Saturday, July 2, 2011

Sekali Lagi

Kalo semalam aku kasik review pasal Transformer 3, ari nih aku nak wat review untuk filem tempatan lak. Filem yang bertajuk Sekali Lagi. Filem lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani dan dimantapkan lagi dengan kehadiran Mia Sarah dan Bront Palarae.




Citer ni mengisahkan Arman (Shaheizy Sam) yang mengalami penyakit automatik. Eh, bukan. Autism sebenar nyer. Hehehe... Since dia autistik, perangai dia tak ubah seperti seorang budak kecik. Then, dia berjumpa ngan Amy (Mia Sarah) yang cuba menyelamatkan dia daripada kena rompak ngan sorang mamat botak nih. Agak tak logik sket di situ. Hehehe...

Bila diorang dah berkawan, mula la terungkai satu per satu rahsia kehidupan Arman yang sebenar nyer, which is aku sendiri pun tak jangka masa tonton citer ni kat wayang. Good job untuk kejutan dan story development yang menarik. But then again, aku tak kan reveal how the storyline goes. Kalo nak tau, sila tengok kat wayang.

Yang penting, filem ni adalah romantik komedi dan sememang nyer citer ni kelakar. Tapi ada gak babak2 yang menyentuh hati yang bole membuatkan korang menangis sambil menghembus tisu 24 kali semasa menonton. Tu pun kalo korang sorang yang sensitif. Kalo tahap korang normal2, setakat bergenang air mata mungkin. Kalo air mata tak bergenang, tahniah. Korang adalah seorang yang berhati kering. Yeah.... Now you know.

Kalo korang nak feeling2 dlu sebelum tengok filem ni, apa kata korang layan dlu trailer muvi nih.






Korang mungkin minat Sekali Lagi kalo:

1. Korang adalah peminat Shaheizy Sam atau Lisa Surihani.

2. Korang nak tengok Shaheizy Sam bawak watak kebudak-budakan.

3. Korang nak tengok kisah cinta yang epik. Kisah cinta yang diselangi dengan babak kelakar dan sedih dan bukan nyer nyer memanjang sedih macam citer Nur Kasih.

4. Perasaan ingin tahu korang membuak2 lepas membaca review aku (elehhh... iye la sangat). Kalo tak tengok, korang mungkin tak nyenyak tdo malam2.


Korang mungkin tak minat Sekali Lagi kalo:

1. Korang memang berbulu tengok Shaheizy Sam atau Lisa Surihani. Balik2 muka diorang je yang berlakon filem. Takde orang laen ke?

2. Korang tak minat citer cintan-cintun. Korang lebih prefer citer aksi macam Kongsi.

3. Korang tak sanggup nak tengok citer sedih. Tak sanggup nak menitiskan air mata walaupun setitik. Kalo korang pergi gak, korang takut panggung wayang tu akan banjir ngan air mata korang.


Overall, aku rasa filem ni one of the best untuk filem tempatan yang pernah aku tengok so far. Sebab citer ni kelakar. Dan memang sesuai untuk tengok ngan pakwe atau makwe korang (ke aku je yang rasa macam tu ek?). So, aku kasik filem Sekali Lagi;




***********************************************************************************


You can now top-up while surfing the net, on your mobile phone, or evn at ATMs!


********************************************************************************** 

3 comments:

vanilla said...

best...nak tgk sekali lagi la sekali lagi nih...hehe

stuck said...

romantik ke beb??

aswadz said...

@vanilla: tengok la sorang2. hehehe...

@stuck: hhmmmm... romantik gak la. tp muvi ni more kpd kekeluargaan kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...