Sunday, November 17, 2013

Thor - The Dark World

Sejak awal bulan November hari tuh, member2 aku selalu bersembang pasal movie Thor. Minggu lepas pun still ada gak sket2. Mentang2 la diorang dah tengok. Since aku tak tengok lagi citer nih, kebarangkalian aku untuk join in the conversation adalah tipis. Menjadi pendengar je dalam 99.99% perbualan. yang lagi 0.01% tu pun aku buat lawak bodoh je.

Jadi, untuk mengubah peratusan daripada 99.99% kepada 0.01% pendengar, dengan nekad nyer aku menonton movie ni kat pawagam bersama2 ngan wife aku. Sebenar nyer daripada movie ni start tayang aku memang dah aim nak tengok pun. Hehehe...


thor the dark world, thor 2


Thor - The Dark World ni merupakan movie ke-2 dalam siri Thor, selepas movie pertama nyer telah pun ditayangkan pada tahun 2011 dlu. Perkataan "The Dark World" sememang nyer sesuai untuk menggambarkan plot citer ini di mana Malekith, musuh kepada Asgard, kembali semula untuk menakluki 9 alam di bawah jagaan bapak Thor. Maklum la, cubaan pertama gagal. Try lak kali ke-2 kan. Kot2 la dapat.

Malekith ni dlu dah pernah dah cuba untuk menakluki 9 alam. Time tu berlaku nyer fenomena di mana 9 alam ni berada dalam keadaan selari dan border antara setiap alam lenyap untuk seketika. Masa tuh Malekith gagal menggunakan power yang digelar "Aether", sebuah kuasa yang mempunyai daya pemusnah yang hebat, sampai nenek moyang Thor sendiri tak mampu nak musnahkan. Takat boleh sembunyikan je.

Lepas kedudukan Aether ni terdedah, Malekith ni apa lagi, terus naek hantu la, nak gunakan semula kuasa tuh. Kebetulan masa tu ada berlaku gak fenomenan penjajaran 9 alam. Tapi dengan bantuan Loki (dan juga sedikit sebanyak daripada Jane), Thor menentang Malekith untuk menghalang hasrat Malekith.




Thor 2 ni memang tak menghampakan aku kerana bukan sahaja kesan efek2 khas dia menarik, jalan citer dia pun not bad gak. Cuma peranan Loki tu terlalu kurang. Kalo ada Loki, part citer tu jadi best sket sebab karakter Loki yang agak kelakar. Especially time dia bertukar jadi Captain America. Satu panggung gelak.




20 comments:

Cik Yaya said...

salam =)

yaya da tgok jugk..mmg besh ^_^

aienzunnur said...

loki bt ap kt ayah die eh?
xphm la part tu

cweet pinky said...

hehehe , CP baru jer tgk siri pertama kat channel astro hari tuh, not bad la... tapi ad yang cakap sambungannya the avenger...ye ker?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tak tengok lagi movie ni.. review nampak menarik.. kalau berkelapangan nak juga pergi tengok..

Sylarius Yusof said...

Loki ni karakter dia jahat ada nakal-nakal sikit. Tu yang sumtimes jahat-jahat dia pun masih kelakar lagi. Hehe

LydSunshine said...

loki jadi watak lawak ke? Tapi dia still jahat ke dah jadi baik?

Amanina Mads said...

serius memang best kan.. suka tgk loki bertukar jd captain amerika. kesian jugak hammer thor nk kejar tuannya

puteri kasih said...

puteri belum berkesempatan lagi nak tgk movie ni

aswadz said...

@yaya: best kan. hehehe...

@aien: tu mgkn kena tggu next movie keluaran marvel la kot. sama ada avengers atau thor.

@CP: a'ah. sbb tu dlm movie ni, ada part loki transform jd captain america.

@aiza: silakan la tgk. x rugi.

@sylarius: watak loki tu yg menjadi penyeri movie nih.

aswadz said...

@lyd: watak loki tu berubah2. spjg movie nih, kira nyer dia pgg watak yg agak baek gak la. tp ujung2 tu mgkn jahat gak.

@amanina: tu la kan. thor tu sker sgt baling hammer dia jauh2.

aswadz said...

@puteri: nnt kalo free, bole la gi tgk.

vanilla said...

yg penting the collector tu akan muncul dalam Guardians of the Galaxy. Jangan lupa saksikan...kikiki

aswadz said...

hehehe... x sbr nak tggu yg tuh pulak.

aisya said...

tak sabar nak tunggu sambungnya ni.. hehe

aswadz said...

aku pun sama.

Pha Is said...

dah tengok dah.. mmg puas hati.. better than thor 1...

aswadz said...

hehehe... btol tuh.

Rose MahSury said...

Assalam.. dua2 movie thor memang best!!!
Sy start minat loki lepas tgk thor the dark world. Tu bukannya saya nk tgk, family je yg ajak. Nk tak nak, tengok je la... tp lepas tgk, alamak, best pulak movie ni. And loki ada tarikan tersendiri. He's a scene stealer. Susah nk explain aura dia tu. Tom Hiddleston memang pandai bawak watak Loki ni. Thorbaikk!!

Lepas sy curious pasal apa yg berlaku kat akhir cerita, di mana Odin tiba2 bertukar jadi Loki, saya mula cari kat intrnt apa yg blaku sebenarnye?? Maybe akan ada Thor yg ke3. Start drpd situ, sy dah start minat Tom Hiddleston aka Loki.
Serius sebelum ni, sy hanya pernah dgr n tgk nama loki dalam video faradyable, 'bila avengers lapar'. Tu pon time tu takde pon minat die...

Skrg ni, bila dah minat loki, bila tgk thor 1, the avengers (sequel kpd thor 1 secara tak langsung) n thor 2, saya tak pandang hero dah (sori chris hermsworth aka thor), saya pandang Loki je.. seriously, saya banyak tumpukan perhatian kat loki je time tgk 3 movie tu. Handsome giler la dia.. haha

Loki dalam thor 1 tak kelakar, lebih kpd meraih simpati.. kesian dia tak cukup kasih sayang.. hehe
tp dlm avengers n thor 2 tu kelakar la sikit terutamanya time loki kena smash dgn hulk tu.. hahaha
sy suka sgt2 part jane tumbuk loki + loki btukar jd captain america tu. He's a great actor! Tp sy suka Tom sebagai Loki je, dia dlm movie lain sy tak berapa suka.. hehe.. sorry, comment sy panjang sgt! Sy teruja dgn LOKI. KEEP CALM AND BE LOKI'D FOREVER! HAHA

Rose MahSury said...

Mcm awak tulis loki tak byk part dlm movie thor the dark world ni sbb loki tu bukan watak utama antagonis, yg utama malekith... yg scene loki btukar jd captain america tu pon sbb director movie ni decided nak tambah scene part loki sbb loki tak byk scene dlm movie ni. Mungkin director tu tak nak hampakan peminat loki sbb loki lebih famous drpd heronye, thor tu.. haha. mana taknye, loki popular tu dlm thor 1 n the avengers, kalau director die tak byk masukkan part loki dlm thor the drk world ni, rugilah dia... tu pendapat saya la.. hihi.. Tajuk, thor tapi org lebih suka tgk LOKI. APTB

aswadz said...

setuju dgn penyataan ttg loki sbg scene stealer. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...