Saturday, July 4, 2015

Keris Taming Sari

Entri ni sambungan kepada entri sebelum ni. Entri lepas tu aku letak gambar je. Tu pun takde gambar keris Taming Sari sebab tak dibenarkan ambil gambar. Dalam entri ni, aku bajet nak kupaskan sedikit la pasal keris Taming Sari, untuk tambah atau refresh balik memori kita.


keris taming sari, hang tuah, kesultanan melayu melaka
[Keris Taming Sari]


Sebut je pasal keris Taming Sari ni, mesti kita akan ingat Hang Tuah, laksamana yang terkenal di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Keris Taming Sari ni mempunyai ciri-ciri seperti diselaputi dedaun emas. Sarung atau hulu nyer pula diperbuat daripada emas dan dipercayai diadun daripada 20 jenis besi termasuk serpihan besi ganggang pintu Kaabah.


Asal-usul Keris Taming Sari

Keris Taming Sari ni asal nyer kepunyaan seorang pahlawan Jawa bernama Taming Sari. Ada cerita mengatakan yang Taming Sari telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah kerana telah memalukan dia. Ada juga cerita yang mengatakan Taming Sari mengamuk dalam istana Seri Betara Majapahit lalu membunuh ramai orang. Tapi yang pasti, kemudian Taming Sari bertarung dengan Hang Tuah.

Semasa pertarungan tersebut, keris Hang Tuah tidak lut apabila menikam Taming Sari. Dikatakan keris yang dipegang Taming Sari menjadikan diri nyer kebal. Hang Tuah cuma berjaya membunuh Taming Sari apabila keris yang dipegang Taming Sari itu berjaya dirampas oleh Hang Tuah. Keris tersebut diserahkan Seri Betara Majapahit kepada Hang Tuah sebagai anugerah. Selain daripada menjadikan tuan empunya keris kebal, keris Taming Sari juga mempunyai kuasa sakti iaitu mempunyai keupayaan untuk berlegar di udara untuk mengejar musuh. Sejauh mana kebenaran tu, Wallahualam...


Kronologi Penyerahan Keris Taming Sari

Keris Taming Sari diwariskan kepada Kesultanan Perak oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Mudzaffar Shah dan menjadi salah satu alat kebesaran Di Raja Perak. Bagaimana keris ni diwariskan ke Kesultanan Perak?

Hang Tuah bagi keris Taming Sari kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan kerana terlalu malu untuk menghadap sendiri Sultan sebab gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Semasa kejatuhan Empayar Melaka, Sultan Mahmud meninggalkan Melaka bersama2 keris Taming Sari ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda menyerahkan kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah yang kemudian nyer berangkat ke Perak


Pameran Keris Taming Sari

Keris Taming Sari ni dikatakan tidak boleh dipegang oleh sebarangan orang. Menurut Panglima Perang Kiri Istana, keris ni hanya tunduk kepada Toh Seri Nara Diraja. Beberapa "penjaga" alat kebesaran negeri Perak mendakwa ada beberapa pantang larang yang harus dipatuhi semasa mengendalikan keris Taming Sari memandangkan keris ini mempunyai "kuasa" yang tersendiri.

Antara pantang larang tersebut adalah keris Taming Sari tidak dipamerkan di dalam kotak kaca secara bersendirian sebalik nyer disertakan bersama dengan keris Seri Gading sebagai "peneman". Keris Seri Gading juga merupakan salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak. Keris Seri Gading bertindak sebagai "penawar" dan "pendinding" kepada keris Taming Sari daripada sebarang anasir buruk. Aku cuba gak cari info yang lebih mendalam pasal keris Seri Gading ni seperti asal usul, siapa empunya keris. Tapi tak jumpa lak.


keris seri gading, peneman taming sari, penawar, pendinding
[Keris Seri Gading]


Kalau diikutkan tahun sebelum2 ni, Pedang Cura Si Manjakini pun turut dipamerkan. Tapi tahun ni takde pulak. Kecewa aku. Pedang ni pun merupakan alat kebesaran Perak jugak. Asal nyer pedang ini merupakan pedang kepunyaan Sang Sapurba (Sang Nila Utama) berketurunan Iskandar Zulkarnain, nasab Nabi Sulaiman yang muncul di Bukit Siguntang. Ni sape yang baca buku Salatus Salatin faham la.


pedang cura si manjakini, sang sapurba, sang nila utama, salatus salatin
[Pedang Cura Si Manjakini]


Sumber:


8 comments:

Dunia Zumal said...

Sekarang baru Zumal tahu kronologi bagaimana taming sari sampai ke Perak...

Miza Idgihat said...

Perghhh masuk masuk blog ni terus diimbau kembali ke zaman sejarah tanah melayu. Tetibe teringat balik apa yang diajar cikgu masa sekolah. ^^" Syukran jazilan atas penerangan ini :D Memang terbaik ahh. Tapi dalam P. Ramlee bukan dia bunuh pakai buluh loceng ke ? Ehh. Huhuhu XD

Khai♥Rin : anies said...

maknanya keris yang sultan melaka jumpa konon2 nyer beberapa thn lepas tu keris tipu la yek??

aswadz said...

@zumal: alhamdulillah. semoga entri ni dpt memberi input yg secukup nyer.

@miza: hehehe... tak ingat la pulak kalau citer p.ramlee tuh.

@anies: keris yg mana ye? taming sari jugak ke?

Aisya Ahamad said...

Dah macam belajar sejarah plak ni. Hehe

aswadz said...

hehehe... mengimbas kembali sejarah.

Amanina Mads said...

memang nampak emas saja di keris ni.. org sukakan sejarah mesti cepat faham

aswadz said...

itu confirm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...