Saturday, July 6, 2013

The Heat

Bila aku tengok balik blog aku nih, dah macam terabai la pulak. Hahaha... Tapi tajuk entri ni bukan menggambarkan mood aku untuk berblogging. Mood aku still agak ke laut. Ditambah lak dengan line internet yang cam siput sedut (mungkin pantas sket), memang terus malas nak menaip. A lot of things happen lately dan aku tak bole nak describe sekaligus. So anggap la entri ni sebagai pemanas badan aku untuk kembali aktif berblogging (which is always fail). Hahaha...

The Heat ni sebenar nyer nama movie lakonan Sandra Bullock. Aku tak tahu menahu pun pasal movie ni sampai la wife aku ajak tengok. Aku tengok pun dah lama dah. Minggu lepas. Kadang kala aku pun kagum gak dengan skill aku mengupdate blog dengan benda yang outdated. Hehehe...


the heat, sandra bullock, movie, review


Mengisahkan seorang FBI bernama Ashburn (lakonan Sandra Bullock) yang power daripada segi analitikal tapi tak disukai oleh rakan sekerja laen. Untuk tujuan mendapat promotion, dia dihantar ke Boston untuk menyelesaikan satu kes. Dia akhir nyer berjumpa dengan polis tempatan bernama Mullins (Melissa McCarthy) yang ganas dan keras kepala. Results? Pandai2 la korang tengok sendiri.




Walaupun storyline dia biasa2 je bagi aku, tapi element2 kelakar movie membuatkan citer ni jadi menarik. Memang mata lekat terus ke skrin wayang. Toleh pun kadang2 je sebab wife aku comel. Kalo tak comel, jeling pun belom tentu lagi. Hehehe... Tapi movie ni strictly untuk 18 tahun ke atas je. Sebab dalam movie ni banyak sangat carutan sampai otak korang bole menjadi tepu dengan carutan.




4 comments:

aisya said...

tak tau pulak ade movie ni. =)

aswadz said...

aku pun x tau gak pasal movie ni sblm aku tgk.

9n0L4 said...

tak pernah tau jugak pasal cite ni. hehehe.

aswadz said...

hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...