Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, June 26, 2015

Ini Bukan Iklan Plumber

Dalam entri yang sebelum ni, aku ada up gambar ni kan... Ye aku tau. Lambat aku up entri ni. Maap ler. Ada dateline nak kena kejor.


paip bocor


Paip bawah sinki bocor. Deras jugak air keluar. Mujur ada kepala paip kat situ, so masa nak repair tak perlu la kena tutup paip kat depan rumah. Bila dah bukak paip yang bocor tu, rupa nyer bocor sebab dah karat. So paip tu agak rapuh. Senang je aku patahkan. So solution, beli yang jenis getah.


paip bocor, repair paip


Bukan main susah lagi nak bukak dan pasang balik bahagian paip yang bocor tu. Sebab part yang atas tu ada kat bahagian lubang yang dah drill dalam simen. So nak pusing spanar time nak bukak/ketat kan nat tu agak limited. Jenuh aku berpeluh kena air paip yang keluar masa acting jadi plumber hari tuh.

Bila repair2, ah sudah... Air tak keluar pulak... Part ni yang paling aku buntu sekali. Sampai hampir2 nak suruh plumber original datang rumah dah. Masa aku repair ni, 1 Ramadhan. Nak masak berbuka pun tak boleh sebab air takde. So berbuka makan kurma je. Pukul 8 tu baru keluar cari makanan.

Balik dari makan, baru sambung balik. Call plumber, plumber sruh check kot2 ada tersumbat dengan sisa2 karat atau kotoran. Kemudian baru aku tergerak hati nak check connector water filter. Laaaa... Kat situ tersumbat rupa nyer. Penat je aku dok pasang bukak pasang bukak paip baru tuh. Situ rupa nyer yang sumbat.

So next time kawan2, kalau repair paip secara DIY, cuci dlu paip baru tu. Kot2 dalam paip baru tu ada sisa2 kotoran/besi.


9 so full of themselves :

Dunia Zumal said...

Wah, terbaik la Aswadz, boleh repair sendiri :)

Deanna Morni said...

Huihh...bkn semua org leh repair paip sndiri..thniah..heheheh

Aisya A. said...

repair sendiri. bagus2. jimat. hehehe.. tp org perempuan ni, alahai nak tak nak kena suruh org laki jugak lah yg buat. buat sendiri karang, entah apa la hasilnya. haha

Mime MF said...

wah terrer la boleh repair paip sendiri..save cost..heee

aswadz said...

@zumal: tukar paip je.

@deanna: tak susah pun tukar paip. leceh je.

@aisya: bakal husband boleh tolong repair kan.

@mime: memang ingat nak jimatkan kos pun. upah plumber mahal.

Khai♥Rin : anies said...

sy pulak sebaliknya... kepala paip berkarat dan air mengalir. nk tkr mmg x reti laa...last2 pggl plumber... ;-)

aswadz said...

oooo... tutup pun still mengalir ek. takpe. kalau tak tau, better panggil plumber je. kalau buat2 tahu nanti, makin teruk lak problem.

Amanina Mads said...

kat rumah pun repair sendiri tp xtahan lama. kena cari org juga baiki

aswadz said...

yeke. sesetengah yang complicated mungkin kena cari plumber repair gak. yg ni repair sendiri sebab simple je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...