Monday, November 28, 2011

Happy Feet 2

Baru Sabtu lepas aku tengok muvi Happy Feet 2. Happy Feet yang pertama aku tengok dengan Cik Vanilla. Happy Feet 2 ni aku tengok ngan member STA 3 orang. So campur ngan skali 4 orang sumer nyer. Gi tengok kat 1st Avenue Pulau Pinang.

Actually, tiket ni free. Thanx to company Chemofarm yang menjemput kitorang untuk datang melihat booth diorang. Sabtu tu, Chemofarm ni ada bukak booth la kat 1st Avenue berhampiran dengan pawagam. Aku dapat tahu pun lepas member aku Nasha yang ajak aku gi skali.




Kat booth Chemofarm tu, ada la diorang display alat2 diorang yang terkini macam pipette (versi advance, tak macam yang pakai kat sekolah ye adik2), oven, water purifier dan macam2 lagi la. Sekali lagi, thanx buat pihak Chemofarm sebab menganjurkan event yang macam ni. Kalo buat lagi event macam ni pada masa akan datang, jangan lupa ajak kami ek. Hehehe...




Berbalik kepada kisah Happy Feet 2 nih. Citer dia mengisahkan anak penguin bernama Erik, yang sukar untuk menyesuaikan diri dalam kawanan nyer, yang sker menari dan menyanyi. In fact, dia tak berapa pandai nak menari walaupun diajar oleh bapak nyer, Mumble.

Dia pun melarikan diri bersama 2 rakan nyer dan mengembara ke kawasan laen dan bertemu dengan kawanan penguin yang laen. Lepas Mumble lak mencari anak dia lepas tahu dia hilang. Bila dia dah jumpa dan nak bawak balik anak dia, tengok2 kawasan tempat kawanan diorang berkumpul menjadi rendah akibat berlanggar dengan iceberg yang besar. Dan tiada jalan laen untuk naek atau turun.

Untuk menyelamatkan kawanan diorang daripada kebuluran, diorang mesti berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kawanan diorang daripada mati kelaparan. Macam mana? Well, itu korang kena tengok sendiri and find out by yourselves...




Jalan citer muvi ni agak bosan pada pendapat aku. Hhhmmm... Aku tak leh nak fikir sebab pe. Tapi jalan citer dia kurang umphh... Mungkin sebab apa yang ingin cuba disampaikan tu agak terlalu simple.

And yes, same like Happy Feet yang memula dlu, Happy Feet 2 pun ada banyak adegan menyanyi. Sometimes best. Sometimes bosan. Kalo korang just nak bawak anak2 korang untuk tengok citer animasi, bole la tengok muvi ni. Tapi untuk korang enjoy, belum tentu la. Lebih baek korang tengok citer laen.


Rating:




Sunday, November 27, 2011

The Adventures of TinTin - Susulan

Sebelum ni aku ada wat entri pasal The Adventures of TinTin. Tapi masa tuh muvi ni tak kuar lagi. Minggu lepas aku baru tengok muvi ni. Apa pun, sebelum tu nak mintak maaf la kalo apa yang aku post kan tu kurang accurate.

Aku ingatkan 23 Disember. Rupa nyer minggu lepas dah tayang dah pun. Ni pun aku baru nak update hari ni sebab busy dengan benda laen. Bila aku tak busy, aku update ngan benda laen lak. Terus lupa nak wat entri pasal muvi nih. Even tunang aku dah up dlu entri pasal muvi ni.


[Snap sendiri kat depan panggung Max kat Times Square]


Citer ni mengisahkan Tin Tin, seorang journalist yang membeli sebuah kapal layar bernama Unicorn. Kapal layar Unicorn ni sebenar nyer mempunyai misteri tersendiri. Tentang cara kapal tersebut tenggelam. Barang yang dibawa atas kapal yang disyaki membawa harta karun. Even replika kapal layar tersebut pun ada 3 je.

Apabila Tin Tin membeli kapal layar tersebut, maka bermula lah pengembaraan Tin Tin apabila pada masa yang sama, Ivan Ivanovitch Sakharine juga ingin mendapatkan kapal layar tersebut. Masalah nyer, apa yang best sangat ada kat kapal layar tu? Mesti ada sesuatu yang tersembunyikan. Hehehe...

Nak tahu? Kena la tengok sendiri...




Tengok muvi ni dalam bentuk 3D kat Max Times Square memang best. Aku tak pernah masuk panggung Max sebelum nih. Tak sangka aku panggung dia besar giler. Plus masa tu tak ramai. Row aku cuma ada aku ngan tunang aku yang duduk kat tengah2, and ada couple duduk hujung skali. Muka diorang memang tak nampak langsung la. Bole bayangkan tak betapa besar nyer panggung ni kalo orang yang duduk hujung skali pun kita dah tak leh nampak muka dia?

Hehehe... Anyway, muvi ni adalah best dan terbaekk... Well, what do you expect from Steven Spielberg kan. Of course la muvi2 yang best daripada beliau. Jadi, memang tak salah memilih muvi ni untuk ditonton. Plus dengan babak2 yang kelakar sampai tunang aku ketawa kuat2 dalam panggung wayang tu. Malu aku (sambil cover muka).


Korang patut tengok The Adventures of TinTin ni kalo:

1. Korang minat tengok citer animasi 3D.

2. Korang minat kisah2 pengembaraan dan misteri.

3. Korang nak tengok something yang cool dan funny.

4. Korang nak bawak anak2 korang chill-out tengok wayang. Instead bawak diorang tengok Twilight yang ntah apa2, baek korang bawak anak korang tengok muvi nih...

5. Korang minat Steven Spielberg. Ahakzz...


Korang tak patut tengok The Adventures of TinTin kalo:

1. Korang tak minat tengok citer animasi 3D. Atau pun korang anti citer2 cenggini. Atau pun korang selalu berfikir, perlu ke animasi 3D ni wujud dalam dunia perfileman. Hahaha...

2. Korang tak minat citer Steven Spielberg.

3. Ahh sudah. Aku tak tau nak fikir apa dah. Ah, takpe la. Korang pikir la sendiri...


Rating:




Wednesday, November 23, 2011

Flash Game - World Cup Kicks

Ngahaha... Lama giler aku tak wat entri pasal flash game. Walhal aku banyak gak maen beberapa flash game yang best. Box head nyer flash game pun aku dah lama tak sentuh dah. Kali ni aku nak share satu flash game sukan kegemaran ramai iaitu bola sepak.

Walaupun World Cup 2010 dah lama berlalu, tapi aku rasa takde masalah kot kalo nak maen flash game World Cup 2010 kan. Sebagai seorang peminat bola, aku enjoy maen flash game yang melibatkan bola nih. Nak install game Pro Evolution Soccer atau Winning Eleven, graphic laptop aku tak cukup power. Dapat maen flash game pun jadi laa...




Antara banyak2 flash game pasal bola, aku tengah dok maen World Cup Kicks skang. Sebab tricky sket nak jadi juara dalam game ni (ke aku yang noob?). Tak caye? Apa kata korang cuba...




Link asal: Y3.com


***********************************************************************************
Mesti korang pecah perut ketawa tengok video ni.


***********************************************************************************

Tuesday, November 22, 2011

Pingat Emas Milik Harimau Muda



"Malaysia maling... Malaysia maling...". Sorakan kebanyakan penyokong Indonesia semalam, tatkala perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 antara Indonesia dan Malaysia sedang berlangsung. Serve them right sebab pasukan Harimau Muda Malaysia berjaya "maling" dan membawa pulang pingat emas ke tanah air. Dan penyokong Indonesia? Barangkali ada yang menitiskan air mata sebab kempunan tak dapat ibu segala pingat.

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda semalam kerana berjaya memenangi pingat emas semalam dan mempamerkan aksi yang bagi aku, ok jugak la. Walaupun aku tak puas hati ngan Fakri Saarani yang agak selfish (kalo tak selfish, Malaysia mungkin dah dapat 2nd goal dah minit ke-40 lebih) dan corak permainan nyer yang ntah apa2. Juga pemain yang keje nyer asyik jatuh sesaje (tak perasan sape sebab jauh).

Anyway, kita dah berjaya menutup mulut penyokong fanatik Indonesia. Walaupun kejap je sebab pasni confirm ada je benda laen yang akan timbul sebab diorang tak puas hati. Ni pun aku ada terbaca artikel kat Bola Kompas.com, ada komen yang agak melucukan and at the same time, bole dikategorikan sebagai bangang gak la.


"indonesia after all juara umum dengan perolehan medali fantastis, tanpa kecurangan, fair dan jujur. tidak seperti malingsial, waktu jadi tuan rumah 90% medali mereka karena dibantu wasit. ampyun deh!!! wow, such lots of money you malings have to bribe the referees....amazing!!"


Amacam? Kelakar tak? Tak kisah la Indonesia menang 90% ke, 100% ke. Tapi aku memang tak bole blah bila dia sebut "tanpa kecurangan, fair dan jujur". Memang tak bole blah. Kah3x...


[What?! Fair? Jujur? Don't make me laugh...]


[Lepas Malaysia menang, siap nak buat ujian air kencing lagi kat pemain Harimau Muda. Pemain Indonesia tak kena pulak...]


Jadi, tang mana tu fair and jujur? Tang mana? Cer citer cer citer... Gila... Bab ujian air kencing tuh, kejadian yang sama berlaku dalam acara menembak lepas Nur Suryani Mohamed Taibi menang pingat emas.


[Sama tak baju pegawai ni ngan baju pegawai dalam video tuh?]


Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya membawa pulang pingat emas yang berharga kepada rakyat Malaysia. Ternyata selepas diejek segelintir penyokong Indonesia, kita menjadi lebih kuat (walaupun menang penalti je).

Tahniah gak kepada pemaen Indonesia sebab bermaen cemerlang. Berjaya membuatkan jantung penyokong Malaysia berdegup kencang dan cemas apabila korang menyerang. Kepada penyokong Indonesia yang sporting, korang memang sporting. Kepada penyokong Indonesia yang tak abes2 nak ejek Malingsia2, please get a life...


p/s: anyway, takziah kepada penyokong Indonesia yang terkorban semasa menonton perlawanan semalam.


***********************************************************************************

If you could ask a lawyer ANYTHING… what would you ask?


***********************************************************************************

Monday, November 21, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #10

Tajuk: Cuba teka masa bila kereta yang bawak slow tiba2 menjadi laju...


10
.
.


9
.
.


8
.
.


7
.
.


6
.
.


5
.
.


4
.
.


3
.
.


2
.
.


1
.
.




Yaaaa... Apabila lampu traffic light bertukar daripada hijau ke kuning...

Bijak pembaca2 blog aku nih. Fenomena nih memang biasa berlaku. Dah jadi kebiasaan lak aku tengok. Even kadang2 aku pun buat gak. Eh.

Ehem2... Berbalik kepada topik. Bila kita tengok kereta yang laju, bila lampu traffic light bertukar kuning, diorang lagi pecut kereta. Mesti korang tak hairan kan. Well, dah nama pun laju kan. Apa nak dihairankan apabila dia tambah speed lagi laju.

Tetapi... Apabila pemandu yang biasa bawak 10-20 km/jam dan kebetulan korang tengah tension follow dia dari belakang, bila traffic light bertukar kuning, dia pecut jadi 90-100 km/jam. Mesti korang akan berfikir;


WHAT THE FUUUU??? BOLEH PULAK BAWAK LAJU!!!!




***********************************************************************************


Malaysia has been Asia's Dance Champion for the past 2 years... will we defend our title again this year?



***********************************************************************************

Saturday, November 19, 2011

Korean Drama - You're Beautiful

Okay, aku tahu aku lambat. Citer ni dah lama. Gelak la puas2... Tapi tak kesah la kan. Citer lama ke citer baru. Yang penting, aku baru tengok. And aku nak wat review. Hehehe...




Go Mi Nyeo (lakonan Park Shin Hye), seorang perempuan, terpaksa berlakon menjadi abang nyer, Go Mi Nam yang baru diterima masuk menjadi ahli baru kumpulan K-Pop terkenal, A.N.JELL. Disebabkan Go Mi Nam dimasukkan ke hospital (tiba2 aku bole terlupa lak sebab apa dia kena masuk hospital), dia tak dapat nak hadir untuk upacara menandatangani kontrak. Jadi, kalo tak datang, terkubur la impian dia untuk menjadi penyanyi terkenal.

So, Go Mi Nyeo ni pun berpura2 menjadi abang dia, dan terpaksa berpura2 menjadi lelaki... Dan memandangkan semua ahli anggota A.N.JELL adalah lelaki, plus diorang kena duduk serumah lak tu. Dapat ke Go Mi Nyeo ni mengaburi mata diorang tanpa rahsia nyer terbongkar? Itu... Korang kena tengok sendiri la ek...




Citer ni memang best. Kalo korang tak tengok lagi, sila tengok ye... Walaupun jalan citer pompuan menyamar menjadi lelaki ni bukan sesuatu yang jarang, tapi sebab pelakon2 dia awesome, jalan citer nyer menjadi menarik...

Watak Hwang Taek Kyung lakonan Jang Geun Suk ni aku sker. Sebab dia cool. Walaupun dia ni jenis keras kepala dan agak sombong. Watak ni jauh beza ngan watak yang dia bawak dalam citer Marry Me, Mary! yang bagi aku tak bape nak best.

Go Mi Nam/ Go Mi Nyeo lak merupakan watak yang comey. Tapi honestly, dia nampak lagi comey masa jadi Go Mi Nam. Hehehe... Tapi apa pun, dia comey sebab raut wajah dia dalam citer ni selalu buat muka comey. Maka comey la dia...

Jeremy ngan Kang Shin Woo adalah watak yang kesian sebab tak dapat merebut cinta Mi Nam/ Mi Nyeo. Especially Kang Shin Woo la, yang banyak berkorban. Kesian beliau....

Lagi satu yang best nyer pasal citer ni adalah, dia ada beberapa lagu OST yang best untuk didengar... Contoh nyer lagu nyanyian Lee Hong Ki yang bertajuk Still.



Lagu2 laen pun best gak. Macam lagu Without Words dan Lovely Days. Tiga2 lagu ni nyanyian pelakon2 drama ni sendiri.


Rating:




***********************************************************************************



Don't need to line up at the bank to apply for a personal loan. Apply ONLINE which only takes 5 minutes!



***********************************************************************************

Friday, November 18, 2011

i-City Wallpaper

Jun lepas aku ada wat entri pasal i-City kan. Al-maklum la. Masa tu first time menjejak kan kaki kat situ. Masa pi ITEX 2011. Masa ni banyak gak gambar aku snap. Bila aku tengok2 balik, ada 3 gambar yang bole dijadikan wallpaper sebab bagi aku, gambar tu cantik.








***********************************************************************************



Not the usual iPad 2 contest. This one has Dinosaurs!




***********************************************************************************

Thursday, November 17, 2011

Yes. Itu Cantik. Itu Comel

Baca tajuk entri, mungkin korang tak paham sangat tentang motif aku buat entri ni. Jadi, meh sini aku elaborate kat sini. Aku dah lama tak tulis entri feeling2 ni. Pasal hubungan lelaki perempuan dan yang sama waktu dengan nyer. Lepas aku gi kursus kahwin ari tuh, baru ada feeling2 nak wat entri yang macam ni. Hehehe...

Kecantikan yang obvious seperti wajah atau bentuk badan tu, aku malas la nak sentuh kan. Kalo aku tak citer pun korang dah bole tahu dah wajah yang macam mana cantik. Bentuk badan yang macam mana yang seksi. Sebenar nyer aku nak citer pasal benda yang sometimes even aweks2 sekalian pun tak anggap benda tu cantik. Tapi pada pandangan boyfriend2 diorang, itu adalah cantik. Yes... Entri ni dibuat untuk mengupas apa pandangan lelaki terhadap beberapa aspek yang kebanyakan aweks2 kurang aware.


Look natural

Korang tahu tak korang berbelanja banyak untuk make-up sana sini. Touch up sana, touch up sini. Tapi lelaki tak amek port pun korang make-up ke tak. Kalo aku, aku prefer awek yang berwajah natural. Kalo nak make-up, sket2 je sudah la. Memadai. Kalo muka dah macam tepung gomak, mana2 lelaki pun akan lari.

Bab lipstick lak, kalo tak pakai langsung pun takpe. Kalo nak pakai gak, pilih ler kaler yang sejuk mata memandang. Merah? Damn... Tiba2 teringat Ning Baizura lak. Ahahaha... Tapi seriously, aku terfikir gak bila aku dah kahwin nanti, tiba2 isteri aku pakai lipstick merah menyala2. Mesti aku berfikir 24 kali, nak kiss ke tak. Nak kiss ke tak... Korang lak fikir macam mana?

Jadi kesimpulan nyer, lelaki prefer awek yang look natural berbanding yang touch up melampau2.


[Lipstick warna pelangi boleh bang?]


Tabiat pelik korang something yang adorable buat boyfriend korang

Let say korang ada tabiat buruk, sker korek hidung. Kawan2 korang mesti kata "Eh, apa kena ngan budak sorang ni, sker korek2 hidung?!!" Tapi untuk boyfriend korang, mungkin ia adalah satu tabiat yang adorable untuk diorang. "Comel nyer awak bila awak korek hidung. Sweet je saya tengok", sambil ketawa kecil.

Kalo boyfriend sorang yang sker korek hidung gak, aku sure korang akan berlawan tahi hidung sape yang lagi besar. Siap maen jentik2 lagi sambil ketawa. Well, bila dah bercinta, sumer benda yang pasangan kita buat nampak cantik dan comel.

Hahaha... Apa la aku ni. Bagi contoh korek tahi hidung lak. Tapi apa pun, apa yang aku cuba stress kat sini adalah, seburuk atau sepelik mana pun tabiat yang korang ada, boyfriend korang tetap akan sker kalo diorang sker korang. Tak perlu nak berubah sangat sebab seorang lelaki. As long as he love you, he will accept you just the way you are.


Mata

Bak kata pepatah "dari mata turun ke hati", ternyata mata itu mempunyai suatu kecantikan yang tersembunyi. Tapi tak bermakna korang kena cari bulu mata yang panjang dan melentik untuk mencantikkan mata korang. Yela. Beauty lies in the eyes of the beholder.

Aku pasti kalo korang tak pakai bulu mata palsu pun, boyfriend korang tentu akan cair gak bila diorang tenung mata korang lama2. Apatah lagi kalo korang ni mempunyai lirikan mata yang manja. Tapi tenung boyfriend korang sudah la. Kang tenung kawan lelaki korang yang laen, tak pasal2 diorang tergoda dan tak pasal2 korang dapat pasangan skandal.


[Tenung gambar ni lama2. Sat lagi ada yang angau, tak leh tdo malam]


Style atau fesyen

Cara korang berpakaian? Cara korang lilit tudung? Cara korang bergaya? Kira nyer korang nyer sense of fashion la. Itu pun salah satu aspek yang boleh membuatkan seseorang jatuh hati kat korang. Tak caye, korang tanya kawan2 laki korang, awek berpakaian yang macam mana yang diorang rasa comel.

Macam Cik Vanilla, dia sker pakai maxi dress. Dan aku rasa dia nampak comel. Kalo dia pakai baju kurung, dia nampak cantik. Kalo dia pakai jeans ngan t-shirt lengan panjang, dia nampak comel. Bab tudung lak, lilit la banyak mana anda nak, anda tetap nampak comel ye Cik Vanilla. Hehehe...

Hahaha... Feeling lebih2 lak aku kan. Sori2...


Sense of humour

Pandai melawak juga bagi aku salah satu perkara yang comel dalam sesuatu relationship. Maksud aku dengan pandai melawak tu takde la sampai tahap korang boleh masuk Raja Lawak. Cukup la setakat bole buat pasangan korang ketawa.

Kalo tak pandai melawak, at least korang boleh bergelak ketawa dengan pasangan korang time diorang buat lawak. It will be an exciting moment untuk korang bila korang have that kind of conversation. Dan confirm boyfriend korang akan jatuh head over heel kat korang.




Bila korang baca balik apa yang aku tulis ni, mesti korang perasan rupa nyer ada banyak gak aspek2 yang boleh membuatkan seseorang lelaki jatuh hati kat korang. Tak semesti nyer paras rupa je yang memainkan peranan.

Mostly apa yang aku tulis dalam entri adalah daripada pendapat aku, dan mungkin juga sesetengah lelaki. Tapi aku nak gak tahu pendapat korang tentang apa yang aku tulis nih. Any komen?


***********************************************************************************

8TV Showdown is back and online auditions begin right here


***********************************************************************************

Thursday, November 10, 2011

KLCC Wallpaper

Gambar ni dah lama aku tangkap. Tapi dok terperap je tak upload2 sampai skang. Terjumpa sekali ngan gambar Tasik Banding ari tuh. Gambar yang bukan rare pun. Kalo korang google, mesti berlambak wallpaper yang korang jumpa. Anyway, layan je la. Hehehe...






***********************************************************************************


Win a holiday for 4 worth RM16,000 now!



***********************************************************************************

Monday, November 7, 2011

Right Click is a No No?

Bagi blogger2 yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging dan juga blogger2 yang rajin membuat blogwalking, tentu korang dah biasa jumpa dengan blog yang disable right click. Btol tak? Bila aku blogwalking, lebih kurang separuh daripada blog yang aku singgah merupakan blog yang disable right click. Siap ada pop-up mesej lagi.




Kebanyakan blog yang disable right click ni bagi alasan konon nyer diorang tak nak orang laen copy paste blog post diorang. Sebab yang copy paste ni, diorang bukan nyer bagi credit atau backlink kat diorang. Tak nak bagi orang curik gambar2 hot diorang kat blog, takut gambar tersebut disalahgunakan.

Respon aku? Ppfftttt...

Blogger2 yang disable right click ni tahu tak, dengan simply tekan ctrl + c saje sudah bole copy entri anda. Highlight gambar2 korang dan klik ctrl + c, dah cukup untuk copy gambar anda skali. Tak caye, try buat sendiri.

Kepada yang tak tahu (ok, aku tau la korang innocent), takpe la kan. Now you know... Tapi aku certain, ada antara nyer yang tahu. Tapi tetap disable right click. Did you do it for fun or what? Ke konon2 nyer ikut trend? Well, sker hati korang ler kan. Blog korang. Tapi tang pop-up tu, aku rasa tak yah wat kot...




Sebenar nyer untuk solve masalah orang copy paste adalah dengan disable highlight. Kalo disable highlight ni, dah confirm2 diorang tak leh curi apa yang korang tulis.

Untuk gambar lak, bukan setakat dengan highlight gambar je orang bole curi. Orang print screen, pastu crop balik gambar tu, dah dapat dah sebijik ngan gambar korang. So, nak solve this problem, korang kena bubuh watermark besar2. Besar sampai gambar yang sebenar tak nampak pun takpe. Kalo tak reti buat watermark, bole rujuk kat SINI. Kalo nak senang, tak yah upload gambar langsung. Senang tak? Hehehe...

Sebab apa aku tulis entri ni?

Sebab beberapa minggu lepas, aku rajin gak blogwalking. Bila aku blogwalking, aku sker buka tab banyak2. Sebab senang bagi aku. Bila bukak tab banyak, aku bole baca sambil tunggu tab2 yang laen tu abes loading. Internet aku bukan laju mana pun.

Kalo korang dah disable kan right click, macam mana aku nak bukak blog2 atau entri2 blog anda yang laen? Nak baca satu2? Well, dah sah2 aku tak buat gitu sebab amek masa. Oleh itu, daripada nak baca 5-6 entri kat blog korang, aku end up baca 1 je. Rugi tak korang? Kalo aku sorang je memang ar tak rugi. Tapi kalo ada beribu2 orang yang berfikiran macam aku? Now baru korang rugi.

Naseb baek aku bijak dan baek hati. Baek hati sebab aku terus gak membaca blog2 korang yang disable right click ni. Bijak sebab aku tahu macam mana nak klik link2 dalam blog korang dalam tab, tanpa perlu right click. Cara nyer mudah je. Korang drag je link tu ke ruang tab.

Apa?!! Korang dah tau?!! Ppffftttt....


***********************************************************************************


Be in the comfort of your own house while surfing


***********************************************************************************

Sunday, November 6, 2011

Tasik Banding Wallpaper

Selamat Hari Raya Aidiladha sumer.

Since tahun ni aku sambut raya haji sorang2 kat umah, aku amat laaaa kebosanan. Mak aku ikut kakak kedua aku balik Abu Dhabi. Kakak sulung lak of course la dia beraya kat Rawang je, beraya ngan family ipar. Adik aku dah tentu join skali, ye tak.

Aku saje je tak join diorang kat Rawang. Pasal jauh. Pastu aku fikir, baek lepak kat kuala je. Macam la tak biasa kan lepak sorang2 each time aku balik kuala. At least bole layan EPL kat umah sendiri. Hehehe... Bukan senang nak layan EPL kat rumah sendiri tau, memandangkan cuti aku Jumaat dan Sabtu. Sabtu lak biasa nyer petang tu dah balik Kulim.

Tengah bosan2 tadi, sempat gak layan drama Korea, You're Beautiful 4 episod. Bila dah bosan layan drama, aku pun godek2 hard disk aku, konon nyer nak buang file2 yang aku dah tak nak. Nak save space yang tinggal sket nih. Last2 terjumpa ler beberapa gambar yang menarik untuk dijadikan wallpaper.

Salah satu gambar adalah gambar pemandangan di Tasik Banding. Tapi ada satu je la. Tak sempat nak snap banyak2 dlu. Hehehe...




***********************************************************************************


WATCH: Share the Love Finale Concert @ Taylor's Lakeside Campus.



***********************************************************************************

Saturday, November 5, 2011

Kota Purba #4 - Machu Picchu

Wahhh... Lama giler aku tak buat entri edisi Kota Purba. Yang paling latest aku buat bulan Julai lepas, berkenaan dengan Kota Derinkuyu. Memandangkan dah 3 bulan dah terbantut, so aku sambung la balik bulan ni. Edisi ke-4 Kota Purba kali ni menyentuh berkenaan dengan Kota Machu Picchu yang terletak di Peru.




Machu Picchu terletak pada ketinggian 2,430 meter di atas paras laut. Juga digelar sebagai "The Lost City of Incas. Yang best nyer, Machu Picchu berada di tengah2 kawasan pergunungan, dengan pemandangan sekitar yang menarik. Perghhh... Terasa cam nak pergi lak tempat nih, enjoy the scenery sambil2 menikmati sejarah kota purba nih.

Kota ini dipercayai dibina oleh orang Inca pada sekitar kurun ke-15 untuk maharaja diorang, Maharaja Pachacuti. Sebab tu kot nama kota ni Machu Picchu. Lebih kurang je nama kota ni ngan nama maharaja diorang. Well, at least kita tahu yang nama Machu Picchu ni takde kena mengena ngan Pikachu, binatang dalam Pokemon tuh. Hehehe...

Kota purba ni pada mula nyer cuma terkenal kepada penduduk setempat je dan tidak diketahui oleh dunia luar sehingga ler tahun 1911. Semenjak diperkenalkan di peringkat antarabangsa, Machu Picchu mula menjadi salah satu tarikan pelancong dan proses membaik pulih struktur2 Machu Picchu dijalankan bagi memberi gambaran yang lebih tepat kepada pengunjung.


[Tapak Machu Picchu sebelum proses baik pulih dijalankan]


Kota ni terbahagi kepada 2, iaitu kawasan bandar dan kawasan agrikultur. Kawasan bandar mempunyai lebih kurang 140 bangunan termasuklah kuil, rumah dan taman.


[Kawasan agrikultur]


Kawasan bandar pula dibahagikan kepada 3, iaitu Sacred District, Popular District dan District of the Priests and the Nobility. Yang menjadi penyumbang kepada artifak2 penting kota Machu Picchu terletak di Sacred District. Terdapat 3 struktur penting di kawasan tersebut, iaitu Intihuatana, Temple of the Sun dan Room of the Three Windows. Ketiga2 struktur ini dibina untuk menyembah tuhan diorang iaitu tuhan matahari, Inti.


[Intihuatana yang dibina sebagai astronomical clock atau kalendar kaum Inca]


[Temple of the Sun]


[Room of the Three Windows]


[Kawasan perumahan Machu Picchu]


Machu Picchu diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site pada tahun 1983. Pada tahun 2007, Machu Picchu terpilih sebagai salah satu daripada 7 Wonders of the World.


Sumber:
Wikipedia
World Heritage Convention


***********************************************************************************
How do you like the new Volkswagen Jetta?


**********************************************************************************

Thursday, November 3, 2011

Lebih laju daripada kelajuan cahaya

Apa yang akan dibincangkan ni bukan benda yang merepek. Bukan tipu2 dan bukan maen2. Ni real thing ni beb. Daripada apa yang kita belajar sejak daripada sekolah menengah, degree, master hatta PhD, sumer menyatakan bahawa takde benda yang lebih laju daripada kelajuan cahaya. Ingat?

Teori relatif yang diperkenalkan Albert Einstein menyatakan kelajuan cahaya merupakan kelajuan yang paling laju di alam semesta. Takde yang lebih laju lagi daripada cahaya. Dan kalo mengikut persamaan E=mc2, kelajuan yang melebihi kelajuan cahaya sepatut nyer tidak wujud. Sebab untuk membuat sesuatu benda pergi




Tarik nafas perlahan2. Hembus... Korang bakal membaca artikel yang boleh membuat korang ragu2 tentang prinsip relativiti Einstein.




Lab CERN di Switzerland berjaya menemui sebuah partikel kecil yang bergerak lebih laju daripada cahaya. Partikel ni diorang panggil neutrino.


"After analyzing the results from 15,000 particles, it seems the neutrinos are crossing the distance at a velocity 20 parts per million faster than the speed of light. By making use of advanced GPS systems and atomic clocks, the researchers were able to determine this speed to an accuracy of less than 10 nanoseconds (.00000001 seconds)."


Neutrino ni sejenis zarah subatom. Sesetengah neutrino datang daripada matahari dan sesetengah lagi terhasil daripada sinar kosmik yang berinteraksi dengan atmosfera Bumi dan astronomical sources yang laen seperti letusan bintang2.


[Neutrino]


Tapi hold on... Sebenar nyer benda ni belum confirm lagi. Walaupun result lab menunjukkan neutrino ni mempunyai kelajuan melebihi halaju cahaya, tapi kajian seperti ini akan dilakukan berulang kali untuk btol2 confirm kan result yang diorang dapat. Yelah, kalo nak rewrite balik prinsip2 fizik yang sedia ada, kena la ada result yang btol2 tepat, ye dok.


p/s: korang tau tak, kalo kita rewrite balik prinsip relativiti Albert Einstein ni, banyak perkara2 sains yang boleh dipertimbangkan semula termasuk lah time travel. well, now you know.


Sumber:
Yahoo! News


**********************************************************************************



Don't let people take advantage of you. Know your legal rights! #MalaysiansMustKnow



**********************************************************************************

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #4

Mood sekarang:




***********************************************************************************



Heroes are not made, they are born in “Petaling Street”




***********************************************************************************

Tuesday, November 1, 2011

The Adventures of TinTin

Sape peminat movie animasi kat sini, sila angkat tangan (sambil mengangkat tangan)... 23 Disember depan akan kuar satu filem animasi yang bertajuk The Adventures of TinTin. Bila tengok trailer, nampak macam best gak la. Tambahan lak, cuba korang teka sape director muvi ni.




Steven Spielberg tu bhai... Jadi... Untuk membayangkan muvi ni sebagai muvi yang gempak adalah HARUS. Well, harap best la kan. Sebab itu yang kita harapkan daripada seorang director yang masyhur macam Spielberg. Daniel Craig si James Bond jugak turut menyumbangkan suara nyer, tapi kali ni sebagai watak jahat.

Citer ni mengisahkan Tintin (lakonan Jammie Bell), seorang reporter yang sentiasa mencari bahan yang menarik untuk ditulis. Dan disebabkan ini gak la dia tersangkut dalam sebuah pengembaraan yang hebat, dengan Red Rackham (Daniel Craig) sebagai watak jahat.


[Untuk trailer muvi ni, klik SINI. Kalo streaming slow, sila langgan Maxis Home
Broadband. Hehehe...]


Best gak kalo dapat tengok muvi ni kat wayang. Tengok 3D lak tu. Tengok muvi sambil mengunyah Mister Potato. Nom nom... Bercakap pasal Mister Potato ni, aku rasa most of you probably know that Mister Potato ni skang ni salah satu penaja Manchester United. Jadi kepada sape2 peminat Red Devils kat luar sana, korang join la contest Mister Potato kalo korang rasa nak pergi tengok diorang maen LIVE kat Old Trafford. Untuk yang berminat, korang bole klik SINI.




p/s: owh, dalam panggung mana leh bawak makanan luar, melaenkan makan popcorn semata2. dang it... kalo tengok kat umah je, baek makan pizza Papa John terus...


***********************************************************************************
Gatsby Dance Competition Auditions @ Mid Valley Boulevard Hotel
***********************************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...