing blogging anda bagaimana?
Kais pagi makan petang, kais petang dibuat makan malam.

9. Cuba explain sikit mengenai URL blog anda tu.
URL ku, nama ku. Ditambah z untuk menambahkan sengat.

10. Pendapat mengenai blog saya.
Blog yang ceria dan tenang (sebab efek warna biru kot). Banyak info yang bole diperolehi dan yang penting, simple. Port untuk tengok drama Korea mana yang best. Hehehe...

11. Kekurangan pada blog saya yang perlu diperbaiki.
Hhhmmm... No komen. Hehehe...


Actually nak tag orang gak. Tapi aku tengok ramai dah buat The Liebster Award ni. So aku lupakan saje niat aku lalu aku klik butang "publish".

Sekian...


Sunday, May 18, 2014

The Amazing Spider-Man 2

The Rise of Electro.

Baru semalam aku sempat melayan movie The Amazing Spider-Man 2. Walaupun ada beberapa orang review kata tak best la, aksi tak banyak la. Tapi aku tetap nak tengok gak sebab aku memang rasa nak tengok. Hahaha... Lagi pun yang first nyer dah tengok, tak kan yang second tak nak tengok kan...


the amazing spider-man 2


The Amazing Spider-Man 2 ni mengisahkan bagaimana seorang engineer elektrik yang bekerja di bawah syarikat Oscorp bertukar daripada seorang pekerja biasa yang tidak dikenali kepada seorang yang mempunyai kuasa luar biasa, Electro. Dan macam mana pengaruh kehidupan terhadap diri dia. Dan menjadi tugas Spider-Man untuk melindungi penduduk kota daripada kemusnahan yang dilakukan oleh Electro.

Itu part yang utama la. Yang tak utama lak, kita boleh tengok part cintan-cintun Peter Parker dengan Gwen Stacy dan juga penampilan Harry Osborne dalam citer. Walaupun plot untuk watak Harry Osborne aka Green Goblin ni adalah sampingan je, tapi watak Harry ni turut mempengaruhi plot utama juga. Sila rujuk movie untuk mengetahui lebih lanjut. Hehehe...


the amazing spider-man 2, spider-man giant poster
[Harus bergambar ngan poster gergasi Spider-Man]


Walaupun daripada awal dah dengar yang Spider-Man lawan dengan 3 orang musuh dalam movie kali ni iaitu Electro, Green Goblin dan The Rhino, sebenar nyer movie yang ke-2 ni tertumpu kepada Spider-Man vs Electro sebenar nyer. Yang Green Goblin cuma sebagai plot sampingan manakala The Rhino pula cuma plot kecil di akhir movie. So jangan expect yang movie ni asyik lawan memanjang ye. Hehehe... Nak tengok best ke tak, layan trailer ni dlu.





Ramai yang kata movie ni tak best la, aksi lawan sket la. Tapi bagi aku best je. Walaupun tak dinafikan yang jalan citer dia agak panjang sket, tapi menarik. Awal2 je dah boleh tengok Spider-Man beraksi. Jalan citer jadi panjang sket mungkin sebab ada plot2 sampingan yang wajib ada. But still, aksi2 berlawan yang ditampilkan dalam movie Spider-Man 2 ni memang best.


Tapi apa yang paling best dalam movie ni adalah bila tengok Spider-Man yang genius dan bijak. Yup. Spider-Man yang bijak yang menggunakan kebijaksanaan nyer untuk invent alat untuk keluarkan spider web. Bukan Spider-Man yang keluarkan spider web ikut kulit kat pergelangan tangan ye kanak2 sekalian. Itu baru genius.




Thursday, May 15, 2014

Hibernasi

Itulah yang aku maksudkan dengan blog aku nih. Dalam mode hibernate. Sebab tuan dia jarang update sejak kebelakangan nih. Bulan lepas 2 entri je yang aku publish. Bulan ni lak tak sempat publish apa2 lagi. Sebenar nyer aku banyak travelling sejak kebelakangan ni. Baik keje, mahupun berjalan2.

Berkenaan ngan keje, aku dah 2-3 kali pergi KL dan area belah Shah Alam. Blog aku mula berhibernasi lepas aku kena gi outstation ke KL untuk visit ke LRT dan Monorail. Ada kena mengena dengan projek yang aku terlibat.


lrt kelana jaya, rapidkl
[RapidKL LRT]


Balik je, kena pergi Shah Alam untuk projek lain pulak. Paling latest, aku baru balik dari KL Sabtu lepas. Ada join event ITEX di KLCC Convention Centre. Sape ada join event ni, tahniah. Kita seangkatan. Hehehe...Next week ada kebarangkalian untuk pergi ke KL lagi untuk dengar talk.


itex 2014, klcc convention centre
[ITEX 2014]


Masa cuti Hari Pekerja 1 Mei ari tuh, dapat la aku relax kejap. Gi bercuti ngan wife aku dan family dia. Bercuti kat Cherating. Tu aku update kemudian la kot. Gambar pun tak banyak ngan aku. Tapi jangan expect aku buat entri tu dengan cepat la ye. Aku kan pemalas orang nyer. Hehehe...


cherating, pantai cherating
[Antara gambar yang aku ada]


Selaen daripada tuh, aku ada gak buat pre-order untuk perfume tester original. RM 160 je termasuk postage. Tempoh pre-order pun singkat je. Tu yang kelam-kabut tuh. Kat blog pun tak sempat update pasal pre-order nih. Sumer dibuat melalui page Rexylla je. So kepada sesiapa yang berminat, sila like page Rexylla untuk update terkini. Cuma buat masa skang ni, tak banyak perfume tester original yang aku boleh offer. Tapi insyaAllah akan bertambah next time. Skang tengah planning untuk promote perfume grade 5A (bukan 3A ye) dah alang2 Rexylla open wing untuk perfume. So watch out for next time. Hehehe...


perfume tester original, rexylla, pre-order
[Klik untuk tumbesaran]


Next time kalo aku jarang update kat blog, korang boleh stalk IG aku aswadz_rex [ni teknik promote IG sendiri nama nyer] tengok aku tengah buat apa. Hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...