Dah lama aku tak tukar blog template baru. Sejak 2012 lagi pakai template yang lama. Tahun lepas pun just tukar header baru je. Sebenar nyer memang aku dah malas dah nak design template2 baru. Kalo dlu rajin la design, pastu share kat blog ReXnime aku tuh.
Tapi sejak aku makin malas nih, aku dah tak design dah blog template. Blog template yang lama pun aku dah remove since rebranding ari tuh. Tapi lepas aku jumpa wallpaper kat bawah nih, terus aku berminat nak design template baru.
Even handphone aku pun pakai wallpaper kat atas nih. Kalo kat laptop, aku modify sket sebab tak nak mengganggu ikon2 kat desktop. So aku dah gelapkan bahagian belah kiri. Kalo korang berminat nak guna, korang save gambar kat bawah nih.
Blog template ni malam semalam aku design. Since nak online pun internet semput, jadi aku buang masa dengan buat design template nih. Walaupun blog template bertemakan anime Sword Art Online, gambar T-ReX dan background hitam tetap tidak dilupakan. Hehehe...
Dah tengok Nuffnang nyer interface yang baru? Cool kan. Dan memang agak menarik interface yang baru ni. Cuma sebab masih baru, mesti korang rasa agak janggal sket. Tapi lama2 korang familiar la ngan interface baru Nuffnang nih.
Okay. Enough pasal Nuffnang. Hari ni aku pun nak buat pembaharuan kat blog aku. Tapi pembaharuan sementara je la. Tu pun sempena Hari Raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Persiapan raya dah siap? Aku? Ntah la. Aku pun tak sure dah siap ke tak. Anggap dah je la. Senang.
Pembaharuan apa yang aku cakap kan? Hehehe... Blog template la derr... Kalo yang slalu datang blog aku ni, confirm perasan nyer. Selalu nyer background blog aku warna hitam. Ari ni ada unsur2 biru lak. Kih3... Tapi macam aku cakap tadi, aku akan guna template ni untuk sementara waktu je. Lepas raya nanti aku revert balik ke template asal. Biasa tiap2 tahun pun aku buat gini. Tahun lepas aku guna template yang INI. Pun biru gak.
Kalo nak template yang macam ni gak, korang bole klik kat SINI.
2012 datang menjelang. Alhamdulillah, laptop aku tak buat hal macam dlu bila menjelang tahun baru. Macam biasa, aku tak pernah ada azam untuk tahun baru.
Korang sumer tahu tak yang shoutmix akan membatalkan free service diorang. Which means, free shoutmix yang korang mungkin tengah pakai skang bakal ditamatkan perkhidmatan nyer menjelang tahun baru. Korang bole tengok sendiri status shoutmix korang macam kat gambar bawah ni.
Since shoutmix ni dah bertukar daripada free ke berbayor (bukan adebayor ye), dengan ini aku mengumumkan it is the end of shoutmix era dalam blog So Full of Myself ni. Sekian, terima kasih... Hehehe... Pada 24 Disember lepas, aku telah beralih ke Cbox lak, walaupun aku tak berapa gemar sangat sebab bila loading, shoutbox dia ada tendency untuk jadi macam ni.
[Gambar shoutbox baru masa mula2 pasang]
Memandangkan aku pun dah pasang shoutbox baru (seminggu is still consider as baru kan), aku pun terfikir, why not bagi blog aku ni a new look. Yes. A new look sempena tahun 2012. Lagi pun aku dah lama gak pakai template yang asal tu. Ada la nak dekat setahun lebih.
Haaaa... Sape yang melawat blog aku sejak semalam, mesti perasan. Mesti korang tertanya2 apa dah jadi ngan blog aku. Dengan paparan blog seperti kat bawah ni...
[Blog aku semalam camni la rupa nyer]
Memandangkan aku guna template yang aku create sendiri dan upload kat photobucket, bila diorang wat maintenance, automatik image2 untuk template blog aku tak dapat loading. So jadi la macam gambar kat atas tuh.
Since paparan kuar cenggitu, of coz la korang payah nak baca entri2 aku kan. Aku pun tak tau bila maintenance photobucket ni nak abes. So hari ni since aku tak kuar makan tengah hari (sebab dah makan masa meeting tadi), aku amek inisiatif untuk upload balik guna platform blogspot lak. Ada image2 kat blog ReX Portal aku.
Minggu2 terakhir ni, bole dikatakan aku agak liat untuk bangun sahur. Cuma time aku kat Kuala Kangsar je terkecuali. Namun bila aku ada kat Kulim, memang agak liat. Minggu lepas still ok lagi. Minggu ni, aku rasa aku baru 2-3 ari je bangun sahur. Tu pun kalo ada lebihan kuih berbuka semalam. Kurang pahala puasa sebab tak sahur. Hehehe...
Tapi even time aku kat universiti pun, jarang sahur2 nih. Makan late nite je. Tu tak kira sebagai sahur kan. Aku ingat time aku last year. Cafe ada pun, bukak sampai 3-4 pagi je. Slalu kalo ada kelas, aku akan makan kul 12 atau 1 pagi. Kalo takde kelas lak, aku makan kul 2-3 pagi. Kalo aku rajin nak stay up, aku akan stay up sampai kul 5 pagi. Dah makan, dah solat subuh apa sumer, baru tdo.
Semalam aku gi jalan-jalan kat Jusco Perda time lunch hour. Cuma aku kuar awal sket daripada biasa. Saje nak cari baju raya. Although mungkin aku tak pakai pun time raya ni. Cuma tujuan beli untuk nampak sedondon ngan Cik Eeda time nak gi kenduri member dia aka kawan sekerja aku gak Oktober ni. Sejak kelmarin lagi dah cari baju nak matching kan ngan baju dia. Tapi pasaraya2 kat Kulim ni, takde baju yang menangkap hati aku. Baju hitam dan putih tu ada la jugak yang menambat hati. Tapi tidak untuk baju yang kaler biru atau ungu.
Sebab tak puas hati, semalam aku ngan member aku gi Jusco. Sebenar nyer aku tak kisah pun nak beli skang ke tak. Tapi dah member ajak aku kuar, aku on je. Dia kata dia dah kurang mood untuk keje, memandangkan ari ni dia dah balik kampung. Aku je rajin keje sampai sok. Berbalik ke shopping mopping tadi. Agak lama jugak la berjalan. Tiap2 kedai kitorang masuk. Ada satu kedai tu, offer baek punya. RM 45 dapat 3 pasang baju kemeja. Tapi baju dia takde la cantik sangat. Cuma baju kaler hitam tu agak menarik perhatian. But still, offer dia menarik. Aku cakap kat member aku, "Kalo tak jumpa, beli kat sini je la." Aku tak pasti tu offer sempena raya aje atau tak. Kalo tak, next month aku datang, confirm aku beli. Wat baju untuk gi keje.
Anyway, tempat keje aku ni dah mula lengang. Orang dah ramai yang balik kampung. Tinggal aku dan beberapa orang je yang still keje. Member2 aku pun dah ramai yang cuti. Aku esok baru balik, InsyaAllah. Cik Eeda awal2 lagi dah balik kampung dia. Ni pun dah kurang mood nak wat keje. Tapi aku gagahkan jugak memandangkan nak kena kejar dateline. Dah la aku cuti seminggu lepas raya. Jadi time ni la kena kejar masa sket.
Since entri ni maybe entri yang terakhir yang aku post sebelum Hari Raya, jadi aku nak amek kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Kepada sape2 yang berminat nak cuba template sempena ari raya, korang bole gi kat link ni.
Setelah lama menyepi dari membuat design untuk template baru, akhir nyer aku telah kuar untuk menyediakan dua buah template yang based on anime "Bleach", yang kedua2 nyer aku guna untuk kedua2 blog aku, iaitu "Creativity Beyond Your Limit" ngan blog ini... Ni pun aku buat setelah mendapat idea untuk wat design wallpaper sendiri. Baek la, kat bawah ni adalah beberapa preview untuk kedua2 design yang aku mentioned tadi. Harap2 html code yang aku bagi tu tak membawa masalah la kepada korang. Aku pun tak bape pandai sangat wat benda nih... Hehehe...
Contoh template untuk template "Bleach the Bankai".
Contoh template untuk template "Ichigo the Vizard".
Kat atas ni adalah beberapa gambar contoh untuk template yang aku wat tu. Untuk gambar yang lebih jelas dan juga info2 laen seperti nak gambar preview, wallpaper dan juga camne donload html code untuk code ni, korang bole lawat blog aku iaitu "Creativity Beyond Your Limit" atau bole klik kat sini untuk terus direct ke entry ini.
Template ni berjaya aku buat setelah membuat research dari petang tadi. Walaupun design nyer takde la hebat mana (maklum la, tak pandai sangat bab2 design ni), tapi nampak cantik lak bila aku gunakan untuk blog aku yang lagi satu. Tema template ini adalah feel good. Jadi kalo sape2 yang akan guna, semoga anda juga ceria2 slalu.
Contoh template.
Untuk mendapatkan coding template ini, anda bole klik sini atau melawat blog aku yang lagi satu untuk template2 yang laen juga.
Ni design yang aku wat siang tadi, tapi baru skang baru nak post. Tapi aku tak sure sangat whether coding dia btol ke tak. Maklum la, budak baru nak belajar. Pastu belajar pun bukan la belajar btol2 pun. Blajar sker2 je sebab bosan. Jadi kalo anda btol2 nak donload template ni, bole la klik kat sini atau bole terus klik kat blog "The Creativity Beyond Your Limit" kat sidebar aku tuh.
Semalam time aku blogwalking, aku gi la bukak blog bakal adik ipar aku (ain nama nyer), aku tengok template yang dia gunakan tu macam menarik. Jadi aku pun bukak la blog yang provide template untuk blog dia, iaitu pyzam.com. Pastu aku belek2 la template yang ada dalam blog tu. Ntah macam mana tergerak lak hati aku gi tengok coding html untuk template tu. Dan aku notice ada url untuk body html (body html, bukan body sape2 tau), so aku jadi macam curious la kan. Kenapa ada url jpg lak dalam coding dia. Jadi aku pun gi copy link tu dan paste kat address. Pastu kuar la satu gambar, yang kebetulan nyer adalah gambar untuk background image template yang aku tengah dok tengok tu.
Jadi, apa lagi. Takkan tengok je kan. Jadi aku pun mengaplikasikan apa yang aku jumpa tu ke dalam blog aku. Satu2 aku teliti dan akhir nyer, aku berjaya menukar background blog aku. Genius tak aku sebagai seorang blogger yang baru? Hehehe...
Anyway, meh aku bagitau cara2 nak wat. Tak perlu bayaran. Free of charge. Selanjut nyer, aku cakap dalam english je la ek. Nanti kalo terang dalam malay, jadi panjang lak ayat penerang tu.
How to make you blog-background…
1. Search for the word which I highlight in RED.
2. So, basically after the highlighted RED will be used to change your blog background (well, not all of it).
3. Copy the highlighted BLUE (if it is not available in the current html coding).
4. Delete the link as I highlighted in BLUE-BOLD.
5. Then, copy the link of the picture from the web that you want to use as your background and paste it at the exact location as the BLUE-BOLD that you just delete.
/* Use this with templates/template-twocol.html */
body {
background:$bgcolor;
margin:0;
color:$textcolor;
font:x-small Georgia Serif;
font-size/* */:/**/small;
font-size: /**/small;
text-align: center; background-color:#000000; background-image: url(http://stuff.pyzam.com/layouts/img/f/u/nvfuturebirds.jpg); background-attachment: fixed; background-position: left top ; background-repeat: repeat; border-color:#a80014; border-width:0px; border-style: solid;
Jadi, macam tu la cara nyer. Tapi mana2 image yang korang nak guna tu, kena la dari internet, bukan dari pc korang. Jadi, kalo nak guna, gambar2 dari blog korang ke, facebook ke, bole la guna. Jadi kalo nak guna, upload kan la dlu gambar tu kat mana2 dan amek address dia. Sekian...