Tuesday, February 28, 2012

Cuti Seminggu

Tatkala orang sedang sibuk bekerja, aku dengan relax goyang kaki depan laptop. Kadang2 golek ke kiri ke kanan atas katil tanda aku punya masa yang terluang untuk dibazirkan. Hari ini, aku cuti. Dalam otak belum ada apa2 perancangan istimewa untuk dibuat sepanjang cuti seminggu aku.

Agak2 apa aku nak buat sepanjang cuti seminggu ni. Tengok Running Man? Tengok drama Korea? Layan lagu@MV Korea sambil terkinja2 sampai penat terjelepuk atas lantai? Ke nak tengok anime? Ok. Now aku rasa macam lame lak sebab hanya spent cuti kat rumah.

Maybe aku kena gi jalan2 makan angin kot. Ada sape nak ikut?




Monday, February 27, 2012

Rumah Berputar

Korang pernah terfikir tak untuk memiliki sebuah rumah yang boleh berputar ikut sker hati-jantung-peparu korang? Masa kecik dlu aku rasa aku pernah terfikir macam nak satu sebab nampak macam cool je ada rumah yang bole berputar2 nih. Aku rasa la. Hahaha...




Sekarang, memperkenalkan rumah yang boleh berputar pada paksi nyer (rasa cam ayat belajar sains je waktu kecik). Rumah ini terletak di New York dan pemilik nyer memutarkan rumah tersebut mengikut arah cahaya matahari untuk kegunaan tenaga solar.






Sumber: Zillow Blog


p/s: pusing dengan terlalu cepat bole buat korang pening dan muntah.


Sunday, February 26, 2012

Tomyam ke ni?

*First of all, gambar tomyam yang disebutkan takde sebab aku tak bawak kamera masa tuh. Nak amek gambar guna handphone, handphone tak bape nak canggih. Kalo amek gak, mesti huduh nyer. Untuk menjaga reputasi blog aku, aku terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil gambar tomyam tersebut.


Aku melangkah longlai ke arah kedai makan di Seksyen 2, Shah Alam. Waktu masih awal. Jam di handphone menunjukkan waktu hampir memasuki pukul 8 malam. Persekitaran sekeliling ruang makan aku perhatikan. Niat di hati nak makan nasi goreng. Tapi perut minta diisi tomyam. Jadi perkataan "tomyam" pada setiap papan tanda kedai aku perhatikan.

Walaupun dah beberapa kali aku menjejak kaki kat ruang makan Seksyen 2, tapi tak pernah sekali pun aku ingat kedai mana yang sedap. Or maybe sumer nyer biasa2 je. Sebab tu tak ingat. Tiba2 aku terpandang satu kedai. Shameer Tomyam.

Pekerja kedai sibuk berborak ngan awek, yang muka nyer terpampang kat papan tanda kedai makan tu. Tapi aku tak sure dia tauke ke tak. Macam muda je nak jadi tauke. Sibuk bercintan-cintun. Order aku tak mau amek ke? Nak meniaga ke tak nak bang? Oiii... Dengar tak bang?

Of course dia tak dengar. Sebab aku cakap dalam hati je. Tapi seolah memahami jeritan perutku, sorang lagi pekerja kedai keluar daripada dapur. Mencapai segala peralatan yang ada untuk mengambil order, dia terus menuju ke arah aku.


"Ye bang, nak makan apa?" tanya budak tu.

"Saya nak makan orang tomyam ayam dan nasi putih ye. Air bagi teh ais," berbekalkan muka yang bersahaja, aku menjawab pertanyaan pekerja tersebut.


Ku sangkakan angin sepoi2 bahasa hingga ke petang, rupa nyer taufan Irene di tengah hari. Tomyam yang sampai tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM. Cair. Pastu macam ada keladak2 apa ntah yang timbul kat atas tomyam tu. But again, otak aku memberi signal mengatakan "don't judge a book by its cover".


[Kalo tomyam yang macam ni, mungkin nampak mengancam]


Ku capai sudu dan terus mencedok kuah tomyam tersebut dengan harapan setinggi gunung, mengharapkan tomyam tu sedap. Masin. Perasa tomyam tak dapat dikesan. Plain. Tapi masin. Kalo rasa tomyam tak dapat dikesan, mungkin wajar menu ni dipanggil sup ayam. Sup ayam masin.

Berbekalkan sup ayam masin tomyam ayam dan nasi putih yang hidangan nyer umpama 2 orang yang nak makan (siyesly, korang ingat aku bela jin ke apa dalam perut aku), aku mentekedarah gak la sebab dah lapar. Nak blah terus tanpa menyentuh makanan, rasa macam kurang ajar la plak kan. Tapi as expected, memang tak abes. Yang luak cuma ayam. Tak elok membazir.

Walaupun aku payah nak ingat kedai makan mana yang sedap kat Seksyen 2 tuh, tapi of course aku akan ingat kedai mana yang tak sedap.


p/s: nak meniaga, buat cara nak meniaga. nak melayan awek, gi cari tempat laen.


Saturday, February 25, 2012

Perubahan

Yea ha ha... Hampir 2 minggu aku meninggalkan dunia blogging. Macam2 faktor menjadi penyebab ketidak-bloggingan aku ni. Mula2 busy ngan exhibition and keje kat Shah Alam. Ditambah lak ngan kesihatan yang kurang memberangsangkan sejak balik dari Shah Alam, terus takde mood nak tulis apa2 entri kat blog. Cuma kadang2 tu aku merajinkan diri untuk blogwalking.


 [Booth SIRIM tengah setup. Gambar dicilok daripada FB Kak Kirah.
Jangan marah ye. Hehehe...]


Semasa exhibition Malaysia Technology Expo 2012 (MTE) yang lepas, aku ada terserempak ngan 2 orang kawan lama. Dua2 rakan masa universiti. Sorang tu pompuan. Satu PPK. Sorang lagi tu dia tu senior setahun kalo tak silap aku. Masa aku tengah wat ijazah, dia tengah sambung master. Dua2 orang rakan ni ni mengingatkan aku tentang perubahan. Perubahan daripada segi fizikal.

Kawan aku yang pompuan ni dlu dia tak bertudung. Tapi masa terserempak kat MTE tu, dia dah bertudung dan pakai bracers. In fact masa dia tegur aku mula2 pun aku tak dapat cam dia sape. Even aku ingat dia budak blogger daripada Geng Blogger Sengal lagi. Hahaha... Wat malu aku je tak kenal kawan sendiri. Aku siap tanya lagi. "Ni sape ek?". Hahaha... Actually tak sempat sembang banyak. Biasa la. Bila bab sembang ngan pompuan, aku kadang2 awkward sket. Jadi kitorang sembang2 gitu je, pastu masing2 membawa diri. Aku, of course, kena jaga booth. Kang kena marah ngan bos lak kang.

Dengan member aku lagi sorang ni pun sama. Dia melawat booth aku. Tengah dia dok belek2 flier/ poster booth aku tuh, aku cam muka dia. Bila baca nama kat jaket dia, dah sah... Memang aku kenal dia. Tapi aku tak tegur dlu la. Aku senyap je. Aku nak tengok dia cam aku ke tak. Bila dia tenung aku lama2, baru dia cam. Mungkin skang ni aku dah bertambah hensem berbanding dlu.


[Weyh, aku curik gambar kat FB ye]


Yang tak bole blah tu, bila dia kuarkan statement "ko tak kurus macam dlu la". Nape tak kuar statement "ko nampak makin hensem, macho dan bergaya laaa". Kenapa? Mengapa? Why? Tapi, aku rasa aku still kurus. Cuma mungkin dah berisi sket kot. So aku tak leh fikir, dlu aku kurus lagi ke berbanding skang? Kalo skang aku kurus, dlu aku kurus-keding kah?


p/s: korang tau tak, tak dapat berkaroke semasa memandu kereta sorang2 adalah sangat membosankan?


Sunday, February 12, 2012

Fold-Up Car

Sape kat sini ada masalah nak parking kereta, angkat tangan... Orang yang parking kereta guna dua kotak parking pun jatuh dalam kategori tak reti parking kereta ye. Bagus2. Ramai yang angkat tangan nampak nyer. Untuk sape2 yang tak pandai parking kereta, ada solution untuk korang.

Fold-up car. Yes, you heard me right. Apa? Ingat kerusi, meja ngan katil je ke yang bole maen lipat2. Come on la kan. Teknologi dah makin moden kot. La ni kereta pun bole lipat2 dah. Tak caye? Jom tengok video nih.




Kereta ni menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga. Dan kereta ni takde pintu. Korang kena kuar ikut depan. Feel awkward? Hahaha... Aku rasa Malaysia pun patut order kereta macam ni gak. Atau lagi best, suruh Proton copycat satu. Pastu jual. Confirm laku kat KL. Bila jem je, masing2 lipatkan kereta diorang, pastu menyelinap celah2 kereta laen.


Sumber: Yahoo! Autos


p/s: kadang2 menyelinap guna Kancil pun tak lepas.


Friday, February 10, 2012

Gadget Pelik yang Dijual Online

Online marketing ni dah menjadi kebiasaan pada kita. Ada macam2 produk yang korang bole tengok. Kalo nak sebut satu2, sampai tahun depan belum tentu abes. Jadi, better aku tak yah sebut kan. Kan kan? Kan... Tapi dalam banyak2 gadget yang dijual online, ada gak gadget2 pelik yang orang jual. Hari ni aku nak share beberapa gadget yang nampak pelik dan outrageous tetapi ada yang actually useful. Well, at least bole pakai la.


1. iTree iPhone



Korang rasa bosan ngan iPhone korang? Apa kata korang embed korang nyer iPhone ke dalam pokok. Maka terhasillah iTree iPhone. Eh, jangan la tanya aku macam mana benda ni function. Aku pun tak tau. Tapi function dia macam iPhone la kot. Hehehe...


2. Star Trek light-up feeding system



Baby korang tak mau "mamam syik" (makan nasi)? Nah... Beli sudu yang lengkap ngan bentuk kapal terbang Star Trek, siap ngan lampu lagi. Sambil buat bunyi kapal terbang, sambil melayang2 kan sudu Star Trek penuh bijirin, korang terbangkan sudu tu ke arah baby korang. Nescaya baby korang agak menganga dengan gembira nyer... Aaammm... Sedap... Yatta (sambil baby korang menepuk tangan diorang).


3. Dr. Dre Flashy Headphone



Korang sker pakai rantai bling bling? Sker benda berkilat? Nak nampak cool? Nak nampak bergaya? Kalo nak tambah lagi persoalan yang berada di minda, sila tambah sendiri dalam kepala otak korang. Serabut lak blog aku kalo aku bubuh sumer kat sini. Tak payah citer banyak. Dah sah2 ni headphone. Kalo nak, sila berebut dengan Dr. Dre.


4. 2-in-1 Mouse Calculator



Pernah nak buat kira2 masa surfing internet, tapi kalkulator takde kat sebelah? Last2 korang klik All Programs> Accessories> Calculator untuk menyelesaikan kira2 korang. Mungkin 2-in-1 mouse dan kalkulator ni. Senang nak buat keje.


5. IPod-charging Toilet Paper



Sambil berak, sambil charge iPod korang. Kalo bosan, bole dengar lagu. Sambil menunggu "something" keluar, bole joget2 dlu. Hahaha... Lepas basuh berak, amek tisu, pastu amek iPod korang keluar daripada tandas. Hehehe...

Amacam? Korang rasa useful tak gadget2 yang aku share ni? Ada rasa nak beli satu?


Wednesday, February 8, 2012

Journey 2: The Mysterious Island

Korang pernah tengok movie Journey to the Center of the Earth tak? Kalo korang sker citer2 adventure macam ni, mesti korang akan minat muvi Journey 2: The Mysterious Island. Ye. Citer ni merupakan sekuel kepada Journey to the Center of the Earth. Sori la kalo review aku ni dah agak outdated. Lama sangat terperuk, tak publish2.




Citer ni bermula dengan Sean Anderson, seorang remaja yang bermasalah yang mempunyai keinginan untuk mencari pulau misteri yang pernah diceritakan oleh datuk nyer suatu masa dahulu. Dia juga berpendapat datuk nyer telah hilang semasa mencari pulau misteri tersebut. Berpandukan tiga buah buku novel iaitu Treasure Island, Gulliver's Travels dan Mysterious Island, akhir nyer Sean Anderson berjaya menjumpai koordinat pulau misteri tersebut dengan bantuan ayah tiri dia, Hank Parsons.




Pada pendapat aku, citer ni memang best. Especially sebab aku memang minat citer2 macam ni. Jalan citer dia agak menarik gak sebab dia macam combine beberapa elemen fantasi dan juga sejarah. Contoh nyer macam mana pulau tu dihuni haiwan yang sama macam kat tempat laen. Cuma haiwan yang besar bertukar menjadi kecil dan begitu juga sebalik nyer. So bole bayangkan kalo cicak rumah tiba2 bertukar menjadi gergasi? Owh, tapi dalam muvi ni takde cicak ye. Pastu kota yang hilang di lautan, Kota Atlantis juga muncul kat atas pulau ni. Menarik tak?

Barisan pelakon lak, aku rasa watak Sean Andersons tu kurang la. Cik Vanilla pun cakap gitu gak. Watak Kailani lakonan Vanessa Hudgens, watak penyeri je kot. Seksi je lebih. Tapi takpe la. Lelaki sker tengok kot. Hehehe... Eh? (sambil hadang muka, takut kena lempar ngan barang oleh Cik Vanilla) Tapi watak Gabato, ayah kepada Kailani tu memang kelakar. Tergelak2 aku tengok.

Cuma aku rasa setback dalam citer ni adalah jalan citer terlalu direct. Contoh nyer, masa pulau tu nak tenggelam, dan2 je tahu kewujudan kapal lanun yang pernah singgah kat situ pada zaman dahulu. Pastu, dan2 je tahu kena cari journal kapten kapal tersebut untuk tahu kedudukan kapal tersebut. Bila dah macam tu, jalan citer tu macam dah jadi terlalu mudah dan direct. Maybe diorang nak kurangkan masa tayangan kot. Ntah la.



 
p/s: kapal lanun tu bukan kapal layar, tapi kapal selam. kapal selam yang agak canggih lak tu...


Tuesday, February 7, 2012

Profesion Baru Aku - Driver Bas Kilang

Yes. Aku tahu korang tentu terkejut dengan tajuk entri ni. A'ah. Skang aku dah ada new profesion iaitu driver bas kilang. Tapi aku tetap kerja sebagai researcher. Yup. Keje tetap keje. Takde nyer aku nak quit job aku yang skang ni just sebab aku dah tukar profesion baru. Sebab... Sebab...

Profesion baru aku ni cuma wujud di Geng Blogger Sengal je.




Hahaha... Means, profesion ni hanya wujud di alam maya, atau lebih spesifik lagi, di Facebook. Takde wujud kat mana2 dah. Mana nak cari dinosour T-Rex memandu bas kilang? Tak jumpa nyer la. Hanya ada di Kampung Sengal. Tapi honestly, ntah dari mana datang idea driver bas kilang ni pun aku tak tau. Memandai je ketua kampung ni decide. Ingatkan nak bagi aku title hulubalang kampung. Hehehe...

Apa pun, komitmen tetap harus diberikan. So aku tadi telah meninjau kilang2 bas bersama asisstant aku En. Google. Aku telah pun memilih bas yang sesuai untuk membawa minah2 kilang Kampung Sengal dan sape2 jua la yang ada perkataan "kilang" kat title diorang. Tinggal nak tunggu ketua kampung release fund je untuk beli bas ni. Amacam tok ketua? Lepas tak?




p/s: pasni nak amek lesen memandu bas lak. baru real kan.


Saturday, February 4, 2012

Eksperimen - Efek Rokok pada Paru-paru

Malas citer banyak sebab aku dah pernah tulis beberapa entri pasal bahaya rokok ni. Korang bole baca kat SINI, SINI, SINI dan SINI. Kali ni jom layan eksperimen yang dijalankan untuk tengok efek rokok pada paru2. Walaupun mungkin dah lama video ni, tapi takpe. Layan je...


Thursday, February 2, 2012

Agenda Free-guson

Sempena kekalahan Manchester City di tangan Everton.






















p/s: entri suka-suki hari ni. hahaha...


Wednesday, February 1, 2012

Card Pendrive for Corporate Gift

Aku rasa kebanyakan korang mesti ada pendrive kan. Especially bebudak universiti dan ke atas. Paling koman pun mesti ada satu. Maklum la. Pendrive ni agak penting gak la untuk transfer2 file ni. Mudah keje. Nak beli external hard disk, bukan sumer mampu.




Apa yang aku bakal promote ni mungkin tak banyak yang dijual kat kedai. Dan sah2 bukan jenis yang korang selalu nampak orang pakai. Sebenar nyer aku nak promote kat korang card pendrive. Cis aswadz ni. Nak buat saspen2 lak. Sudah terang lagi kan bersuluh terpampang kat tajuk entri. Sebelum aku citer panjang2, apa kata korang baca dlu apa yang tertulis kat poster nih.


[Klik untuk tumbesaran yang sihat]


Macam yang korang bole baca, card pendrive ni ada beberapa advantages berbanding dengan pendrive biasa. Memandangkan pendrive ni dalam bentuk kad, so basically ia nyer nipis, ringan. Mudah dibawa ke mana2 dan juga mudah hilang kat mana2.

Korang bole simpan je dalam dompet atau purse korang and korang bole gi jalan2 dan cucuk pendrive korang kat mana2 pun. I mean, janji ada slot untuk cucuk pendrive korang. Jangan cucuk kat tempat yang takde kaitan. Kang ada yang kena lempang, jangan datang mengadu kat aku lak ye.

Ehem... Bersambung semula kepada topik. Hampir off topic tadi. Card pendrive ni amat laaa sesuai untuk dijadikan corporate gitf sebab keunikan card pendrive itu sendiri. Aku rasa korang mesti rasa best kan kalo dapat simpan card pendrive siap ada logo syarikat korang. Jadi aku rasa card pendrive ni sesuai dijadikan gift semasa dinner syarikat, conference dan exhibition. Baru la nampak eksklusif dan versatile.

 Untuk maklumat bergambar, korang bole rujuk gambar2 sampel card pendrive seperti kat bawah ni.




[Panjang 8.5 cm, lebar 5.4 cm]




[Tebal = 0.15 cm, tebal pendrive = 0.2 cm]


Kenapa aku target untuk corporate gift dan bukan nyer individu? Okay. Sebenar nyer kat sini ada 3 sebab kenapa aku target untuk corporate gift instead of individu. Pertama, card pendrive ni memang sesuai dijadikan corporate gift sebab ia tampak unik dan versatile. Kedua, sebab harga card pendrive ni mungkin agak mahal berbanding dengan pendrive biasa. Ketiga, keperluan individu untuk membeli adalah terhad dan bergantung kepada keadaan.

Tapi ini tak bermakna individu tak leh beli ek. Kami menerima segala jenis pelanggan. Even kalau langsuir nak datang beli untuk buat kenang-kenangan pun, kami mungkin akan pertimbangkan. Janji langsuir tu ada duit la. Duit Malaysia ye. Matawang daripada alam laen tidak akan diterima sama sekali.




Harga asal adalah RM 38. Tetapi buat masa ni, diskaun sebanyak 16% iaitu RM 32 akan diberikan kepada beberapa pelanggan pertama (bergantung kepada stok) yang membuat pembelian 50 unit ke atas. Aku pernah buat survey kat beberapa kedai yang ada jual produk yang lebih kurang sama, kebanyakan diorang letak harga sebanyak RM 35 untuk card pendrive berkapasiti 2 gigabyte. So, aku rasa harga ni agak reasonable jugak la since kapasiti pendrive yang ditawarkan adalah 4 gigabyte.

Untuk pembelian 50 unit ke atas gak, korang diberi kebebasan untuk buat design (logo atau gambar) sendiri untuk dicetak kat atas card pendrive tersebut. Bersembang pasal cetakan design, harga yang ditawarkan hanya tertakluk kepada card pendrive dengan design belah depan je. Belah belakang plain, macam yang ditunjukkan kat dalam gambar di atas. Tapi, kalo nak cetak gambar depan belakang, still bole dirunding.

So, kalo korang ahli committee untuk mana2 dinner syarikat, conference atau exhibition yang berminat untuk jadikan card pendrive ni sebagai corporate gift, korang bole contact je nama2 yang tertera kat dalam poster tu. Or korang bole contact terus aku kat emel aswadz_rex@yahoo.com. Kalo ada sebarang persoalan yang berada di minda, korang juga bole contact aku atau nama2 tersebut. Nak mudah? Komen je kat entri ni. Senang citer.


**********Banner**********
 *************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...