Showing posts with label transportation. Show all posts
Showing posts with label transportation. Show all posts

Saturday, September 22, 2018

Laju Tak Ke Mana Pun



Bila korang terserempak dengan kereta yang bawak laju giler.
Pastu potong kereta korang bagai nak rak.
Pastu korang jumpa balik dekat traffic light.
Kereta korang sebelah2 pulak tu.
Pernah tak korang terfikir nak angkat tangan sambil tersenyum dekat dia?


p/s: siapa pernah buat, angkat tangan. *angkat tangan


Tuesday, June 20, 2017

Selamat Hari Raya Aidiltri

Minggu ni minggu last puasa. Jadi amacam preparation korang? Maksud aku, preparation Lailatul Qadar korang. Bukan preparation raya. Huhuhu... Esok aku dah start cuti. Tahun ni turn balik Kelantan. So biasa nyer kalau balik Kelantan, memang aku akan balik awal sket sebab tak nak "sangkut" dalam kesesakan lalu lintas. Kalau anak aku dah sekolah nanti, mungkin time tu nak tak nak, kena menyumbang kepada kesesakan jugak la. So sementara tunggu yang itu, kita balik awal je la. Hehehe...




So, since Ahad ni pun dah Hari Raya (aku pun tak tau bila next post aku), aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Kepada yang kena drive jauh2 balik kampung, make sure check kereta korang supaya berada dalam keadaan tip top. Mana yang blom servis tu, gi la servis cepat2. Dan yang paling penting, drive hati2 dan jangan gelojoh ketika memandu. Ingatlah orang tersayang (dah macam iklan pulak).




Friday, July 10, 2015

Lori Rapat

lori himpit kereta, lori memotong
 [Gambar perhiasan]


Bila melihat situasi di mana ada lori cuba potong queue dan rapat giler dengan kereta depan kitorang.

Member: Rapat giler lori tu.

Aku: Aku bet lori dengan kereta tu kawan karib. Pemandu dia je dak...


Friday, June 7, 2013

Pemandu, Kereta dan Tabiat #15

Ego Kereta Mewah


ego, lori besar
[Ego lagi besar daripada lori ini]


"Haishhh kereta depan nih. Kereta mewah dah. Tapi bawak slow."

Korang pun potong la kereta tadi dengan selamba aje. No sweat bebeh...

Tapi bila korang potong je, kereta tadi terus pecut laju dan potong korang balik. Membuatkan korang terkebil2 keseorangan. Tapi kalo korang ada member2 laen dalam kereta, sruh diorang terkebil2 sekali. Baru ada geng.

Kalo korang biasa memandu kat highway dan korang drive kereta yang tak berapa nak mewah, mesti korang kadang2 jumpa ngan situasi macam nih kan. Aku biasa jumpa dah situasi macam nih masa bawak kancil dlu.

Bila aku fikir balik, adakah ego diorang terguris terhiris bila kereta tak mewah macam kancil potong kereta diorang. Tu yang tak bole terima bila kena potong. Yang paling aku tak paham, bila diorang potong balik, terus bawak slow macam tadi. Haishhh... Potong balik kang, mau terguris hati lagi skali.

Korang pernah experience benda ni? Ke korang pernah terguris gak? Keh3...


p/s: tapi bukan sumer pemandu kereta mewah ego dia besar.


Sunday, April 28, 2013

Pemandu, Kereta dan Tabiat #14

High Beam Kereta dan Senyuman


Aku adalah antara orang yang anti dengan sape2 yang selalu bagi lampu high beam kat highway just semata2 sebab dia bawak laju sangat2. Konon2 malas nak slow down dan amek cara mudah, bagi high beam supaya kereta depan masuk balik lane kiri.




Dan aku selalu tersenyum bila diorang yang suka bagi high beam nih:

1. Terpaksa slow down waktu hujan lebat, sampai tahap aku boleh potong diorang balik. Yang ni jatuh dalam kategori "menunjuk lebih, skill memandu takde power sangat" atau "kereta besar tapi mata kurang terang".

2. Terpaksa slow down sebab tiba2 je ada lori besar gabak masuk lane kanan. Bagi high beam pun of course tak jalan sebab pemandu lori don't give a damn ngan lampu high beam sebab diorang tak nampak pun. Ni jatuh kategori "kena troll tahap dewa".


Korang bagaimana?


p/s: tiba2 terasa macam perangai aku sama ngan syaiton nirrojim...


Thursday, December 20, 2012

Terminal Bas Amanjaya Ipoh

Sebelum aku gi Langkawi ari tuh, aku pernah naek bas Plusliner daripada KL ke Kulim. Masa on da way balik tu, bajet bas akan singgah rehat sama ada kat Sungai Perak atau Bukit Gantang (selalu nyer Bukit Gantang la). Tapi ari tuh aku pelik sebab tiba2 bas ikut jalan susur keluar ke Ipoh. Rupa2 nyer dia singgah kat terminas bas, Terminal Amanjaya, btol2 dekat dengan Mydin Ipoh yang baru bukak tuh.

First impression aku, memang menarik. Sebab dah macam drive-through lak. Bas terus naek tingkat 1, drop passenger dan terus tunggu penumpang kat ground floor. Terminal dia lak, perghhh... Ada la ala2 Puduraya skang. Nak tengok?


[Pandangan ruang legar terminal daripada tingkat 1]


[Kaunter tiket yang lebih teratur]


[Ari tuh diet. So tak tau harga ngan makanan dia ok ke tak]




[Tempat menunggu bas. Kalo pagar tak bukak, tak bole naek bas]


[Sambil tunggu bas, bole maen game dlu]




Cuma satu benda je leceh. Bila korang dah turun daripada bas untuk makan, korang tak leh automatik naek bas balik, walaupun bas tu ada je tunggu korang kat ground floor. Korang terpaksa tunggu sampai cukup masa, baru bole naek balik. So to be safe, better bawak skali barang2 berharga masa turun daripada bas. Aku pun naseb baek tergerak hati nak bawak beg laptop aku turun skali. Kalo tak, confirm tak dapat amek gambar risau gak kot2 laptop kena kebas.


Tuesday, October 2, 2012

Kereta Tercantik 2012

Dah lama aku tak buat entri berkaitan ngan kereta. Last time aku buat entri pasal kereta yang bole lipat2 tu 2 bulan lepas. Hari ni aku nak update kat korang antara kereta tercantik 2012 seluruh dunia. Bukan setakat kat Malaysia je ye.


[Ferrari 458 Spider]


[Jaguar F-Type]


[Zenvo ST1 Supercar]


[McLaren MP4-12C dan 12C Spider]


[Mercedez-Benz SLS AMG Roadster]


[Lamborghini Aventador]


[Bentley Mulsanne]


[Aston Martin V12 Zagato]


[Maserati Grand Turismo Sport]


Amacam? Cantik tak kereta2 ni? Cantik tu cantik la. Tapi kalo nak pakai, poket kena penuh la dlu. Kih3...


Sumber: Forbes


Sunday, February 12, 2012

Fold-Up Car

Sape kat sini ada masalah nak parking kereta, angkat tangan... Orang yang parking kereta guna dua kotak parking pun jatuh dalam kategori tak reti parking kereta ye. Bagus2. Ramai yang angkat tangan nampak nyer. Untuk sape2 yang tak pandai parking kereta, ada solution untuk korang.

Fold-up car. Yes, you heard me right. Apa? Ingat kerusi, meja ngan katil je ke yang bole maen lipat2. Come on la kan. Teknologi dah makin moden kot. La ni kereta pun bole lipat2 dah. Tak caye? Jom tengok video nih.




Kereta ni menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga. Dan kereta ni takde pintu. Korang kena kuar ikut depan. Feel awkward? Hahaha... Aku rasa Malaysia pun patut order kereta macam ni gak. Atau lagi best, suruh Proton copycat satu. Pastu jual. Confirm laku kat KL. Bila jem je, masing2 lipatkan kereta diorang, pastu menyelinap celah2 kereta laen.


Sumber: Yahoo! Autos


p/s: kadang2 menyelinap guna Kancil pun tak lepas.


Tuesday, February 7, 2012

Profesion Baru Aku - Driver Bas Kilang

Yes. Aku tahu korang tentu terkejut dengan tajuk entri ni. A'ah. Skang aku dah ada new profesion iaitu driver bas kilang. Tapi aku tetap kerja sebagai researcher. Yup. Keje tetap keje. Takde nyer aku nak quit job aku yang skang ni just sebab aku dah tukar profesion baru. Sebab... Sebab...

Profesion baru aku ni cuma wujud di Geng Blogger Sengal je.




Hahaha... Means, profesion ni hanya wujud di alam maya, atau lebih spesifik lagi, di Facebook. Takde wujud kat mana2 dah. Mana nak cari dinosour T-Rex memandu bas kilang? Tak jumpa nyer la. Hanya ada di Kampung Sengal. Tapi honestly, ntah dari mana datang idea driver bas kilang ni pun aku tak tau. Memandai je ketua kampung ni decide. Ingatkan nak bagi aku title hulubalang kampung. Hehehe...

Apa pun, komitmen tetap harus diberikan. So aku tadi telah meninjau kilang2 bas bersama asisstant aku En. Google. Aku telah pun memilih bas yang sesuai untuk membawa minah2 kilang Kampung Sengal dan sape2 jua la yang ada perkataan "kilang" kat title diorang. Tinggal nak tunggu ketua kampung release fund je untuk beli bas ni. Amacam tok ketua? Lepas tak?




p/s: pasni nak amek lesen memandu bas lak. baru real kan.


Sunday, January 15, 2012

Pemandu, Kereta dan Tabiat #11

Korang pernah tengok atau terlibat dalam situasi seperti di bawah?






Haaaa... Pernah tak? Pernah tak? Hehehe... Aku baru je terlibat dalam situasi sedemikian masa pergi makan malam tadi. Masa kat kawasan yang terang benderang diterangi lampu jalan, relax je potong kancil aku yang dipandu sederhana laju. Tak sabo2 memotong lak tu. Gelojoh sungguh.

Tapi bila sampai kat kawasan gelap gelita bak lohong hitam, tiba2 slow lak. Siap aku bole rapat lagi. Tapi sebab tadi dia act sangat nak potong2 dengan gelojoh, kali ni aku nak balas lak. Aku tak potong dia. Cuma aku cucuk2 je kereta dia dari belakang. Hahaha...

Jahat tak aku?


Monday, November 21, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #10

Tajuk: Cuba teka masa bila kereta yang bawak slow tiba2 menjadi laju...


10
.
.


9
.
.


8
.
.


7
.
.


6
.
.


5
.
.


4
.
.


3
.
.


2
.
.


1
.
.




Yaaaa... Apabila lampu traffic light bertukar daripada hijau ke kuning...

Bijak pembaca2 blog aku nih. Fenomena nih memang biasa berlaku. Dah jadi kebiasaan lak aku tengok. Even kadang2 aku pun buat gak. Eh.

Ehem2... Berbalik kepada topik. Bila kita tengok kereta yang laju, bila lampu traffic light bertukar kuning, diorang lagi pecut kereta. Mesti korang tak hairan kan. Well, dah nama pun laju kan. Apa nak dihairankan apabila dia tambah speed lagi laju.

Tetapi... Apabila pemandu yang biasa bawak 10-20 km/jam dan kebetulan korang tengah tension follow dia dari belakang, bila traffic light bertukar kuning, dia pecut jadi 90-100 km/jam. Mesti korang akan berfikir;


WHAT THE FUUUU??? BOLEH PULAK BAWAK LAJU!!!!




***********************************************************************************


Malaysia has been Asia's Dance Champion for the past 2 years... will we defend our title again this year?



***********************************************************************************

Wednesday, October 19, 2011

10 Kereta yang Dinantikan 2012

Dalam masa tak kurang daripada 2 bulan lagi, kita akan masuk ke tahun 2012. Bila nak menjelang tahun baru ni, macam2 perancangan untuk tahun depan yang kuar. Termasuk gak dengan kereta yang bakal kuar pada hujung 2011 dan awal 2012. Antara kereta2 yang dinantikan seperti:


1. BMW i3 Electric City Car



2. Chevrolet Camaro ZL1



3. Chevrolet Corvette C7



4. Ford Fiesta ST



5. Hyundai Volester



6. Mini Paceman



7. Mitsubishi Evo XI



8. Toyota/ Subaru FT-86 Sports Car



9. Toyota Prius C



10. Volkswagen Golf R




Sumber: Yahoo! Autos


***********************************************************************************


Hannah Tan seeks funding and support from MyEG Make The Pitch. Will she be able to pull it off?



***********************************************************************************

Sunday, October 16, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #9

Tajuk: Main Masuk Je...


Mesti ada antara korang yang biasa terjumpa dengan situasi di mana korang tengah sedap2 bawak kereta, tiba2 ada kereta daripada simpang, main masuk je depan korang. Mesti korang angin masa tuh. Tu belum yang kena sumpah seranah lagi.




Kebiasaan nyer berlaku kat jalan2 biasa. Bukan jalan utama dan tidak banyak kereta. Kalo buat kat jalan yang banyak kereta, memang cari nahas laa...
Sebenar nyer aku pun tak tahu la apa yang diorang fikir kan masa diorang bawak kereta tuh. Tak takut ke kalo kereta kat belakang tak sempat nak brek? Ke memang jenis yang tak takut mati?

Kereta tahan lagi. Yang motorsikal pun buat benda yang sama. Yang ni mungkin dah hidup lama sangat kot. Tu yang tak sabar2 nak tempah tiket ke rahmatullah. Walaupun motor ni maen masuk tapi dia amek side tepi, aku tetap seriau setiap kali jumpa situasi yang macam ni. Yela. Tak terkejut ke tiba2 ada motor kuar simpang ngan laju nyer. Ntah sempat ke tidak dia pandang kiri kanan masa nak kuar simpang tuh.


[Kalo spesies ni yang bawak, takde sape bole marah kalo tak tengok kiri kanan
masa nak kuar simpang]


Kepada pemandu2 dan penunggang2 di luar sana, sila perlahankan kenderaan anda sebelum nak kuar simpang. Apa salah nyer slow kan kenderaan. Bukan nyer aku sruh berhenti pun. Slow kan je. Dah pastikan takde kereta, korang pecut la balik...


**********************************************************************************


Get the highest savings interest rate in town.

**********************************************************************************

Saturday, October 8, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #8

Tajuk: Speed yang Membahayakan Nyawa


Agak lama jugak aku tak buat entri pasal "Pemandu, Kereta dan Tabiat". Kali ni aku keluarkan edisi yang ke-8 pulak. Tengok tajuk pun aku rasa korang dah bole agak speed yang macam mana yang membahayakan. Bukan setakat merbahayakan nyawa sendiri. Ngan nyawa orang2 sekeliling pun diorang ni bahayakan sekali. Tapi kebanyakan korang tentu fikirkan speed yang "satu" ni je. Okay2. Slow2 kita bincangkan topik ini ek.

Speed yang "satu" ni yang aku pasti terlintas kat kepala korang masa mula2 baca tajuk tadi adalah "kelajuan yang laju". Okay, rasa macam ridiculous lak sebut "kelajuan yang laju". Tukar term. Laju sangat atau sangat laju. Keadaan yang menggambarkan situasi "sangat laju" adalah umpama membawa 110 km/jam di hadapan sekolah atau di kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan.




Memandu dengan kelajuan yang tinggi sememang nyer membahayakan diri sendiri dan juga orang laen. Sebab tu sumer jalan ada speed limit masing2. Kalo kat highway, 110 km/jam. Depan sekolah 30 km/jam. Tapi kebiasaan nyer dalam lingkungan 60 - 90 km/jam. Kalo nak bawak laju sket takpe kot, asalkan jalan lengang dan takde orang. At least kalo accident, korang sendiri2 je. Tak melibatkan orang. Sape sruh bawak laju2.

Tapi ada lagi satu kelajuan yang juga boleh membahayakan nyawa orang laen. Kelajuan yang sangat tak laju. Tukar term. Slow. Slow sangat atau sangat slow. Kenapa aku kata orang yang bawak slow sesangat ni boleh membahayakan. Sebab diorang yang membawa slow sangat ni boleh mengundang situasi yang bahaya.


 

Sebagai contoh;


1. Situasi berlaku di jalan raya dengan speed limit 90 km/jam. Kereta yang sedang dipandu 90 km/jam tiba2 "terserempak" ngan kereta yang dipandu 20 km/jam di hadapan. Kalo tak sempat brek? Kalo brek tak makan? Tepat skali. Kebaboomm...

2. Situasi yang slalu berlaku kat jalan kampung. Jalan banyak selekoh. Kereta di hadapan skali bawak 20 km/jam. Slow mengalahkan lori. Kereta kat belakang dah berjela2. Kereta di belakang dah mula panas hati. Dia cuba memotong. Selekoh pun selekoh la. Nampak tak korang, situasi ni bakal menjadi situasi yang merbahaya.


Tu satu hal la kan. Kalo kereta tu memang kereta lama atau dah buruk, boleh paham gak la kenapa dia bawak slow. Tapi yang kereta baru pun bawak slow, apa kes agak2? Tu belum yang bawak kereta yang touch-up ala2 kereta lumba, tapi alih2 bawak 20-30 km/jam je.

Tapi aku slalu berfikiran positif bila jumpa kereta "lumba" yang slow. Aku mesti berfikir, ni mesti bapak@mak nyer yang bawak kereta anak dia.




**********************************************************************************
Get a car to drive and RM5,000 for you to spend on your trip.

**********************************************************************************

Sunday, September 25, 2011

Design Kereta Tercantik 2011

Walaupun masih agak awal sebelum berakhir nyer tahun 2011, Forbes telah pun mengeluarkan senarai 13 kereta yang mempunyai design tercantik untuk tahun 2011. Aku tau, korang mesti teruja gak nak tahu kan. Teruja nak tengok je. Nak beli, fikir 124 kali gak sebelum nak beli. Hehehe...


1. Ferrari 599 GTO



2. Jaguar XKR-S



3. Audi R8 GT Spyder



4. Porsche 918 Spyder Hybrid



5. Audi A7



6. Porsche Cayman R



7. Aston Martin V12 Zagato



8. Mercedes-Benz SLS AMG Roadster



9. Aston Martin Virage Volante



Perrghh... Kalo dapat Ferrari 599 Great Teacher Onizuka aka GTO atau Porsche 918 Spyder Hybrid, best jugak. Tapi kalo dapat Jaguar XKR-S pun bole je. Tarak hal. Ada sape2 yang nak hadiahkan kat aku tak? Hehehe...

***********************************************************************************


Meet the co-founder of YouTube, LinkedIN and investors in Twitter, Foursquare face to face
***********************************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...