Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Monday, October 1, 2012

6 Gadget Menarik 2012

Baru2 nih iPhone 5 telah pun dilancarkan. Tapi sebab aku ni bukan smartphone user apatah lagi bukan iPhone fag, aku takde keinginan nak update pasal iPhone 5 nih. Bukan takde keinginan sebab tak minat iPhone, tapi sebab tak tahu menatang apa nak sembang pasal iPhone.

Takpe. Tak tahu citer pasal iPhone, kita citer pasal gadget laen lak. Hari ni aku nak share 6 gadget yang diklasifikasikan sebagai antara gadget yang menarik 2012.


1. Samsung T27B750 HD Monitor



- Design yang menarik dan setakat nih takde monitor yang ada design macam nih
- Jimat space sebab design yang unik.
- Nak guna sebagai TV bole, monitor komputer pun boleh. Nak jadikan monitor GPS dalam kereta je tak boleh.
- ada fungsi built-in media, setaraf dengan smart TV yang laen
- siap support wireless display technology lagi


2. Nike Training TR1+ Lunar Footwear




- Antara kasut yang tercanggih dan tersempoi di muka bumi abad ini.
- Kereta korang ada sensor? Handphone korang ada bluetooth? Hmmpphh... Kasut ni dua2 pun dia ada.
- Membantu korang untuk exercise dan rekod data2 semasa korang exercise via sensor. Jauh mana korang lari, tinggi mana korang lompat, tu sumer sensor detect. Pastu data leh transfer terus kat iPhone korang.


3. Razer Ouroboros Gaming Mouse



- Kepada gamers yang boros membelanjakan duit, bole la beli Ouro"boros" ni satu.
- Design yang cool. Ala2 Transformer pun ada.
- Panjang lebar mouse sumer boleh adjust. Tangan tuan punyer mouse je tak leh adjust.
- Mouse dwi-tangan. Haaa... Paham tak maksud aku? Keh3... Bole convert from right-hand mode to left-hand mode. Bergantung kepada korang ni kidal ke tak.


4. A2B Velociti Electric Bike



- Basikal ni takde kena mengena dengan pelaran A to B atau A to Z mahu pun ada kena mengena ngan pensel 2B.
- Basikal ni menggunakan elektrik, tapi kita tak bole nak gelarkan basikal ni basikal hibrid.
- Guna bateri untuk jana elektrik, so kalo korang penat mengayuh, guna la elektrik.
- Bateri tahan selama 30 km dan mempunyai recharge time selama 3.5 jam.
- Kelajuan maksimum 30 km/j
- Khas untuk orang pemalas orang yang malas mengayuh lama2.


5. Phillips Fidelio SoundSphere Mini Wireless Speaker System



- Rekaan yang menarik dan futurustik. Bak kata orang, stylo...
- Direka untuk menghasilkan bunyi yang kuat untuk kawasan yang kecil.
- Menggunakan prinsip pantulan. Bunyi yang dihasilkan akan dipancarkan ke arah siling dan sebagai nyer.
- Built-in iPhone dock dan mempunyai USB cable untuk connect pada PC.


6. LG LFX31945ST Door-in-Door Refrigerator



- "Bukak pintu, ada pintu lagi satu" punya konsep. Banyak ruang untuk letak botol minuman.
- Konsep door-in-door ni membolehkan customer membuka peti ais tanpa membuka peti ais. Hahaha... Paham tak? Contoh la, korang nak amek air minuman je. So bila korang bukak peti ais, kira nyer bahagian main compartment (tempat letak sayur, lauk-pauk, etc) tak terbuka sekali la. So udara sejuk kat dalam tu tak terkeluar skali la. Lebih kurang macam tu la.
- Lebih banyak compartment untuk letak barang2 korang.


Kalo barang2 ni ada jual kat Malaysia, aku mungkin berminat nak beli mouse "Owh Boros" tuh. Nampak cool je kalo pakai. Walaupun untuk gamers, tapi mouse is still a mouse. Guna untuk blogging pun ok what... Harap harga nyer tak membuatkan aku nampak boros berbelanja.


Sumber: GeekSugar


Friday, February 10, 2012

Gadget Pelik yang Dijual Online

Online marketing ni dah menjadi kebiasaan pada kita. Ada macam2 produk yang korang bole tengok. Kalo nak sebut satu2, sampai tahun depan belum tentu abes. Jadi, better aku tak yah sebut kan. Kan kan? Kan... Tapi dalam banyak2 gadget yang dijual online, ada gak gadget2 pelik yang orang jual. Hari ni aku nak share beberapa gadget yang nampak pelik dan outrageous tetapi ada yang actually useful. Well, at least bole pakai la.


1. iTree iPhone



Korang rasa bosan ngan iPhone korang? Apa kata korang embed korang nyer iPhone ke dalam pokok. Maka terhasillah iTree iPhone. Eh, jangan la tanya aku macam mana benda ni function. Aku pun tak tau. Tapi function dia macam iPhone la kot. Hehehe...


2. Star Trek light-up feeding system



Baby korang tak mau "mamam syik" (makan nasi)? Nah... Beli sudu yang lengkap ngan bentuk kapal terbang Star Trek, siap ngan lampu lagi. Sambil buat bunyi kapal terbang, sambil melayang2 kan sudu Star Trek penuh bijirin, korang terbangkan sudu tu ke arah baby korang. Nescaya baby korang agak menganga dengan gembira nyer... Aaammm... Sedap... Yatta (sambil baby korang menepuk tangan diorang).


3. Dr. Dre Flashy Headphone



Korang sker pakai rantai bling bling? Sker benda berkilat? Nak nampak cool? Nak nampak bergaya? Kalo nak tambah lagi persoalan yang berada di minda, sila tambah sendiri dalam kepala otak korang. Serabut lak blog aku kalo aku bubuh sumer kat sini. Tak payah citer banyak. Dah sah2 ni headphone. Kalo nak, sila berebut dengan Dr. Dre.


4. 2-in-1 Mouse Calculator



Pernah nak buat kira2 masa surfing internet, tapi kalkulator takde kat sebelah? Last2 korang klik All Programs> Accessories> Calculator untuk menyelesaikan kira2 korang. Mungkin 2-in-1 mouse dan kalkulator ni. Senang nak buat keje.


5. IPod-charging Toilet Paper



Sambil berak, sambil charge iPod korang. Kalo bosan, bole dengar lagu. Sambil menunggu "something" keluar, bole joget2 dlu. Hahaha... Lepas basuh berak, amek tisu, pastu amek iPod korang keluar daripada tandas. Hehehe...

Amacam? Korang rasa useful tak gadget2 yang aku share ni? Ada rasa nak beli satu?


Wednesday, February 1, 2012

Card Pendrive for Corporate Gift

Aku rasa kebanyakan korang mesti ada pendrive kan. Especially bebudak universiti dan ke atas. Paling koman pun mesti ada satu. Maklum la. Pendrive ni agak penting gak la untuk transfer2 file ni. Mudah keje. Nak beli external hard disk, bukan sumer mampu.




Apa yang aku bakal promote ni mungkin tak banyak yang dijual kat kedai. Dan sah2 bukan jenis yang korang selalu nampak orang pakai. Sebenar nyer aku nak promote kat korang card pendrive. Cis aswadz ni. Nak buat saspen2 lak. Sudah terang lagi kan bersuluh terpampang kat tajuk entri. Sebelum aku citer panjang2, apa kata korang baca dlu apa yang tertulis kat poster nih.


[Klik untuk tumbesaran yang sihat]


Macam yang korang bole baca, card pendrive ni ada beberapa advantages berbanding dengan pendrive biasa. Memandangkan pendrive ni dalam bentuk kad, so basically ia nyer nipis, ringan. Mudah dibawa ke mana2 dan juga mudah hilang kat mana2.

Korang bole simpan je dalam dompet atau purse korang and korang bole gi jalan2 dan cucuk pendrive korang kat mana2 pun. I mean, janji ada slot untuk cucuk pendrive korang. Jangan cucuk kat tempat yang takde kaitan. Kang ada yang kena lempang, jangan datang mengadu kat aku lak ye.

Ehem... Bersambung semula kepada topik. Hampir off topic tadi. Card pendrive ni amat laaa sesuai untuk dijadikan corporate gitf sebab keunikan card pendrive itu sendiri. Aku rasa korang mesti rasa best kan kalo dapat simpan card pendrive siap ada logo syarikat korang. Jadi aku rasa card pendrive ni sesuai dijadikan gift semasa dinner syarikat, conference dan exhibition. Baru la nampak eksklusif dan versatile.

 Untuk maklumat bergambar, korang bole rujuk gambar2 sampel card pendrive seperti kat bawah ni.




[Panjang 8.5 cm, lebar 5.4 cm]




[Tebal = 0.15 cm, tebal pendrive = 0.2 cm]


Kenapa aku target untuk corporate gift dan bukan nyer individu? Okay. Sebenar nyer kat sini ada 3 sebab kenapa aku target untuk corporate gift instead of individu. Pertama, card pendrive ni memang sesuai dijadikan corporate gift sebab ia tampak unik dan versatile. Kedua, sebab harga card pendrive ni mungkin agak mahal berbanding dengan pendrive biasa. Ketiga, keperluan individu untuk membeli adalah terhad dan bergantung kepada keadaan.

Tapi ini tak bermakna individu tak leh beli ek. Kami menerima segala jenis pelanggan. Even kalau langsuir nak datang beli untuk buat kenang-kenangan pun, kami mungkin akan pertimbangkan. Janji langsuir tu ada duit la. Duit Malaysia ye. Matawang daripada alam laen tidak akan diterima sama sekali.




Harga asal adalah RM 38. Tetapi buat masa ni, diskaun sebanyak 16% iaitu RM 32 akan diberikan kepada beberapa pelanggan pertama (bergantung kepada stok) yang membuat pembelian 50 unit ke atas. Aku pernah buat survey kat beberapa kedai yang ada jual produk yang lebih kurang sama, kebanyakan diorang letak harga sebanyak RM 35 untuk card pendrive berkapasiti 2 gigabyte. So, aku rasa harga ni agak reasonable jugak la since kapasiti pendrive yang ditawarkan adalah 4 gigabyte.

Untuk pembelian 50 unit ke atas gak, korang diberi kebebasan untuk buat design (logo atau gambar) sendiri untuk dicetak kat atas card pendrive tersebut. Bersembang pasal cetakan design, harga yang ditawarkan hanya tertakluk kepada card pendrive dengan design belah depan je. Belah belakang plain, macam yang ditunjukkan kat dalam gambar di atas. Tapi, kalo nak cetak gambar depan belakang, still bole dirunding.

So, kalo korang ahli committee untuk mana2 dinner syarikat, conference atau exhibition yang berminat untuk jadikan card pendrive ni sebagai corporate gift, korang bole contact je nama2 yang tertera kat dalam poster tu. Or korang bole contact terus aku kat emel aswadz_rex@yahoo.com. Kalo ada sebarang persoalan yang berada di minda, korang juga bole contact aku atau nama2 tersebut. Nak mudah? Komen je kat entri ni. Senang citer.


**********Banner**********
 *************************


Friday, January 20, 2012

Gadget yang Akan Lenyap Menjelang 2020

Seperti yang korang sedia maklum, teknologi manusia zaman skang ni makin lama makin canggih walaupun mentaliti kita tidak berubah sejajar dengan perubahan teknologi. So, biasa la bila teknologi makin canggih, gadget2 yang outdated atau obsolete makin lama makin dilupakan.


Standalone GPS system




Kalo korang beli kereta high-end, mesti skali ngan set GPS system. Yang ni yang dipanggil sebagai standalone GPS system. Sebab pe panggil "standalone"? Sebab ia takde fungsi laen melaenkan GPS semata2. Yang ni yang bakal obsolete.

Sebab pe? Well, aku rasa mesti ramai antara korang yang tengah baca blog aku ni (ye, kamu) yang ada handphone lengkap skali dengan software PapaGo atau Garmin untuk GPS application. So, bila dah ada gadget yang bole digunakan untuk multiple application termasuk GPS, adakah standalone GPS system ada orang nak beli? Maybe few or maybe not at all.


Basic Handphone




Basic handphone yang mungkin popular satu masa dahulu skang dah makin kurang orang pakai. Handphone skang dah ada macam2 application. WiFi, GPS siap ngan touch screen bagai. Makin kurang la orang yang nak pakai basic handphone ni. Tapi aku kenal orang yang sker sangat pakai basic handphone ni. Aku la tuh. Hehehe...

Dengan kemunculan smartphone seperti iPhone dan Samsung Galax, basic handphone ni makin dilupakan. Dah outdated kata orang. Tunggu masa je basic handphone ni lenyap di muka bumi. Mana2 yang still simpan lagi basic handphone korang, korang jaga la elok2. Kot2 ada value pada "masa hadapan".


Low-End Digital Camera




Sama seperti basic handphone, low-end digital camera juga mempunyai kemungkinan untuk lenyap menjelang 2020. Punca nyer juga sama seperti basic handphone. Kemunculan smartphone atau handphone yang mempunyai kamera yang mampu menyaingi kemampuan low-end digital camera.

Selain daripada itu, kemunculan digital camera yang lebih power dan lebih canggih turut menjadi penyebab kepada low-end digital camera menjadi outdated. Harga pun tak la mahal sangat. Sebab tu orang dah tak prefer low-end digital camera skang ni.


Konsol Permainan Video




Permainan konsol ni mungkin tidak lenyap. Cuma aku rasa ia akan mengalami transformasi fasa. Daripada korang beli konsol PS3, pastu cucuk kat TV dan main, mungkin pada masa depan video game dah built-in dalam TV tersebut. Maybe la kan. It is not impossible.


Recordable CD dan DVD




Yang ni aku rasa sure lenyap la. Skang orang dah move kepada digital storage dan streaming. Pendrive, external hard disk. CD dan DVD aku rasa dah obsolete. Sebab apa? Bagi aku nak burn CD ngan DVD ni adalah satu keje yang leceh. Dan korang bole rage kalo tiba2 korang burn, benda tu fail. Haaaa... Tak ke rasa macam nak campak CD tu ke dinding dan retak seribu umpama hati korang tatkala korang tau burning korang fail?


Sunday, January 1, 2012

New Year and New Look

Selamat Tahun Baru sumer...

2012 datang menjelang. Alhamdulillah, laptop aku tak buat hal macam dlu bila menjelang tahun baru. Macam biasa, aku tak pernah ada azam untuk tahun baru.

Korang sumer tahu tak yang shoutmix akan membatalkan free service diorang. Which means, free shoutmix yang korang mungkin tengah pakai skang bakal ditamatkan perkhidmatan nyer menjelang tahun baru. Korang bole tengok sendiri status shoutmix korang macam kat gambar bawah ni.




Since shoutmix ni dah bertukar daripada free ke berbayor (bukan adebayor ye), dengan ini aku mengumumkan it is the end of shoutmix era dalam blog So Full of Myself ni. Sekian, terima kasih... Hehehe... Pada 24 Disember lepas, aku telah beralih ke Cbox lak, walaupun aku tak berapa gemar sangat sebab bila loading, shoutbox dia ada tendency untuk jadi macam ni.


[Gambar shoutbox baru masa mula2 pasang]


Memandangkan aku pun dah pasang shoutbox baru (seminggu is still consider as baru kan), aku pun terfikir, why not bagi blog aku ni a new look. Yes. A new look sempena tahun 2012. Lagi pun aku dah lama gak pakai template yang asal tu. Ada la nak dekat setahun lebih.




Friday, September 23, 2011

iPhone 5 Bakal Keluar Oktober?



iPhone 4 baru je dikeluarkan bulan 6 yang lepas. Tapi dah ada ura2 yang mengatakan Apple bakal memperkenalkan iPhone 5 Oktober ini sempena dengan diorang nyer next event, yang turut memperkenalkan CEO baru diorang, Tim Cook.

Tertarik tak korang bila baca entri ni? Iye la. iPhone 5 kan nak kuar ni. Walaupun aku tak pernah guna smartphone pun sebelum ni, tapi aku teruja gak nak tau apa pembaharuan yang diorang akan buat pada iPhone 5 ni. Minor ke major.

Pengeluaran iPhone 5 juga bermakna harga iPhone 4 yang sedang dalam pasaran juga bakal menurun. Begitu juga ngan iPhone2 versi yang terdahulu. Haaaa.. Pasni sape yang mengidam nak pakai iPhone tapi tak berapa mampu nak beli, pasni dapat la beli sebijik. Bila dah beli nanti, jangan lupa hadiahkan kat aku satu. Hehehe...


p/s: agak2 nyer bulan 12 ni akan kuar iPhone 6 tak?




***********************************************************************************


Thinking of throwing a happy surprise for someone special? Join Cadbury Malaysia Facebook now to find out how!

***********************************************************************************

Wednesday, August 10, 2011

Selamatkan Handphone Basah

"Aarrghhhhh... Blackberry aku jatuh longkang... Baru je aku install Maxis Playbook!!"

atau

"Aarrghhhh... Adik aku campak handphone aku ke dalam akuarium. Jahanam sim card Hotlink aku camni."




Itu antara senario2 yang mungkin berlaku dan mungkin juga tidak, sekira nyer handphone korang terjatuh dalam longkang ke, sungai ke atau mana2 tempat yang ada air. So ari ni, aku nak citer pasal tips untuk menyelamatkan handphone korang tuh. Aku tau langkah mudah yang orang selalu buat. Jemur tengah panas kan...

Tapi jemur bawah cahaya matahari kadang2 tak leh pakai gak. Sebab handphone korang akan jadi panas. Mana la tau kot2 benda laen lak yang rosak.

So, teknik terbaru. Gunakan beras. Beras ye. Bukan nasi...

Gunakan silika gel pun bole sebenar nyer. Tapi korang ada cukup silika gel ke untuk benamkan keseluruhan handphone korang? Tak cukup kan... Kalo cukup, dah sah dah. Korang ni memang pengumpul silika gel.




Yang penting sekali, once handphone korang terjatuh dalam air, jangan ON kan handphone korang.

Sebab pe?

Sebab kalo korang on kan jugak, ada possibility untuk short circuit berlaku. Kalo handphone korang terjatuh air tapi still bole berfungsi, aku rasa korang dah tak yah follow tips ni kot. Sebab handphone korang dah memang okay. Definitely.

Untuk teknik menyelamat secara menyeluruh, korang digalakkan untuk tanggalkan bateri, simcard ngan memory card. Lagi cepat nak kering kalo korang keringkan berasingan. Pastu, apa lagi. Korang amek beras kat dapur tuh, korang taburkan kat handphone korang (sekali ngan bateri, sim card ngan memory card) sampai tenggelam.

Lorrhhh... Korang letak dalam bekas laaa... Kalo tak, sampai bila tak tenggelam handphone korang tuh... Biarkan selama 24 jam hingga 48 jam. Pastu, korang bole assemble balik handphone korang. Pastu ON...

Kalo gagal berfungsi gak, itu bermakna korang KENA GANTI handphone korang... Memang dah tak leh pakai tuh.


p/s: jangan gatal2 gi rendam handphone korang lak lepas baca entri aku nih.


Sumber: Yahoo! News


***********************************************************************************



3 sebab untuk beli kereta PROTON baru Raya ini.


***********************************************************************************

Wednesday, August 3, 2011

4 benda berbaloi untuk korang tahu pasal handphone

UPDATED:

Ada anonymous yang inform aku dalam ruangan komen yang info dalam entri adalah tidak betul.

Anonymous;
"aswad.. info tu byk tipu je. n basically dh cuba salah satu. failed..."

Jadi kalo korang tak nak baca, korang just skip entri ni dan baca entri2 yang laen. Tapi kalo nak baca gak, aku takde hal. Hehehe... Sorry for the inconvenience. Sumer, please chill out okay.


*********************************************************************************



Mungkin ada yang pernah baca. Mungkin ada yang belum pernah baca. In fact, fakta ni pun aku dapat daripada orang gak. Just kinda interesting untuk aku share kat blog aku ni.

Yela. Walaupun aku pernah baca benda nih, tapi aku tak pernah ingat pun. Mungkin sebab aku baca sambil lewa je kot. Harap2 kalo post kan kat blog, bole ingat selalu. Hehehe...


Nombor kecemasan

Nombor kecemasan untuk telefon bimbit di seluruh dunia adalah 112. Let say korang tengah berada di kawasan yang takde signal telefon dan ada kecemasan berlaku, korang hanya perlu dail 112. Handphone korang akan search mana2 rangkaian signal yang berdekatan dengan korang.


Kunci tertinggal dalam kereta?




Apa? Kunci tertinggal dalam kereta? Kereta lak berkunci (selalu terjadi kalo guna manual lock)? Kalo korang ada spare key yang alarm dia masih berfungsi, langkah ni mungkin boleh membantu. Korang call sape2 yang ada kat umah mintak dia tolong tekankan alarm untuk korang. Tetapi untuk langkah ni menjadi, korang kena berdiri hampir dengan kereta korang.


Tenaga bateri tersembunyi

Kalo bateri korang dah nazak di saat korang memerlukan, korang try tekan *3370#. Handphone korang akan restart dan tengok2, bateri korang ada 50% lagi. Macam magik kan. Hehehe...


Handphone kena curik




Macam mana nak buat? Tak kan nak bagi si pencurik tu pakai handphone korang tu sewenang2 nyer. Jom kita apply principle "kalo aku tak leh pakai, sesape pun tak leh pakai".

Korang dail *#06#.

15 digit akan keluar, iaitu korang nyer handphone serial number. Catat nombor ni dan gi jumpa korang nyer phone provider. Bagi nombor ni kat diorang dan diorang akan disable kan korang nyer handphone.

Skang pencurik tu tak leh pakai handphone korang. Jual pun tak bole gak...


Actually, aku tak tau la info ni btol ke tak. Hoax ke tak. Sebab aku sendirik pun tak pernah cuba. Kalo tak betul, korang anggap je la aku troll korang. Hehehe...


**********************************************************************************

Jack ‘n Jill Roller Coaster went up the hill to river board?

**********************************************************************************

Saturday, May 28, 2011

Bola sepak dan handphone

Korang slalu mengalami masalah bateri cepat abes? Pastu bila dah nak abes, korang tak sempat nak charge handphone korang pasal korang nak kuar gi maen bola. At the same time, korang lak tengah tunggu panggilan penting daripada awek korang, ex korang mahupun sedara mara korang.

Gundah gulana? Tak tenteram? Tak tau nak pilih antara nak gi maen bola atau nak tunggu je kat umah sambil charge handphone? Usah risau. Sumer benda ada penyelesaian nyer. Haaaa... Amek ko. Sebijik cam iklan SmartShop.

Tapi penyelesaian ni belom lagi diguna pakai melaenkan hanya research semata2. Eh, korang tak paham apa yang aku melabun ni? Aku tak cakap lagi ek aku nak cakap pasal apa dalam entri nih? Sori2... Okay2. Aku ulang balik daripada mula.

Mesti korang tertanya2. Apa kaitan bola sepak ngan handphone? Judi bola sepak ke? Awal2 entri pun dok sibuk cakap pasal nak gi maen bola la. Bateri handphone nak abes la.

Sebenar nyer macam ni. Aku ada baca kat Yahoo! Sports ni pasal macam mana bola yang korang dok sepak2 tuh, bole digunakan untuk charge handphone korang. Idea nampak cam menarik kan... 

Kalo ikut apa yang aku paham la, bola yang diorang gelar sebagai Soccket ball ni, dilengkapi dengan "portable energy-harvesting device". Macam mana benda ni berfungsi, bila bola disepak, magnet kat dalam bola tu akan activate kan capacitor. So bila bola tu disepak2, energy akan disimpan dalam kapasitor. Bila dah penuh, korang je plug in kat handphone korang. And walla... Handphone korang akan di-charge.


[Gambaran dalam bola]


Sumber asal: Yahoo! Sports

Sunday, May 1, 2011

Iphone & iPad Rekod Lokasi Pengguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wahhh... Dah lama aku tak bercuti pada hari Ahad. Dapat layan EPL kat rumah sendiri semalam. Hak3... Sebelum aku start ngan entri aku hari ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada korang2 yang dah bekerja. Kepada yang blom bekerja lagi, kalo korang lebih2 lak nak merasa Hari Pekerja, sila2 kan la. Takde orang nak halang. Hehehe...

Apa pun, scary tak bila dapat tau yang gadget yang korang tengah pakai, tanpa korang sedari, tengah rekod lokasi korang sedang berada dan stored dalam hidden file. Perkara ni didedahkan oleh Alasdair Allan dan Pete Warden, security researcher.




Kalo ikutkan artikel yang aku baca nih, wireless companies slalu track information2 yang direkodkan tu. Tapi rekod2 tu sumer secure la. Diorang cuma bole didedahkan kalo ada waran daripada polis atau ada arahan daripada mahkamah.

Bagi aku la, secure tu memang la secure. Tapi kalo kena hack dengan hacker yang profesional? Hacker yang wat profit dengan mengumpul data2 peribadi pengguna, pastu scam atau anta perompak untuk rompak korang. Tak naye?


Sumber: Yahoo! News

Thursday, February 17, 2011

Free 1 Blackberry Torch Smartphone

Celcom ada wat offer (which I think is still ongoing) sempena Chinese New Year baru2 nih. Nak tau offer apa? Eh, tengok tajuk entri dah tau kan. Hehehe...

Celcom akan bagi smartphone Blackberry Torch secara percuma kepada pelanggan2 mereka. Tapi mesti la ada cara nyer kan. Tak kan la maen mudah je dapat. Aku pun nak kalo gitu. Eh, bukan stakat aku sorang je nak. Sumer orang nak kan.




Cara nyer adalah korang perlu subscribe to XPAX Blackberry Plan terlebih dulu. Baru korang akan mempunyai peluang untuk menang Blackberry Torch 980.

So sape2 yang agak2 tak bape nak cukup duit nak beli Blackberry, bole la cuba ye...


Untuk maklumat lanjut, bole klik SINI untuk mengetahui cara2 nak subscribe.

Wednesday, February 16, 2011

Pengguna DSLR

Korang biasa tengok tak orang yang bukan maen hebat menjinjing DSLR ke sana ke mari. Taaapiii... Tak sumer yang dok bawak DSLR ke hulu ke hilir itu adalah pakar atau pro aka mempunyai skill dalam menangkap gambar. Just showing off...


Gambar kredit daripada Blog Serius.


Based on the picture above, it is damn right. Mostly orang yang menyangkut DSLR kat leher sambil menayangkan kamera yang dia ada tu bukan la power mana pun. Tak profesional mana pun kan. Just nak show off je. Tak caye? Apa ada hal kalo dok gantung kat leher tanpa amek gambar kan.

Monday, February 7, 2011

3 in 1 Notebook Mouse Pad

Sape kat sini yang sker guna mouse pad? Well, aku jarang guna mouse pad. Last mouse pad yang aku pakai adalah masa zaman sekolah dlu. Time tu guna PC jek. Belom ada perkataan "laptop" atau "notebook" dalam kamus hidup aku.

Time tu lak pakai mouse yang ada bebola kat bawah tu. Istilah "mouse laser" pun blom ada dalam kamus hidup aku (again). Waktu tu mouse pad yang aku pakai adalah keras. Lembut sket la kalo nak banding ngan buku kulit tebal yang jual kat kedai tu.

Tapi barang free (dapat masa purchase PC tu), mana bole komen lebih2 kan. Kalo nak komen lebih2, beli ar sendiri. So tanpa mengomen banyak2, aku pun guna je la mouse pad tu sampai jahanam, sampai dah nipis sebelah, sampai aku dah ada laptop sendiri, sampai PC tu pun dah lingkup.

Semenjak tu, aku tak pernah pakai mouse pad. Sebab mouse yang aku pakai adalah sensitif in most of the condition. Melaenkan aku letak atas tempat yang btol2 licin. Kalo tempat tu licin sangat, aku letak atas buku yang kasar2 sket. Bijak tak aku?

Tapi skang, mouse aku yang sensitif berharga RM10 tu telah aku gantikan ngan mouse yang baru yang berharga RM15. Tapi harammm... Meja licin sket dah melilau cursor aku. Harga mahal je lebey. 

Nak buang, rasa sayang lak. Sape nak ganti RM15 yang aku spent untuk beli mouse ni. Laen la kalo mouse ni free macam mouse yang slalu berkeliaran atas siling rumah sewa aku. Anytime bole tukar baru kalo aku nak.

So ari tu masa berjalan2 kat Sunway Carnival, terjumpa la satu mouse pad ni kat dalam Popular Bookstore. 3 in 1, perkataan yang tertera pada bungkusan plastik mouse pad tu.


3-in-1 notebook mouse pad. (Abaikan pencahayaan kat sebelah kanan gambar)


Permukaan mouse pad ni memang best. Rasa sedap je tangan aku the moment it touch the surface of the mouse pad. Eh, tercakap omputih lak. Hehehe... Rasa macam karpet size mini lak.


Mouse pad.


Bukan stakat mouse pad je. Nama pun 3 in 1 kan. So, fungsi2 laen selaen daripada menjadi mouse pad adalah sebagai screen protector dan pembersih skrin laptop.


Screen protector.


Cleaning screen.


Benda ni murah je. Affordable kata orang. RM 13.90 aje. So, kalo korang berminat, jangan call order kat aku. Gi beli sendiri kat Popular. Hehehe...

Monday, January 3, 2011

Ingat manusia je ke celebrate New Year.

Haiwan pun celebrate New Year ke? Maybe... Tapi jawapan tu kurang tepat, kalo ikut apa yang berlaku pada aku Sabtu lepas. Nak tau jawapan dia? Jawapan nyer... Laptop aku. Muahahaha... Apa tak nyer. Hari Sabtu malam tu, lagi beberapa jam je nak masuk 2hb January. Menutup tirai Tahun Baru 2011. Laptop aku tu pun mengambil kesempatan untuk celebrate ngan men"corrupt"kan file windows.

So, apa jadi? Apa lagi... Sampai ke sudah tak dapat masuk windows. Dok restart je memanjang. Bagi aku cuak je. Ingatkan hard disk kong ke hape (pernah jadi kat aku masa wat FYP dlu). Lepas run diagnostic test, sumer ok. Takde masalah. Tapi still tak leh masuk windows. So aku suspect kena virus la ni...

Ari Ahad yang sepatut nyer aku cuti, tapi aku terpaksa korban kan lalu pulang ke Kulim. Semata2 nak repair la masalah ni. Installer dah ler takde. Ada orang pinjam tak pulang2 kan balik. Cett... Terus aku upgrade daripada Vista Premium ke Window 7.




Window 7 ni bila kita tengok orang pakai, nampak cam besstttt je... Tapi bila dah sendiri pakai, rasa tak best pun ada. Erti kata laen, ada function yang menarik, ada function yang tak menarik. Tapi nak wat macam mana kan. Terpaksa la get use to it. Tapi skype version 5.0 (aku baru install siang tadi) MEMANG cam LAHANAT...

Okay, sambung balik citer pasal laptop aku sambut New Year. Kalo tadi laptop aku sambut New Year, mouse aku pun tak ketinggalan sama. Dia pun nak celebrate gak. Cuma lambat la sket dia celebrate. Dah 3hb baru nak sambut.

Macam mana dia sambut? Dengan menjadikan usb dia unrecognizable. Means laptop aku tak leh ler detect mouse aku dah... Adoyaii... Masuk je tahun baru, sumer benda pun nak tamat tarikh luput. Isk3x...

Anyway, daripada ari tu aku nak wat entri pasal New Year nyer funny quotes untuk penutup Tahun Baru. Tapi sebab laptop aku dah wat hal lak time tu, so aku wat la dalam entri ni. Tak kesah la dah lambat ke hape. Kalo korang tak nak baca pun takpe. Tahun depan aku post lagi. Hehehe...


"Youth is when you're allowed to stay up late on New Year's Eve. Middle age is when you're forced to" -Bill Vaughan-

"Cheers to a New Year and another chance for us to get it right" -Oprah Winfrey-

"Many people look forward to the New Year for a new start on old habits" -Anonymous-

Saturday, October 16, 2010

Highslide Javascript Image

Baek la. Ari ni aku ada berita baik untuk korang. Amende berita baek tersebut? Hehehe... Ari ni aku terjumpa satu benda yang menarik untuk dikongsi bersama korang iaitu Highslide Javascript Image. Amende Highslide Javascript ni? Benda ni merupakan coding yang membolehkan korang untuk zoom in and out korang nyer image tanpa loading ke window laen. Klik je gambar tu, terus akan pop-up gambar yang dah zoom in. Cool tak? Walaupun for some reason blog aku yang ni tak bole pakai coding ni, tapi aku tetap nak share ngan korang sumer. Tak jadi kat blog aku bukan sebab tutorial tu salah. Mungkin sebab coding blog aku ni agak complicated sket (aku pun tak tau camne bole jadi complicated). Tapi aku ada try guna kat blog "The Creativity Beyond Your Limit", jadi jek. Tapi aku tak terus kan pakai sebab blog tu khas untuk aku wat template2 baru. So tak nak la template2 aku tu banyak coding sangat. Nanti user rasa pening nak buang coding2 tu.

Anyway, sebelum korang try bubuh coding ni, adalah lebih baek korang wat back up terlebih dlu template yang korang tengah pakai skang. In case tak jadi macam blog aku, at least ada back up template korang yang tadi. Sebenar nyer info ni pun aku dapat kat satu blog ni, so kalo nak lebih detail lagi, bole gi blog tu. Kalo nak tengok camne javascript ni berfungsi, korang bole tengok contoh kat sini.

Untuk masukkan coding tersebut, korang bole ikut step2 kat bawah ni.


1. Pergi ke layout/design, pastu klik edit html.

2. Tick pada kotak "Expand Widget Template".

3. Cari kod (guna ctrl+f).

4. Copy code yang aku dah bagi (rujuk bawah).
5. Paste sebelum kod .

6. Klik preview dan sekira nyer takde error, dan bole berfungsi, tekan save template.


Code untuk javascript ni korang bole download kat sini. Selamat mencuba. Kepada yang tak berjaya, jangan sedih2 macam aku. Hahaha...


UPDATED 17 Oct 2010: Gadget ni aku dah berjaya laksanakan kat blog aku ni. Bole la try cari mana2 entry kat blog aku ni yang bergambar, dan klik kat gambar untuk zoom. Test power.

Tuesday, September 21, 2010

HP Nokia 2730

Semalam aku telah membeli handphone baru. Nokia 2730 classic. Kalo tak salah aku, model ni baru lagi kuar. Survey harga kat internet dalam RM 270-290. Kira murah la tu kan untuk handphone yang ada camera 2 megapixel, bluetooth ngan mp3. 3G pun ada gak, tapi just untuk internet, bukan untuk video call. Aku terpaksa gak beli baru sebab handphone Nokia 2600 aku makin sampah keadaan bateri dia compare ngan masa mula2 aku beli 2 tahun dlu. Skang lepas baru charge pun, kalo cakap lama sket, dah low bateri. Tu pun dah guna bateri baru beli lak tu. Still the same. Jadi obvious la kan bukan salah bateri. Handphone tu sendiri dah bermasalah.




Anyway, semalam aku gi Giant Kulim untuk survey harga Nokia 2730. Harga handphone ni kat Kuala Kangsar around RM 338. So aku survey lak kat Kulim, in case ada yang jual lagi murah. 1st kedai yang aku gi, dia jual RM 320. 2nd kedai dia jual RM 290. So terus aku beli. Lepas tolak handphone 2600 aku, pastu tambah screen protector RM 10, aku cuma perlu bayar RM 240 aje. Time aku nak beli tu, soalan yang memang sah aku tanya adalah, "bateri handphone ni tahan tak?" Tapi dah confirm orang jual tu akan kata "ye, bateri dia tahan." So aku kena experience sendiri sama ada tahan ke tak tahan. Tak tahan, tukar laen sebab ada warranty.




Sebenar nyer time aku tanya2 harga Nokia 2730 ni, aku pun survey gak handphone CSL SP747. Tengok harga kat internet macam okay. Dalam RM 300++ gak la. Tak ingat harga sebenar. Tapi bila tanya kat kedai, diorang takde jual dah. Sebab model tu model lama. Spec lebih kurang je ngan Nokia 2730. Cuma add islamic features je. Tapi kamera adalah VGA.

Pastu, aku ada beli perfume (yang murah jek) baru. Sebelum ni pakai perfuma yang Cik Eeda adiahkan kat aku masa besday aku tahun lepas. Beberapa minggu lepas baru abes. Ingatkan nak cari yang murah dlu sebelum tunggu sales time krismas nanti. Sebelum ni aku guna Dashing. Tapi Cik Eeda cakap tak wangi dan tak tahan lama. So aku try beli lak Uberman. Aku nyer yang kaler biru , bukan ijau yang camni. Tapi tak jumpa lak gambar. So aku bubuh je la yang ni. Titanium nama nyer. Bau nyer sedap gak la. Aku sker. Tapi tak tau la pulak kan kalo orang laen terbau, rasa nak pengsan lak.




Slalu nyer orang beli benda2 baru time sebelum nak raya. Tapi aku lepas raya baru beli. Pelik tak? Hehehe...

Friday, September 17, 2010

Adobe Photoshop CS 8.0

Semalam aku install Adobe Photoshop CS 8.0 ni. Baru nak belajar cara2 nak edit gambar. And still, tak bape pandai. Kena refer2 website dan tutorial. Mungkin lepas ni bole hasilkan gambar dan template2 yang menarik untuk blog kreatif aku.




Mesti korang tertanya2 nape tiba2 je aku nak blajar guna adobe photoshop ni, walhal dlu takde plak nak blaja. Sebenar nyer nanti nak wat poster untuk conference, diorang kata better guna photoshop. Pastu ari tu time nak gi beli bekas untuk dvd yang aku burn. Alang2 ada kat kedai pc, aku pun usha2 la cd game. Kot2 ada berminat. Last2 ternampak dvd utk graphic. Dalam tu ada photoshop, coreldraw and macam2 lagi la. So, aku pun terbeli la.

Skang ni on da way nak blaja yang basic2. Kalo aku rajin, aku akan wat tutorial untuk sape2 yang noob cam aku. Hehehe...

Thursday, September 2, 2010

New widget - LinkWithin

Tadi bosan2 sket kat tempat keje (walaupun bosan, tapi keje berlambak), aku pun dok terpikir camne nak bagi blog aku ni ada show yang related2 post aku sebelum ni. Most of popular blog ada wat gini kan. So tergerak hati aku untuk mencari2 camne nak wat gitu. Jenuh aku cari kat setting apa sumer. Takde jumpa lak. So aku googling je la. Apa susah sangat kan. Pak Cik Google ni kan hebat. Berpengetahuan luas. Keyword yang aku taip adalah "how to search within blog".

Tup tap, terus dapat. Baru aku tau, benda ni rupa nyer widget. Baru la aku tau. Hehehe... Jadi, aku follow la step2 dia. Laman web yang aku guna widget ni adalah LinkWithin. So sape2 yang rasa nak guna widget ni, sila la guna. Aku dah siap bagi link lagi kat korang. Korang just klik je kat link tu.

Thursday, August 26, 2010

Hari ini dan semalam

Hhhmmm... Where should I start? Rasa nyer dah agak lama aku tak post benda2 yang ada kena mengena ngan diri aku kan. Last entri pun pasal benda yang takde kena mengena ngan idup aku. Eh, bukan takde kena mengena la. Ada la gak sket2 yang terkena. Seriously, aku agak malas berblogging kat blog ni sejak akhir2 ni. Blog aku yang lagi satu tu rajin lak aku update slalu kan. Hehehe...

Hari ni dan semalam adalah hari2 yang agak bz untuk aku. Semalam bz ngan keje, ari ni bz ngan benda yang takde kaitan ngan keje, tapi wat kat tempat keje. Haaaa... Dan dua2 ari ni adalah hari yang memenatkan. Rasa nak minum air je lepas wat keje tu. Naseb baek aku dapat melenakan diri kat meja aku time rehat. Hak3... Bos jangan marah ek...

Semalam, aku tolong bos aku ukur brake pad kancil. Brake pad ni adalah produk yang AMREC sedang dalam proses commercialize kan. In fact, brake pad yang kitorang ukur semalam ni telah pun dipasang pada beberapa keta kancil tahun lepas. So, lepas setahun, kitorang bukak balik untuk ukur ketebalan brake pad tersebut. Bole la tahu takat mana dah haus. Ni kira nyer on-road testing la. Jadi kalo ada sape2 yang nak keta kancil diorang dipasangkan ngan brake pad AMREC ni, bole la datang Kulim ni ek. Bos aku cakap free je brake pad ni. Korang bayar kos pasang je kat pomen tu.

Bila aku citer, tak rasa macam memenatkan je kan keje aku ni. Sebab just ukur je. Mungkin sebab aku terpaksa bergerak banyak kot during persiapan, testing dan sumer tu la. Tu yang penat kot. Tapi lepas testing tu, memang rasa penat woo... Kering bibir aku dibuat nyer. Tapi letih2, sempat gak aku join member aku gi kedai komputer. Dan sempat2 lak aku membeli kipas laptop ngan harga murah. RM10 je. Ada 3 kipas. Berbaloi kan. At least murah la compared ngan yang aku beli dlu. RM30++ ngan hanya 2 kipas. RM10 ni kalo kat PC Fair senang la dapat. Tapi memandangkan beg laptop aku tak muat nak bubuh benda ni skali, jadi aku letak kat ofis je la. Tak dapek eden nak usung ke sana ke mari.


Kipas laptop aku yang baru.


As for today, ari ni ada gotong-royong beramai2 kat tempat keje aku. Gotong-royong memasak bubur lambuk. Tapi mula2 tu aku tak terlibat la. Sebab budak pompuan yang wat keje. Bab potong2 sayur dan prepare ingredient2. Oleh itu, aku tolong sorting baju2 yang nak disedekahkan ke umah anak2 yatim. Yela, kena la asing2 kan baju kan. Baru la nampak organize. Pastu mana2 baju yang dah tak elok, kitorang kena la reject.

Bila yang tu dah siap, baru la aku terlibat ngan bubur lambuk lak. Time tu diorang dah nak siap dah kacau2. Aku tolong bahagian production line je la. Bungkus2 bubur lambuk. Hehehe... Tapi aktiviti2 ni sumer tak bergambar la. Sebab takde member2 yang tangkap gambar. Gambar official ada la. Tapi takkan nak mintak lak kan. Tapi kalo ada dapat nanti, aku letak.


Bubur lambuk. Alahai... Tak nampak la pulak....


Tak nampak ngan jelas lak gambar yang aku amek ni. Takpe2. Gambar tak penting. Yang penting, rasa nyer sedap. Hehehe... Daging ada, udang ada. Sodappp....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...