Monday, August 6, 2012

Hotel EV World

Hujung bulan Jun lepas, aku ada gi program induksi kat Shah Alam. Masa tu aku duduk kat hotel bajet je kat Seksyen 7. Hotel EV World. Saje je duduk kat sini sebab senang nak kuar makan malam. Kat Seksyen 7 tu kan macam2 kedai makan ada.




Dah nama pun hotel bajet. So rate bilik dia murah je. Aku sewa bilik deluxe masa tuh. Kalo tak salah, harga bilik deluxe masa tuh cuma RM 89. Sebenar nyer nak amek bilik superior je. Tapi abes lak. Bilik superior cuma RM 79 je kalo tak silap aku.

Hotel EV World ni not bad gak la bagi aku. Kat bawah hotel ni ada tutti frutti. Dan kalo korang apply membership kat hotel EV World ni, korang akan dapat diskaun makan kat tutti frutti. Membership dia kena bayar RM 10 je untuk seumur hidup. Aku apply satu. Kot2 la outstation kat Shah Alam lagi.




Bilik dia quite okay. Cuma agak kecik sket walaupun bilik ni bilik deluxe. Meja dia pun ngam2 je bubuh laptop aku. Tapi bilik ni ada TV flat screen, walaupun channel dia cuma channel yang basic je. Ada 1 atau 2 channel tambahan je. Masa aku duduk tu, ada channel Astro Arena. And you know what, hotel ni ada menyediakan perkhidmatan WIFI. Ye, jangan tak caye lak.

Tapi ada satu benda yang aku tak puas hati sebenar nyer. Katil dia kecik sangat. I mean, pendek. Untuk orang yang berketinggian 168 cm macam aku ni, kaki aku ngam2 je cecah dinding opposite. Untuk selesa, aku kena mengiring sket tdo. Kalo untuk orang yang lebih rendah daripada aku, mungkin korang akan rasa comfy kot.




Aku takde masalah ngan bilik air. Walaupun kecik, bagi aku okay je sebab aku duduk sorang. Tapi kalo nak mandi ngan bini, memang sempit la jadi nyer. Tapi takpe. Berhimpit2 la baru mengeratkan tali ikatan antara suami isteri. Tak gitu? Hehehe...

Tapi since hotel ni murah, terletak kat kawasan yang banyak kedai makanan plus ada tutti frutti ngan WIFI percuma lak tu, aku tak kisah nak tinggal lagi kat sini next time walaupun katil dia tak cukup panjang. Tapi tu pun kalo aku nak duduk sorang la. Kalo nak duduk berdua, kena cari hotel laen la jawab nyer. Tak pun amek bilik VIP atau family.


19 comments:

LydSunshine said...

Okay jugak. Ada tingkap ke tak? Macam sesuai la untuk duk sekejap hanya untuk menumpang tidur dan mandi ye tak.

mujagirl92 said...

muja tak kisah blik macam mana pun kalau setakat semalaman,, yang penting murah,, kih3

Maisarah Azmi said...

alahai keciknye bilik.. janji wifi laju..hak3

Potia Casadelarossa said...

Sesuailah klu dok sorang2 mencari ketengangan kan?

Diari Si Froggie said...

memang sesuai untuk outstation singkat.. kalau sorang ok kot kalau berdua macam lagi sempit je jadinya..amboi nak mandi dengan bini jugak :P haha

logorithm said...

168cm pun dah kena dinding? Gila pendek katilnya!

aswadz said...

@lydsunshine: tingkap ada. tp x menarik pun pemandangan. btol2 ngadap bangunan blok sblh.

@mujahidah: btol2. janji murah tp selamat.

@maisarah: laju dia biasa2 je bg aku.

@potia: mencari ketenangan? mgkn la kot. hahaha...

@aida: a'ah. kalo outstation kejap2 je, bole la duduk sini. tp kalo lama2, x selesa lak.

@logorith: tu la kan. mmg kecik je.

caliph shuriken said...

klau outstation kjap2 ok laa sewa bilik ni ^^

aswadz said...

btol2.

tirahzairi said...

mmg nmpk kecik pon

aswadz said...

utk org kecik2 mcm tirah bole la kot.

Adam Haiqal said...

nice lah blog nih..semua hotel yg anda lawati,anda letakkan dlm blog ye?bagus..:) mungkin membantu bagi travller mcm sy ni:)

aswadz said...

x sumer hotel. hotel yg biasa2 je. sbb hotel yg mahal, dah confirm2 selesa kan.

Anonymous said...

lain kali try pula hotel de art. tak jauh dari hotel ev tu..hotel de art ni hotel budget juga, setiap bilik dia ada theme yg berbeza2 (cthnya ada theme hello kitty, audrey hepburn etc)..location pun okay sbb sebelah dengan tasik seksyen 7 tu..just bagi suggestion sebab sy sewa rumah betul2 dpn hotel de art tu.. =) try la google hotel ni..

aswadz said...

haaaa... aku tahu dah psl kewujudan hotel ni. insyaAllah akan try hotel ni next time aku ada outstation kat Shah Alam.

Lenggang Kangkung said...

good info

aswadz said...

moga2 info dpt membantu.

azi nur said...

sangat membantu.. this friday akan duduk kat ev hotel ni. but the price is quite expensive. for a year 2012 deluxe room only rm89. now 2014 rm149 just for one night!! O__O. a big difference!. myb dorang dah upgrade mana-mana kot.. :( nak watcamno hotel yang berdekatan uitm semua dah fully booked!

aswadz said...

yeke? dah lama x duduk kat ev hotel dah. mgkn jugak la diorang dah upgrade. tp kalau rm149, mcm better lg hotel laen je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...