Saturday, April 25, 2015

Avengers - Age of Ultron

Semalam review. Hari ni review lagi. Tapi tak kisah la. Asalkan aku rajin update sket. Hahaha... Dah lama sebenar nyer tunggu movie ni keluar ke panggung wayang. Keluar juga beliau akhir nyer 23 April lepas. Cuti2 ni, terus pergi tengok. Datang awal pun, seat belakang banyak penuh. Ni mesti datang 2-3 hari awal beli tiket. Hahaha...


avengers, age of ultron, wallpaper, movie, review


Dalam babak awal Age of Ultron ni, korang akan disajikan dengan babak pertarungan Avengers dengan pihak musuh untuk secure cokmar (scepter) Loki. Masa ni juga akan muncul Quicksilver dan Scarlet Witch. Cuma masa ni diorang belum join Avengers lagi. Dan waktu ni diorang adalah musuh. Waktu bila diorang join tu, korang boleh tengok sendiri. Tak kan nak bagi spoiler banyak2 pulak kan. Nanti kena maki.

As the story goes on. Bla bla bla... Diorang dapat cokmar Loki tu. Dipendekkan citer. Tony Stark cuba nak guna kuasa sakti daripada cokmar. Something goes wrong. Puff... Ultron muncul. Bila Ultron muncul, seperti biasa, nyawa penduduk Bumi dalam bahaya. Tugas Avengers menyelamatkan dunia. Uishh... Kalau aku jadi direktor ni, 10 minit je movie ni aku direct. Hahaha...

Apa pun, layan trailer ni dlu.




Pada pendapat aku, memang puas hati tengok movie ni. Berbaloi... Tak tau la kalau orang laen kan. Aku memang seronok je tengok movie2 yang ada mass destruction ni. Hahaha... Antara part yang menarik bagi aku adalah time Iron Man lawan Hulk guna Hulkbuster, dan semesti nyer pertarungan beramai2 menentang Ultron pada part klimaks movie ni.

Part kelakar lak aku rasa masa masing2 cuba nak angkat hammer Thor. Of course la diorang tak boleh nak angkat kan. Bak kata Thor, "you're not worthy". Antara Vision, Quicksilver dan Scarlet Witch, aku macam tertarik dengan kuasa Scarlet Witch sebab macam best je kuasa dia.


avengers, new member, vision, scarlet witch, quicksilver
[New member of Avengers Age of Ultron]


Korang wajib tengok kalau:

1. Korang peminat watak2 dalam pasukan Avengers.

2. Korang nak tengok Hulkbuster.


avengers, iron man, hulkbuster
 [Hulkbuster yang berfungsi untuk mengawal kemarahan Hulk]


3. Korang suka tengok mass destruction.

4. Korang adalah seorang mad scientist macam Tony Stark dan Bruce Banner (ini mungkin agak kurang relevan)

5. Korang peminat Scarlet Johansson (okay, yang ni relevan)

6. Dah lama korang tunggu movie Avengers ni keluar. Dah lama tunggu, tak kan tak tengok pulak...




Friday, April 24, 2015

Korean Drama - My Lovable Girl

Hhhmmm... Berdasarkan statistik penulisan blog aku sejak kebelakangan ni, aku jangkakan yang entri kali ni mungkin entri yang terakhir untuk bulan April. Tapi jangkaan je la. Lets hope supaya aku rajin dan ada masa untuk up satu lagi entri dalam bulan ni ye. Hehehe...


my lovable girl, k-drama, review


Review kali ni pasal citer My Lovable Girl. Aku tak tau la citer ni famous ke tak. Tapi yang pasti pelakon dia Rain. Peminat dia ni mesti tau citer ni punya. Watak dia dalam drama ni adalah sebagai Hyun-wook, seorang produser dan komposer yang pernah kehilangan kekasih nyer dalam suatu kemalangan. Kehilangan kekasih menyebabkan dengan dia2 hilang sekali daripada dunia hiburan. Until...

Until dia jumpa adik kekasih dia, Se-na (lakonan Krystal). Sebab nak tolong Se-na mendapatkan kerja yang lebih stabil dan juga pursue dalam bidang compose lagu, Hyun-wook keluar dari "gua" dan kembali semula sebagai president untuk sebuah syarikat hiburan. Agak2 apa jadi antara relationship diorang? Aku rasa korang pun boleh agak dah kot...




Komen aku? Well, citer ni agak cliche la kot daripada segi jalan citer dia. Tapi still enjoy untuk ditonton. Plot dia pun tak berat. Just nice untuk korang enjoice.




Saturday, April 18, 2015

Google Doodle - Pony Express

14 April lepas, korang perasan tak google ada doodle baru kat homepage diorang. Doodle game yang bernama Pony Express sempena sambutan ulangtahun diorang yang ke-155. Mesti korang ada main gak kan.


google, doodle, pony express
[Power tak? Markah korang?]


Nak dijadikan cerita, 14-17 April lepas aku hadiri satu kursus ni, di Kuala Lumpur. Masa buat exercise yang diberikan time kursus tu, "terserempak" la dengan doodle google ni. Apa lagi. Main la kejap. Tapi macam best je main game pony express ni kan. Berlumba2 kawan aku (diorang pun join kursus ni) maen benda ni. Biasa la. Masing2 nak tunjuk dapat markah tinggi. Nasib baek ada kursus. Kalau tak mesti lama lagi kitorang main.

Markah yang dalam gambar tu?

Tu edit je. Markah tertinggi aku 85 je...




Friday, April 3, 2015

Bukan Muhrim

Kalau korang ingat entri ni pasal lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, pasal khalwat atau yang sewaktu dengan nyer, masih belum terlambat untuk tutup blog ni. Tapi kalau korang tak kisah. Go on. Baca entri merapu aku ni. Hehehe...


pintu tak tutup rapat
[Pintu kereta yang tidak tutup rapat]


Apa kaitan dengan pintu kereta yang tidak ditutup rapat dengan bukan muhrim? Macam ni alkisah nyer. Nak dijadikan cerita, ada sekali tu keluar dengan rakan2 untuk melepak mencari barang untuk projek kitorang. Sebab dah masuk waktu Zohor, singgah la kejap dekat masjid.

Lepas masing2 turun kereta, member aku cakap "Eh, pintu tak tutup rapat". Seraya itu aku berkata, "Mungkin depa bukan muhrim, sebab tu tak boleh rapat". Hahaha...

Yeah, I know. Lame. Lame giler. Lawak yang lame.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...