Sunday, December 8, 2013

Tempat Makan Menarik di Kota Bharu Kelantan

Ehem... Macam dah lama je aku tak update blog.

*sambil tiup2 laptop yang dah bersawang

Eh, blog yang yang dah lama tak bukak sebenar nyer. Laptop aku bukak tiap2 hari je. So sepatut nyer blog yang bersawang, bukan laptop.

*bertukar daripada tiup laptop kepada tiup blog (pandai2 la korang imagine macam mana)


Okey. Back to the main point. Dalam entri sebelum nih, aku ada kata nak buat review tentang tempat2 makan yang menarik di area Kota Bharu kan. So, entri yang dimaksudkan tu entri ni la. Hahaha... Okey, tak kelakar sangat. Tapi bole la takat nak bagi korang sengih sorang2 depan laptop.


1. Captain T Restaurant

Aku tak pernah tahu pasal kewujudan restoran nih until la wife aku yang ajak makan malam kat sini. Bukan berdating mahupun ber"honeymoon". Sebab adik dia ikut sekali. Nak tahu kedudukan dia kat mana? Korang tahu Tesco Kota Bharu kat mana? Korang tahu stesen bas Kota Bharu kat mana? Haaaa... Korang cari la sendiri kat mana. Aku bagi hint dah tuh. Aku pun tak perasan restoran ni walaupun boleh dikatakan selalu gi Tesco kat sana sebab restoran ni kena hadang ngan deretan bangunan kedai.


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik


Memang menarik makan malam kat sini. Kalo tempat melepak lak, boleh dikatakan lebih eksklusif berbanding lepak kat kedai mamak. Tapi bila dah tempat pun eksklusif, harga dia jangan cakap la. Aku boleh katakan agak mahal gak la.


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik


Apa yang aku makan? Of course lah menu makanan yang paling murah dalam senarai menu dia. Iaitu nasi goreng. Hahaha... Aku dah tak ingat dah nasi goreng apa. Tapi harga lebih kurang RM 10 macam tuh. Tapi nasi goreng dia memang puas hati la. Udang dia pun besar. Lagi satu, kalo korang jenis tak makan banyak, baek korang share je nasi tuh. Sebab dia kasi memang banyak.


captain t restaurant, restoran kapal terapung, kota bharu, tempat makan menarik
[Kalo ada family gathering, kalo boleh makan kat dalam ni.
Ni baru btol2 terapung atas air nyer]


2. Kopitiam Kita

Beralih ke menu makan pagi pulak. Pagi2 ramai gak orang yang datang makan kat sini tak kira bangsa. Melayu, Cina, India, sumer pun ada. Kalo korang nak makan kat sini, korang boleh guna GPS coordinate nih, 6.129589,102.249001. Aku pun guna code ni je masa cari kedai nih. Dicilok daripada blog Eat Till Tummy Full.


kopitiam kita, kota bharu, tempat makan menarik


Antara menu dia yang laen daripada yang laen adalah Roti Titab. Roti dia roti celup telur. Pastu ada telur separuh masak atas roti tuh. Dan ada sekaya sekali untuk dimakan bersama2. Cara nak makan, ikut kreativiti masing2. Korang nak ngap terus ke. Korang nak gaul2 dlu telur ngan sekaya tuh ke. Lantak korang lah. Tapi kalo nak lagi kreatif, korang mintak pak cik meja sebelah tolong makan kan untuk korang.


roti titab, kopitiam kita, kota bharu, tempat makan menarik


Selaen daripada Roti Titab, ada gak makanan laen. Especially nasi berlauk sebab orang Kelantan memang makan nasi berlauk pagi2. Ada macam2 jenis nasi berlauk ngan macam2 nama sampai susah nak teka ada apa dalam nasi berlauk tuh. Tu korang kena tanya tauke.


3. Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Sape yang pernah pergi Kampung Kraftangan kat pekan Kota Bharu, mesti pernah makan kat Restoran Nasi Ulam yang btol2 sebelah menyebelah je. Nak tengok dekat tak dekat?


restoran nasi ulam, kampung kraftangan, kota bharu, tempat makan menarik





restoran nasi ulam, kampung kraftangan, kota bharu, tempat makan menarik
[Kalo ikut exit yang nih, keluar2 terus sampai kedai makan]


Dah nama pun Restoran Nasi Ulam kan, so haruslah menu utama dia ulam untuk dimakan bersama nasi. Tapi lauk laen pun ada gak. Bukan makan nasi ngan ulam je semata2. Korang sama ada boleh gi amek nasi sendiri atau korang ada set aje bagi yang datang dengan keluarga.

*gambar makanan lupa nak snap sebab masing2 kebulur


aiskrim kelapa, kampung kraftangan, kota bharu
[Apa pun, aiskrim kelapa ngan pulut kat Kampung Kraftangan ni memang best]


4. D'Klasik Kopitiam

Aku tak pasti sama ada kat Kelantan ni ada Oldtown White Coffee ke tak. Yang aku pasti, kalo takde pun takpe sebab kat Kota Bharu ada D'Klasik Kopitiam yang konsep dia lebih kurang sama je macam Oldtwon White Coffee.


d'klasik kopitiam, kota bharu, tempat makan menarik


Lokasi dia dekat area Wakaf Che Yeh. Kalo korang daripada Ketereh ke arah Kota Bharu, kopitiam nih terletak selepas Wakaf Che Yeh dan McDonald. Aku malas nak ulas banyak2 sebab aku percaya korang boleh agak makanan kat sini macam mana. Tapi nak tau gak, korang boleh julingkan mata tengok menu nih.


d'klasik kopitiam, menu


Setakat nih, tu aje antara tempat2 makan yang aku boleh share. Korang pulak ada yang nak tambah ke? Boleh aku ajak wife aku terjah lepas nih bila aku balik Kelantan laen kali...


22 comments:

Mizz Aiza said...

banyak juga tempat makan yang best di kelantan.. teringin nak makan nasi kerabu kelantan..

vanilla said...

mana ada roti titab dia celup telur.. sesuka hati dia je..hahaha

roti titab tu dia sapu mentega/marjerin kat atas.pastu dia letak telur half boiled kat tgh, dan jugak sekaya kat penjuru2 roti....terbaikkkk

aswadz said...

@aiza: mai la rasa. sedap...

@vanilla: yeke. lupa dah la. tp tgk roti kat dlm gambar tu mcm dia goreng dlu je...

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nak cuba....

ainil fazieda said...

wow ! macam menarik jaaa. macam kena pegi try jaaaa. Huhu :)

muja said...

laa,, dok kb ko,, muja ajim gi hok nasi ulam tu,, murah sangat,, huhuu

Tempat Ping Blog said...

wow.. awesome! saye pernah menetap di kelantan.. barang-barang sane memang murah.. orang sane tak kedekut.. hidup ade keberkatan gitu.. :)

Blog Santai said...

Kita suka juagk masakan kelantan especailly dia orang punya masak lemak udang dan ketam..sedap..murah pun murah..

sobri yaacob said...

bestnye tempat2 mkn kat sana.. org ckap kat sana harga makan murah..tgok gambar envirement dia pun sempoi.. :)

aienzunnur said...

Eh nk g la lepas ni tempat2 yang anda sebut tu.kikikik

Shahrul Yusof said...

Roti titab ni memang kecur air liur bila aku tengok. Baru ni aku tau tentang roti ni. Kat KL ni aku tak pernah jumpa lagi.

Unknown said...

yang atas bot tu menarik terlebih2..=D

boleh la singgah kalau naik kelantan nanti..

aswadz said...

@khairuddin: sila2...

@ainil: gi la try. huhuhu...

@muja: x la. ari tu balik kampung belah wife.

@TPB: btol2.

@raudhah: kena gi rasa gak la kalo gitu.

aswadz said...

@sobri: boleh tahan murah gak la. tp kena tgk kedai gak.

@aien: silakan. hahaha...

@sylarius: kat KL x pernah jumpa lg org jual roti titab nih.

@husna: hehehe...

puteri kasih said...

haihh..tetiba lapar la plak...hehe

Unknown said...

captain T restaurant tu nampak mcm menarik je. hehe.. nmpk mcm best plak.. tp entah bila lah boleh sampai kelantan ni.. :)

Pha Is said...

captain restoran tu orang kata mahal sikit.. so, hari tu kami pi tak makan apa2 pun, pi bergambar je.. heheh

nasi ulam cikgu tu mmg best.. wajib pi kalau singgah di area KB.. murah, sedap, memang puas hati.

d'klasik tu pun layan.. dekat kubang kerian ada 1 cawangan tapi situ layanan macam x best sanagt. yg dekat wakaf che yeh ni memang puas hati..

:)

Anonymous said...

bestnya.. teringin nak pergi negeri serambi ni.. kawan aku kata murah tak lah mahal sangat..

Anonymous said...

bestnya.. teringin nak pergi negeri serambi ni.. kawan aku kata murah tak lah mahal sangat..

aswadz said...

@puteri: kalo bc entri time tgh lpr, mmg akan bertambah2 lpr.

@aisya: dah keje nnt, bole la jalan2 kat sini.

@pha is: captain t restaurant tu mmg agak mahal pun. nasi goreng je dah rm10. huhuhu...

@anon: mmg murah mkn kat sini. tp kena tgk kedai gak la.

Anonymous said...

terbaca yg captain T restoran tu... trus pegi mkn..sb dah xtau nk mkn mna.. 2 dewasa 1 kanak2.. oder nasi 3, sayur, ikan stim, lopster dan ketam.. mm.. rm217 je.. bole tahan juga ler.. tpi sedapp..

aswadz said...

harga dia memang agak mahal, tapi sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...