Seperti yang kita telah sedia maklum, PM kita dah pun memaklumkan bahawa MH370 telah disahkan mengakhiri perjalanan nyer di Lautan Hindi. Aku je yang lambat nak update. Possibility untuk survivor pun mungkin tipis (kalo betul terhempas) memandangkan tempoh pesawat ni terhempas pun dah lama. Tapi we can still hope.
Terkini, beberapa satelit jumpa ratusan benda terapung di koridor selatan Lautan Hindi yang mungkin serpihan MH370. Thailand detect lebih kurang 300 kalo tak silap aku. Dan paling latest, satelit Jepun detect 10 serpihan besar, lebih kurang 2500 km daripada perairan Australia.
Cuma tak sedap didengar, CNN melaporkan perkara yang agak offending pada kerajaan Malaysia. To be honest, aku tak pernah tengok berita CNN nih. Terlalu banyak propaganda pada aku. So memang takde masalah untuk aku boikot CNN. Kenapa nak salahkan kerajaan Malaysia solely sedangkan banyak negara laen yang turut membantu but still got nothing. ZERO. Why la CNN? Why la...?
[Ini adalah statement yang offensive wahai CNN]
Cuma ada satu je perkara positif yang berlaku dalam tragedi MH370 ni. Iaitu sumer rakyat Malaysia bersatu. Bersatu hati dalam mendoakan keselamatan penumpang dan krew pesawat. Bersatu hati menunggu penemuan pesawat.
Kalo korang nak tahu, Lautan Hindi merupakan lautan yang jarang menjadi laluan kapal. Mungkin sebab sifat lautan di situ sendiri yang agak bergelora yang menyebabkan misi pencarian pesawat menjadi sukar. Ditambah lagi dengan cuaca pada ketika ini yang tidak menentu di kawasan tersebut. Tapi marilah kita sama2 teruskan berdoa agar Allah permudahkan usaha mereka untuk mencari bangkai dan juga kotak hitam pesawat.
#PrayForMH370
#UnitingMalaysia
#boycottCNN
16 comments:
ada hikmah di sebalik kehilangan MH370.. seluruh rakyat malaysia bersatu.. doakan semoga urusan pencarian berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..
setuju. tragedi ni menyatukan rakyat Malaysia.
Cerita penuh duka
Tak faham dengan org yg berpemikiran negatif ni.. nak salahkan itu, nak salahkan ini... kalau dah byk sangat salah Malaysia dlm menguruskan hal ni, kenapa dia sendiri tak offer diri untuk cari? Bercakap hebat sgt. emosi plk tiba2. huhu
kesian sgt dgn family mereka yg terlibat.. hopefully cepat2 MH370 ditemui. huhu
@zam: satu tragedi.
@aisya: aku pun harap pesawat tu cepat ditemui.
Sama2 depa doakan depa.. huhu
ttp menyimpan harapan kan !
salam. harap semuanya masih selamat
Wallahua'lam
#prayformh370
lagi satu yg baiknya, byk ilmu kita bertambah dgn kejadian mh370 ni. contohnya skrg dah ramai yg tahu hukum org hilang tu mcmn. berapa tahun nak tunggu. bila boleh solat ghaib. dsb.
aku tak rasa yang kita akan tau kebenaran pasal citer nie melainkan ada survivor..kotan hitam pun hanya merakamkan perbualan 2 jam yang lepas, sedangkan ketika transponder ditutup dan ketika mereka mengubah haluan itu aku tak yakin kotak hitam dapat merakam...
Regards,
-Strider-
@zulhilmi: depa doakan depa? berkias ke typo? hehehe...
@kesuma: masih menyimpan harapan.
@itah: harap2 begitu la.
@wafi: sama2 kita berdoa.
@pha is: dalam kenangan.
@lyd: btol tuh. byk ilmu yg kita dah belajar. termasuk la tentang aeroangkasa.
@azlan: setuju. tapi harap lambat laun kita tetap tahu kebenaran nyer.
hehehe... selamat berkunjung kembali.
Post a Comment