Sunday, August 26, 2012

Sambutan Hari Raya 2012

Bukan sambutan hari raya versi gangnam style. Hahaha... Walaupun aku mula minat lagu ni lepas dengar kat radio di petang syawal pertama. Sambutan hari raya tahun ni of coz berbeza dan special sket berbanding raya2 tahun ni. Since dah jadi suami orang ni, sambutan raya pun haruslah kat dua2 belah kampung kan. Dan InsyaAllah akan diteruskan pada hari2 raya yang akan datang.

Pada pagi Aidilfitri, cuma aku, wife aku, mak ngan adik aku je ada kat rumah. Kami beraya berempat je pagi tu. Kakak sulung aku balik petang. Kakak kedua aku lak tak dapat nak balik sebab ari tu diorang dah balik masa aku kahwin bulan 6 ari tuh. Sebab suami dia keje oversea, so kalo nak balik lama2, tak leh selalu. Raya haji nanti baru dapat balik.


[Balik lepas semayang raya, bini ajak bergambar dlu. Minta maaf kemudian. Ish3...]


Pagi tu lepas kitorang gi kubur arwah abah aku, terus gerak ke Tanjung Rambutan ngan Ipoh, melawat sedara2 yang ada. Sedara yang dekat2 tak mau pegi (kat Kuala Kangsar gak), yang jauh gak nak pegi dlu. Hahaha...

Petang tu kakak aku balik. So suasana rumah agak riuh sket sebab ada 3 anak buah. Yang sorang tu kecik lagi, tak reti merangkak lagi. Tapi dah bole berdiri dah sebab reti capai meja untuk dia pegang semasa berdiri. Tapi yang lagi dua orang tu memang tak reti duduk diam. Selagi tak letih, selagi tu nak maen je.


 [Kalo bagi maen Angry Bird, baru diorang senyap duduk diam. Fokus]


[Mata bersinar2. Sruh orang amek gambar dia la tuh]


Raya kedua baru gi ronda2 melawat sedara-mara kat area Kuala Kangsar nih. Tu pun mak nak ajak singgah kenduri kahwin. Tapi sebab dah kenyang and tak larat nak jalan, cancel gi kenduri kahwin. Petang tu haruslah terbongkang atas katil kepenatan.

Raya ketiga, lepas Subuh terus gerak ke Ketereh. Takut kalo gerak lambat, nanti sangkut dalam jammed lak. Tapi alhamdulillah, jammed tak teruk sangat. Bertolak kul 7.00 pagi, sampai kul 1.00 petang. Kira ok la tuh. Sampai2 je, punggah barang masuk rumah, rehat jap, wife ajak gi kenduri kawan dia lak kat area2 situ.

Raya keempat busy sket. Sebab diorang ni dah planning awal2 nak gi barbeque kat Lata Belantan Belatan. Diorang cakap lebih kurang setengah jam perjalanan. Tapi sebab jalan jammed sket, lagi2 bila lalu kawasan dalam bandar, so nak dekat sejam lebih gak la perjalanan kitorang.

Kat Lata Belatan ni, diorang dah sediakan tempat korang nak barbeque. Tinggal kena bawak arang sendiri ngan besi tempat barbaque tuh. Tapi sebab kitorang sampai lambat sket, penuh. Sumer dah occupy. Naseb baek ada orang yang bagi kitorang pakai sebab diorang dah abes barbaque.


[Hangus2 ketika barbaque adalah satu kemestian]


Aku kalo bab barbeque ni, tak reti sangat. Jaga api, tolong kipas2 kan api, tolong terbalik kan ayam-daging-sosej tu reti la. Tapi kalo nak tahu benda tu dah masak ke belum, memang tak reti. Selagi tak hangus, selagi tu aku tak angkat. Hahaha... Jadi sebelum nak angkat, kena tanya orang dlu, "ni dah masak ke blom ek?".


[Ngan adik ipar aku yang tak cukup 2 orang. Yang kanan skali tu pun blogger gak]


[Abaikan senyuman yang agak melebar di situ]


Raya kelima aku dah balik ke Kulim ngan wife aku. Sebab member wife aku kahwin kat Parit Buntar. Sebagai bestfriend, kena la gi. Bukan bestfriend la kalo tak gi kan. Walaupun raya ke-5 dah balik Kulim, tapi cuti raya tetap seminggu.


p/s: malas nak letak banyak gambar. nak low profile sket.


10 comments:

bukankosong said...

salam aidilfitri

vanilla said...

tak phm ayat "Balik lepas keje, bini ajak bergambar dlu. Minta maaf kemudian....."

aienzunnur said...

ok.slmat hari raya..haha
kak lom wes, tok laki demo kam ayat keling sikit..typo gamoknye tu..hihi

aswadz said...

@bukankosong: selamat hari raya.

@vanilla: maksud nyer bini ajak amek gmbr dlu, baru bersalaman meminta ampun maaf. kih3...

@aien: x typo la.

Admin said...

selamat hari raya bro

aswadz said...

selamat hari raya...

pepel said...
This comment has been removed by the author.
vanilla said...

tp knp blk lepas keje? bkn blk smayang raya? belit2 ayat nyoo..haha

tirahzairi said...

seronoknya bbq...

aswadz said...

@vanilla: hahaha... yg tu ek. baru perasan. xpe2. dah btol kan.

@tirah: haruslah seronok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...