Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Perfume Giveaway by Rexylla

Sape ada akaun Instagram kat sini dan nak menang hadiah perfume, angkat tangan... Sempena bulan Ramadhan ni, and bulan Syawal pulak lepas tu (means Hari Raya lah), Rexylla buat satu giveaway untuk bagi perfume FREE. So kalau korang nak menang, sila la terjah Instagram Rexylla.


rexylla, giveaway, contest, perfume

Rexylla
Instagram: @rexylla
Facebook: Rexylla


Syaratnya mudah je. Follow Instagram diorang dan like gambar giveaway, tag 3 orang dan settle. Simple kan. Worth a try.

Jadi, selamat bergiveaway ye korang. Hehehe...

 

Tuesday, May 20, 2014

The Liebster Award - Blogger Aisya

the liebster award


Apa maksud Liebster ni sebenar nyer ye? Tu yang bermain2 di minda ku tatkala aku menulis menaip entri nih. Almaklum la. Aku kena tag dengan Aisya ari tuh. So kena la terima pelawaan dia bagi mengenang jasa nyer sebab tag aku. Hahaha...


1. Warna favourite anda dan nyatakan kenapa.
Warna favourite zaman kanak2 dlu adalah merah. Sebab macam best je warna merah nih. Power rangers yang paling power kan warna merah. Hehehe... Tapi skang ni more kepada biru kot. Atau anything yang associate with warna biru. Cyan ke, turquoise ke. Sebab warna biru macam tenang je bila mata memandang.

2. Kelebihan yang ada pada diri anda yang mungkin tiada pada orang lain.
Yang ni bila aku fikir2 kan, macam takde je yang special tentang diri aku nih. Hehehe...

3. Perkara yang paling pelik anda pernah lakukan.
Main game PC sambil silang tangan. Masuk gear kereta guna tangan kanan sambil tangan kiri pegang stereng.

4. Movie atau novel yang paling bosan pernah anda tonton/ baca.
Movie Twilight

5. Perkara yang menjengkelkan anda.
Makan berbunyi.

6. Hadiah paling best paling sweet anda pernah terima.
Smartphone. Hehehe... Bagi lelaki, gadget adalah hadiah paling sweet.

7. Umur blog, berapakah?
5 tahun.

8. Routing blogging anda bagaimana?
Kais pagi makan petang, kais petang dibuat makan malam.

9. Cuba explain sikit mengenai URL blog anda tu.
URL ku, nama ku. Ditambah z untuk menambahkan sengat.

10. Pendapat mengenai blog saya.
Blog yang ceria dan tenang (sebab efek warna biru kot). Banyak info yang bole diperolehi dan yang penting, simple. Port untuk tengok drama Korea mana yang best. Hehehe...

11. Kekurangan pada blog saya yang perlu diperbaiki.
Hhhmmm... No komen. Hehehe...


Actually nak tag orang gak. Tapi aku tengok ramai dah buat The Liebster Award ni. So aku lupakan saje niat aku lalu aku klik butang "publish".

Sekian...


Friday, April 11, 2014

3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Dah 2 minggu lebih "work mode on", nasib baik just in time je sebelum giveaway ni tamat. Giveaway ni boleh dikatakan giveaway yang wajib join sebab penganjur nyer rajin berkunjung ke blog ni dan meninggalkan komen beliau.


***********************


Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini.



Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1. Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3. Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4. Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen.

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah.

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)

 

Saturday, March 1, 2014

Jemput Join Giveaway by Rexylla

Ini sticky post dan akan melekat sampai 1 Mac 2014. Scroll ke bawah untuk entri terkini.


Seperti yang korang sedia maklum, aku ngan wife aku ada bukak satu blogshop online, Rexylla bermula tahun lepas. Tepat 1 Januari 2014 yang lepas, Rexylla nyer official FB page baru je siap dirasmikan (perasmian tanpa potong riben merah ye). Korang boleh klik page kami di SINI dan like page untuk dapatkan info terkini berkenaan dengan Rexylla.

Sebenar nyer Rexylla ada buat satu giveaway sempena dengan pembukaan FB page Rexylla ni. Dengan ini aku nak jemput anda sumer untuk join giveaway ni. Untuk tengok peraturan2 giveaway, korang boleh klik di SINI. Tak pun korang klik je banner kat bawah nih.




Tarikh tutup pada 1 Mac 2014. Jemput join ye kawan2. InsyaAllah hadiah akan ditambah jika penyertaan memberangsangkan. Gambar2 hadiah giveaway juga akan aku update kat blog ni, selaen daripada blog Rexylla.


Monday, February 24, 2014

GA Rexylla Tinggal 5 Hari Lagi

Sejak dua menjak ni, aktiviti blogging aku agak terumbang-ambing atas dasar keje. Baru2 ni aku gi outstation di Kuala Lumpur, jaga booth exhibition di PWTC. Sape2 yang join atau pergi exhibition tuh, mungkin korang tau exhibition apa yang aku maksudkan.


rexylla, giveaway, rexylla FB page launching giveaway


Sementara aku amek masa untuk get everything straight untuk berblogging, aku just nak umumkan yang GA daripada Rexylla nih dah nak sampai ke penghujung nyer. Tinggal 5 hari je lagi sebelum tarikh tutup iaitu 1 Mac 2014. Untuk senarai peserta, korang boleh klik SINI. Kalo nak tengok hadiah lak, boleh klik kat SINI.

Tunggu apa lagi. Jom join GA ni... Klik banner atau klik kat SINI.


Friday, January 17, 2014

Hadiah-hadiah Giveaway by Rexylla

Hari tu aku ada update pasal giveaway by Rexylla kan. Mana yang tak tahu lagi, korang boleh klik SINI dan kalo nak sudi nak join, korang boleh klik kat SINI. Macam yang aku janjikan, aku nak update gambar2 hadiah lak hari nih. Hadiah2 dia seperti kat bawah nih.


Pemenang dan Hadiah

Pakaian di Rexylla (ex-stock only)

rexylla, fishtail, blouse, giveaway rexylla
[2 top referral]


Cenderahati + voucher 15% diskaun pembelian

cenderahati, rexylla, giveaway rexylla
+
voucher, rexylla, giveaway rexylla
[4 entri terbaek atau paling kreatif]


Saguhati

apple note, saguhati, rexylla, giveaway rexylla
[5 cabutan bertuah berdasarkan random.org]


Dan macam yang aku cakapkan tadi, hadiah akan bertambah sekira nyer penyertaan memberangsangkan. So apa lagi. Jom join ramai2.


Monday, January 6, 2014

Bloglist Puterikasih.com 2014

Korang kenal cik Puteri, pemilik blog Puteri Kasih? Aku tak pernah jumpa dia depan2, so nak kata kenal pun, mungkin tidak. Tapi aku memang rajin singgah kat blog dia nih sebab boleh dapat macam2 info dan tips yang berguna. So awal bulan nih, cik Puteri ada menganjurkan satu segmen bloglist sempena tahun baru nih. Kepada sape yang berminat, boleh la kalo nak join. Tarikh tutup 7 Januari 2014, senang citer, esok la tuh.


segmen, bloglist puterikasih.com


"Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com 2014 kerana dia kan tuan puteri..."


Saturday, November 9, 2013

Tournament Bowling

Sejak group STA kitorang bubarkan sebab dah makin tak ramai nak join maen bowling malam2, dah agak kurang dah aktiviti maen bowling nih. Cuma kadang2 tu kalo member ajak maen, aku join je. Hehehe... Baru2, tempat keje aku ada menganjurkan tournament 9-pin bowling. Seminggu sebelum cuti Deepavali ngan awal Muharram.


penganjur, tournament, bowling
[Pihak penganjur baru on da way nak prepare]


Aku pun skali dalam group penganjur sebab aku salah satu AJK dalam kelab. Memang kelab ni yang handle event2 tak rasmi tempat keje aku. Contoh nyer jamuan hari raya, berbuka puasa dan tournament2 sukan yang laen. Sempena nak sampai hujung tahun nih, tournament bowling ni antara aktiviti terakhir kelab sebelum ahli baru dilantik untuk sesi tahun depan.


pingat, tournament, bowling
[Selaen dapat hamper, pemenang akan dapat pingat gak untuk digigit2]


Actually tournament ni tournament tertutup je. Cuma untuk pekerja ngan ahli keluarga je yang boleh join. Sebab tuh buat hari Sabtu supaya staff2 boleh bawak family bersantai sekali. Baru meriah kan. Memang riuh la tempat bowling ari tuh. Nak tahu sape pemenang nyer?


juara, tournament, bowling
[Sendiri anjur, sendiri menang]


Hahaha... Tak expect menang pun sebab atas kertas, ada banyak calon favourite laen yang diramalkan atas menang. Bak kata orang, tengok lengan la. Bila hayun confirm pin bowling meletup. Tapi nampak nyer, time hari pertandingan sumer calon favourite agak hancuss permainan termasuk la member2 aku. Mungkin jugak sebab ahli kumpulan laen tak perform kot. Sorang2 je perform pun tak jalan gak.

Tapi apa pun, terima kasih kepada skuad penganjur kerana berjaya membuatkan event ni havoc.


penganjur, tournament, bowling
[Sebelum balik, WAJIB posing]


Tuesday, October 15, 2013

Segmen Kumpul Follower & Blogwalking bersama Rexylla

Hari tu dah join segmen Puteri Kasih. Hari ni nak promote segmen laen pulak kat blog nih. Segmen hari tuh sruh cari perkataan dalam maze kemudian reblog tentang perkataan yang korang mula2 nampak. Tapi segmen kali ni lebih kepada blogwalking dan kumpul follower.

Segmen kali nih dianjurkan oleh Rexylla (aku salah sorang contributor blogshop ni) dan nak jemput korang sumer untuk join segmen nih. Syarat2 penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat segmen lak adalah seperti tertera di bawah.




Syarat-syarat penyertaan:

1. Buat satu entri dengan tajuk "Segmen Kumpul Follower & Blogwalking bersama Rexylla".

2. Letak banner di atas dan link kan ke entri INI.

3. Follow blog Rexylla.

4. Follow blog contributor Rexylla iaitu blog Aswadz Rex dan Vanilla.

5. Tag at least 2 orang.

6. Tinggalkan link kat ruangan komen.

7. Blogwalking blog kawan-kawan lepas tamat tempoh segmen dan tinggalkan jejak korang dengan mesej seperti "blogwalking dari segmen Rexylla".

8. Tarikh tutup pada 15 Oktober 2013.


 Tak kan tengok je. Hehehe...


Friday, September 27, 2013

Tempat Ke-3

Korang masih ingat entri yang INI? Yang aku post sempena sambutan Hari Malaysia 16 September lepas. Gambar tu ada member kitorang hantar masuk bertanding dalam contest instagram sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Dan akhir nyer dapat tempat yang ketiga dalam contest tersebut.


instagram contest, hari merdeka, hari malaysia


Sebenar nyer tak terfikir pun nak masuk mana2 contest masa capture gambar nih. Ingat nak wat sesaje je, post kat wall Facebook. Member aku hantar gambar ni masuk contest pun senyap2 je. Yang laen tak tahu pun. Tau2 je dah menang.


p/s: tak sempat nak up post ni sebab agak busy minggu nih.


Sunday, September 15, 2013

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang "Leave"

Aku rasa dalam banyak2 perkataan dalam maze yang entri Puteri yang INI, perkataan "leave" jugak yang aku nampak dlu. Tapi sebab perkataan "leave" adalah dalam BI, banyak lak makna yang boleh ditafsirkan lepas convert ke BM. Pening lak aku nak pilih mana satu yang nak dijadikan subjek.

Senang citer, aku pilih satu je iaitu "leave" yang juga bermaksud minta diri. Bersembang pasal minta diri nih, ada sesetengah daripada kita masih kurang daripada segi adab untuk meminta diri. Ada yang maen blah macam tu je. So hari ni mari kita tengok cara meminta diri sama ada cara sopan, tak sopan dan kurang ajar, bergantung kepada mana yang korang nak pakai.


Situasi 1: Di rumah orang

Sopan:
Boleh saya minta diri?

Sopan tapi panjang:
Boleh saya minta diri? Saya ada hal laen yang nak dibuat.

Panjang tapi tak sopan:
Boleh saya minta diri? Saya dah bosan dah lepak kat sini.

Sopan tapi tak malu:
Boleh saya minta diri lepas saya tapau makanan?

Tak malu dan agak kurang ajar:
Saya nak minta diri lepas saya minta duit...

Kurang ajar sungguh:
(Blah terus. Tak perlu kata apa2)


leave me alone
 [Korang bole cakap macam ni kalo korang yang jadi tuan rumah]


Situasi 2: Nak ke tandas

Sopan:
Boleh saya minta diri? (eh, cam sama je ngan tadi)

Sopan tapi panjang:
Boleh saya minta diri? Saya nak pergi melabur sat.

Sopan tapi tak malu:
(Kentut) Hehehe... Minta diri dlu ye (sambil tersengih2).

Kurang ajar sungguh:
(Kentut dengan kuat, kemudian terus blah)


Cara korang mintak diri untuk kedua2 situasi?


p/s: bila baca balik, macam merepek lak entri aku nih...

Friday, February 1, 2013

Tamat Sudah Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX



Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX dah pun melabuhkan tirai nyer tepat pukul 12.00 tengah malam tadi. Harap takde yang muntah masa blogwalking ye. Hehehe... Terima kasih aku nak ucapkan kepada 19 orang blogger yang sudi join segmen ni. InsyaAllah aku akan selalu berblogwalking ke blog korang.


Senarai Peserta

7. Dianaa
9. Nenot
15. Hidayah
16. Faizal
17. Alisya
19. Muna

Thursday, January 31, 2013

Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX

Updated: 1 Februari 2013

Entri melekat. Melekat lah beliau sampai 30 Januari 2012. Scroll ke bawah untuk latest entri.


Sempena dengan Tahun Baru 2013 nih, aku nak up satu segmen. Segmen suka2 je. Takde hadiah pun menanti para peserta. Tapi aku still berharap korang berminat untuk join. Nak tau segmen apa yang aku nak buat? *sila la baca tajuk entri aka tak surprise langsung




Syarat2 penyertaan:

1. Letak banner di atas dan link kan ke entri ni.

2. Buat satu entri pasal entri ni dengan tajuk "Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX".

3. Blogwalking ke setiap blog peserta yang join segmen ni dan tinggalkan message "blogwalking dari blog ReX" kat shoutbox diorang. Kalo korang nak tinggalkan komen, lagi bagus. Confirm tuan empunya blog sker. Kalo dia tak sker, bagitau aku. Aku tolong shoot kepala dia. *kasar lak bunyi, tapi aku gurau je sebenar nyer

4. Nak follow ke tak blog aku ngan peserta laen, ikut sker hati korang. Tiada paksaan mahupun penderaan yang akan dilakukan ke atas korang.

5. Tinggalkan link korang kat ruangan komen.

6. Tarikh tutup sampai 31 Januari 2012.


Baca syarat2 macam panjang je. Tapi simple je pun. Korang tak kan pening nyer lah. Aku akan mula start blogwalking lepas tarikh tutup. Senang aku nak terjah sumer blog sekali harung. Jom join ramai2. Pening pun tak pening. Trafik pun naek. Follower insyaAllah naek gak.




Saturday, January 12, 2013

Senarai Peserta Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX

Senarai terkini peserta Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX.



7. Dianaa
9. Nenot


Kepada yang nak join segmen, tinggal 3 hari je lagi. Klik kat SINI. Jom kita blogwalking sampai muntah.


Tuesday, December 18, 2012

Le Lanun Ranggi Contest

Ehem... Hari ni aku nak join satu contest lagi (mesti korang kagum ngan aku sebab rajin join contest). Since tarikh tutup contest ni tinggal lagi 2 hari je, terpaksa la aku dahulu kan dlu entri ni walhal entri laen blom tulis lagi pun. Ehem...

Contest ni unik sket berbanding dengan contest2 laen yang slalu orang buat. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab jarang aku tengok contest ni orang buat. Hahaha... Macam tak menjawab soalan lak jawapan aku nih. Takpe2. Korang baca entri ni sampai abes. Aku pasti korang akan jumpa jawapan tersebut.


[Kalau berminat join, rajin2 kan diri klik banner nih]


Cara nak join mudah je. Tak perlu tag sape2 pun. Tak perlu like2 pun. Tuan empunya blog pun takde suruh follow blog dia pun. Tapi aku follow blog dia dan dah lama blog dia ada kat dalam bloglist aku untuk membuktikan skill bodekan aku yang superb sebab blog dia memang best. Mohon lawat blog beliau.

Cara nak join mudah je (ini kaedah mengulang, mohon jangan buat time tulis karangan). Korang cuma perlu isi je perkataan kat buble dalam lukisan ni. Tapi sila jangan save gambar yang aku buat ni dan overwrite. Jangan. Sila amek gambar yang original kat tuan yang buat contest ni.




p/s: kepada saudara Aujinz, anda hensem (begitu juga aku). oleh itu, sila bagi saya menang. hehehe...


Sunday, December 9, 2012

Iezah Last Giveaway 2012



Mungkin ni last giveaway yang aku akan join untuk tahun ni, kalo aku malas la. Kalo aku rajin, mungkin yang ni akan jadi kedua terakhir, ketiga terakhir atau seterus nyer. Sebenar nyer nak join contest ni, tak perlu wat entri pun. Tapi dah alang2 nak join contest dan takde idea nak update nak update blog, apa salah nyer aku buat entri pasal GA ni kan. Hehehe...


p/s: otak dah fikir Langkawi je, macam mana nak cari idea nak update blog.


Thursday, November 29, 2012

AinHaQis' Giveaway

Minggu ni aku agak busy gak. So nak menaip entri panjang2, memang tak sempat. Idea pun tak menjelma sebab otak dah fokus kat tempat laen. Kalo idea datang pun, cuma 2 benda je yang akan berlaku. Sama ada idea tu hilang lepas 5 minit atau pun aku perap idea tu dalam blog post.





Ari ni aku nak join satu GA. Tu pun rasa tertarik nak join lepas baca kat blog CP. Cara nak join pun simple je. Tak perlu buat entri pun. Nak tau camne nak join? Jangan tanya aku. Sila la klik kat banner di atas untuk informasi yang lebih lanjut. Hehehe... Terskema lak ayat.


Mangsa yang kena tag:


p/s: aku maen tag je ni. ada yang nak join tak?


Monday, November 26, 2012

2nd Anniversary Giveaway by SHxoxo



Actually ni first time aku masuk blog tuan empunya giveaway. So maybe tak bole kira sebagai follower la kan. Tapi tak salah kalo nak join kan. Jap2. Baru nak follow nih. Hehehe... Sebagai first timer ke blog beliau, kagum dengan loading blog dia. Laju. Ke internet aku yang laju? Template blog pun simple je. Tak serabut mata tengok. Haaaa... Saya dah kipas baek punya. Sila bagi saya menang. Tak, tak gurau. Saya serius. Sila bagi saya menang. Hehehe...

Kata2 hikmat aku. "The man who stop the time!!!"




Hahaha... Bukan2. Tu Running Man nyer kata2 hikmat. Kata2 hikmat aku untuk giveaway,


"Err tak yah kata2 hikmat bole tak?"


Bila tengok hadiah, banyak lak shawl. Tu yang berminat nak join. Mana la tau kot2 menang. Bole bagi kat wife. Kalo wife tak nak, aku pakai sendiri. Buat lilit kat tengkuk, macam retis Korea lelaki. Kih3... Tak pun lilit kat seluar, biar berjuntai2. Macam budak hip hop lak.

Ok. Aku dah mula melalut ni. Dalam giveaway tu, dia takde sruh melalut macam ni pun. Jadi, jangan segan silu kalo nak join. Klik kat banner atau klik kat SINI untuk tengok peraturan2 yang perlu dipatuhi. Tak patuh, anda kena patuk. Hehehe...


Monday, November 5, 2012

First GA by TirahZairi

Hari ni aku amek sket masa untuk join GA yang dibuat oleh salah sorang ahli GBS. Tirah Zairi nama budak nih. Sebab tarikh tutup pun 10 November nih, kalo aku tangguh2, confirm sampai ke sudah aku tak wat. Since ni si Tirah nyer first GA, ingat nak bagi support la sket kan. Lagi pun bukan susah mana pun GA dia nih. Kalo susah, memang aku tak masuk dah. Jenuh aku nak memikiorkan macam mana nak wat entri nanti.

Bila belek2 entri GA nih, aku terpaksa check diri sendiri dlu. Bila aku check2, aku scan2, sah...!!! Aku bukan retis. Tapi nak kata popular tu, mungkin sket2 la. Masa zaman universiti dlu. Keh3... Jadi dengan confirm nyer aku sesuai dengan tema slogan "Bukan.Retis.Fofular". Btol kan fofular tu popular? Masa aku baca perkataan ni, aku ingatkan nama kuih tadi.


[Tirah, ni banner ke bukan? Kalo bukan, hang anggap
aku promo muka hang je la]


Owh, lupa lak. Dia sruh aku tag orang untuk join. Hmmmm... Sape agak2 yang akan jadi mangsa tag aku nih? Hhhmmmm....


Mangsa-mangsa:



Saturday, September 22, 2012

8th Giveaway oleh UmiYumi



Kenal gambar kat atas ni? Kalo tak kenal, dah sah tak memasak. Malahan tak pernah masuk dapur. Alangkan aku yang tak reti memasak pun tahu gambar kat atas tu apa. Mana2 yang tak tahu tu (betul ke ada yang tak tahu ni?), tu frying pan nama nyer.

Nak benda ni secara percuma tak? Jenama Tefal tuh... Hehehe... Kalo nak, korang kena la join GA yang dianjurkan oleh UmiYumi nih. Kalo korang nak join, korang bole klik kat SINI untuk tahu lebih lanjut pasal GA nih.


p/s: pergh, kalo menang nih, bole bagi hadiah kat wife aku. tapi tak bole nak surprise la sebab dah sah2 dia baca blog aku nih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...