Friday, May 22, 2020

Selamat Hari Raya

Masih mempunyai kesempatan nampak nyer untuk aku update blog. So sempat la wish Hari Raya kat korang. Since sambutan raya tahun ni kita kenal amalkan norma baru, social distancing dan juga tak boleh kampung, nampak agak kurang meriah lah sambutan tahun ni. Nak sambut meriah-meriah pun, risau juga tentang penyakit Covid-19 ni. Jadi better berwaspada sebelum terkena.

Tahun ni aku dan family aku just beraya bertigalah nampaknya. Mujur ada family, at least meriah juga la sambutan. Kalau bujang, tentu asyik dengar lagu "Dendang Perantau", main ulang-ulang sambil melayan perasaan.

Raya korang tahun ni pula macam mana?





Monday, May 11, 2020

Salam Ramadan Kareem

Assalamualaikum semua.

Lama dah tak berblogging. Dah setahun setengah tinggalkan dunia penulisan blog. Kekurangan masa. Kekuarangan idea juga barangkali. Ada beberapa draft yang aku pernah tulis dulu. Tapi dah obsolete sebab lama sangat kena peram. Hahaha... Ni pun since satu dunia kena serang dengan pandemik Covid-19, baru la ada sedikit masa terluang untuk update blog since banyak task (kerja, personal, freelance, etc) berjaya di settle kan.

Tujuan aku menulis ni pun, sebenarnya nak wish korang semua, Selamat Menyambut Ramadan Kareem dan selamat berpuasa.




Masa bulan yang baik dan penuh berkah ni, marilah sama-sama kita doakan supaya Malaysia cepat bebas daripada pandemik Covid-19 ni. Actually, selain daripada berniaga online dengan wife aku (Rexylla, boleh refer facebook page kat sidebar aku), aku dengan team aku ada create studio untuk develop motion graphic. Youtube channel pun ada. Yang ni akan aku cerita kemudian (janji yang belum tentu ditepati, kih3...). Apa pun, korang boleh layan dulu video yang kitorang create sempena menyambut bulan Ramadan kali ini. Enjoy.




InsyaAllah kalau ada masa, akan aku update lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...