Sunday, July 7, 2013

Cameron Highlands - Lavender Garden

Sebenar nyer aku nak upload video stop motion yang aku cakap dalam entri INI. Tapi pendrive ada virus lak. Sumer file jadi shortcut. Dan antivirus aku tak cukup power untuk detect virus atau malware tersebut lalu gagal meng"convert" semula shortcut itu kepada file semula.
 
Tapi takpe. Aku sambung balik entri Cameron Highlands yang lepas. Sambung dengan tempat yang paling menarik sekali masa trip ke Cameron yang entah kali ke berapa ntah. Actually ni first time aku menjejak kaki kat Lavender Garden nih. Dlu tak tahu pun pasal kewujudan tempat ni. Tapi kalo korang lalu, mesti hati korang terpukau dengan "keunguan" tempat nih.


lavender garden, cameron highlands, entrance lavender garden


lavender garden, cameron highlands, entrance cameron highlands


Lavender Garden ni start bukak kul 9.00 pagi. Kalo korang sampai awal macam aku, jawab nyer berposing depan kamera la sambil menunggu. Nak masuk ke Lavender Garden ni, korang kena bayar RM 5 untuk dewasa. Untuk kanak2 aku kurang pasti. Tapi yang pasti, confirm lagi murah. Hehehe...


lavender garden, cameron highlands, love lock
[Tempat pertama korang masuk lepas membayor tiket]


lavender garden, cameron highlands
[Aku amek gambar daripada kawasan atas. So tak nampak sangat lavender nyer]


lavender garden, cameron highlands


Kat bahagian atas Lavender Garden nih, ada cafe mini. Tapi harga boleh tahan mahal gak la. Mahal yang agak affordable. Hahaha... Pagi tu sebab tak makan lagi, so memang lapar la perut. So bedal sandwich ngan strawberry coffee diorang. Strawberry coffee diorang memang sedap. Sampai aku beli satu. Harga dalam RM 18.


lavender garden, cameron highlands, lavender garden office
[Even office diorang pun menarik. Dah macam castle aku tengok]


lavender garden, cameron highlands, air pancut
[Motif letak gif air pancut?]


lavender garden, cameron highlands, strawberry pick
[Kalo korang malas nak gi Straberry Farm, bole petik strawberry kat sini gak]


lavender garden, cameron highlands, kincir air mini
[Kincir air mini]


Antara benda yang menarik dalam Lavender Garden ni adalah kedai cenderamata nyer sendiri. Memang kreatif giler pada pendapat aku. Decoration yang sangat menarik hati dan memukau mata yang memandang. Yang tak pandang terus jadi terpandang.


lavender garden, cameron highlands, kedai cenderamata


Barang2 dalam kedai ni sangat cantik packaging dia. Kalo sape2 yang nak beli hantaran kahwin yang rare sket, bole la pergi beli kat sini. Aku pun ari tuh rasa cam nak beli je. Tapi bila fikir2 balik, kalo aku beli pun bukan nyer aku nak pakai, jadi aku pun tak beli apa2. Melaenkan strawberry coffee yang aku cakap tadi tuh.


lavender garden, cameron highlands, kedai cenderamata


20 comments:

hana hadi said...

xpernah p lagi taman lavender ni.. xnampak signboard pun.huhu

Sya_Merpati Putih 88 said...

best nya..wish one day saya akan dpat pergi ke sana..sy memang minat lavender nie..ehehhe..

Teena Tna said...

saya pun ada amik gambar kat sini jugak. rasa macam berada di oversea jer.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Seronoknya pg cameron!

kacang said...

I love lavender!purple..hehe..bestnye~

Kenit Cinonet said...

sini tak pernah sampai pulak hehehe. Selalu kenit singgah ladang strawberry ngan pokok kaktus je. Kalu untung pun jumpa la orang jual jagung manis heeee:D

Nice view though..:)

aisya said...

tak tau pulak ade lavender farm.. huhu

potia casadelarossa said...

cantik... levender awesome... tp pic gif tu pun cantik...

Rosmiza Ali said...

Wah! Best ah temapt ni..

el said...

lavender farm ni baru bkk kan..my fwen baru je pergi sn..
btw caner wat gambar gerak2 tu...:)

zuhdi sanusi said...

klu suka mkn strwbri naik la buln pose., untung2 leh dpt hrga borong., pose kn, klu xabis buruk gitu jer la., hehe

9n0L4 said...

tak pernah pulak nmpk taman lavender ni. pasni nak cari la. ;)

puteri kasih said...

baru puteri tau ada lavender farm :)

aswadz said...

@hana: signboard xde kot. tp kalo naek drpd simpang pulai nak ke tanah rata, mesti jumpa nyer la. tepi jalan je.

@sya: semoga berjaya menapak di taman lavender nih.

@teena: kan. nmpk mcm taman kat oversea je.

@leeza: mmg seronok walaupun aku dah pergi beberapa kali.

@kacang: taman lavender mmg cantik sbb warna ungu bunga tuh.

aswadz said...

@kenit: ladang strawberry ngan pokok kaktus pun gi gak.

@aisya: sbb baru kot. tu yg x tau.

@potia: mekaseh sbb memuji pic gif yg aku buat. hehehe...

@rosmiza: tmpt ni thumbs up.

@el: lavender garden ni mmg baru kot. mgkn x sampai setahun lg. yg gif tu, snap kamera burst. pastu guna je online software utk jd kan gif format.

aswadz said...

@zuhdi: thanx for the info. x tau lak aku camtu.

@9n0l4: kalo naek dr smpg pulai, dia on da way ke tanah rata. mgkn sblm brinchang.

@puteri: hehehe...

vanilla said...

info tak lengkap en.aswad..hahaha

lavender ni kat tringkap lerrrr...
kalau dari simpang pulai, otw ke brinchang dia belah kanan...sebelum brinchang tau

aswadz said...

haaaaa... tringkap... x ingat nama.

Nik Ainaa said...

hari tu gi cameron tp tak singgah kat sini. ruginya....

aswadz said...

laen kali bole pergi lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...