Sape yang ingat lagi k-drama Bad Guy? Kalo korang minat citer Bad Guy, ada high possibility untuk korang minat citer Shark ni. Sebab dia nyer tema citer lebih kurang sama, iaitu revenge. Cuma plot je berbeza. Even watak utama dia pun sama dengan watak dalam Bad Guy, dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Kim Nam Gil. Oh ye. Citer ni pun dikenali sebagai Don't Look Back: The Legend of Orpheus. Aku tak guna title ni sebab aku tak nampak significant dia sangat dengan citer nih.
Sumer nyer bermula apabila ayah Han Yi Soo mati dibunuh apabila mendapat tahu suatu rahsia yang mampu mengubah sejarah Korea Selatan. Han Yi Soo (lakonan Kim Nam Gil) yang ketika itu masih bersekolah tinggi, turut mendapat tahu rahsia itu apabila dia menyelidik tentang kematian ayah nyer. Dan dia hampir mati dibunuh tetapi sempat diselamatkan oleh seorang hotel tycoon Jepun, Yoshimura Junichiro.
Setelah beberapa tahun berlalu, Han Yi Soo dengan identiti baru sebagai Yoshimura Jun, memulakan misi membalas dendam beliau terhadap orang yang membunuh bapa dia yang juga merupakan datuk kepada awek masa zaman muda2 dia, Jo Hae Woo (Son Ye Jin).
Walaupun tema citer dia lebih kurang sama, ada sedikit perbezaan antara Shark dengan Bad Guy. Citer Shark ni agak kurang daripada segi aksi dan lebih banyak bermain dengan emosi. Kalo korang tengok citer ni, make sure jangan menjejes air mata ye. Hehehe... Bila aku tengok Shark ngan Bad Guy, aku rasa Kim Nam Gil memang sesuai bawak watak yang jenis macam ni kot. Tak caye? Korang tengok renungan dia.
[Ini adalah pembalas dendam yang sejati]
Berbalik kepada citer Shark. Jalan citer dia memang menarik. Satu kelainan yang ditonjolkan dalam Shark berbanding Bad Guy adalah misteri. Bukan maksud aku kelainan itu misteri. Tapi kelainan itu adalah misteri. Err... Korang paham tak ni???
Bila korang tengok citer ni, mesti korang akan tertanya2. Apa rahsia yang Han Yi Soo ngan bapak dia tahu sampai kena bunuh. Sape pulak dalang nyer. Bila rahsia tu diketahui sedikit demi sedikit, secara tak langsung korang pun akan buat spekulasi tersendiri tentang rahsia tersebut. Aku tahu la sebab aku pun buat. Hahaha...
Cuma satu je. Ending dia kurang menarik dan agak tergantung. By the way, kenapa la ending dia lebih kurang sama ngan Bad Guy...
14 comments:
So, drama-drama Korea ni takda la always mamat-mamat jambu je. Ada jugak cerita yang ganas-ganas dan aksi ni yer. Hehe.
wah mcm best je, ari tu tgk citer miracel in cell 7 sampai bengkak mata nagis hehehe
salam. oo..minat korea jugak ya..:)
macam style..
Hehe, org Malaysia pun dah jadi Korea :)
macam syok jer... nanti nak tengok la :)
Hohoho...lama x tgk citer korea nih
takde kisah cinta sweet2 couple ke/
minat jugak cerita korea :)
fuhhh...almost 5 star...mesti best citer nie tapi sayangnya aku plak bukan peminat cerita korea..hehehe
Regards,
-Strider-
tak sempat sangat nak layan citer korea sekarang ni :)
@sylarius: mesti la. cuma kurang la aku rasa. tp kalo movie mmg byk.
@kesuma: amboi... sampai bengkak mata menangis ye. dasat tuh...
@itah: minat gak la.
@pha is: memang style.
@zul: tak minat jadi korea. minat layan citer je.
@wanita: sila2.
@mimi: bole start tengok balik. hehehe...
@lyd: asyik layan yang sweet2 je pun bosan gak kadang2.
@ros: bole la layan citer ni kalo minat.
@azlan: hehehe...
@puteri: busy sangat ek...
Post a Comment