Ari ni kita bincang topik pasal makanan. Kepada mana2 yang tengah kelaparan tuh, harap sila pergi penuhkan perut dengan makanan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang pengaliran air liur yang terkawal daripada organ anda yang bernama mulut.
Masa zaman muda belia aka zaman kecik tak sedar diri, slalu nyer time hujung minggu abah aku akan bawak satu family pergi breakfast kat mana2 kedai makan Melayu. Time ni kedai mamak belum berleluasa lagi. Bukan nyer takde. Tapi tak banyak. Even masa aku meningkat remaja pun, bilangan still countable.
Bila makan kat kedai Melayu, of course menu utama tak laen tak bukan adalah nasi lemak ngan roti canai. Perut orang Melayu ni kalo takde 2 menu nih, mesti rasa macam tak selera je nak makan. Tapi aku tak nak citer pasal nasi lemak. Nanti korang naek lemak. Hahaha... Okay, tak lawak.
Apa yang aku sker dengan roti canai yang orang Melayu buat adalah kuah dia. Dengan kuah kari. Pastu ada sambal lak tengah2. Perghh... Memang sungguh sedap sekali sampai menjilat jari. Ingat makan KFC je sampai menjilat jari. Makan roti canai pun bole baq hang.
Masuk matrikulasi. Masuk universiti. Makin kurang dah makan roti canai kat kedai Melayu. Balik2 lepak kedai mamak. Balik2 kedai mamak. Sampai tauke mamak tu pun kenal muka sekor2. Bila dah slalu makan roti canai kat kedai mamak, lupa langsung kesedapan roti canai Melayu.
Bila dah keje pun sama. Still makan kat kedai mamak gak. Lagi2 skang ni pertumbuhan kedai mamak amat memberangsangkan skali. Dalam satu bandar tu, kalo takde at least 5 kedai mamak, memang tak sah. Tak caye cuba korang kira. Hehehe...
Tapi yang tak best nyer, kedai mamak kat area tempat aku tinggal nih, kebanyakan nyer sumer biasa2 je. Roti canai okay. Tapi kuah dia kurang menyengat. Ni kalo kena kena sengat ngan lebah, bisa lebah tu lebih menyengatkan daripada kuah diorang. Naseb baek la aku jumpa kedai Melayu yang buat roti canai dengan kuah yang sedap. Cuma kedai dia bukak belah pagi je la. Kalo nak makan roti canai belah petang, kena pergi kedai mamak juga ler jawab nyer.
Apa pun, pendapat aku roti canai yang orang Melayu buat jugak yang sedap dihati perut. Roti canai mamak lak bukan setakat sekadar biasa2 aje di perut, malahan bole membuatkan korang memerut kalo kebersihan kedai diorang tak terjaga.
Pendapat korang macam mana? Roti canai Melayu ke roti canai mamak? Ane, teh tarik satu!!!
p/s: idea datang time makan roti canai sorang2 kat kedai mamak, sambil persoalan bermain di minda, pasaipa roti canai depa tak sedap.
Apa yang aku sker dengan roti canai yang orang Melayu buat adalah kuah dia. Dengan kuah kari. Pastu ada sambal lak tengah2. Perghh... Memang sungguh sedap sekali sampai menjilat jari. Ingat makan KFC je sampai menjilat jari. Makan roti canai pun bole baq hang.
Masuk matrikulasi. Masuk universiti. Makin kurang dah makan roti canai kat kedai Melayu. Balik2 lepak kedai mamak. Balik2 kedai mamak. Sampai tauke mamak tu pun kenal muka sekor2. Bila dah slalu makan roti canai kat kedai mamak, lupa langsung kesedapan roti canai Melayu.
Bila dah keje pun sama. Still makan kat kedai mamak gak. Lagi2 skang ni pertumbuhan kedai mamak amat memberangsangkan skali. Dalam satu bandar tu, kalo takde at least 5 kedai mamak, memang tak sah. Tak caye cuba korang kira. Hehehe...
Tapi yang tak best nyer, kedai mamak kat area tempat aku tinggal nih, kebanyakan nyer sumer biasa2 je. Roti canai okay. Tapi kuah dia kurang menyengat. Ni kalo kena kena sengat ngan lebah, bisa lebah tu lebih menyengatkan daripada kuah diorang. Naseb baek la aku jumpa kedai Melayu yang buat roti canai dengan kuah yang sedap. Cuma kedai dia bukak belah pagi je la. Kalo nak makan roti canai belah petang, kena pergi kedai mamak juga ler jawab nyer.
[Kalo awek yang tebar roti, mesti lagi sedap kan. Ekeke...]
Apa pun, pendapat aku roti canai yang orang Melayu buat jugak yang sedap di
Pendapat korang macam mana? Roti canai Melayu ke roti canai mamak? Ane, teh tarik satu!!!
p/s: idea datang time makan roti canai sorang2 kat kedai mamak, sambil persoalan bermain di minda, pasaipa roti canai depa tak sedap.
15 comments:
wow.... hebat lah akak tu.
kalau kuah tak sedap..roti canai pun jadi tak sedap :)
roti canai mamak mahal lagi kot..
akak tukang tebar roti canai tu lawa!
calon ni haha
jom join kena tag :D
jom join anda kena tag haha :D
http://dingraphic.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html
nie macam awek kat telok mas, melaka je...
klu x silap awek nie dah kahwin...
Roti canai mamak kena hati2 sikit sebab takut ad bulu
.hihihi
kedai mamak ada jugak roti canai yg sedap...tapi kena pandai cari kedai la....
roti canai melayu pulak kebanyakannya tak gebu, berminyak dan nipis....tapi tak dinafikan mmg ada yg sedap...lebih2 lg kalau yg tukang tebar mcm awek dalam gambar di atas.....belum makan dah rasa sedap dah.....hehe
hebat minah tu, tapi walaupun saya geli tengok bulu tangan mamak tebar roti canai tu, saya tetap prefer roti canai mamak...maybe sebab kari dia lagi ummph..xpun peluh dia yang ummphh sangat tu....x pasti....huhu
sama je mamak ke mlyu., dua2 klu da sjuk baling kat dinding pun pecah., tp klu nk lbih rasa kari baik gi mamk eik., klu suka lemak2 ckit g mlyu punya la kan., hmm., comei tukang tebar roti 2., mkn 2-3kping pun tak prasan cmni., hahaha
@leeza: aku pun terpegun kejap.
@puteri: btol2.
@bunda: mahal sket la.
@din: lawa gak la. hehehe...
@whoamie: kenal ke?
@aien: kalo x perasan, confirm dah tertelan.
@hatimi: kat kawasan aku ni kurang sket la kedai mamak yg sedap.
@ogosh: kalo kuah kari sdp, memang sah roti dia pun sdp.
@zuhdi: aku sker roti canai melayu sbb dia letak sambal atas kuah.
betul la tu. kuah cicah tu la yg buat roti canai sedap menyengat. :)
btol2.
roti canai mamak biasa lagi sedap..hehe..kalo melayu biasa kecik n lagi mahal..
Post a Comment