Satu persoalan yang besar dalam sesuatu perhubungan. Dia suka korang ke tak? Persoalan yang satu nih yang akan menentukan setiap tindak tanduk (kalo orang yang korang minat tak sker korang, mohon jangan tanduk dia) korang yang seterus nyer. Sama ada korang nak take it to the next stage atau korang just akan pendamkan perasaan korang.
Tapi itu la. Bukan senang nak menjawab persoalan ni. Lagi2 kalo korang jenis pemalu. Nak cakap ngan crush korang pun tergagap2. Baru nak sapa dah "Haaa Haaaa Haiiii". Macam mana nak sembang kan. Keh3... Tapi takpe. Ada beberapa hint yang korang bole guna pakai untuk tengok orang yang korang admire tu, minat atau tidak kat korang.
Cara bercakap
Yang ni paling obvious. Selalu bila bersembang dengan orang, suara bukan maen kuat. Pastu aku kau aku kau. Tapi bila sembang ngan korang, tiba2 suara jadi perlahan atau lembut lak. Kalo suara dah memang semulajadi perlahan, mungkin akan bertambah perlahan sampai kena pakai alat bantuan pendengaran lak. Bahasa pun tiba2 tukar jadi saya awak saya awak.
Si dia tak senang duduk bila korang ada
Kalo korang memang ada hubungan baek dengan si dia dan dia pun mungkin selesa dengan korang, hint ni mungkin tak bape nak berkesan untuk korang. Tapi yang tak rapat tuh, cuba korang tengok reaksi si dia semasa korang bercakap dengan dia.
Kalo dia nampak macam tak bole duduk diam masa bersembang ngan korang, kalo tak sebab ketiak korang bau busuk atau nafas korang berbau, besar kemungkinan dia pun ada hati kat korang. Tapi kalo korang pun 2 kali 5 ngan dia (sama2 tak bole duduk diam), maka ke dalam tong sampah la hint ini.
Dia amek kisah perihal korang
Tanpa korang sedari, dia mungkin beri perhatian kepada setiap detail yang korang pernah sebut tentang diri korang. Dan dia ingat. Sometimes even benda2 kecil pasal korang pun (even korang mungkin tak ingat), dia bole ingat. Sebab dia pay attention. Benda2 kecil ye. Sebab kalo benda2 besar macam tarikh lahir korang, korang asal mana ke, tu aku pun tahu sumer kawan korang pun tahu.
Fokus dia hanya kat korang
Kalo korang lepak sama2, atau buat aktiviti berkumpulan dan sebagai nyer, dia akan beri perhatian kat korang lebih. Lagi2 bila korang tengah bersembang. Macam takde orang laen kat sekeliling melaenkan korang. Ke memang korang berdua je ada kat situ? Awas, kang kena tangkap basah lak kang.
[Kalo lepak kat tempat macam ni dan dia beri fokus kat lembu atau kuda,
aku tak bolenak kata apa]
Asal korang ada, lepak depan tandas awam pun best
Btol la tuh. Asal korang ada, si dia tak kesah lepak kat mana pun. Kalo korang ajak sembang depan tandas awam pun dia suka. Bau "harum" tandas pun dia bole buat dunno je. Tapi lepas korang balik, mungkin dia akan muntah hijau lepas tuh.
9 comments:
nice :D
i follow your blog, follback please :)
betol la 2 .. hihi.
kalo asyik jeling2 ade la 2.
kuikui xD
paling penting mood.kalo takdemood memang tak layan la.hee
ish , yeker nih ? ish3 ~
okla kalo dia pndang kuda or lembu dpd dpn kite mata x berkelip pndg gegurl seksi..mane korng nak?? :P
Tips bercinta nampak hari ni. Ni daripada pengalaman sendiri ke?
Satu aku nak tambah, cuma pastikan korang tak tersalah baca body language org yang korang suka tu. Kang sbenarnya dia mmg menyampah gile dgn korang, pastu bila dia nampak resah dan gelisah bila korang ada tapi korang ingat dia suka plak.
@rahmat: mekaseh
@michelle: hehehe... ada la tuh.
@saytoeasy: kalo tgh silap mood, buruk padah nyer lak.
@CP: ntah la. bergantung kpd individu dan keadaan.
@anne: hehehe...
@lydsunshine: pengalaman sendiri? x la. aku bkn expert dlm bab cinta2.
betul tuh , CP rase bergntung pada individu ,
Post a Comment