Showing posts with label fashionista. Show all posts
Showing posts with label fashionista. Show all posts

Sunday, January 1, 2017

Welcome 2017


Welcome 2017.

Tahun baru. Azam baru. Cabaran baru.

Pejam celik pejam celik, dah masuk 2017. Azam tahun 2016, nak buat entri lagi panjang daripada entri yang INI. Tapi azam cuma tinggal azam. Lagi teruk pulak tu. 2015 ada 41 entri blog. Tahun 2016 cuma 5 je. Nampak sangat dah tua, kurang aktif dah berblogging. Kih3... Mujur la still ada pembaca setia macam Pha Is dan Amanina. Terima kasih diucapkan.

Azam tahun 2017, aku belum fikir lagi. Hahaha... Tapi untuk blog, maybe tahun ni aku cuba aktif sket. At least entri blog tu lebih daripada 5. 46 dengan 5, jauh sangat beza nyer tu. Tapi jangan risau. Menaip entri mungkin tak berapa aktif, tapi menerjah blog itu masih aktif.



Rexylla still tengan promo sampai 8 Januari 2017. Sesiapa nak beli jubah, blouse dan perfume, jom terjah. Harga murah2. Nak tahu harga mana yang murah, just PM atau WhatsApp je. KHAS untuk pembaca blog So Full of Myself, sebut nama aku (tak kisah la nama sebenar atau handle name untuk blog) akan dapat extra 10% discount.


Saturday, May 30, 2015

Bergaya dengan Jubah Moden Terkini

Ehemmm... Bersawang dah blog aku ni menunggu untuk diupdate. Naseb baek semalam dah up satu entri. Hahaha... Pura2 busy sungguh aku ni sampai tak sempat nak update. Idea tu dah ada. Cuma nak menaip tu agak kemalasan di samping dicemburui dek masa. Senang citer, malas dan busy. Ayat bukan main merapu lagi, tapi tu je maksud yang sebenar nyer. Jangan risau, ni mula nak merajinkan diri la ni.

Aku perasan muka korang tadi tercengang baca tajuk entri ni. Dah apehal tiba2 nak tulis pasal jubah pulak kan. Memang out of this world sungguh. Hmmm... Tak jugak la sebab aku pernah gak promote jubah moden terkini online. Tapi sebelum tu, aku nak tanya, korang tau ke asal usul jubah ni?


jubah, jubah moden, dress, shopping online, zalora


Jubah ni sebenar nyer merupakan sejenis pakaian tradisional wanita Muslim di Malaysia. Dan kalau korang nak tau, pakaian jubah ni mendapat pengaruh daripada negara Timur Tengah. Haaa... Aku dah agak dah korang tak tau. Actually, aku pun tak tau. Ni baru tau la ni. Hehehe... Jubah dress skang ni memang popular di kalangan wanita. Bukan setakat makcik2 ngan akak2 je pakai dress skang ni. Even aweks pun dah pandai pakai long dress. Terus nampak ayu dan boleh dijadikan calon menantu. Pendek kata, semua lapisan umur pun sesuai menggayakan jubah. Err, maksud aku perempuan la. Yang lelaki tu jangan memandai nak try pakai pulak.

Since perminataan terhadap jubah dan dress Muslimah pun dah makin meningkat, macam2 jenis rekaan dan warna diperkenalkan tanpa mengira bentuk badan dan juga umur. Generasi jubah moden. Lebih cantik, lebih anggun, lebih menawan. Kalau dulu jubah ni orang pakai time nak sambut Hari Raya je, tapi zaman skang ni even jubah pun diorang pakai pergi kerja atau pergi kelas (untuk budak universiti la, budak sekolah still pakai baju sekolah).


jubah, jubah moden, dress, shopping online, zalora


Kalau korang perasan la kan, fesyen Muslimah ni dah mula berkembang dengan cukup pantas sejak kebelakangan ni. Jumlah hijabista pun meningkat naik macam cendawan tumbuh lepas hujan sememang nyer diorang ni peka dengan arus fesyen terkini. Show pasal hijabista pun dah banyak dekat TV skang ni. Kalau korang nak tengok jubah dan dress Muslimah yang trendy dengan sentuhan moden, you should watch these types of show.

Di mana ada permintaan jubah, di situ ada pereka fesyen yang alert. Alert dengan perkembangan trend terkini. Hasil nyer? Pelbagai design jubah yang cantik dan menarik di pasaran. Kalau tengok, confirm berkenan. Silap haribulan boleh heret suami pergi beli terus. Tak sanggup nak tengok jubah tu melambai2 dari jauh (ini bukan cerita Insidious 3 ye).


jubah, jubah moden, dress, shopping online, zalora


Tapi... Kat mana sebenar nyer korang boleh beli jubah dan dress Muslimah yang cantik2 ni. Kat mana?

Paling mudah, beli secara online. Salah satu tempat shopping online yang popular skang ni adalah Zalora. Memang ada banyak jubah moden yang terkini kat Zalora. Cara nak beli senang je. Korang klik je dekat link yang aku provide kat perenggan ke-2 tadi. Pastu pilih je yang mana korang suka. Rambang matalah hendak nyer.

Why shopping online? Sebab mudah dan senang nak tengok pilihan jubah yang ada. Scroll je. Kemudian klik beberapa kali, terus settle. Tinggal nak tunggu barang sampai depan rumah je.

Why Zalora? Sebab selaen daripada jubah moden yang trendy dan terkini, diorang juga ada offer tawaran2 yang menarik dengan harga yang cukup berpatutan.

Jadi tunggu apa lagi?
Jom la ke Zalora...


Friday, January 16, 2015

Rexylla Akhirnya Berdaftar

Citer ni sebenar nyer agak lama dah. Tapi aku nak share jugak kat korang.

Lepas hampir setahun Rexylla beroperasi, akhirnya Rexylla dah officially berdaftar under Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 30 Oktober 2014 dengan nombor pendaftaran PG0353705-W. Tak mahal pun. RM 70 je. So kalau korang nyer blogshop belum berdaftar, baik daftarkan cepat.


suruhanjaya syarikat malaysia, ssm, pendaftaran, rexylla


Bukan apa. Awal bulan Oktober hari tuh kecoh pasal konon2 nyer SSM akan keluarkan surat amaran kepada mana2 peniaga online yang tidak berdaftar. Tu belum masuk lagi citer ada menteri yang keluarkan statement sruh daftar SSM supaya tidak dikenakan tindakan (ini aku kurang ingat menteri mana). Tak tau la betol ke fake. Tapi bila dah daftar ni, lega la sket. Tak payah fikir pasal kena saman atau tak.


rexylla, blogshop, ig shop, fesyen, blouse, maxi dress, hijab, perfume

Instagram: http://instagram.com/rexylla (ID: Rexylla)


rexylla, perfume, authentic perfume, perfume miniature, perfume vial
[Authentic perfume dan dijamin 100% original]


So kepada peminat dress, blouse, hijab dan perfume, jom terjah ke blogshop Rexylla ni. Ada pelbagai koleksi pakaian dan perfume untuk korang tengok. Jom support Rexylla.


Saturday, May 24, 2014

Doodle by Nurdani

Sape kenal blogger merangkap designer iaitu Nurdani, pemilik blog yoUnique? Actually, aku pun tak kenal dia. Hahaha... Aku rajin baca blog dia je. Paling power pun aku follow dia kat instagram je. Nurdani ni memang terkenal dengan doodle nyer yang comel2. Kalo doodle awek, confirm cair. I mean, cair ngan doodle tersebut la. Hehehe...

Dalam bulan lepas, aku ada buat perancangan untuk buat header baru untuk blogshop Rexylla. Header yang sebelum2 ni banyak guna gambar dress dan blouse dalam wardrobe Rexylla je. So each time stock dah abes atau latest stock masuk, kena ubah la pulak header tersebut kan.

Tu yang terfikir nak guna doodle as header untuk Rexylla. Sebab memang dah terpikat ngan doodle saudari Nurdani, bulan lepas aku contact dia, mintak dia buat doodle satu untuk aku. Baru dalam 4-5 hari lepas siap. Nak tengok macam mana doodle tersebut?


doodle, rexylla, nurdani, younique


Dan gambar kat bawah ni lepas digunakan untuk header Rexylla.


doodle, rexylla, nurdani, younique


Lepas ni tak perlu nak tukar2 header ni dah ikut trend. Hehehe... Thanks kepada Nurdani untuk doodle yang comel ni.


p/s: cuba teka sape yang jadi model ni...


Saturday, February 15, 2014

New Item di Rexylla - Maxi Dress & Blouse

Agak lama juga aku abaikan blog nih atas sebab keje dan juga hal2 peribadi. Hari ni baru sempat nak update. Aku sebenar nyer nak update daripada semalam lagi. Tapi tak sempat sebab baru balik daripada Perlis atas urusan peribadi. Hari ni pun nak update sebab nak amek kesempatan untuk promote Rexylla. Jawapan kepada entri INI, next time aku up ye. Hehehe...


rexylla, blogshop


Untuk pengetahuan korang, Rexylla dah bawak masuk dress baru. Maxi dress dan juga blouse. Korang boleh check-it-out aka chekidout gambar2 kat bawah nih. Kalo korang nak tahu lebih lanjut (harga, size, etc.), korang boleh klik je gambar tersebut. Jika berminat, korang boleh PM Rexylla kat SINI. Korang boleh juga visit page Rexylla dan klik like kalo nak dapatkan info terkini tentang Rexylla.


Maxi Dress


rexylla, maxi dress, plain


rexylla, maxi dress, colour block


rexylla, maxi dress, printed


Blouse


rexylla, blouse, basic


rexylla, blouse, scallop


rexylla, blouse, lace, button


Wednesday, July 17, 2013

Rexylla

Kalo korang selalu berkunjung ke blog aku, mesti korang perasan advertisement yang aku letak bawah header blog tuh. Rexylla ni sebenar nyer blogshop yang baru je bukak. Sebelum ada orang tanya, sebenar nyer blogshop ni kepunyaan wife aku, dengan dibantu oleh aku. Kira nyer aku ni assistant la. Hehehe...

Nama pun blogshop baru kan. So memang baru je nak menapak dalam online business ni. Setakat ni ada 3 jenis baju yang kitorang jual. Antara baju2 yang ada dalam stok. Harga pun murah je. Dalam RM 40, tak termasuk postage.


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


Kalo korang berminat, korang bole lawat ke blog Rexylla untuk maklumat lanjut. Boleh jugak follow untuk mendapat update terkini.


Wednesday, April 4, 2012

5 Bilik Tidur yang WOW!!

Hari ni aku nak share ngan korang 5 buah bilik tdo yang kalo korang tengok, korang mungkin akan ter"wow" ngan decoration aka kemewahan bilik2 tersebut. Orang miskin macam aku ni bole tengok je la. Pastu publish kat blog. Hahaha...


[Bilik tdo ngan swimming pool plus water slide]


Kalo bilik tdo korang dah ada swimming pool ngan water slide, mesti korang akan wat dunno je kalo member korang ajak gi lepak kat waterpark. "Apa? Bukit Merah? Gambang? Sunway Lagoon? Pfffttt..." Memang sejuk la bilik ni sebab ada swimming pool. Masalah panas waktu tengah2 malam pun tak jadi hal dah sebab kalo panas apa susah. Terjun la masuk kolam. Jangan masa tdo tergolek masuk kolam sudah.


[Lampu neon menyinari bilik waktu malam]


Perghhh... Yang ni nampak cantik dan macam best je. Cool tak kalo malam2 bilik korang diterangi ngan cahaya lampu neon? Mesti la cool kan. Bandar2 kat Malaysia ni pun blom tentu sumer ada lampu neon. Bilik Cik Neon pun blom tentu ada lampu neon kan. Hik3... Tapi kat bilik tdo korang ada. Haaaaa... Tapi bil api confirm mencanak la. Tapi kalo ada bilik ni, dah sah2 kaya kan. Jadi apadehal kan.


[Bilik tdo ngan hiasan mural pada dinding]


Bilik tdo berdindingkan cat satu warna kadang2 membosankan. Lagi2 kalo warna dinding tu tak mengancam. Sayu. Layu. Untuk memeriahkan suasana bilik tdo untuk menjadikan nyer lagi mewah dan tampak eksklusif adalah dengan mengupah pelukis mural untuk melukis mural kat dinding bilik korang. Tapi kalo korang ada adik kecik yang rajin melukis, mungkin akan ada lukisan mural free kat dinding bilik tdo korang. Baek korang pi check.


[Faux stone sebagai dinding bilik]


Kalo rasa lukisan mural pada dinding bilik tdo tak cukup mewah, pecah dinding asal dan guna faux stone sebagai dinding. Baru la mewah. Adik kecik nak melukis mural free pun tak dapat. Hahaha... Owh yea, aku tak tau faux stone tu dalam BM apa. Google translate kata batu palsu. Ikut korang la nak percaya ke tak. Hehehe...


[Bilik tdo dengan cermin kaca mewah]


Bilik tdo mewah kena la hias ngan cermin yang mewah kan. Baru la classy dan membuatkan tetamu kata "Woww!!" bila masuk bilik tdo korang. Tak kan bilik tdo power, tapi pakai cermin yang style gantung guna skru/paku tuh. Tak woww la der. Tapi kalo letak cermin mewah banyak sangat, probability untuk terserempak ngan hantu cermin adalah lebih tinggi. Hahaha...


p/s: amacam? ada terkeluar perkataan "woww" tak dari mulut korang?


Monday, January 30, 2012

Facebed - Katil Konsep Facebook

Mengaplikasikan logo Facebook menjadi something yang useful merupakan satu kreatif. Kalo korang pengguna tegar laman web sosial Facebook, korang mesti akan sker katil yang berbentuk seperti logo Facebook ni. Katil ni dilengkapi dengan tempat untuk korang online skali. Kata pengguna tegar Facebook. Mesti la ada tempat untuk online Facebook kan. Ye tak?








Sumber: Blog Serius


Friday, January 6, 2012

K-Pop hairstyle yang... Err...

Hari ni aku belum ada mood lagi nak menulis. Tapi tangan gatal gak nak update blog. So hari ni aku pilih topik yang bole dibincangkan tanpa perlu menaip banyak2. Just letak gambar, korang dah bole faham apa yang aku nak sampaikan. Tajuk topik pada hari adalah... Sila rujuk tajuk kat atas ek. Hehehe...

Kalo kat US, Lady Gaga terkenal dengan style dia yang pelik dan pakaian nyer yang bole membuatkan kita menyebut "What the Fuuuuu!!!" bila kita tengok. Tapi ari nih mari kita tengok style belah Korea lak. K-Pop. Tapi kita fokus bahagian rambut ye. Hehehe...


Sandara Park - 2NE1



Taeyang, G-Dragon and T.O.P - Big Bang



Key - SHINee



Song Jieun - Secret



Teen Top



Sunny - SNSD



Tapi bagi aku, rambut Sunny tu comel pe. Takde teruk mana pun. In fact, tak teruk langsung. Tapi yang Teen Top tuh, memang bole membuatkan aku berkata "What the Fuuu!!!".


Saturday, December 17, 2011

Jennifer Aniston Paling Hot

Aku malas lagi nak update berkenaan dengan apa yang aku cakap dalam entri yang sebelum ni. Dengan berukband ni dok buat hal dari tadi. Asyik disconnect je. Tensen aku... Jadi, apa kata kita sembang pasal benda laen dlu.

Bila hujung2 tahun ni, muncul la macam2 anugerah, survey dan yang sama waktu dengan nyer. Anugerah Skrin la, Anugerah Bintang Popular la. Tu baru kat Malaysia. Kalo dalam bola sepak, ada PFA Player of the Year. Ada Ballon d'Or.

Tu anugerah. Kalo survey, lagi la ada macam2. Pelakon lelaki terkacak 2011 la, pelakon wanita paling seksi 2011 la, pelakon yang tak pandai berlakon 2011 la, pelakon paling banyak skandal 2011 la. Dan macam2 lagi. Kalo aku senaraikan sumer, rasa nyer tak muat blog aku nanti. Hehehe...

Baru2 ni MensHealth.com ada buat survey untuk memilih The Hottest Woman of All Time. Dan yang muncul no. 1 adalah Jennifer Aniston...


1. Jennifer Aniston

[Nampak nyer saya ler yang paling hot...]


2. Raquel Welch



3. Marylin Monroe



4. Britney Spears



5. Madonna



Owh, wait... How about Angelina Jolie?


10. Angelina Jolie

[Takpa la no. 10 pun. Dah naseb badan. Nak buat macam mana...]


Nampak nyer Angelina Jolie tak dapat no. 1 kali ni. Mesti ramai peminat Angelina Jolie yang butthurt ngan keputusan survey ni kan. Like "What?!! Jennifer Aniston nombor 1?!! What the fuuuu..." Apa pendapat korang?

Pendapat aku? Aku no komen. Aku sker lagi awek melayu. Hahaha...

Untuk senarai lengkap 1-100, korang boleh klik kat SINI.




Thursday, November 17, 2011

Yes. Itu Cantik. Itu Comel

Baca tajuk entri, mungkin korang tak paham sangat tentang motif aku buat entri ni. Jadi, meh sini aku elaborate kat sini. Aku dah lama tak tulis entri feeling2 ni. Pasal hubungan lelaki perempuan dan yang sama waktu dengan nyer. Lepas aku gi kursus kahwin ari tuh, baru ada feeling2 nak wat entri yang macam ni. Hehehe...

Kecantikan yang obvious seperti wajah atau bentuk badan tu, aku malas la nak sentuh kan. Kalo aku tak citer pun korang dah bole tahu dah wajah yang macam mana cantik. Bentuk badan yang macam mana yang seksi. Sebenar nyer aku nak citer pasal benda yang sometimes even aweks2 sekalian pun tak anggap benda tu cantik. Tapi pada pandangan boyfriend2 diorang, itu adalah cantik. Yes... Entri ni dibuat untuk mengupas apa pandangan lelaki terhadap beberapa aspek yang kebanyakan aweks2 kurang aware.


Look natural

Korang tahu tak korang berbelanja banyak untuk make-up sana sini. Touch up sana, touch up sini. Tapi lelaki tak amek port pun korang make-up ke tak. Kalo aku, aku prefer awek yang berwajah natural. Kalo nak make-up, sket2 je sudah la. Memadai. Kalo muka dah macam tepung gomak, mana2 lelaki pun akan lari.

Bab lipstick lak, kalo tak pakai langsung pun takpe. Kalo nak pakai gak, pilih ler kaler yang sejuk mata memandang. Merah? Damn... Tiba2 teringat Ning Baizura lak. Ahahaha... Tapi seriously, aku terfikir gak bila aku dah kahwin nanti, tiba2 isteri aku pakai lipstick merah menyala2. Mesti aku berfikir 24 kali, nak kiss ke tak. Nak kiss ke tak... Korang lak fikir macam mana?

Jadi kesimpulan nyer, lelaki prefer awek yang look natural berbanding yang touch up melampau2.


[Lipstick warna pelangi boleh bang?]


Tabiat pelik korang something yang adorable buat boyfriend korang

Let say korang ada tabiat buruk, sker korek hidung. Kawan2 korang mesti kata "Eh, apa kena ngan budak sorang ni, sker korek2 hidung?!!" Tapi untuk boyfriend korang, mungkin ia adalah satu tabiat yang adorable untuk diorang. "Comel nyer awak bila awak korek hidung. Sweet je saya tengok", sambil ketawa kecil.

Kalo boyfriend sorang yang sker korek hidung gak, aku sure korang akan berlawan tahi hidung sape yang lagi besar. Siap maen jentik2 lagi sambil ketawa. Well, bila dah bercinta, sumer benda yang pasangan kita buat nampak cantik dan comel.

Hahaha... Apa la aku ni. Bagi contoh korek tahi hidung lak. Tapi apa pun, apa yang aku cuba stress kat sini adalah, seburuk atau sepelik mana pun tabiat yang korang ada, boyfriend korang tetap akan sker kalo diorang sker korang. Tak perlu nak berubah sangat sebab seorang lelaki. As long as he love you, he will accept you just the way you are.


Mata

Bak kata pepatah "dari mata turun ke hati", ternyata mata itu mempunyai suatu kecantikan yang tersembunyi. Tapi tak bermakna korang kena cari bulu mata yang panjang dan melentik untuk mencantikkan mata korang. Yela. Beauty lies in the eyes of the beholder.

Aku pasti kalo korang tak pakai bulu mata palsu pun, boyfriend korang tentu akan cair gak bila diorang tenung mata korang lama2. Apatah lagi kalo korang ni mempunyai lirikan mata yang manja. Tapi tenung boyfriend korang sudah la. Kang tenung kawan lelaki korang yang laen, tak pasal2 diorang tergoda dan tak pasal2 korang dapat pasangan skandal.


[Tenung gambar ni lama2. Sat lagi ada yang angau, tak leh tdo malam]


Style atau fesyen

Cara korang berpakaian? Cara korang lilit tudung? Cara korang bergaya? Kira nyer korang nyer sense of fashion la. Itu pun salah satu aspek yang boleh membuatkan seseorang jatuh hati kat korang. Tak caye, korang tanya kawan2 laki korang, awek berpakaian yang macam mana yang diorang rasa comel.

Macam Cik Vanilla, dia sker pakai maxi dress. Dan aku rasa dia nampak comel. Kalo dia pakai baju kurung, dia nampak cantik. Kalo dia pakai jeans ngan t-shirt lengan panjang, dia nampak comel. Bab tudung lak, lilit la banyak mana anda nak, anda tetap nampak comel ye Cik Vanilla. Hehehe...

Hahaha... Feeling lebih2 lak aku kan. Sori2...


Sense of humour

Pandai melawak juga bagi aku salah satu perkara yang comel dalam sesuatu relationship. Maksud aku dengan pandai melawak tu takde la sampai tahap korang boleh masuk Raja Lawak. Cukup la setakat bole buat pasangan korang ketawa.

Kalo tak pandai melawak, at least korang boleh bergelak ketawa dengan pasangan korang time diorang buat lawak. It will be an exciting moment untuk korang bila korang have that kind of conversation. Dan confirm boyfriend korang akan jatuh head over heel kat korang.




Bila korang baca balik apa yang aku tulis ni, mesti korang perasan rupa nyer ada banyak gak aspek2 yang boleh membuatkan seseorang lelaki jatuh hati kat korang. Tak semesti nyer paras rupa je yang memainkan peranan.

Mostly apa yang aku tulis dalam entri adalah daripada pendapat aku, dan mungkin juga sesetengah lelaki. Tapi aku nak gak tahu pendapat korang tentang apa yang aku tulis nih. Any komen?


***********************************************************************************

8TV Showdown is back and online auditions begin right here


***********************************************************************************

Thursday, October 13, 2011

Baju Starbucks yang Haaa???



Memperkenalkan baju Starbucks dengan fesyen yang terkini... Fesyen kopi tertumpah atas baju. Baju ni adalah limited edition dan hanya dijual pada harga $85 (RM 264). Giler mahal untuk sehelai baju putih dengan tompokan kopi atas baju.

Baju Starbucks limited edition ni dihasilkan oleh Alexander Wang sempena hari jadi ke-40 Starbucks. Wang merupakan penerima anugerah Vogue Fashion Fun awards. So what does he's been thinking when designing this shirt? Seriously??


p/s: baek aku beli satu t-shirt putih yang murah, pastu tumpahkan sendiri kopi yang aku bancuh untuk. baru dapat tompokan kopi yang natural.


Sumber: Shine


**********************************************************************************
Snap a Photo with Your Favourite Dinosaur and win an iPad

**********************************************************************************

Wednesday, July 27, 2011

Lelaki Rambut Panjang atau Pendek?

Kali ni aku nak wat entri pasal rambut. Tapi bukan pasal fesyen rambut ok. Rambut cacak, skinhead, rambut belah tengah. Tu sumer tolak tepi. Kita go for the basic okeyh? Very basic. Rambut panjang atau pendek?

Aku tau kalo bab awek, si jejaka tak kesah pun awek dia rambut panjang atau pendek (walhal bukan boleh nampak pun sebab pakai tudung, melaenkan awek tu free hair). Asalkan sejuk mata memandang. Hehehe...


[Sejuk mata memandang umpama ada ais kat mata tuh]


Ye. Aku tau. Kalo dah awek tu comel, rambut dia panjang ke pendek, awek tu tetap comel. Ye tak? Tapi seperti yang tertera pada tajuk entri nih, aku bukan nak mengulas pasal awek tu cantik/comel berambut panjang ke pendek. No...

Ari ni kita nak sembang2 pasal lelaki rambut panjang atau pendek? I mean, untuk girls, korang prefer suami, pakwe atau teman-tapi-mesra korang berambut panjang atau pendek? Korang sker bergaul dengan guys yang berambut panjang atau pendek?

Baru2 ni aku ada setup poll untuk buat survey tentang perkara nih. Tapi poll ni tak limited untuk perempuan sahaja. Even lelaki pun boleh gak pilih jawapan. Aside from gays, si jejaka boleh pilih berdasarkan kepada diri diorang sendiri. Which is, diorang selesa berambut panjang atau berambut pendek.

So, the result of the poll is, berambut pendek 88%, berambut panjang 0% dan selebih nyer tidak kesah dengan penampilan lelaki sama ada berambut pendek atau panjang.


[Hairan, lagi 1% hilang]


My personal opinion, aku pilih rambut pendek ar. Tak hensem la der... Aku kacak cam Fahrin Ahmad kot kalo rambut aku pendek. Kalo rambut aku panjang, mungkin aku akan nampak macam Fahrin Ahmad berambut panjang. Wakaka waka waka hei hei...

Sebenar nyer, aku tak sanggup nak bela rambut sendiri panjang2. Tak stylo la bro rambut panjang2. Nak wat style pacak pun tak bley. Yang ada hanya rambut yang ala2 iklan rebonding. Tu ok la lagi. Kalo rambut lu panjang, pastu berkerinting lak? Amacam? Leh imagine tak?

Bagi aku, menyimpan rambut panjang adalah merimaskan. Ko simpan rambut panjang, ko kena pandai jaga. Kena selalu cuci rambut. Kalo tak, berkelemumur la rambut. Gatal pelbagai. Silap haribulan leh simpan kutu lagi.

Aku kalo rambut dah mencecah kolar baju, aku dah anggap rambut aku tu dah panjang. Tunggu masa je nak gunting. Kalo malas, aku extend 2 minggu. Hehehe... Tapi lepas tu wajib potong. Kalo tak, aku rimas. Even awek aku pun rimas tengok aku simpan rambut panjang2. Lagi2 rambut aku ni lebat dan agak kerinting.



Ini mungkin cantik.

Tapi kalo...



Nampak serabai...


Apa pun, poll yang aku buat ni mungkin la tak accurate mana pun. Since visitor blog ni pun bukan la gempak sangat macam blog2 laen yang lebih famous. Anyway, terima kaseh kepada blogger2 dan visitor2 yang sanggup klik jawapan untuk poll kali nih. Kalo ada poll lagi pada masa akan datang, jangan lupa participate lagi ek. Hehehe...


***********************************************************************************


Play DOUBLEMINT Memory Match Mania game...prizes will be given out to the fastest..
********************************************************************************** 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...