Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Merdeka ke-56

Hari ni merupakan ulangtahun ke-56 negara kita bebas daripada penjajahan British. Apa yang korang buat untuk menunjukkan semangat patriotik korang? Apa? Aku? Jap. Nak pi cari bendera Malaysia jap. Hehehe...




p/s: berapa ramai antara kita yang btol2 rasa diri dia dah "merdeka"?


Friday, August 30, 2013

The Conjuring

Sape dah tengok The Conjuring? Aku baru tengok minggu lepas. Tu pun dah tak banyak tayangan. Masa tu kat TGV masih ada lagi. Tapi kat GSC memang takde langsung. Ke GSC memang tak tayang movie The Conjuring nih?


the conjuring, movie, review


Based on true story, kisah hantu yang menghantui kehidupan sebuah keluarga yang baru berpindah ke rumah baru diorang tanpa mengetahui yang pemilik asal rumah tersebut adalah seorang ahli sihir yang memuja syaitan. Rumah dan tanah persekitaran telah pun disumpah dan sape2 yang cuba amek tanah tu akan mati dibunuh.

Bila dah kena ganggu, apa lagi. Mesti la pergi cari seseorang yang boleh buang sumpahan yang kena kat diorang kan. Tak kan nak biarkan pulak kan. Hehehe... Maka berjumpa lah mereka dengan satu pasangan exorcist. Dan bermula la adventure diorang menentang hantu ahli sihir tersebut. Seram tak seram? Sila la tengok trailer nih.




Sekali lagi aku tanya. Seram ke tak seram? Ada yang cakap seram giler. Tak kurang jugak yang cakap bole tahan la. Ada gak yang cakap biasa je. Tapi aku? Aku rasa movie ni bole tahan laaa... Sebab nak kata seram sangat pun, tak la. In fact, tak seram mana pun sebenar nyer. Terkejut je banyak. Typical citer hantu kan. Tapi kalo tengok sorang2 malam2 sambil tutup lampu, mungkin seram.

Tapi the main point yang membuatkan citer ni boleh dikategorikan sebagai antara movie yang best mungkin sebab jalan citer la kot. Unlike kebanyakan citer hantu yang laen yang korang hanya akan tahu sebab musabab hantu tu ganggu at the end of the story, dalam The Conjuring ni dia dah bagitau awal2 dah. So tak yah nak tertanya2 dah. Yela. Korang nak fokus seram. Nak fokus cover mata lagi. Mana sempat nak tertanya2 lagi kan. Hahaha...




Saturday, August 24, 2013

Outstation di Feringghi Penang

Lepas hari raya ari tuh, 2 entri je yang sempat aku update. Sebab masuk je keje ari tuh, busy lak nak prepare untuk ke conference kat Batu Feringghi, Pulau Pinang 18 Ogos ari tuh. Sabtu lak member wat event terjah raya. Terjah rumah rakan sekerja. Sehari suntuk keluar. Balik rumah terus pengsan.


hotel bayview feringghi
[Hotel Bayview Batu Feringghi]


Since conference tu adalah collaboration dengan beberapa universiti yang laen, aku ditugaskan untuk jaga bilik untuk presentation. So memang belah siang takde masa nak bukak blog. Belah malam lak kena keluar mencari makanan. Kalo tak, bole kebulur malam tuh.


conference
[Ruang legar tempat conference]


Hari kedua conference baru boleh relax sket sebab abes awal. Ada presenter yang tak hadir. So petang tu sempat la rehat kat bilik. Pastu lepak kat tepi pantai. Asal nyer nak maen ping pong. Tapi dah ada orang maen la pulak. Last2 maen basketball je. Hahaha...


sunset, batu feringghi


santai, tepi pantai, so full of myself
[Bersantai sambil tengok sunset]


Hari Khamis lepas baru masuk ofis balik. Dan walla... Hari ni baru aku sempat nak update blog. Hehehe... Korang lak macam mana? Aku tengok kat bloglist aku, masih ramai yang bercuti daripada berblogging. Cuti lama ye korang.


Sunday, August 18, 2013

Sambutan Raya 2013

Dah seminggu lebih kita beraya. Kalo hari tuh aku update ucapan hari raya, hari ni baru nak menyusul citer pasal sambutan hari raya. Hari Raya tahun nih dekat Kelantan dlu sebab tahun lepas dah beraya dekat kampung aku. So tahun ni kampung wife aku la pulak. Raya ke-3 baru balik kampung aku.


hari raya, hari raya 2013
[Gambar gelap sebab ada "nur" kat belakang]


Raya pertama macam biasa la. Lepas semayang raya, bersalaman sesama family. Minta maaf mana yang patut. Kemudian sesi bergambar. Tahun ni yang sulung je yang dah kahwin. So tahun nih, memang cukup korum family diorang. Tahun lepas tak cukup sorang dua orang.


hari raya, hari raya 2013
[Warna tema tahun nih, hijau]


Abes je sesi bergambar, dah sah2 sesi berjalan ke rumah sanak saudara rakan taulan. Hari raya pertama tamat dengan penat lelah dan kekenyangan. Masa yang selebih nyer dihabiskan kat depan TV atau kat atas katil.


hari raya, hari raya 2013


Hari Raya ke-2 lak sesi beriadah bersama family. Destinasi pilihan. Pantai Irama kat Bachok. Sebab apa nama Pantai Irama? Sebab bila korang sampai je, korang dapat dengar alunan irama daripada ombak2 yang seolah2 menyambut kedatangan korang. Okay. Aku tipu. Sebab tak dengar pun deruan ombak sebab orang ramai sangat kat sana. Bising. Hahaha...


hari raya, hari raya 2013


Raya ke-3 pulak dah balik rumah aku. Tapi tak sempat nak jumpa kakak aku sebab aku sampai lambat. Dia pun nak balik beraya rumah mentua dia gak. Yang ada tinggal mak ngan adik aku je. Kakak aku yang lagi sorang tu memang tak balik raya tahun ni. Jumpa dia pun masa puasa ari tuh. So takde la sesi bergambar sekeluarga tahun ni. Eh, ada. Tapi takde aku la. Hehehe...


Wednesday, August 14, 2013

Ucapan Hari Raya

Entri bulan ni baru satu je. Campur yang ni, 2. Alangkah tak produktif nyer bulan ni sebab cuti raya lama sangat. Hari ni hari pertama aku masuk keje semula lepas nak dekat seminggu setengah aku cuti. Nak buat entri pasal sambutan raya, gambar2 sumer masih "selamat" dalam hard disk. Tak sempat godek2 lagi.

Tapi memandangkan time di ambang Syawal ari tuh aku tak sempat nak buat entri tahunan Selamat Hari Raya, so ari nih aku up satu. Tak sempat tu bukan sebab malas ye. Line internet agak semput sebab tak dapat menampung jumlah manusia yang tiba2 meningkat time nak raya. Naseb baek tak lingkup je.


hari raya aidilfitri 2013


Tak lambat lagi kan untuk aku wish korang. Maklum la, raya kan sebulan. Hehehe... Sempena bulan Syawal nih, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada wife aku, keluarga aku, senak sanak-saudara, kawan2, blogger2 dan juga pembaca setia blog aku nih.


Monday, August 5, 2013

Hari Raya dan Iklan Raya

Amacam persiapan raya tahun ni? Apa? Korang baru lepas balik dari Mega Sale dan macam2 barang korang rembat? Takpe. Simpan aje barang2 raya yang korang dah rembat dengan bernafsu nyer. Hari ni aku nak sembang pasal iklan raya. Maklum la, Hari Raya pun tak lama je lagi.

Tiap2 tahun bila time Hari Raya, akan keluar la bermacam2 version iklan raya. Ada yang sedih. Ada yang gembira. Ada yang menginsafkan. Ada juga yang syok sendiri. Tapi dalam banyak2 iklan, iklan daripada Petronas yang selalu nyer best.

Tahun ni pun ada banyak iklan2 raya yang keluar. Contoh nyer seperti iklan Petronas menerusi short movie bertajuk Jahit manakala Proton juga ada iklan diorang yang tersendiri. Korang bole tengok iklan Proton kat SINI.


iklan hari raya proton, iklan hari raya 2013, iklan hari raya, hari raya
[Iklan raya daripada Proton]


Honestly, aku tak bape minat nak tengok iklan2 yang bertemakan kesedihan nih. Balik2 time raya je, nak sruh penonton menangis. Balik2 sruh menangis. Takde yang ceria ke. Aku tau penting untuk kita ingat pada yang susah. Tapi kena cari inisiatif laen kot nak menginsafkan orang. Setakat iklan je, orang yang tengok pun takat tumpang sedih je la. Nak tolong, takde nyer derrr...


[Iklan Hari Raya paling sedih tahun 2013]


So, iklan raya favorite korang tahun ni yang mana? Bagi aku, aku sker iklan Maxis lagi. Apa yang menyebabkan aku sker pasal iklan ni? Foremost, iklan ni tak sedih. Dan yang kedua, ada maksud tersirat yang tersendiri. Well, korang tengok dan korang akan faham.




"Sometimes, the best way to connect is to switch off"


So, korang macam mana pulak? Iklan mana yang menjadi favorite korang. Sila kongsi di ruangan komen.


p/s: dapat idea buat entri ni lepas baca entri wife aku kat SINI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...