Showing posts with label campaign. Show all posts
Showing posts with label campaign. Show all posts

Thursday, June 15, 2017

Raya Promotion 2017 by Rexylla

Sebelum aku terlupa, better aku up sket pasal promotion sempena Hari Raya Aidilfitri daripada Rexylla. Korang boleh stalk diorang punya Facebook page and Instagram (ID Rexylla). Kalau malas, kat sidebar kiri blog aku ada page Rexylla. Scroll terus kat situ untuk new update.


rexylla, raya promotion


Ada promosi sampai 50%. Nak tau apa dia, boleh PM terus Rexylla. Tak pun WhatsApp terus tanya. Mana berkenan tu, grab terus sementara masih ada stok. Jangan cakap abang tak payung pulak. Hahaha...



Saturday, November 23, 2013

Derma untuk Mangsa Taufan Haiyan

Seperti yang sedia kita ketahui, Filipina telah dilanda Taufan Haiyan dengan agak teruk dan ramai penduduk nyer yang terbunuh dan tak kurang juga yang terjejas akibat malapetaka tersebut. Sape2 yang ada akaun ChurpChurp mesti dah tahu yang pihak ChurpChurp telah mengambil inisiatif untuk memberikan derma kepada mangsa Taufan Haiyan nih.


taufan haiyan, derma, donation, churpchurp


Ahli2 ChurpChurp untuk diberikan peluang untuk turut memberikan sumbangan mereka melalui akaun mereka. So tak perlu bersusah payah nak login akaun bank masing2 dan transfer duit. Tapi kepada yang tidak mempunyai akaun ChurpChurp tapi masih mahu menderma, korang boleh klik SINI.


p/s: kalo nak daftar bawah aku pun boleh. hehehe...


Monday, August 5, 2013

Hari Raya dan Iklan Raya

Amacam persiapan raya tahun ni? Apa? Korang baru lepas balik dari Mega Sale dan macam2 barang korang rembat? Takpe. Simpan aje barang2 raya yang korang dah rembat dengan bernafsu nyer. Hari ni aku nak sembang pasal iklan raya. Maklum la, Hari Raya pun tak lama je lagi.

Tiap2 tahun bila time Hari Raya, akan keluar la bermacam2 version iklan raya. Ada yang sedih. Ada yang gembira. Ada yang menginsafkan. Ada juga yang syok sendiri. Tapi dalam banyak2 iklan, iklan daripada Petronas yang selalu nyer best.

Tahun ni pun ada banyak iklan2 raya yang keluar. Contoh nyer seperti iklan Petronas menerusi short movie bertajuk Jahit manakala Proton juga ada iklan diorang yang tersendiri. Korang bole tengok iklan Proton kat SINI.


iklan hari raya proton, iklan hari raya 2013, iklan hari raya, hari raya
[Iklan raya daripada Proton]


Honestly, aku tak bape minat nak tengok iklan2 yang bertemakan kesedihan nih. Balik2 time raya je, nak sruh penonton menangis. Balik2 sruh menangis. Takde yang ceria ke. Aku tau penting untuk kita ingat pada yang susah. Tapi kena cari inisiatif laen kot nak menginsafkan orang. Setakat iklan je, orang yang tengok pun takat tumpang sedih je la. Nak tolong, takde nyer derrr...


[Iklan Hari Raya paling sedih tahun 2013]


So, iklan raya favorite korang tahun ni yang mana? Bagi aku, aku sker iklan Maxis lagi. Apa yang menyebabkan aku sker pasal iklan ni? Foremost, iklan ni tak sedih. Dan yang kedua, ada maksud tersirat yang tersendiri. Well, korang tengok dan korang akan faham.




"Sometimes, the best way to connect is to switch off"


So, korang macam mana pulak? Iklan mana yang menjadi favorite korang. Sila kongsi di ruangan komen.


p/s: dapat idea buat entri ni lepas baca entri wife aku kat SINI.


Monday, December 19, 2011

Kempen Anti Merokok - Katakan Tak Nak

Smoking kills.

Korang tau tak merokok itu bole membunuh?

Sebenar nyer kempen anti merokok ni dah lama berlaku. Sejak dari zaman sekolah lagi. Berbuih dah mulut orang yang bagi ceramah pasal kempen anti merokok ni. Tapi macam tu gak result nyer. Makin bertambah bilangan manusia yang merokok, malahan makin teruk lagi ada la.

Even aku pun pernah ada buat beberapa entri pasal rokok. Antara entri aku pasal rokok termasuklah entri Saman Perokok dan pasal macam mana nak mengelakkan diri daripada perokok tegar.




Ni lak video untuk kempen Tak Nak Merokok yang aku pernah gunakan untuk salah satu entri aku pasal rokok. Entri tersebut korang bole baca kat SINI. Video ni popular la gak dengan gesture anti merokok oleh secondary smoker kepada primary smoker. Gesture yang menunjukkan secondary smoker "Tak Nak" menghidu asap rokok primary smoker.

Yela... Korang tau tak secondary smoker pun bole kena penyakit just daripada menghidu asap rokok korang? Kalo tak tau, pi cari bekas lombong. Pastu terjun. Hehehe...

Dah la. Aku malas la nak citer pasal kesan2 merokok kepada primary dan secondary smoker. Aku rasa korang dah tau kot. Dok beli rokok tiap2 hari, tak kan tak nampak kot gambar2 "dahsyat" kat kotak rokok tu. Nak aku bubuh kan gambar tu kat blog ni ke???


[Nah gambar. Skali ngan info lagi aku bagi]


Selaen daripada korang support kempen anti merokok ni secara directly (dengan memberi ceramah kepada perokok tegar dan mendapat penampar sebagai balasan), apa kata korang turut support kempen anti merokok ni secara indirectly.


 [Daripada korang hisap rokok, baek korang hisap choki2 je. Lagi best]


Cara nyer mudah je. Korang bole join photo contest anjuran Nuffnang. Macam gambar kat atas ni (walaupun macam tak berapa menjadi je). Yela. Kot2 la korang ada luck, dapat duit free. Bole la belanja aku pastu. Aku pun join gak. Tapi takde la mengharap nak menang pun. Gambar pun gambar amatur je. Just nak sker2 join contest and at the same time, support kempen anjuran Nuffnang nih. Korang bole baca lebih lanjut lagi pasal contest ni kat SINI atau korang bole pegi direct ke laman web gayahidupsihat.my.


Cara untuk menyertai photo contest ni mudah je...

1. Korang kena amek gambar bertemakan kempen "Tak Nak" tanpa menggunakan rokok atau kotak rokok sebagai prop.

2. Post kan kat blog korang sebagai satu entri.

3. Korang kena letak key word seperti taknak, photo contest/ duit free dan smoking kills.

4. Letak link gayahidupsihat.my.

5. Pastu submit korang nyer entri link kat SINI.


Tarikh tutup: 26 Disember 2011


Macam aku cakap tadi, ada duit free kan. Aku tau la kalo takde hadiah, mesti korang tak nak join kan. Mata duitan sungguh korang ni. Hehehe... Antara hadiah2 yang ditawarkan adalah;


Grand prize cash: RM 1,000.00
2nd prize cash: RM 700.00
3rd prize cash: RM 500.00
4th prize cash: RM 300.00
5th prize cash: RM 150.00
Consolation prize: voucher bernilai RM 50.00


p/s: amacam? tertarik?


Tuesday, November 1, 2011

The Adventures of TinTin

Sape peminat movie animasi kat sini, sila angkat tangan (sambil mengangkat tangan)... 23 Disember depan akan kuar satu filem animasi yang bertajuk The Adventures of TinTin. Bila tengok trailer, nampak macam best gak la. Tambahan lak, cuba korang teka sape director muvi ni.




Steven Spielberg tu bhai... Jadi... Untuk membayangkan muvi ni sebagai muvi yang gempak adalah HARUS. Well, harap best la kan. Sebab itu yang kita harapkan daripada seorang director yang masyhur macam Spielberg. Daniel Craig si James Bond jugak turut menyumbangkan suara nyer, tapi kali ni sebagai watak jahat.

Citer ni mengisahkan Tintin (lakonan Jammie Bell), seorang reporter yang sentiasa mencari bahan yang menarik untuk ditulis. Dan disebabkan ini gak la dia tersangkut dalam sebuah pengembaraan yang hebat, dengan Red Rackham (Daniel Craig) sebagai watak jahat.


[Untuk trailer muvi ni, klik SINI. Kalo streaming slow, sila langgan Maxis Home
Broadband. Hehehe...]


Best gak kalo dapat tengok muvi ni kat wayang. Tengok 3D lak tu. Tengok muvi sambil mengunyah Mister Potato. Nom nom... Bercakap pasal Mister Potato ni, aku rasa most of you probably know that Mister Potato ni skang ni salah satu penaja Manchester United. Jadi kepada sape2 peminat Red Devils kat luar sana, korang join la contest Mister Potato kalo korang rasa nak pergi tengok diorang maen LIVE kat Old Trafford. Untuk yang berminat, korang bole klik SINI.




p/s: owh, dalam panggung mana leh bawak makanan luar, melaenkan makan popcorn semata2. dang it... kalo tengok kat umah je, baek makan pizza Papa John terus...


***********************************************************************************
Gatsby Dance Competition Auditions @ Mid Valley Boulevard Hotel
***********************************************************************************

Tuesday, June 21, 2011

Career Fair & Career Summit

Assalamualaikum sumer.

Apa habaq hangpa ari nih? Harap2 hangpa sumer sihat noh... Ari nih aku nak share kat korang (eh, dah revert balik ke style tulisan asal?) sumer pasal satu career summit yang akan berlangsung pada bulan depan.

Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan satu career summit dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan sumer pelajar universiti dijemput menghadiri Career Summit for Future Malaysian Leaders 2011 atau shortform nyer CASFUMAL. Kalo korang nak lawat laman web rasmi diorang, bole klik kat SINI.



Antara banyak2 event yang akan berlangsung, of course la ramai yang akan tertumpu kat Career Fair pada 2 dan 3 Julai ni kat KL Sentral. Eh, jap. Apsal wat kat KL Sentral ek? Muat tak ni nak menampung jumlah orang yang ramai? Tu tak campur lagi ngan orang yang nak naek komuter ngan LRT. Kang bersesak lak.

Anyway, kepada pelajar2 universiti yang bakal grad atau kepada mana2 pelajar yang dah grad tapi still tak jumpa lagi pekerjaan yang sesuai, apa kata korang serbu dan menyesakkan lagi KL Sentral pada 2 dan 3 Julai depan.


Antara event-event yang akan berlangsung semasa CASFUMAL:

Career Fair - 2 & 3 Julai 2011 (KL Sentral)
Career Talk - 23 & 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
Conference Dinner - 23 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
UN Mock Up Meeting - 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)


Kepada sape2 yang nak berdaftar dengan laman web carian pekerjaan, apa kata korang baca entri aku pasal JobsCentral.




***********************************************************************************


This song is a great mid-day pick-up!




***********************************************************************************

Thursday, June 16, 2011

Bowling Tournumnet

"Bro, lu salah eja tuh bro. Bukan tournumnet. Tournament..."

Eh, mana ada salah ler... Memang gitu ejaan untuk kitorang nyer tournament. Perkataan tournament tu "memang" sengaja disalah-ejakan oleh orang yang reka unofficial logo seperti yang tertera kat bawah nih. Macam mana kesah nyer tournament menjadi tournumnet, tu akan diciterkan di kemudian hari... Stay tune...


[Unofficial logo of bowling tournumnet]


Well, bukan logo pun sebenar nyer. More like advertisement. Tapi... Sker ati aku la kan nak panggil logo hatta banner skali pun. Ni kan blog aku. Ada aku kesah?


 [Telah di-edit bersama latar belakang tempat bowling]


Bowling tournumnet ni kitorang ada kan dalam 2 kali sebulan. Idea maen bowling ni muncul bila beberapa pemuda generasi baru berkumpul bersama2. Lalu mencetuskan fenomena yang tersendiri, yang bakal membawa satu arus perubahan yang mampu merombak status bowling di AMREC pada ketika ini. Tapi antara banyak2 generasi baru, ada sorang generasi yang tak bape nak muda... Ehem2...

Well, aku sebenar nyer tak pandai pun maen bowling ni. Tapi dah member2 ajak, aku on je la. Lagi baek dari tiap2 ari duduk kat umah layan movie je kan. Tapi nak maen slalu pun tak leh gak. Kopak duit aku. Kalo Les' Copaque Production nak taja aku, laen ar citer.

Sebelum aku citer lebih panjang (tak panjang pun), apa kata korang layan dlu gambar2 kami yang tak bape nak hensem nih... Ok. Aku tipu. Aku hensem sket dari diorang...


[Posing senget]


[Sesi memberi hadiah kepada pemenang. Ceish... Hadiah la sangat.
Bola bowling tu hak kedai tu punya kot...]


[Lepas maen bowling, perut masing2 mintak diisi]


[Gambar bola bowling sekadar hiasan]


[Aksi gaya bebas yang sememang nyer bebas]


Bebas itu freedom.
Freedom tu _____.
(jawapan sila rujuk pada akhir entri)

The secret of happiness is freedom.
The secret of freedom is courage.
--Thycydides--


Maen bowling ni memang la best kalo kita dapat berkumpul ramai2 kan. Sebab tu aku tak kesah walaupun aku tak pandai maen. Tapi last game aku maen nih, macam ada peningkatan yang boleh dibanggakan dalam permainan aku. Adakah aku ni "bowling prodigy"? Alahh.. Bagi la aku berbangga sket... Hampeh la korang.

Anyway, looking forward for the next tournumnet.


Bebas itu freedom.
Freedom tu BEBAS laaaaa...


***********************************************************************************

Girls… the next time your boyfriend avoids long phone conversation with the excuse of cost… show him this :P



***********************************************************************************

Wednesday, March 30, 2011

R3 Satria Neo

Yes... Proton mengeluarkan Satria Neo special edition yang digelar R3 Satria Neo. Ada 300 buah je yang bakal dijual di pasaran. Design yang cool... Aku minat. Korang aku tak tau la. Masing2 nyer taste. Tapi.... Ada aku kesah? Hahaha...


 [Wajah baru R3 Satria Neo]


Untuk lagi sneak preview kereta Proton ni, korang boleh klik kat SINI untuk tengok galeri gambar atau kalo nak tahu lebih lanjut tentang features kereta ni. Memandangkan korang baek hati melayan blog aku, aku kasik lagi gambar sneak preview untuk R3 Satria Neo nih.


[Beberapa gambar bahagian R3 Satria Neo]


Terlanjur wat entri pasal Proton nih, apa kata aku tambah lagi advertisement diorang. Ni just sebagai addition je la. Memandangkan entri ni agak pendek. Korang ingat lagi tak entri pasal kereta konsep keluaran Proton? Tuah-Jebat-Lekir-Lekiu-Kasturi. Kalo tak ingat, korang bole lawan ENTRI ni. Untuk sneak preview, korang bole klik SINI.

Untuk para peminat Formula 1, nak tengok perlumbaan F1 tapi tak beli tiket lagi, apa kata korang sertai Grand Prix VIP Challenge.




Grand Prize
2x tiket VIP Malaysian Grand Prix

Daily Prize
12x tiket Grandstand Malaysian Grand Prix

Untuk ketahui lebih lanjut macam mana nak menang, korang boleh la klik kat SINI.

Tuesday, March 22, 2011

Misteri "menakutkan" sekitar KL terbongkar

Korang ingat lagi entri aku yang pasal sesuatu yang menakutkan akan berlaku di KL pada Sabtu dan Ahad lepas? Kalo tak ingat, bole baca kat SINI. Ni entri susulan kepada entri tersebut.

Entri susulan sebab rahsia "sesuatu yang menakutkan" tu skang dah terbongkar... Rupa2 nyer ada 2 ekor pontianak sedang berkeliaran kat area Damansara - Bukit Bintang. Baca kat SINI kalo korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang apa yang diorang wat kat sana.


[Pengunjung yang ketawa selepas sedar yang dia telah ditakutkan
oleh manusia yang menyamar pontianak]


Baca temu ramah yang dibuat oleh salah seorang ahli Says dengan pontianak2 tersebut.


Dxsonique: Biar Betul ni pasal apa?

Pontianak: Biar Betul.

Dxsonique: Jadi, awak ingat orang takut ke dengan pontianak?

Pontianak: Biar Betul.

Dxsonique: Adakah awak rasa saya lelaki paling kacak dalam dunia?

Pontianak: Biar Betul.


Kalo nak tahu, pontianak tu asyik sebut "Biar Betul" sebab nak promote mesej dan kempen yang dianjurkan oleh surat khabar Harian Metro rupa nyer. Kalo nak baca tentang kempen Biar Betul ni, bole klik kat SINI.


[Biar Betul! merupakan mesej dan kempen daripada Harian Metro]


Kalo nak tengok lagi banyak gambar dan gelagat pontianak dan pengunjung2, bole klik kat SINI.

Wednesday, March 16, 2011

Kempen Membantu Mangsa Tsunami Di Jepun

Susulan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ni, Groupon Malaysia telah membuat satu kempen untuk membantu mangsa tsunami tersebut yang akan disalurkan melalui persatuan Malaysian Red Crescent kepada Japanese Red Cross.

Sebelum aku go in detail pasal kempen ni, meh aku citer sket pasal Red Cross nih. The Red Cross ni merupakan organisasi tahap international yang selalu memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa2 bencana dan membuat misi penyelamat.

Malaysian Red Crescent dan Japan's Red Cross, kedua2 persatuan ni merupakan sebahagian daripada The Red Cross. Berhubung dengan kejadian gempa dan tsunami tersebut, Japanese Red Cross telah menghantar sebanyak 62 pasukan penyelamat dan 400 ahli perubatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Apa yang korang perlu buat untuk membantu mangsa2 tsunami ni? Korang hanya perlu donate RM 3 kepada Red Cross via Groupon Malaysia dan donation korang akan digandakan. Digandakan yang macam tuh? Well, for each RM 3 yang korang derma, Groupon Malaysia akan tambah lagi RM 3, iaitu jumlah yang sama korang derma.

Dengan itu, jumlah wang yang akan disalurkan kepada persatuan Japanese Red Cross adalah RM 6. Kepada yang berminat, korang bole klik kat SINI atau link kat bawah tuh. Kepada yang ragu2 dan musykil dengan kempen ni, apa kata korang test tengok dlu. Well, it doesn't hurt kan kalo korang just tengok je.



[Bantuan kemanusian kepada mangsa tsunami di Jepun]


Korang juga mungkin berminat untuk membaca entri2 yang berkaitan dengan kejadian tsunami yang berlaku di Jepun Sabtu lepas. Sila lihat link di bawah.


Monday, February 28, 2011

Jom Sambut Earth Hour 26th March 2011



"Live Green: One Switch at a Time!"


Moto untuk Earth Hour 2011. Last time aku follow Earth Hour ni masa final year kat UniMap dlu. Masa tu duduk kat Wang Ulu. Time tuh kitorang akan tutup sumer lampu konon2 nyer nak selamatkan Bumi la. Kata Earth Hour.

Nak kata seluruh Wang Ulu gelap, tak gak. Sebab ada je orang yang ignore Earth Hour nih. Aku pun takde la  nak join sangat. Tapi bila tengok ramai yang tutup lampu, especially blok depan bilik aku (which is blok girls aka junior) sumer dah bergelap, housemate ngan roomate aku tetiba lak bersemangat waja untuk turut serta dalam misi mem"black-out"kan rumah dan bilik kitorang.

Duration? Sejam. Tapi lampu rumah je la yang kitorang tutup. Laptop on sesaje. Berani nak tutup laptop aku? Tutup la. Kang kena penampar sedas. Lampu rumah kalo nak tutup sampai besok pagi pun takpe. No hal punyer la. Laptop? Owh, jangaannnn... Mati kebosanan nanti.

Bila fikir2 balik, seronok gak wat benda2 gitu. Tapi masa kat universiti je la bole layan. Kalo kat rumah ngan famili, try la wat. Silap haribulan kena maki. Hahaha... Maki tu takpe lagi. Kalo kena penampar?

Berbalik kepada Earth Hour 2011, WWF-Malaysia menggesa seluruh penduduk di Malaysia untuk mengambil langkah setapak ke hadapan dari setakat tutup lampu sejam pastu bukak balik. So apa korang kena buat?


1. Tutup sumer lampu pada 26hb Mac 2011 sempena Earth Hour starting pukul 8.30 malam (kalo pagi bukan Earth Hour nama nyer).
2. Sign-up kat www.org.my dan memberi komitmen terhadap "Live Green: One Switch at a Time".
3. Maintain korang nyer tindakan lebih daripada Earth Hour saje...


There you have it. Aku dah simplify kan untuk korang. Anyway, untuk tahu lebih lanjut, korang bole baca sendiri kat SINI.


Earth Hour 2011: Growing Beyond the Hour: Pledge to "Live Green".

Thursday, February 17, 2011

Free 1 Blackberry Torch Smartphone

Celcom ada wat offer (which I think is still ongoing) sempena Chinese New Year baru2 nih. Nak tau offer apa? Eh, tengok tajuk entri dah tau kan. Hehehe...

Celcom akan bagi smartphone Blackberry Torch secara percuma kepada pelanggan2 mereka. Tapi mesti la ada cara nyer kan. Tak kan la maen mudah je dapat. Aku pun nak kalo gitu. Eh, bukan stakat aku sorang je nak. Sumer orang nak kan.




Cara nyer adalah korang perlu subscribe to XPAX Blackberry Plan terlebih dulu. Baru korang akan mempunyai peluang untuk menang Blackberry Torch 980.

So sape2 yang agak2 tak bape nak cukup duit nak beli Blackberry, bole la cuba ye...


Untuk maklumat lanjut, bole klik SINI untuk mengetahui cara2 nak subscribe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...