Saturday, November 16, 2013

Hotel Seaview Kuala Perlis

Cuti sekolah dah pun bermula. Untuk ibu bapa yang nak bawak anak2 diorang berjalan, Langkawi ngan Cameron Highlands merupakan antara tempat yang menjadi tarikan untuk aktiviti santai sambil berjalan2 menikmati pemandangan yang indah. Kalo ada yang datang daripada jauh nak melancong ke Langkawi, mesti ada yang berfikir untuk tido sekejap di Kuala Perlis. Dalam entri ni, aku nak satu hotel yang murah dan juga berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Entri ni boleh juga dikatakan entri susulan kepada entri Langkawi yang pernah aku buat dlu. Just nak share information. Balik daripada Langkawi hari tu, aku tak terus balik rumah. Tapi aku stay kat Kuala Perlis sebab bercadang nak berjalan2 kejap kat Padang Besar. Biasa la. Bawak wife. Mesti la nak jalan2 shopping sambil cuci mata kan. Hehehe...

Tapi hotel2 seperti Hotel Brasmana dan T-Hotel sumer penuh. Nak kata aku booking lambat, tak jugak. Lagi pun bukan cuti sekolah. Cuti weekend je. Tapi penuh. Naseb baek aku teringat ada satu hotel kat situ (aku kan pernah belajar kat Perlis). Ye, tak laen tak bukan Hotel Seaview.


hotel seaview kuala perlis, kuala perlis, hotel di kuala perlis


hotel seaview kuala perlis, kuala perlis, hotel di kuala perlis


Walaupun tak sehebat Hotel Brasmana, tapi bagi aku hotel ni memadai dah. Bilik dia pun besar dan harga pun murah je. Untuk bilik yang aku duduk ari tuh, baru RM 90. Dan ada breakfast. Parking pun banyak kat dalam kawasan hotel tuh. Kalo nak pergi Langkawi balik hari, parking je kat hotel ni (kalo korang menginap kat sini la ye). Nak ke jeti kena menapak sket je...


hotel seaview kuala perlis, kuala perlis, hotel di kuala perlis


Hotel Seaview ni bagus pada pendapat aku. Aku rasa hotel ni mungkin kurang popular sebab hotel ni takde website. So bila orang nak google cari hotel kat Kuala Perlis, diorang tak jumpa hotel ni. Tapi alhamdulillah la jugak. Kalo hotel ni popular, confirm aku tak dapat book hotel ni dah ari tuh.


12 comments:

Mizz Aiza said...

best cuti-cuti.. tak pernah lagi sampai perlis.. share la nombor telefon hotel tu, mana la tahu tersesat di sana boleh cari hotel tu..

Unknown said...

biliknya nampak besar dan selesa.. sy pun tak pernah lagi sampai Perlis.. paling jauh pun kt belah utara ni sampai Sg. Petani je.. :)

artiirhamna said...

nampak bagus pun tempatan tuh, nyaman untuk rehat ataupun cuti...

aswadz said...

@aiza: aku pun lupa dah nombor telefon hotel tuh. tp xpe. x sesat nyer. hotel ni dekat je ngan area jeti. btol2 dpn tmpt parking kereta utk pelancong yg nak gi langkawi.

@aisya: bilik dia agak luas. kira nyer ada ruang la utk solat. solat berjemaah pun boleh.

@artiirhamna: btol tuh.

Adriannasyaz said...

Sya x pnh g langkawi lagi teringin nak jejln sana beli coklat.hehe..tima kasih kongsi info..mana tu kut2 nnti dpt pg lngkawi.. :)

puteri kasih said...

puteri belum pernah lagi sampai perlis..nanti kalau nak ke sana bolehlah puteri cari hotel ni :)

wanariahamiza said...

Salam balas kunjungan.

Nick Nashram said...

cuti2 ni kalau nak buat tempahan blk, kena buat awal2..huhu..besa la, satu malaysia nak p bercuti.

dariilhamkehati said...

not bad la, asal selesa dan berpatutan dengan harga...

aswadz said...

@adrianna: sama2.

@puteri: boleh la try duduk sini nnt. hehehe...

@wanariahamiza: mekaseh sudi berkunjung.

@nick: mmg pun. kalo lmbt booking, mmg ssh nak cari hotel.

@CP: aku mmg cari yg berpatutan je. hehehe...

blog-tips-kurus said...

tuan blog baru pergi alst yr kan?

hrp2 servis skrg pon bagus..

aswadz said...

a'ah. last year. harap2 masih mcm tuh la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...