Thursday, August 30, 2012

Surat Cinta untuk TNB

*entri yang dah terperap selama sebulan. harap mak long...


No Rumah Malas Nak Bagitau,
Nama Taman Dirahsiakan,
Poskod Cari Sendiri,
Kulim, Kedah. (Yang ni je aku bagitau)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tenaga Nasional Berhad,
Alamat Saya Malas Nak Cari,
Poskod Lebih Kurang Poskod Saya Je Kot,
Kulim, Kedah. (Yang ni saya pasti)                                                                 9 Ogos 2012


Tuan,


Bil Rumah Yang Tak Masuk Akal

Berhubung dengan perkara di atas, saya memberanikan diri untuk tampil ke hadapan (tapi kat blog saya je la) untuk membuat bantahan aman terhadap apa yang telah berlaku kepada diri saya ini. Apa lagi kalo bukan pasal bil eletrik rumah saya. Tak kan gi TNB nak citer pasal bil air pulak kan.

2.)     Pada anggapan saya, bil elektrik yang saya terima adalah lebih daripada luar biasa. Luar biasa pun mungkin tak lebih2 macam pihak tuan buat. Untuk senang citer, meh saya attach sekali gambar bil bulan Mei dan Jun 2012.


[Bil bulan Mei 2012]


3.)     Tahukah pihak tuan yang saya cuma tinggal sorang2. Kat dalam rumah lak takde gadjet2 canggih yang memakan kuasa elektrik dengan maha dahsyat. Yang ada cuma TV, laptop, water heater ngan charger handphone. Lampu ngan kipas nak kira sekali ke? Washing machine takde. Peti sejuk takde. Aircond ada. Tapi tak pernah pakai pun sebab aircond tu dah lama. Ntah2 rosak dah kot. Ditambah lak dengan waktu tu saya baru pindah, adalah tak logik untuk bil menjadi RM 64. Tapi takpe. Mungkin ini cuma bil anggaran je.


[Bil bulan Jun 2012]


4.)     Bil bulan Jun yang mendatangkan amarah saya. Kemarahan saya membuak2. What the fuuu??? RM 74? Ini adalah beyond logik, dan bukan beyond astro. Sebab pe? Bulan Jun tu saya kahwin tuan. Dan daripada 1 Jun sampai 17 Jun saya takde kat rumah. Macam mana bole bil cecah RM 74? Cuba tuan explain kat saya. Cer cuba. Takpe la. Laen kali je la tuan cuba. Saya tengah sibuk menaip entri ni. Mana bole layan call tuan. Ceshh... Dan ada satu perkara lagi yang memarahkan saya.




5.)    Bole pulak dia kata bil anggaran sebab pintu berkunci? The heck??? Selama ni pintu berkunci, bukan pihak TNB bole baca dari luar pagar ke? Abes tu kalo saya bekerja belah siang, sampai ke sudah la bil anggaran memanjang ye? Kalo tak nak pintu berkunci, mari datang baca meter belah malam. Siang saya keje. Tak pun datang hari cuti. Rumah kampung saya yang saya balik seminggu sekali pun elok je TNB sana baca meter. Takde lak dia kata tak leh baca sebab pintu berkunci? Ke ni kes staff tak buat keje? Naseb baek bil bulan Julai sampai.




Tu dia... RM -255. Overcharge sungguh. Ni agak2 bape bulan aku tak yah bayar bil ni? Well, bagus la. Bagus untuk pihak tuan dan bagus untuk pihak saya. Tuan tak perlu jumpa saya dan dengar makian saya. Dan saya pun tak yah nak drive gi TNB sana nak maki2 tuan. Naseb baek saya tunggu bil bulan Julai dlu sebelum bertindak. Laen kali check meter lektrik btol2. Jangan ngade2 bubuh 'status' pagar berkunci. Lempang nak?


Yang benar dan dibenarkan memaki,


                                                      
(ASWADZ REX)
Warga yang amarah nyer sudah reda

--this is computer generated and does not related to 'pagar berkunci--
--therefore, signature is not requited--


p/s: sejak join contest ari tu, tetiba aku rajin buat surat rasmi lak.


11 comments:

Admin said...

aku x penah byr bil hahaha sebab x lepas 20 hinggit

Zul De Alexis said...

seram gua baca surat nie..haha...nasib rumah gua free bil elktrik..ahaha

Lelaki said...

aku main belasah je bayar...:)

Iela Lullaby said...

terbaekkk...heee ayt best...nseb dh sttle...

vblogklasik said...

Nasib baik amarah sudah reda. Kalo x mmg kna semboq la warga TNB. :D

-meeSUPERGIRL- said...

hahahha ! bawak bertendang ...

aswadz said...

@phat: yeke. huntung laa...

@zul: free sbb org laen yg kena byr?

@lelaki semalam: aku dlm pd tinggi tu, aku byr gak, walaupun hangin.

@iela: tu la. nsb baek jumlah jd -ve. x yah byr pasni.

@fikri: terpaksa diorang menahan diri drpd kena semburan air liur aku. hahaha...

@supergirl: harap2 x tertendang org.

Potia Casadelarossa said...

hakhak.. umah aku rm70 keatas jek.. padahal bkn aku pakai pon.. peti ais jek ada.. TV x penah bukak

aswadz said...

peti ais lama ke? peti ais lama makan elektrik sket.

Unknown said...

hahahaha. bebas lah lepas ni tanpa bil api, api?

aswadz said...

api xde bil. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...