Friday, October 25, 2013

Mana yang Penting Didahulukan

Lama pulak aku meninggalkan dunia blogging nih. Adakah mood bercuti hari tuh memberi kesan terhadap aktiviti berblogging aku? Hahaha... Skema lak ayat aku tiba2. Tapi memang tak dinafikan pun. Kalo dah cuti lama tuh, memang nak bukak blog tu rasa malas giler. Padahal time cuti hujung minggu bole pulak rajin2 bukak blog, walhal cuti jugak.

Tapi tak kisah la. Sebab aku bukan lagi seorang student yang boleh nak blogging siang dan malam, masa aku lagi terhad untuk update blog. Tapi alhamdulillah, mood aku untuk berblogging tu masih ada. Kalo tak, dah lama kena tutup blog aku nih. Hehehe...

Entri hari ni entri sesaje je. Sebenar nyer aku ada benda laen yang nak kena settle kan dlu. Time cuti2 macam ni pun, masih ada keje laen yang perlu aku buat. Cuma takde kaitan ngan pekerjaan aku la. Ni keje laen. Hehehe... Apa pun, benda yang penting harus didahulukan. So, blogging ni terpaksa aku letak tepi dlu.


Tuesday, October 15, 2013

Segmen Kumpul Follower & Blogwalking bersama Rexylla

Hari tu dah join segmen Puteri Kasih. Hari ni nak promote segmen laen pulak kat blog nih. Segmen hari tuh sruh cari perkataan dalam maze kemudian reblog tentang perkataan yang korang mula2 nampak. Tapi segmen kali ni lebih kepada blogwalking dan kumpul follower.

Segmen kali nih dianjurkan oleh Rexylla (aku salah sorang contributor blogshop ni) dan nak jemput korang sumer untuk join segmen nih. Syarat2 penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat segmen lak adalah seperti tertera di bawah.




Syarat-syarat penyertaan:

1. Buat satu entri dengan tajuk "Segmen Kumpul Follower & Blogwalking bersama Rexylla".

2. Letak banner di atas dan link kan ke entri INI.

3. Follow blog Rexylla.

4. Follow blog contributor Rexylla iaitu blog Aswadz Rex dan Vanilla.

5. Tag at least 2 orang.

6. Tinggalkan link kat ruangan komen.

7. Blogwalking blog kawan-kawan lepas tamat tempoh segmen dan tinggalkan jejak korang dengan mesej seperti "blogwalking dari segmen Rexylla".

8. Tarikh tutup pada 15 Oktober 2013.


 Tak kan tengok je. Hehehe...


Sunday, October 13, 2013

Been Busy

Agak busy sejak kebelakangan ni. Minggu lepas ngan minggu nih aku outstation kat Shah Alam. Ada kursus pasal work culture. Hari Selasa ari tuh baru balik. Tu pun balik petang. And macam biasa. Balik je daripada kursus, of course kerja akan menjadi bertimbun. Kena kejar dateline untuk research paper lak satu hal. Tengah bulan November nak kena present kat Sabah pulak.

Lab result ada yang tak buat lagi ni. Research paper pun tak start tulis lagi. Kira nyer sebelum balik untuk Raya Haji nih, kena pulun kerja lab dlu bagi siap. Baru boleh bercuti dengan tenang. Balik daripada cuti nanti baru fikir camne nak tulis research paper. Hahaha...


busy


Aku rasa bulan Oktober ni akan menjadi seperti bulan Ogos ari tuh. Bulan yang agak tak produktif. Entri ni bole consider sebagai entri pertama bulan Oktober. Selaen daripada busy ngan keje, bulan ni juga aku akan "busy" dengan cuti. Maklum la. Hari Raya Haji kan. Since Kedah cuti 2 hari, so dapat la cuti lama sket. Dapat la lupakan kejap kerja kejap. Hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...