Patut entri ni keluar lama dah. Tapi sengaja aku peram untuk mendapatkan kualiti yang lebih bagus. Hahaha... Family Day sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas. Tu dia. Cuti 1 Mei. Pertengahan bulan Jun baru keluar entri. Sadis punya blogger. Family Day kitorang ni bukan Family Day anjuran tempat kerja je. More like family getaway. Berkumpul ramai2 gi jalan2. Macam tahun lepas kitorang gi Cameron Highlands. So tahun ni pergi Cherating lak.
Untuk tahun ni nyer perancangan, aku langsung tak terlibat. Daripada segi homestay mana nak duduk, aktiviti apa nak buat, tu sumer adik-beradik belah wife aku yang decide. Kira nyer aku ni jadi tukang drebar je la waktu kejadian. Hehehe...
Sampai kat Cherating dalam tengah hari. So petang tu pergi lepak pantai. Tujuan utama of course la mandi laut aka berendam. Nak berenang tak pandai. Berendam pun jadi la. Dapat la gak sket2 feel mandi laut tuh. Tapi kalo dah bosan berendam, boleh buat aktiviti lain. Contoh nyer...
[Abaikan jari kelingking aku tuh]
Lepas bosan berendam, boleh ber"joga bonito" kat tepi pantai. Maklum lah, praktis untuk World Cup. Kot2 la pasukan Malaysia nak panggil aku untuk maen ngan diorang. Jap. Lupa. Malaysia tak pernah layak lagi ke Piala Dunia. Hahaha...
Malam lak aktiviti barbeque atau lebih dikenali sebagai aktiviti mengisi perut masing2 di kala malam menjelang. Tapi aktiviti bakar membakar je la yang kat luar rumah. Makan sumer kat dalam rumah. Siap makan depan TV lagi. Aktiviti barbeque separa moden.
Keesokan hari nyer, pergi melawat Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu lak. Sekali sekala melawat penyu apa salah nyer. Walaupun bukan musim penyu mendarat, tapi kat pusat penerangan ni pun ada penyu gak. Tak perlu tunggu musim.
[Aku bab2 buat gaya tengah berjalan memang rajin]
Belah malam lak aktiviti tengok kelip2. Korang boleh google Hafiz Cherating Activities. Ada banyak aktiviti laen yang diorang offer. Tapi kitorang minat dengan Firefly Tour je. Takde gambar yang boleh snap semasa aktiviti Firefly Tour nih. Strictly prohibited. Sebab nanti kelip2 lari. Karang korang gak yang kempunan nak tengok kelip2. Rugi duit je kalau tak dapat tengok kan. Hehehe...
Aktiviti Firefly Tour ni memang best. Korang akan naek bot dan akan dibawa menyelusuri sungai sampai la kat kawasan yang memang gelap gelita. Cuma bulan je sebagai pemberi cahaya. Tapi gelap2 macam ni la korang boleh tengok kelip2 dengan meriah nyer. Memang banyak. Kalo korang bernasib baek, kelip2 tu sendiri akan terbang kat korang. Korang boleh tangkap, tapi jangan ganas sampai kelip2 tu mati sudah la.
Next time datang Cherating, boleh mandi pantai lagi sebab pantai dia memang cantik.
p/s: joga bonita means "play beautifully"