Monday, June 29, 2015

Pameran Taming Sari

Ni cerita lama. Cuti sekolah hari tu punya cerita. La ni baru aku up kat blog. Takpe. Bab up cerita lama dalam blog, tu memang expertise aku. Cuma belum buat perangai up cerita tahun lepas je lagi. Kalau sampai dah tahap tu, mungkin dah boleh amek PhD kot.


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, brochure


Masa cuti sekolah hari tu baru berkesempatan nak pergi tengok Pameran Keris Taming Sari. Sebelum ni memang ada teringin nak pergi. Tapi bukan selalu keris ni dipamerkan depan orang ramai. Maklum lah, harta kerabat di raja. Mana boleh tayang selalu. Tak eksklusif la. Pameran ni dibuat di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Kebetulan time tu aku balik kampung kejap. So sempat la singgah since aku pun tak pernah jejak kaki ke Galeri Sultan Azlan Shah ni.


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, pintu masuk


Pameran keris Taming Sari ni diorang separate kan dengan pameran barang2 peribadi Almarhun Sultan Azlan. Cuma pengisian pameran ni mungkin agak kurang la. Keris Taming Sari just semata2 dipamerkan macam tu je. Ada la tayang video sket2. Tapi macam kurang syok la kan. Nasib baek tiket murah je. 

Hmmm... Actually aku nak citer banyak pasal pameran ni pun tak boleh sangat. Sebab tak dibenarkan ambil gambar. Next time je la aku kupaskan pasal keris Taming Sari ni. Buat masa skang ni, korang layan je la dlu gambar bahagian dalam galeri ni.


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar
[Galeri yang menempatkan barang peribadi Almarhum Sultan Azlan Shah]


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, bangunan pentadbiran
[Pameran Taming Sari dibuat di wing pentadbiran]


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, kolam air pancut


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, kolam

12 comments:

Dunia Zumal said...

Kena bawak spy camera camtu Aswadz...

Qaseh Vee said...

x dpt tgk gambar tu yg x best ...

Mime MF said...

ala xleh ambik gambar ke..nk gak tgk rupa keris tu..haha

Cikna said...

Ingatkan keris ni ade kat Melaka je,huhuu.... Klu dpt tgk yg real,lg best kot....

Khai♥Rin : anies said...

lazimnya begitu laa...tmpt2 sebegini jarang dibenarkan ambil gambar

Pha Is said...

rasanya macam pernah dengar pasal keris taming sari sekrang ada kat perak..

ewanthology said...

ler..apsal x boleh amik gambar plak?

pergi tempat tumpuan lain ok je bawa kamera.

Aisya A. said...

yg takleh ambik gmbr ni lah yg tak best. huhu.. 'gambar' simpan dalam memori sendiri je..

aswadz said...

@zumal: lupa nak beli. hahaha...

@vee: x dapat nak share.

@mime: akan aku share dalam next entri.

@cikna: mesti la best.

@anies: a'ah kan.

aswadz said...

@pha_is: memang dah lama dah ada kat diorang.

@ewan: memang kebanyakan muzium dan seangkatan dgn nyer tak dibenarkan amek gambar.

@aisya: itu la. "capture" dalam otak je.

Amanina Mads said...

nak up entry tahun lepas agak2 ingat balik tak? ehhehe
dok perak 3 tahun pun xsempat jelajah muzium ni. sempat ke pasir salak jelah tp xboleh ambil gambar dlm tu

aswadz said...

pasir salak. lama tak pergi situ. masa zaman sekolah kot last time pergi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...