Bertenang. Takde sape yang meninggal. Kalau ada, cuma kebetulan sahaja (dan takziah aku ucapkan). Aku cuma nak kupaskan bagaimana bila kita tersilap sebut satu perkataan, boleh berubah terus maksud seluruh ayat tersebut.
Masa bersembang dengan member aku hari tu, dia gi bukak topik pasal pengalaman dia handle pendaftaran student 1st year. Kalau tak silap aku masa tu member aku ni rakan pendamping siswa, tak pun sukarelawan. Aku lupa dah mana satu.
Ayat member aku, "Masa sesi pendaftaran pelajar waktu tu, ibu bapa student boleh meninggal di asrama".
Haaaa... Terkejut kami yang mendengar waktu. Dah kenapa pihak universiti nak sruh ibu bapa meninggal ramai2 kat dalam asrama. Tinggal. Aku pun tak tahu macam mana member aku boleh transform perkataan tinggal jadi meninggal. Hahaha...
19 comments:
dah sah kes sel otak tak dpt berhubung dgn baik tu ... heeee
Tambah imbuhan je terus lain maksud :)
muahahhahaahahahahhaha....by da way..entri nih...berkurun baru kuar...lupa dh...haahahahha
hahaahaha.. boleh pulak kan..
aiyoo hahaha
jemput singgah blog saya iolacaviarofficial.blogspot.com
hahaaa, sepatutnya "meninggalkan"... mesti kecoh kan masa tu......;-)
speaking error? hehehehe
hahahaha choiiii. menginap. :P
Silap sebut memang jadi macam nilah. Saya pulak beranggapan ayat ni membawa maksud lain ~ ibubapa boleh mati melayan kerenah anak-anak masuk asrama masa pendaftaran kolej :)
Silap sebut memang jadi macam nilah. Saya pulak beranggapan ayat ni membawa maksud lain ~ ibubapa boleh mati melayan kerenah anak-anak masuk asrama masa pendaftaran kolej :)
suspen jer tajuk.,
hehehhe....kelakar plak bila dia tambah imbuhan...
tq coz sudi singgah blog sy....done folllow =)
Terlalu padat aktiviti sampai tersasul agaknya...
kih kih kih...kalau jenis yang x faham tu x de lah nk alert sgt ayat tu..sabor je lah...ntah2 member tu sengaja ckp camtu..erkk
Gabra la tu
dia pun gugup tuh.. tu yg tersasul.. heheh
@vee: kena minum susu lebih ke nanti?
@farrah: a'ah.
@anon: hahaha... lama sangat peram.
@fifie: hehehe...
@iola: terima kasih sudi singgah.
@aisya: boleh jadi gak.
@nard: hahaha...
@mummydearie: salah sebut memang laen terus maksud dia.
@zuhdi: suspen ek? hehehe...
@deanna: salah letak imbuhan.
@zumal: brain stop kejap kot.
@JM: setelah diamati pergerakan dia, sah dia yang cakap sepah.
@ewan: boleh jadi juga.
@pha_is: gugup ke?
Post a Comment