Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Esok dah nak raya. Kalau harapkan esok, memang tak sempat update blog dah rasa nyer. So aku ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kalau ada salah silap sepanjang aku berblogging, harap dimaafkan.

Ye2, aku maafkan korang gak. Eh. Hahaha...


Monday, July 13, 2015

Huruf pada Keyboard

keyboard, alphabetical, huruf


Korang perasan tak kalau korang tengok keyboard laptop/komputer korang, huruf2 dia tak tersusun secara alphabetical. Agak2 korang kenapa?

Sebab masa zaman dahulu (time tu still pakai typewriter yang jenis mekanikal), typewriter senang tersangkut atau tersekat sebab orang taip laju sangat. So arrangement yang skang ni dibuat untuk slow down tahap manusia menaip. Well, now you know.


Saturday, July 11, 2015

Jumpa kat Neraka

Nak dijadikan kisah, ada seorang member aku yang duduk nun jauh di tengah Semenanjung Malaysia belah berat, senang citer Selangor, tersepit antara 2 benua belah pihak disebabkan certain2 situasi. Tapi aku malas nak citer kan pasal situasi tu, sebab takut salah citer, jadi fitnah la pulak.

Tapi disebabkan situasi tersebut, dia kena pulau dengan housemate dia. Housemate dia semua geng tabligh. Mungkin diorang ingat member aku ni tergolong dalam golongan yang tak baik kot. Sebab tu diorang pulau. Tapi kalau diorang tak bangun Subuh, member aku ni la yang kejutkan diorang, ajak berjemaah. Tapi skang ni kalau member aku tak bangun, haram diorang nak kejutkan.

So bila member aku ni citer kat kitorang (aku dan member2 yang lain), rasa macam panas la. Nape buat macam tu. Tak mencerminkan ke"tabligh"an (agak2 dalam kamus wujud tak perkataan ni) langsung. Aku pun apa lagi, terus cakap kat member aku tu, "Hang bagi surat sentap kat housemate hang. Dalam tu hang tulis nanti aku claim pahala ngan korang kat neraka". 

Pastu member aku reply, "Confirm dah la aku masuk neraka ni?"

Damn... Salah sebut... Nak sebut padang mahsyar sebenar nyer.


sentap, chill lah


Friday, July 10, 2015

Lori Rapat

lori himpit kereta, lori memotong
 [Gambar perhiasan]


Bila melihat situasi di mana ada lori cuba potong queue dan rapat giler dengan kereta depan kitorang.

Member: Rapat giler lori tu.

Aku: Aku bet lori dengan kereta tu kawan karib. Pemandu dia je dak...


Tuesday, July 7, 2015

Hang Tuah dan Keris Taming Sari Hanya Mitos?

Aku rasa mesti ada antara korang yang nak termuntah dah asyik baca entri pasal keris Taming Sari je dalam entri INI dan INI. Okay2. Aku janji yang ni last. Pasni sambung balik entri santai sengal.

Mesti korang pernah terbaca mana2 artikel yang mengatakan bahawa Hang Tuah sebenar nyer tak wujud. Yela, kubur pun takde. Ada yang mengatakan makam Hang Tuah di Tanjung Keling tu cuma sebagai tanda peringatan je. Kubur sebenar ntah ada ntah takde. Wallahualam. So bila kewujudan Hang Tuah sendiri orang pertikaikan, secara tak langsung kewujudan keris Taming Sari juga turut dipertikaikan.


makam hang tuah, hang tuah, tanjung keling, melaka
[Makam Hang Tuah]


Mohd. Ramli Raman, pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata yang keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip lama yang lain. Beliau mengesahkan yang keris Taming Sari yang disimpan dalam jagaan Kesultanan Perak merupakan yang asli dan mempunyai rupa dan ciri2 umpama senjata di abad ke-14 kerajaan Majapahit itu.

Keris Taming Sari yang dijadikan salah satu alat kebesaran Kesultanan Perak menepati ciri2 yang diperlukan termasuk jenis logam yang digunakan, malahan serupa dengan gambar rajah yang ditemui dalam Manuskrip Taming Sari. Manuskrip Taming Sari merupakan manuskrip lama bertulisan jawi kuno dan mengandungi zikir dan amalan perang Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.


keris taming sari, manuskrip taming sari
[Manuskrip Taming Sari]

Saturday, July 4, 2015

Keris Taming Sari

Entri ni sambungan kepada entri sebelum ni. Entri lepas tu aku letak gambar je. Tu pun takde gambar keris Taming Sari sebab tak dibenarkan ambil gambar. Dalam entri ni, aku bajet nak kupaskan sedikit la pasal keris Taming Sari, untuk tambah atau refresh balik memori kita.


keris taming sari, hang tuah, kesultanan melayu melaka
[Keris Taming Sari]


Sebut je pasal keris Taming Sari ni, mesti kita akan ingat Hang Tuah, laksamana yang terkenal di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Keris Taming Sari ni mempunyai ciri-ciri seperti diselaputi dedaun emas. Sarung atau hulu nyer pula diperbuat daripada emas dan dipercayai diadun daripada 20 jenis besi termasuk serpihan besi ganggang pintu Kaabah.


Asal-usul Keris Taming Sari

Keris Taming Sari ni asal nyer kepunyaan seorang pahlawan Jawa bernama Taming Sari. Ada cerita mengatakan yang Taming Sari telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah kerana telah memalukan dia. Ada juga cerita yang mengatakan Taming Sari mengamuk dalam istana Seri Betara Majapahit lalu membunuh ramai orang. Tapi yang pasti, kemudian Taming Sari bertarung dengan Hang Tuah.

Semasa pertarungan tersebut, keris Hang Tuah tidak lut apabila menikam Taming Sari. Dikatakan keris yang dipegang Taming Sari menjadikan diri nyer kebal. Hang Tuah cuma berjaya membunuh Taming Sari apabila keris yang dipegang Taming Sari itu berjaya dirampas oleh Hang Tuah. Keris tersebut diserahkan Seri Betara Majapahit kepada Hang Tuah sebagai anugerah. Selain daripada menjadikan tuan empunya keris kebal, keris Taming Sari juga mempunyai kuasa sakti iaitu mempunyai keupayaan untuk berlegar di udara untuk mengejar musuh. Sejauh mana kebenaran tu, Wallahualam...


Kronologi Penyerahan Keris Taming Sari

Keris Taming Sari diwariskan kepada Kesultanan Perak oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Mudzaffar Shah dan menjadi salah satu alat kebesaran Di Raja Perak. Bagaimana keris ni diwariskan ke Kesultanan Perak?

Hang Tuah bagi keris Taming Sari kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan kerana terlalu malu untuk menghadap sendiri Sultan sebab gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Semasa kejatuhan Empayar Melaka, Sultan Mahmud meninggalkan Melaka bersama2 keris Taming Sari ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda menyerahkan kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah yang kemudian nyer berangkat ke Perak


Pameran Keris Taming Sari

Keris Taming Sari ni dikatakan tidak boleh dipegang oleh sebarangan orang. Menurut Panglima Perang Kiri Istana, keris ni hanya tunduk kepada Toh Seri Nara Diraja. Beberapa "penjaga" alat kebesaran negeri Perak mendakwa ada beberapa pantang larang yang harus dipatuhi semasa mengendalikan keris Taming Sari memandangkan keris ini mempunyai "kuasa" yang tersendiri.

Antara pantang larang tersebut adalah keris Taming Sari tidak dipamerkan di dalam kotak kaca secara bersendirian sebalik nyer disertakan bersama dengan keris Seri Gading sebagai "peneman". Keris Seri Gading juga merupakan salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak. Keris Seri Gading bertindak sebagai "penawar" dan "pendinding" kepada keris Taming Sari daripada sebarang anasir buruk. Aku cuba gak cari info yang lebih mendalam pasal keris Seri Gading ni seperti asal usul, siapa empunya keris. Tapi tak jumpa lak.


keris seri gading, peneman taming sari, penawar, pendinding
[Keris Seri Gading]


Kalau diikutkan tahun sebelum2 ni, Pedang Cura Si Manjakini pun turut dipamerkan. Tapi tahun ni takde pulak. Kecewa aku. Pedang ni pun merupakan alat kebesaran Perak jugak. Asal nyer pedang ini merupakan pedang kepunyaan Sang Sapurba (Sang Nila Utama) berketurunan Iskandar Zulkarnain, nasab Nabi Sulaiman yang muncul di Bukit Siguntang. Ni sape yang baca buku Salatus Salatin faham la.


pedang cura si manjakini, sang sapurba, sang nila utama, salatus salatin
[Pedang Cura Si Manjakini]


Sumber:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...